BIARLAH LALAT ITU
PENING.
Pesawat
itu mendarat dengan selamat. Atuk Jay mengucap syukur. Namun ketika menoleh ke sebelah,
dia melihat Nek Ros masih terlintuk lemah. Selepas semua penumpang turun, baru
dia dipimpin turun oleh Atuk Jay.
“Mak
cik, kenapa ni?” tanya seorang pramugari yang sama-sama turun dari kapal
terbang itu.
“Dia
pening sikit,” jawab Atuk Jay mewakili Nek Ros yang masih berjalan sambil pejam
mata.
“Nak
saya ambil kerusi roda?”
“Eh,
tak payah. Sikit je ni. Kejap lagi kepala mak cik ni baiklah,” jawab Nek Ros
dengan cepat. Dia membuka mata dan tersenyum ke arah pramugari yang manis dan
baik hati itu.
Selepes
berpuas hati dengan jawapan Nek Ros, pramugari itu berjalan meninggalkan
mereka. Nek Ros memejamkan matanya semula. Dia rasa mual. Lebih baik berjalan
sambil pejam mata daripada dia termuntah di lantai yang bersih dan cantik itu.
“Awak,
kita ni dah sampai ke bumi bukan lagi di langit. Kaki kita dah sampai ke tanah
ni. Janganlah pejam lagi. Buka mata besar-besar. Tengoklah Bandar Kuching yang
cantik ni,” kata Atuk Jay.
Nek
Ros cuba buka mata. Namun hanya seketika, dia kembali menutup matanya. Dia rasa
dunia ini berpusing ligat dan lantai yang dipijak bergerak-gerak.
“Tak
bolehlah awak. Kita rasa macam melayang-layang ni. Takut pula termuntah kat
lantai ni. Adui, kenapa jadi macam ni?”
Atuk
Jay merenung wajah isterinya yang nampak pucat dan lesu. Dari dalam beg
sandangnya, dikeluarkan cermin mata hitam.
“Kalau
macam tu, awak tutuplah mata. Nah pakai cermin mata hitam ni.”
“Untuk
apa? Bukannya panas pun tempat ni,” rungut Nek Ros, keberatan.
“Supaya
orang tak nampak awak berjalan dalam pejam.”
“Nanti
orang kata kita buta pulak?”
“Lebih
baik orang kata awak buta daripada orang hairan kenapa awak berjalan dengan
mata pejam,” Atuk Jay ketawa perlahan. Dia bimbang kalau Nek Ros merajuk dengan
kata-katanya itu.
Dengan
senyum, Nek Ros merelakan untuk dipakaikan cermin mata hitam itu.
“Saya
rasa, baik kita duduk dan berehat dulu sebentar. Biarkan pening awak tu
hilang,” kata Atuk Jay memimpin tangan Nek Ros ke arah tempat duduk di ruang
menunggu.
Selepas
duduk dengan selesa, sekali lagi Atuk Jay keluarkan minyak angin. Dia menyapu
di belakang leher, di dahi dan di leher Nek Ros.
“Terima
kasih awak. Kalau awak tak ada, tak tahulah macam mana nasib kita,” kata Nek
Ros, masih belum mampu membuka mata.
“Kalau
kita tak ada, tentu awak dah kena bawa lari dek kapal terbang tu!” gurau Atuk
Jay.
Nek
Ros tersenyum.
“Kita
malu dengan awak.”
“Kenapa
pula?”
“Yalah,
kita ni kuno sangat. Naik kapal terbang pun mabuk. Kesian awak kan? Tentu awak
malu dengan orang. Tentu orang pandang awak dan senyum-senyum perli.”
“Ish,
awak merepekalah. Tak ada orang yang senyum perli. Semuanya senyum dan angkat
ibu jari. Saya bangga jadi suami awak hari ni,” balas Atuk Jay dengan senyum,
tulus.
“Kenapa
pula?”
“Sebab
orang semua pandang saya dengan senyum puji. Seolah-olah saya ni suami mithali,
gitu.”
“Mithali
tak apa. Jangan misai Ali,” gurau Nek Ros.
“Sampai
hati awak...” Atuk Jay berpura-pura merajuk.
Nek
Ros mendengar suara rajuk itu dengan ketawa perlahan.
“Kita
bergurau je. Awak memang suami mithali. Dari muda sampai ke tua macam ni, awak
tetap tak jemu jaga kita. Kita bangga dengan kasih sayang awak,” kata Nek Ros.
“Kita
kan sayang awak sampai hujung nyawa,” bisik Atuk Jay ke telinga Nek Ros. Tangannya
masih memicit kepala Nek Ros.
Nek
Ros rasa bahagia dan terbuai dengan kata-kata Atuk Jay itu. Kata-kata itu
didengarnya dari muda hingga kini. Dia rasa amat dihargai.
Selepas
lima minit berlalu, Nek Ros mula rasa segar. Dia mampu membuka matanya tanpa
rasa mual.
“Macam
mana? Rasa nak muntah lagi?”
“Rasa
macam okey sikit. Budak-budak tu dah sampai ke belum?”
“Mungkin
dah lah tu. Kita masih kat dalam ni, mana nak nampak,” kata Atuk Jay.
“Marilah.
Tak sabar saya nak jumpa cucu-cucu kita tu,” ajak Nek Ros sambil bangun dan
cuba membetulkan dirinya.
“Kalau
awak rasa tak boleh jalan, biar kita pergi cari kerusi roda.”
“Ish,
awak nak buat kita macam
orang sakit tenat sangat sampai nak tolak dengan kerusi roda? Kita masih
kuatlah. Tengok, tulang-tulang kita masih kuat,” jawab Nek Ros sambil
menunjukkan lengannya.
Atuk
Jay ketawa. Sebenarnya dia ingin ketawa sekuat-kuatnya seperti di rumah. Tetapi
melihat ada orang lalu-lalang dan memandang ke arah mereka, dia matikan hasrat.
Masuk
saja di balai ketibaan, mereka disambut oleh Ezani, ieterinya Noor Hazuar dan
dua anak mereka. Mereka berpelukan melepaskan rindu.
“Menantu
mak nak berikan mak cucu lagi ya,” kata Nek Ros menyentuh perut Noor Hazuar.
“Yalah
mak. Kata mak tak cukup cucu,” balas Noor Hazuar dengan ketawa kecil.
“Mak
kamu memang sukakan kanak-kanak. Ayah suruh dia beranak lagi, dia tak mahu,”
sampuk Atuk Jay.
Nek
Ros segera mencubit bahu Atuk Jay. Dengan ketawa mesra, Atuk Jay mengaduh.
“Nenek,
jangan gaduh. Nanti ALLAH tak sayang.” Tiba-tiba cucunya mereka menegur. Nek
Ros menoleh ke arah suara itu. Anak sulung Ezani tercegat dengan muka serius
dan marah.
“Wah,
cucu nenek dah besar ya. Dah pandai cakap,” kata Nek Ros Dia segera menarik
tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.
“Abam
memang dah besar. Abam dah sekolah makan, nek,” kata Fauzan Azim yang berusia 5
tahun. Dia membahasakan dirinya abam sejak dia pandai bercakap kerana tidak
pandai menyebut abang. Akhirnya panggilan itu melekat sampai ke besar.
“Yalah
nenek lupa abam dah besar. Mari, nenek cuba dukung abam. Alamak, nenek tak kuatlah
nak dukung abam,” kata Nek Ros. Dia cuba mengangkat memang t
“Biar
atuk yang dukung abam,” kata Atuk Jay selepas melihat anak itu menarik muka
masam.
“Yeah!
Atuk memang kuat macam automan,” kata Fauzan Azim dengan ketawa.
“Abam,
bukan automan. Ultraman.” Noor Hazuar cuba membetulkan.
Fauzan
Azim menyengih kerana ditegur kesalahan sebutannya. Namun dia tetap juga menyebut
perkataan yang sama. Akhirnya mereka semua hanya ketawa mendengar kepelatannya
itu.
“Kenapa
lambat keluar ayah?” tanya Ezani, menukar topik.
“Mak
kamu ni. Dia buat hal dengan kapal terbang tu,” jawab Atuk Jay, selamba.
“Mak?
Ada apa ni?” Ezani menoleh pula kepada emaknya. Dia meneliti wajah lemah Nek
Ros.
“Mak
kan orang kampung. Mana pernah naik kapal terbang. Dengar enjin di langit saja,
hati mak dah tak tentu arah. Hari ni, kena naik burung besi tu. Aduh, mabuk
semacam,” jawab Nek Ros.
“Dulu
mak pernah naik masa pergi umrah. Tak apa-apapun. Sekarang, kenapa mabuk
pulak?” tanya Ezani dengan belas melihat wajah emaknya yang masih lemah.
“Ezani,
itu dulu. Masa tu enjin mak kau ni baru lagi. Sekarang, enjin dah lama. Kalau
kereta dah nak kena tukar enjin,” kata Atuk Jay dengan ketawa kecil.
“Yalah,
mak dah tua. Sebab tu ayah kau pun dah nak cari mak baru,” balas Nek Ros,
dengan nada merajuk.
“Aik?
Ke situ pulak dia. Mana ada abang nak buat macam tu?” Atuk Jay segera menoleh. Dia
rasa tersentuh hati dengan kata-kata itu. Wajahnya yang ceria tiba-tiba menjadi
keruh dan serius.
“Atuk
marah ke? Nenek gurau je. Takkan itu pun
nak marah. Maaflah,” kata Nek Ros. Dengan cepat dia menarik tangan Atuk Jay dan
menciumnya.
“Lain
kali jangan bergurau macam tu, kita tak suka. Awak tahu kita sayang awak macam
mana kan?” balas Atuk Jay sambil menarik tubuh
Nek Ros ke sisinya.
“Dahlah.
Mari kita balik. Lama-lama kat sini, pening lalat mak datang lagi,” kata Nek Ros.
“Nek,
biarlah lalat tu pening. Nanti dia tak kacau kita,” sampuk Fauzan Azim dengan petah.
Mereka semua berpandangan. Lalu ketawa mereka pecah berderai.