Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
44,694
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 10

Aku berkampung di Tanjung Malim selama 3 hari. Aku mandi danbersihkan diri di tandas awam. Agak perit bila aku melalukan setiap pergerakankerana kesan lebam aku cuma surut sikit.

 

Aku rasa sangat pedih terutama sekali bila aku bangun daritidur. Kadang tu bila aku rasa sangat sakit,aku sambung balik tidur. Aku takada pilihan lain. Mau tak mau, aku kena pergi bersihkan diri.

 

Baju dan seluar aku basah hasil ketulan ais yang cair danmeleleh atas baju dan seluar. Kadang tu bila terlalu dah bermaya, aku tertidurdan habis ketulan ais terkeluar dari plastik beg dan bersepah atas baju danseluar.

 

Mujurlah di kawasan sini ada banyak kedai yang menjualseluar trek dan baju lengan pendek dengan harga yang murah. Aku beli serba duapasang. Jadilah untuk aku pakai, tak dalah sampai rasa rimas.

 

Pada hari keempat,aku buat keputusan untuk balik ke ShahAlam. Aku kemas semua pakaian aku,lepas tu aku beli tiket dan naik baik ke ShahAlam. Sepanjang aku duduk dalam bas,aku betul betul berharap tiada siapa yangtahu aku pulang sana.

 

Perjalanan selama sejam lebih dari Tanjung Malim ke BangunanUTC Kuala Lumpur. Aku memerhati gelagat para penumpang dalam bas. Ada yangtidur, ada bersembang sembang dengan kawan kawan.

 

Yang paling menarik sekali bagi, bila aku melihat seorangkegembiraan sepasang isteri bermain dengan anak kecilnya dalam bas. Aku melihatmuka mereka dengan khusyuk. Aku nampak keriangan dan kegembiraan merekamelayani anak kecil mereka.

 

Hati kecil aku mula membisik, "kenapa kita aku bolehbergembira macam ni? Kenapa aku tak boleh lalui saat manis macam ini bersamaAdaania? Ada anak yang comel dengan Adaania, bermain dengan anak bersama sama.Kat mana silap kita ni?"

 

Mengalir air mata aku. Masa ni masa aku tak mampu nakberkata apa-apa. Aku cuma mampu kesat air mata dan terus menonton kerianganmereka bersama anak kecil mereka. Di saat yang sama, aku mula merindui wanitayang aku masih cintai.

 

Saat sampai ke Terminal Bas dalam Bangunan UTC Kuala Lumpur.Aku pun mula jalan perlahan lahan keluar dari bas. Jalan keluar dari terminaldan cari tempat duduk. Aku rasa letih dan sakit.

 

Akhir sekali aku jumpa tempat duduk yang selesa untuk akuberehat. Aku duduk aras 2,tempat jual beli tiket bas. Di situ tempat duduknyaada span dan getah. Jadi rasa selesa sikit kalau nak duduk lama lama.

 

Aku pun duduk di atas kerusi dan aku makan 2 biji panadoluntuk melegakan kesakitan aku. Memandangkan tempat situ selesa dan suasana situlampunya tak berapa cerah dan rasa sejuk di situ, jadi aku pun tertidur dikerusi itu.

 

Aku tidur agak lama di situ. Tak salah aku,masa aku duduk dikerusi awal tadi dalam pukul 5 petang. Sekarang, aku terbangun pada pukul 10malam. Aku pun mula rasa haus.

 

Jadi aku bangun dari tempat duduk untuk pergi ke mesin jualair tin. Teringin pula tekak ni nak minum air Pepsi. Baru aku nak mula langkah,aku rasa macam nak periksa baki dalam dompet.

 

Aku perlu buat bajet kewangan untuk diri aku. Sekali akubuka dompet "Alamaaaakkk! Kosong?"

"Ehhh, Sapa curi duit aku ni?"

 

Gelabah terus aku masa ni. Aku mula seluk seluruh poket aku.Aku cuba jejak balik setiap tempat yang aku lalu dan singgah tadi. Aku harapsangat sangat aku boleh jumpa duit aku yang hilang.

 

Baki kalau tak salah aku sepatutnya ada dalam Rm 94. Kinitinggal kosong. Duit syiling apa pun tak ada. Aku mula rasa gelabah. Rasa nakmenangis pun ada.

 

Aku terus jalan dan mencari. Aku cari setiap bawah kerusi diterminal dari arah bawah hingga ke aras ke aras 2. Dari setiap langkahpencarian aku, aku jumpa beberapa keping 10 sen dan 20 sen.

 

Akhir pencarian aku di aras 2,jumlah duit syiling yang akudapat kumpul Rm 2.40. Aku haus sangat masa ni. Tandas awam nak tutup dah sebabdah pukul 12.35 am.

 

Aku merayu dekat kakak yang jaga tandas,aku nak masuksekejap sahaja. Kakak tu pun bagi aku masuk dalam 10 minit sahaja. Kalau lebihdari 10 minit dia caj Rm 1. Aku pun masuk dalam tandas.

 

Cepat-cepat aku buang air kecil,cuci tangan dan minum airpaip. Aku keluar dari tandas. Sayang sekali aku masuk dah lebih 2 minit. Maknanyaaku ada dalam selama 12 minit.

 

Aku mana mampu nak lajukan pergerakan aku dalam tandas. Akumasih sakit di bahagian perut. Aku pun redha sajalah. Aku ambil duit syiling.Aku kira Rm 1 untuk bayar kat kakak tu.

 

Kakak tu, kata tak payahlah. Aku ucap terima kasih danberedar dari situ. Aku tak tahu mana tempat yang aku boleh pergi duit syilingRm 2.40. Aku sangat lapar masa ni.

 

Aku pergi ke kedai 7e dan beli Roti krim dan air botol. Bakiaku tinggal 10 sen. Aku ada terfikir nak jalan dan cari duit syiling atas jalanraya. Aku rasa malas dan aku tidur di tepi kaki lima dekat situ.

 

Taaaappp, Taaaappp, praaaappp, praaaappp, kring kring kring,Ponnnnnn Ponnnnnnn. Macam macam bunyi aku dengar. Terus aku bangun dari tidurdan sandar di dinding. Baru aku perasan, rupanya bunyi tapak kasut lah, bunyihon basikal lah, hon kenderaan lah dan macam macam bunyi.

 

Kusut sungguh pemikiran aku masa ini. Duit ada 10 sen, makantak ada, tempat tinggal tak ada. Aku tak ada hala tuju dan susah sungguh masani.

 

"Kenapa lah aku hidup lagi?". Bertalu-talu soalanini bermain di otak aku. Aku mula rasa geram dan marah dengan apa yang akulalui sekarang ini.

Akhirnya aku menangis dan meraung dengan kuat .

 

Aku terpaksa mengemis. Aku rasa macam hina sangat masa tu,aku mengemis,minta duit untuk beli makanan kat orang yang lalu lalang. Akuminta dengan cara baik.

 

"Encik nak duit sikit, saya laparlah. Saya tak makanlagi."

 

"Puan nak duit sikit, saya laparlah. Saya tak makanlagi."

 

"Bro nak ada seringgit, saya laparlah. Saya tak makanlagi."

 

"Akak, saya laparlah. Saya tak makan lagi."

 

Apa lagi dialog aku yang aku tak guna?aku belum dapat satusen lagi setelah mengemis hampir 2 jam. Aku kalau nak bangun jalan gagahkandiri cari duit syiling,huuhhh lupakan saja. Perut masih sakit lagi.

 

Rata-rata orang yang aku mengemis semua pandang aku macamaku tak ada maruah. Macam lah aku buat satu kesalahan besar atau aku buat dosabesar mengemis ni. Ada yang kata aku pemalas, harap makan duit orang.

 

Ayat yang paling menyakitkan hati aku adalah "Eh kauni, kerja minta duit je. Ko malulah dengan anjing tepi jalan. Pandai je anjingni cari makan. Berjimak pun tak kacau orang. Bukan macam kau ni! "

 

Tersentap hati aku. Kurang ajar betul mamat ini. Aku terusbangun dan kahak kat muka dia. Sedihnya aku dibelasah oleh mamat itu bersamadengan dua orang rakannya.

 

Mujur ada mak cik ini, datang hentikan. Mak cik tu hulur Rm10 kat aku. Aku berterima kasih kat mak cik Itu. Aku bangun sambil pegang perutaku.

 

"Abang ni ok tak?nak gi klinik tak?" tanya mak ciktu dengan penuh kerisauan.

 

"Ehh, tak pa mak cik saya ok ja ni. Sakit sikit jani." aku pun membalas dengan senyum. Aku terus tarik tangan mak cik. Akusalam,cium tangan dan ucap terima kasih banyak banyak kat mak cik tu.

 

Aku terus jalan beli roti dan air botol.Aku makan dan minumdalam keadaan sedih dan menangis. Sambil aku makan,aku terfikir punyalah susahnak makan dan minum sampai aku kena hina dan belasah untuk sekeping Rm 10.

 

Kejam betul kehidupan ini. Bergaya bagai pakaian semuanyatapi kedekut untuk memberi.Aku mula tekad aku nak mencuri. Aku pun mengintaipeluang untuk aku mencuri.

 

Kadang aku jumpa peluang mencuri sangat senang tapimasalahnya aku sendiri tak boleh bergerak laju. Jadi setelah berfikir panjang.Lebih baik aku curi makanan.

 

Aku sebenarnya buat pertama kali nak mencuri. Aku sungguhberdebar dan takut. Takut masa mencuri tu, ada orang lain nampak segala gerakgeri aku.

 

Aku buat kerja mencuri makanan dengan teliti. Aku pastikanbetul betul tidak ada yang memerhati gerak geri aku. Rancangan akusenang,ringkas dan selamat.

 

Aku nampak saja ada sesiapa membeli makanan,tinggal dalamraga motor dan pergi tempat lain. Aku dengan kadar yang cepat pergi ambilmakanan dan beredar terus.

 

Rancangan mencuri yang pertama,aku pergi ke kedai mamak, akutunggu dan perhati betul-betul mangsa untuk aku curi makanan mereka. Akupastikan betul-betul perjalanan mencuriku tak ada kesilapan baru aku mencuri.

 

Nak merancang memang senang dan seronok. Nak bagi rancangantu menjadi dengan selamat, yang tu payah sikit. Waktu pukul 12 tengah hari, akusangat lapar.

 

Aku pun berlegar legar di ruangan parkir motor depan kedaimamak. Aku mengharap sangat ada kecuaian pembeli, membeli makanan tinggal dalamraga motor dan pergi tempat lain.

 

Aku tunggu dari pukul 12 tengah hari sampai lah pukul 3petang. Aku dah mula haus dan menggigil. Aku dah mula terfikir untuk gunasahaja baki duit aku dalam Rm 5.

 

Aku kuatkan hati untuk tunggu lagi 30 minit. Kalau tak dapatjuga, aku beli sajalah makanan. Jam sudah menunjukkan pukul 3.20 petang. Tibatiba datang seorang jejaka ni dengan motor.

 

Aku rasa macam dia mangsa aku kot. Jadi aku pun tunggu danperhatikan betul betul. Jejaka dah beli makanan ada 2 bungkus dan minuman pun 2bungkus.

 

Masa dia dah meletakkan beg plastik yang ada makanan danminuman dalam raga motor, dia masuk semula ke dalam kedai untuk membelisesuatu. Aku tengok sekelilling dengan kadar yang pantas dan terus aku sambarbeg plastik tadi dan beredar dengan cepat.

 

Aku jalan sambil berlari anak anak menuju semula ke terminalbas. Situ ada kawasan orang kurang lalu lalang. Jadi aku pun duduk dan makan disitu.

 

Masa aku buka bungkusan pertama aku, aku dah tak terfikirapa-apa. Bagi aku janji ada nasi, sayur dan telur dah cukup mengembirakan aku.Sekali aku tengok dalam nasi tu ada ayam goreng, ada telur sotong, dan laukkegemaran aku hati ayam goreng.

 

Hussshhhh, usah ditanya betapa gembiranya aku masa tu. Airminuman pula teh ais. Setiap suapan terasa begitu nikmat. Aku makan sampaiterpejam pejam mata. Habis makan aku jilat jari jemari aku sampai bersih.

 

Aku bungkus dan kemas selepas habis makan dan buang dalamtong sampah. 

Lagi sebungkus nasi dan minuman,aku buat makan malam aku.Aku pun mula bergerak cari tempat duduk yang selesa untuk aku berehat.

 

Masa aku tengah berjalan cari tempat duduk selesa, ternampakseorang apek,kurus dan kelihatan letih. Apek tu tengah baring di tepi kaki lima.Aku terhenti berjalan di depan apek. Apek tu tengok dalam keadaan tengah baringdan senyum.

 

Aku tak sampai hati untuk tinggalkan apek dan jalan terus.Aku pun tanya "Uncle, sudah makan belum?". Uncle tu jawab"Belum, Wa nak bangun pun tak larat."

 

Aku rasa sayu dan sedih masa tu, aku pun tunduk,membongkokdan bangunkan apek tadi. Aku ajak dia makan. Dia menolak pelawaan aku dengansenyum.

 

Aku rasa bersalah sekadar itu saja ajakan itu. Jadibersungguh aku ajak makan. Akhirnya dia pun bersetuju. Aku pun bangunkan apektu.

 

Aku pun buka bungkusan kedua. Menu dalam bungkusan kedualagi Wow dari bungkusan pertama yang aku makan tadi. Ada 2 ekor sotong, 2 ekorudang,telur dadar,sayur kubis dan nasi. minuman pula limau ais.

 

Aku mula nak suap tetapi apek menolak. Dia cakap, diasendiri nak merasa nasi ni dengan tangan sendiri. Mulanya aku macam tertanya,kenapa dia tak nak aku suap.

 

Bila aku tengok cara apek tu makan. Aku faham sangat sangat.Dia makan dengan laju dan penuh nikmat. Dia punya khusyuk makan dan minumsampai tak da ruang untuk aku bersembang. Jadi lepas dia selesai baru aku ajaksembang.

 

"Uncle, berapa hari tak makan ni?"

"3 hari."

 

Lepas habis apek ni makan,dia minta tolong aku papah kelongkang untuk dia basuh tangan dengan air botol yang dia ada. Dah selesai, akubawa dia duduk semula. Dia cakap dia nak sambung baring.

 

Aku pun nak bangun dan beredar tapi apek tarik tangan akudan cium tangan aku. Apek tu cakap.

 

"Terima kasih yaaa, Tuhan nanti jaga orang macamyou."

 

Aku masa dengar pun rasa terharu. Aku nampak muka apek tugembira. Aku cuma senyum dan aku teruskan perjalanan aku.

 

Waktu malam aku dah mula rasa lapar. Jadi aku pun teruspergi dekat kedai mamak. Aku nak mencuri makanan macam siang tadi. Aku jugamengharap sangat ada peluang dan kecuaian para pembeli.

 

Malam ni makin ramai pengunjung datang membeli makanan danminuman. Aku cuba cari peluang untuk curi makanan. Tapi orang terlalu ramai danyang lepak atas motor pun ramai.

 

Aku tunggu di situ dari pukul 8 pm sampai lah ke pukul 12.30am. Aku sedih sangat sangat sebab aku tak dapat apa-apa makanan dan minuman.Akhirnya aku pun beredar tinggalkan tempat tu.

 

Sekarang ni aku kena jayakan rancangan terakhir untuk malamni. Aku dah lapar sangat ni. Aku kali ni nak mencuri berhampiran dengan kedaiserbaneka 24 jam. Aku kuatkan hati dan terus menunggu.

 

Jam sekarang dah pukul 2 pagi. Aku dah lapar dan kali ni akutekad nak mencuri. Apa nak jadi jadilah. Aku ternampak ada seorang wanitakeluar dari kedai sambil minum air tin dan bawa bungkusan plastik putih.

 

Aku dari jauh andaikan itu mesti roti. Jadilah buat alasperut aku. Aku pun apa lagi. Aku perhati keadaan kawasan,aku nampak macam takada gangguan terus aku lari laju dan sambar bungkusan plastik putih tu.

 

Terus wanita tu jerit sekuat hati "Apa bendalah Sial,Tuala wanita pon ko nak rembat ke? Ko nak tepek kat jubor ko ke gila?".Aku terus buka bungkusan plastik putih,kecewa sungguh aku nampak Tuala wanita.Terus aku campak ke arah wanita tu dan lari sekuat hati.

 

Maknanya rancangan aku gagal malam ni. Jadi aku terus jalandan cari kawasan yang sesuai untuk aku tidur malam ni. Maka berakhirlahrancangan mencuri aku untuk hari ni. Aku pun tidur dalam keadaan lapar dankecewa.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff