Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
44,709
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 8

Aku :"Pyan aku dah tak da duit ni, aku serabutweeeyhhh"

 

Pyan :"Loqman aku, bukan tak nak tolong ko tapi duitaku cukup cukup untuk aku hantar gi kampung."

 

Loqman :"Aduuuhhh, hmmmm aku rasa macam ni lah apa katamalam ni ko teman aku"

 

Pyan :"Haahhh, ko nak gi mana malam.  ni?"

 

Loqman :"Alaaahhhh macam ni habis ko kerja,ko datang jaambik aku."

 

Pyan :"iyalah pastu nak gi mana?"

 

Loqman :"Jangan risau,pasal tu malam ni aku cerita.Cuma kalo aku untung besar. Aku kongsi sama rata dengan ko."

 

Pyan :"Ahhhh ko,kad pakau pun aku tak pernah nampak komain. Tiba tiba ko nak judi."

 

Loqman :"Bila masa lak aku nak berjudi,ahhhh ko ikutjelah. Nanti aku kasi tau."

 

Pyan :"Ada cewek tak?"

 

Loqman :" Memang tak ada lah cewek, ahhhhh ko datangambik aku malam ni tau!"

 

Pyan :"Ahhhhh bosanlah gak ada cewek gak mauikut."

 

Loqman :"Amboi ko, kan aku ni sahabat ko, udah janjisama ko kubur sebelah sebelah. Walaupun ko hodoh,aku seorang ja sudi jadiko."

 

Pyan :"Hahahaha kurang ajar ko Loqman, apa ko bisa rasapenumbuk khas dari Indonesia? Sekali aku tumbuk muka ko, ko yang hitam ni pastijadi putih atau ko mau aku hantar Saka istimewa untuk sedut lemak ko,biar kurussikit."

 

Loqman :"Hahahaha alaaa bukan selalu kutuk ko Pyan,Ahhhhh ko datang ambik aku malam ni tau!"

 

Pyan :"Iyalah Iyalah. Inilah umat akhir jaman yangpaling gemuk dan menyusahkan aku."

 

Loqman :"Hahahahahaha."

 

Tepat pukul 8 malam, Pyan habis kerja terus datang ke umahaku. Aku pun siap siap untuk keluar.

 

Pyan :"Ehhh ko ni Loqman, dah kenapa baju hitam, seluarhitam, topi hitam? Tak cukup hitam ke ko ni? "

 

Loqman :"Ehhhhhh, ko ni. Soal kemain kat aku,pak polisipun gak ada tanya macam macam. Kan aku kata aku ada rancangan malam ni? Jom dibawah aku cerita."

 

Aku dengan Pyan jalan turun tangga. Kami sama sama salingdiam turun bawah. Dari raut wajah Pyan,dia macam tertanya tanya apa rancanganaku sebenarnya. Aku pula tak tau macam mana nak mula cerita rancangan aku.

 

Sesudah kami sampai kat motor. Terus tanpa buang masa. Pyanterus mula bertanya.

 

Pyan :"Sebenarnya apa rancangan ko?"

 

Aku terdiam. Aku macam berani tak berani. Aku nak cakapmacam ni. Aduuuhhh. Kalau aku tak cakap, aku lagi susah. Aku dah lah tak daduit.

 

Loqman :"Sebenarnya... Sebenarnya.. errr,Sebenarnya.."

 

Pyan :"Ko terus teranglah sama aku. Pelik ko malam ni.Udah lah semua hitam, ko pun hitam. Kalo jadi itu pencuri pun bagus, itu CCTVpun tak nampak ko, hahahaha."

 

Loqman :"Yer Pyan,aku nak gi mencuri. Aku terpaksaPyan. Aku dah tak da duit. Duit aku semua dah habis aku labur. Aku makan minumpun di kedai ja Pyan. Hari cuti,aku tak ada makan minum Pyan. Ko tolonglahteman aku,Pyan. Aku betul betul perlu duit ni."

 

Pyan :"Astaga ko ni dah kenapa Loqman? Mencuri? Gak mauaku teman ko. Baik baik elok aku cari wang di sini,boleh kirim ke kampung.Kerana ko, aku yang dikirim ke kampung. Gak mau! Ko mau curi, ko buatsendiri!"

 

Loqman :"Pyan tolonglah Pyan, ko cuma bawa ja aku. Aku100 peratus kerja curi aku yang bikin. Aku janji bukan ragut orang, aku nakcari rumah yang kosong dan senang masuk. Aku dapat duit aku keluar terus."

 

Pyan :"Aku ni walau udah lama tidak sembahyang,aku takmau bikin ini kerja. Ini kerja gila,Loqman. Kalo ko kena tangkap dengan akusekali kena. Gak mau!"

 

Loqman :"Pyan, Pyan ko tengok dompet aku ni, aku ada 5ringgit je Pyan. Sekali makan habis Pyan. Tolonglah teman aku Pyan. Aku janji,kalo apa-apa terjadi sama aku, biar aja aku sorang yang kena. Ko tinggalkanaku."

 

Pyan : "Ko ni Loqman, Gak tahu ko ni goblok ka gila.Minta sajalah advanced gaji dari Boss, macam lah tauke tak kasi sama ko."

 

Loqman :"Ya aku selalu minta advanced gaji dan akudapat. Tapi kali ni tauke bilang aku ni gak ada disiplin kerja. Jadi tauke takmau kasi sama aku."

 

Aku dah berkerut seribu wajah aku masa ni. Macam sedih dannak menangis pun ada. Macam mana lah aku nak bertahan sampai hujung bulandengan 5 ringgit. Tiba tiba Pyan bersuara.

 

Pyan :"Hmmmm oklah, aku tolong teman ko. Tapi ko janjisama aku. Semua kerja curi ko yang bikin, aku cuma tunggu ko saja."

 

Terus berubah raut wajah aku. Sungguh aku dan gembira masani.

 

Loqman :"Terima kasih Pyan! Terima kasih Pyan! I loveyou so much! Aku janji kalo untung besar aku kongsi sama ko."

 

Pyan :"Iyalah iyalah tapi kita mau curi di kawasanmana? Sekarang udah hampir 10 malam."

 

Loqman :"Ok macam ni sekarang kita ronda kawasanperumahan dekat tasik depan Unisel tu. Aku harap sangat ada peluang akucuri."

 

Tanpa buang masa aku pun bonceng naik motor Pyan. Merayaurayau mencari rumah yang sesuai dan senang untuk aku curi.

 

Tapi sayang sudah sejam lebih merayau tapi tidak ada rumahyang boleh aku masuk. Jam hampir 11.15 pm.

 

Pyan :"Loqman, sekarang jam sudah 11 lebih. Aku bawa koke kawasan perumahan baru. Dalam sikit dan gak ada pasar,kedai apa pun tak dakat situ. Kita cuba situ, kalo gak ada jugak kita balik sajalah. Aku dah penatni."

 

Sekali bawa jenjalan dalam kawasan perumahan baru. Tak salahaku yang ni jalan u12. Mungkin Pyan tak tahu nama jalan ini. Aku harap sangatsangat dapat peluang untuk curi kali ini.

 

Tiba tiba kami lalu di satu lorong. Kami terjumpa satu rumahkosong. Rumah ni pintu pagar terbuka sikit dan pintu rumah terbuka. Adabeberapa motor dan ada kereta tapi rumah gelap. Pyan dan aku mula rancangan.

 

Loqman :"Pyan, ko henti di sini. Biar aku jalan masuk.Aku tak mau terlepas peluang."

 

Pyan :"Loqman, ko tak rasa pelik ka? Pukul 11.50 waktuni, rumah banyak motor. Ini sudah pasti rumah orang pelajar Universiti."

 

Loqman :"Peduli apa aku dengan budak budak Universitini. Belajar pandai pandai, tapi jaga rumah pun tak pandai jaga. Goblok iniorang."

 

Pyan :"Aku risau ko yang jadi goblok nanti. Mana adaorang orang bujang tidur awal ini jam. Apa mabuk ka semua orang dalam rumahni."

 

Loqman :"Pyan ko tolong diam boleh tak. Ko tunggu sini.Lagi banyak ko cakap, lagi tension aku jadi,aku nak curi.Kalo aku kaya inimalam ko pun kaya sama macam aku."

 

Pyan :"Iyalah Iyalah, hah ko jaga diri. Aku tunggu kodi sini."

 

Aku pun jalan perlahan lahan. Aku perhati keadaansekelilling. Sunyi sepi malam ini. Aku tolak pintu pagar perlahan lahan. Sampaidepan pintu rumah. Aku tanggalkan selipar aku.

 

Aku masa nak langkah kaki masuk dalam rumah tu, tetiba akutak sedap hati. Aku seperti terngiang ngiang suara Pyan seperti membisik"Jangan masuk Loqman,ada yang tak kena ni."

 

Tapi aku kuatkan hati aku untuk masuk. "Alah Si Pyanni,dari awal pun dia penakut. Nasib baik aku berani." aku bermonolog dalamhati.

 

Saat aku masuk saja dalam rumah, tetiba aku disimbah airsaaaaashhhhhh, paaaapppp tepung sampai di seluruh badan aku. PaaaappppPaaaapppp Paaaapppp bertubi tubi telur hinggap di kepala aku.

 

Terus lampu buka, dengan penuh gelak ketawa dan aku dengarnyanyian "Haaaapppppyyyy Birthhhdaaaayyyy Toooo Youuuuuuuu!"

"Haaaapppppyyyy Birthhhdaaaayyyy TooooYouuuuuuuu!"

"Haaaapppppyyyy birthhhdaaaayyyy TooooYouuuuuuuu!"

"Haaaapppppyyyy Birthhhdaaaayyyy TooooYouuuuuuuu!"

 

"Yeaaaaaaaayyyyyy! Wooooooooo!"

 

Terus tepukan gemuruh aku dengar.

 

"Steady lah John! Happy Birthday My Bro!"

"Jom bergambar dengan John!"

 

Terus Cepat-cepat aku angkat tangan tunjuk isyarat nantinanti. Aku cepat-cepat keluar dari rumah tu. Budak budak rumah tu mula pelik.

 

"Woooooiiii John, ko nak gi mana giler?"

"Alaaaaa tak kan majok kot"

"Hahahahahaha! "

 

Terus aku keluar lari pergi kat Pyan. Pyan terkejut tengokaku. Dia pun menjerit.

 

Pyan :"Astaga ni jembalang mana pulak bertepung telurcari aku. Astaga pergi pergi ko! pergi! "

 

Terus Pyan kick start motor laju laju nak hidupkan motor.

 

Loqman :"Pyan! Ni aku lah giler!aku kena prank untukbirthday!"

 

Pyan :"Waduuuhhhhh, udah ku bilang sama ko. Ko gak maudengar. Terkejut aku tengok sama ko. Jembalang mana tadi lah mari kejar samaaku."

 

Loqman :"Ko dah kenapa Pyan? Mana ada jembalangbertepung telur macam ni?"

 

Pyan :"Mana lah aku tahu, mungkin jembalang di Malaysialain. Jembalang di Indonesia lain. Namun mereka semua saudarasejembalang,hehehehe."

 

Cepat-cepat aku naik motor Pyan.

 

Loqman :"Diam ahhhhh ko, gerak cepat karang kantoipulak aku nak masuk umah tadi."

 

Terus Pyan bawa motor dengan laju tinggalkan kawasan tadi.Dari jauh aku dengar ada suara memanggil "Woooooiiii John relax lah, takkan merajok teruk macam ni! "

"Johnnnn!!"

"alaaaa touching lebih plak ko!"

 

Dalam perjalanan atas motor,tetiba aku mengalir air mata danakhirnya aku nangis.

 

Pyan :"Laaaaaa, kenapa ko nangis ni?"

 

Aku tak mampu berkata kata. Aku terus menangis. Aku terfikirsekarang ni. Sabun mandi aku makin nipis. Syampu rambut aku dah habis. Serbukcuci baju aku tinggal sikit.

 

Aku tak tau nak buat macam mana sekarang ini. Aku ada 5ringgit saja sekarang. Pilihan aku cuma satu sahaja. Sama ada pilih untuk makandan minum atau sabun buku atau sabun serbuk cuci atau Syampu rambut.

 

Aku masa tu berbau sangat busuk. Namun baik sungguh hatiPyan. Dia sikit pun tak bising atau menghalau aku sebab kotor dan busuk. Sampaidi kawasan parkir motor. Cepat-cepat Pyan ajak aku naik atas pergi ke rumahaku.

 

Aku buka saja pintu rumah, semua budak rumah sewa terbeliaqmata tengok keadaan aku. Aku cepat cepat ambil tuala mandi masuk dalam bilikair.

 

Aku menangis sambil air membersihkan rambut di bawah airpancutan "shower". Bila terlalu nipis, cepat saja sabun tu patah jadilagi kecil.

 

Aku buntu nak rendam dengan apa baju seluar aku ni. Sabunserbuk cuci pun sangat sikit yang tinggal. Aku ambil sabun mandi yang patahkecil campur dengan saki baki sabun serbuk cuci,aku rendam baju seluar aku.

 

Aku memang sangat lama dalam bilik air. Punya lah akukhusyuk bersihkan diri. Tetiba ada orang ketuk pintu bilik air.

 

Pyan :" Loqman... Ooo Loqman ni aku Pyan. Buka pintujap, ambik ni."

 

Aku pun buka sikit pintu bilik air dengan perlahan lahan.

 

Pyan :"Loqman,ni ada sabun buku aku dan 3 peket sabunserbuk cuci pakaian. Gunalah Loqman."

 

Aku ambil dan ucap terima kasih banyak banyak kat Pyan. Pyanpun sambung lagi.

 

Pyan :"Ko mandi bersih bersih dulu yaa. Aku mahu pulangdan mandi juga. Jap lagi aku bawa makanan sama ko yer."

 

Loqman :"Pyan, terima kasih banyak banyak Pyan. Terimakasih."

 

Pyan pun keluar dan balik ke rumah. Aku pun lega sangatsangat ada sabun mandi ni. Aku sabun puas badan aku sekali dengan rambut sabun.

 

Syampu aku dah habis. Jadi ada sabun, sabun sajalah rambutaku ni. Hampir dekat 40 minit aku dalam bilik air. Sabun serbuk yang Pyan bagitadi sikit aku guna untuk rendam baju, sikit lagi aku untuk berus lantai bilikair. Nak bagi hilangkan bau busuk telur.

 

Lepas aku selesai mandi, aku masuk bilik aku. Aku pun pakaipakaian untuk aku tidur. Aku duduk atas katil dan aku sandar kepala aku didinding dekat dengan tingkap.

 

Lepas 10 minit macam tu, aku dengar ada orang ketuk pinturumah.

 

Pyan :"Loqman...Ooo Loqman, aku ni Pyan.. Loqman, bukalah pintu ni."

 

Loqman :"Yer, yer, aku datang ni."

 

Aku nampak ada satu plastik beg yang dalam tu ada bungkusanroti dengan kuat, satu lagi plastik beg ada 3 bungkus mi segera.

 

Pyan :"Cepat Loqman,jom makan! Aku lapar ni!"

 

Lepas buka pintu terus aku ajak Pyan lepak dalam bilik aku.Aku terus tadah air dalam "heater" dan panaskan.

 

Pyan :"Weeeyhhh,ada Roti canai 4 keping ni. Panas panasni Loqman. Jom makan, ko 2 keping aku 2 keping."

 

Lepas makan aku ambik air panas yang dah mendidih,buat kopisegera untuk Pyan.

 

Pyan :"Loqman, terima kasih ya buat kopi untuk aku. 3bungkus mi segera ni untuk ko yer."

 

Aku senyum dan tunjuk isyarat bagus kat Pyan. Aku bangun dankemas lepas makan. Lepas tu aku duduk atas katil dan sandar kepala kat dinding.

 

Pyan :"Loqman, pasal tadi tu. Lupakanlah yer. Aku tak sangkasampai bertepung telur bagai ko kena bagai."

 

Loqman :"Tah lah Pyan. Aku kecewa sungguh. Aku ingat,bolehlah ada duit tangan sikit. Tapi tulah lain yang jadinya."

 

Pyan :"Nasib baik ko tak kena pukul Loqman, dibuatnyakantoi tadi. Nahas ko Loqman. Oh yaa,Loqman sabun serbuk cuci tadi tu halal kotak payah bayar. Aku ada cerita sikit tentang ko. Kawan kawan aku kesian samako. Jadi diorang kasi tau 3 peket."

 

Loqman :"Nanti tolong ucapkan terima kasih banyakbanyak kat kawan kawan ko yer Pyan. Motor ko tu, esok aku datang awal ke kedaidan cuci yer. Yelah aku kan kotor."

 

Pyan :"Eh, gak perlu cuci motor aku. Aku dah periksa,tempat duduk belakang cuma perlu di lapkan saja. Bekas tepung saja tu Loqman.Aku uruskan saja itu."

 

Loqman :"Aku malulah dengan ko Pyan. Ko baik sangatdengan aku. Banyak benda ko tolong aku."

 

Pyan :"Aduuuhhh, benda kecil saja Loqman, orangIndonesia bilang small matter bro,hehehehe. Aku pun tak lupa budi baik ko dulu.Ko banyak tolong aku dulu. Eh ko tak de pula malu bawa aku sama kawan kawan akujalan ke Kuala Lumpur cari barang harga murah."

 

Loqman :"Nak malu buat apa Pyan, nama pun kawan Pyan.Walaupun ko tak kacak macam aku, aku masih lagi setia jadi kawan ko Pyan."

 

Pyan :"Hahahaha, iyalah iyalah Loqman. Weeehhh dekatpukul 2 pagi ni. Aku pulang dulu yaa."

 

Loqman :"Yaa ok2 baik baik. Hati hati yaa Pyan. Jumpaok esok."

 

Terus aku jalan ikut Pyan ke arah pintu. Pyan pun pakaiselipar dan terus jalan. Aku pun nak tutup pintu. Tiba tiba Pyan panggil.

 

Pyan :"Loqman, weeehhh."

 

Loqman :"Ehh, ko ada terlupa apa-apa ke?"

 

Pyan :"Tak lah, cuma lepas ni kita jangan mencuri yaaLoqman. Tolong yaa demi aku."

 

Loqman :"Yelah aku janji, aku tak nak buat dah kerjani."

 

Pyan pun senyum dan terus jalan turun tangga. Aku pun tutuppintu. Aku jalan terus masuk dalam bilik dan baring atas katil.

 

Aku masih tak tenang sebenarnya. Aku masih terfikir, macammana aku nak bayar sewa bilik lagi seminggu. Aku terfikir lagi hutang piutangaku dengan Razman dan kawan kawan dia.

 

Loqman :"Kalau jadi kaya kan senang, tapi senang ka nakjadi kaya ni? Macam menyusahkan hidup."

 

Aku berfikir dan terus berfikir tapi aku tak jumpa pun jalankeluar. Aku terlelap kerana letih fikirkan semua ini.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff