Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
57,467
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 12

Pak Abu :"Ragavan, Pak Abu tak tau nak nasihat kamumacam mana. Pak Abu, pun tak suka nak datang sepak kamu macam ni. Tapi kalauPak Abu tak buat macam ni. Kamu tetap tak berubah."

 

"Ragavan, tolonglah berhenti kerja ni. Tak berkat tauhidup ni, kalau asyik bagi mak bapa susah. Jangan sampai mak bapa dah bencikita. Jangan sampai apa apa terjadi kat mak bapa kita. Tambah pula kita yangpunca. Nanti Ragavan menyesal sepanjang hayat."

 

"Pak Abu minta maaf yaa sebab sepak kamu."

 

Ragavan :"Terus aku tarik tangan Pak Abu. Aku salam diadan cium tangan. Aku rasa sedih sangat bila dengan apa yang aku dah buat. Akujanji dengan diri aku,aku akan minta maaf dengan mak bapa aku sungguhsungguh."

 

"Esok pagi dalam pukul 10 macam tu. Aku tengok mak akududuk atas kerusi dan mula pegang surat khabar. Aku datang dekat mak aku. Akutak boleh tahan sebak. Masa tu mak aku dah pelik dengan aku."

 

"Aku sampai kat mak aku terus aku menangis macam budakkecil menangis. Bersungguh sungguh aku minta maaf kat mak aku. Hati seorangibu, bila nampak anak menangis terus dia bangun peluk aku. Kali ni, aku melututdan peluk kaki mak aku."

 

"Aku menangis nangis minta maaf kat mak aku. Sampailahmak aku sendiri cakap kat aku, Amma maafkan kamu Ragavan. Baru aku bangun danterus peluk mak aku. Aku bagitau kat mak yang mulai hari ni. Aku nak berubahjadi orang baik."

 

"Mak aku pun seronok,aku pun cerita kat mak aku. Yangaku nak berhenti kerja tu dan aku nak ikut bapa aku. Aku pun nak tolong bapaaku. Aku kat mak aku dengan penuh semangat. Mak aku masa tu punyalah seronoktak tau nak kata macam mana."

 

"Pastu aku cakap kat mak, malam ni aku nak minta maafkat bapa. Aku dah buat banyak salah dan dosa. Aku cakap kat mak aku,aku nakkeluar pergi jumpa boss aku. Aku mau bagitau yang aku nak berhenti kerja."

 

"Aku keluar dalam 1 tengah hari dan balik dekat pukul 7petang. Aku nampak bapa aku balik awal. Aku tunggu dia dah mandi dan makan,baruaku datang jumpa bapa aku. Dalam pukul 8.30 pm,bapa aku duduk atas sofa danmula nak menonton siaran kegemarannya."

 

"Aku mula datang perlahan lahan. Sampai saja kat bapaaku. Aku nampak bapa aku macam malas nak layan aku. Tapi bila aku sampai dansebak menangis di depan bapa aku. Bapa aku terus tutup televisyen. Akubersungguh sungguh minta maaf. Aku akhirnya melutut dan menangis."

 

"Berkali kali aku minta maaf, terus bapa aku punmenangis dan angkat.Ragavan, bapa maafkan kamu. Terus aku janji, aku tak kankerja lagi macam dulu. Mulai esok aku nak jadi pembantu bapa aku. Terus bapaaku senyum riang sambil peluk aku."

 

"Ada satu pagi tu, aku lepas lap motor bapa aku. Akumula termenung, teringat pula pasal sebelum ni. Kerja sebelum duit best. Cumasekarang kerja dengan bapa ok, seronok cuma duit kurang sikit."

 

"Sekali bila Pak Abu turun nak naik motor pi sembahyangsubuh kat surau, dia ada perasan pasal aku. Dia datang dekat aku, diatanya."

 

Pak Abu :"Kenapa ni Ragavan? Ada masalah ka?"

 

Ragavan :"Eh tak da lah Pak Abu, semua ok."

 

Pak Abu :"Ragavan, Ragavan ni macam anak Pak Abu. Kalauada apa apa nak story, ada apa apa masalah cerita saja kat Pak Abu ok?"

 

Ragavan :"Baik Pak Abu."

 

Pak Abu :"Ragavan, macam mana Pak Abu sayang katSiti,macam tu juga Pak Abu sayangkan Ragavan dan Ganesha.

 

Ragavan :"Terima kasih Pak Abu, walaupun Ragavan buatbanyak salah. Pak Abu selalu ambil tahu tentang saya."

 

Pak Abu :"Ragavan,Pak Abu nak kongsi satu storyboleh?"

 

Ragavan :"Boleh boleh Pak Abu, saya nak dengar."

 

Pak Abu :"Hidup ni senang cerita macam ni. Papan Hitamitu macam dunia,elok dan bersih. Manusia ni umpama kapur untuk kita tulis danpemadam."

 

"Dalam dunia kita boleh syok tulis apa saja yang kitasuka. Betul ka,tipu ka, tulis cerita bagus bagus ka, tulis cerita kotor kotorka. Kita boleh tulis apa saja kita suka tapi kita jangan lupa, nanti ada oranglain akan baca apa yang kita tulis."

 

"Kalau kita tulis bagus bagus, boleh jadi orang yangmembaca tu jadi bagus. Orang tu jadi bagus kita pun senang. Jadi kita punseronok kawan dengan itu orang sebab dia bagus."

 

"Tapi kalau kita asyik tulis kotor kotor,boleh jadiorang yang membaca tu jadi kotor. Kalau itu orang sudah jadi kotor, kita puntak suka kawan dengan dia. Kita jadi pun jadi takut nak kawan dengan dia, silaphari kotor dia terkena kat keluarga kita."

 

"Ragavan kena faham ni, hanya orang yang jujur dengandiri sendiri, berani dan kuat untuk berubah dia akan angkat pemadam kasi padambalik mana mana salah. Kita semua orang tak lari dari buat kesalahan. Tapibelum tentu semua orang mau mengaku salah dia dan perbetul balik."

 

"Apa yang Ragavan buat sekarang, tak ramai orang buat.Boleh kata 1 dalam 1000 orang berani macam Ragavan untuk berubah. Ya nakberubah tu bukan senang. Cakap bolehlah senang, tapi try buat tengok. Baru tausenang ka susah."

 

"Apa yang Ragavan buat sekarang, Ragavan sudah tunjuksama orang sini. Ragavan lah Hero sini. Ragavan berani untuk berubah demi mak,bapa dan Ganesha. Tuhan sayang anak yang berusaha menjadi penyejuk mata untukkeluarga."

 

"Ragavan, You are a Hero!"

 

"Kita panggil Ragavan The Hero!"

 

"Pastu sama sama kami senyum dan ketawa. Masa tu mulaaku dengar Azan dari Masjid."

 

Pak Abu :"Ok lah Ragavan, ni dah masuk waktu Subuh, PakAbu minta diri dulu yer."

 

Ragavan :"Ok baik Pak Abu, hati hati yaa."

 

"Pak Abu pun naik motor pergi ke Masjid."

 

"Aku pun mula ikut bekerja dengan bapa aku, minggupertama aku kerja tu rileks sikit. Tapi minggu ke 3,fuuuhhh bertambah kerjajadinya sampai motor aku kena pasang besi dibelakang untuk letak barang."

 

"Ada beberapa restoran pilih kami jadi pembekal barangmereka. Aku daripada sekadar hantar barang dulu, lepas tu aku belajar buatakaun sikit. Kena tau berapa masuk, berapa keluar, berapa orang hutang danberapa kami hutang."

 

"Pastu dalam seminggu ada 4 hari Pak Abu akan hadiahkanaku dan bapa aku 5 bungkus nasi lemak. Aku bila makan nasi lemak Pak Abu bagitu, huuuhhh sedap gila! Nasi Lemak tu wangi pastu macam santan lebih. Memangtaste aku lah."

 

"Kadang tu aku nak beli, tapi Pak Abu asyik kata orangtu meniaga sikit sikit ja Ragavan, kalo lambat habis. Pak Abu sampai masjidsebelum sembahyang subuh kena booking dulu, lepas selesai Pak Abu keluar danterus beli."

 

"Aku pun ok lah, ikut sajalah Pak Abu cakap tu. Tapisatu hari tu, terkantoi dengan aku. Rupanya Mak Ida yang buat nasi lemak. Akumacam pelik dan tanya kat Pak Abu."

 

Ragavan :"Pak Abu, kenapa Pak Abu buat macam ni?"

 

Pak Abu :"Buat macam na tu Ragavan?"

 

"Aku masa tu macam sikit marah tapi aku bolehkawal."

 

Ragavan :"Yelah, selama ni Ragavan sungguh sungguhpercaya yang Pak Abu beli, rupanya Mak Ida yang masak ni."

 

"Tengah aku bertanya kat Pak Abu, tiba tiba bapa akupun baru sampai dan dengar soalan aku. Terus bapa aku mencelah."

 

Kumar :"Kenapa ni Ragavan?ada apa-apa ka yang jadini?"

 

Ragavan :"Tak Nasi Lemak ni, ingat Pak Abu beli.Rupanya Mak Ida yang buat. Tapi kenapa perlu tipu saya."

 

Kumar :"Ooooo Ragavan, Kalau kamu nak tahu,sebenarnyamereka seronok tengok kamu bersemangat setiap pagi keluar pergi kerja. Sibuksibuk awal pagi, sempat kamu lap motor bapa, motor kamu dan ada hari tu kamulap sekali motor Pak Abu."

 

Pak Abu :"Ragavan, jangan marah yaa. Pak Abu dengan MakIda ikhlas buat nasi lemak untuk kamu. Kurang kurang sempat lah sarapan pagisebelum kamu sibuk kejar masa hantar barang ke sana ke sini."

 

"Aku bila dengar jawapan ini, aku terus peluk Pak Abu.Air mata aku mengalir. Aku rasa macam sangat dihargai perubahan aku. Aku ucapterima kasih banyak banyak kat Pak Abu."

 

Ragavan :"Mak Ida,kenapa tak nak jual nasi lemak macamni? Mesti laku sangat sangat, percayalah cakap Ragavan."

 

Mak Ida :"Eh, Mak Ida tak berapa minat nak meniagasebenarnya. Kalau buat sikit sikit macam untuk kita makan tu boleh lah. Mak Idadan Pak Abu pun dah tua,tak larat nak niaga."

 

Ragavan :"Mak Ida, terima kasih banyak banyak yaa. Nilah Nasi Lemak yang paling sedap di Malaysia."

 

Mak Ida :"Hahahaha sama sama. Pandai yer kamu bodek,kena bagi satu periuk Nasi Lemak untuk Ragavan macam ni."

 

"Semua orang pun ketawa."

 

"Satu petang tu aku,masa aku baru sampai dan parkingmotor. Aku pun nampak Pak Abu datang nak naik motor. Katanya dia nak keluarbeli barang jap."

 

Pak Abu :"Amacam bisnes ada bagus ka Ragavan?"

 

Ragavan :"Huuuhhh terkejar kejar masa nak hantar barangbarang dekat pelanggan. Penat tapi seronok. Cuma saya baru sedar dan belajarsesuatu."

 

Pak Abu :"Apa yang kamu belajar Ragavan?"

 

Ragavan :"Dulu masa bapa saya kerja seorang diri. Macammana lah dia uruskan perniagaan,order barang, buat akaun,urus keluarga danmacam macam lah."

 

"Saya macam ni pun dah penat Pak Abu. Tapi bapa sayatak pernah sekali merungut penat ka, sakit ka, malas ka. Tak pernah dengar apapun. Setiap kali sampai rumah, dia senyum saja. Bila saya kerja dengan bapasaya, baru saya tau dia punya tekanan macam mana. Saya bersyukur ada seorangbapa yang baik macam bapa saya."

 

Pak Abu :"Ragavan, bapa kamu memang seorang yang sangatbaik. Bagi Pak Abu, Dia memang baguih punya orang Ragavan. Bapa tak pernah lupabudi baik dia. Ada yang Ragavan tahu dan ada yang Ragavan tak tahu."

 

Ragavan :"Pak Abu ceritalah saya nak dengar."

 

Pak Abu :"Dulu masa Pak Abu awal kawen dulu kira lepas6 tahun baru Mak Ida mengandung Siti. Dulu macam macam orang nanti perli danhina Pak Abu dan Mak Ida."

 

"Ada yang kata macam ni kat Pak Abu, hah datang dahpasangan mandul. Kalau jumpa banyak kucing saja banyak orang kata Pak Abudengan Mak Ida boleh bela semua sebab diorang apa anak pun tak boleh ada. Macammacam orang kata kat kami Ragavan."

 

Ragavan :"Ishhhh kurang ajar betul orang ni, merekaorang sini ka? Mari tunjuk sapa dia. Mari Pak Abu."

 

Pak Abu :"Ishhhh kamu ni Ragavan, benda dah lepas takpayah nak marah. Pak Abu nak cerita betapa baiknya bapa kamu, kamu dahpotong."

 

Ragavan :"Yelah sapa tak geram Pak Abu. Kalau saya jadiPak Abu, saya dah belasah semua orang."

 

Pak Abu :"Ishhhh kamu ni, bawa bersabar Ragavan. Kamuni belajar jadi macam bapa kamu. Dia pun 1 dalam 1000 punya orang. Hah ni PakAbu nak cerita."

 

"Dulu masa ramai yang mengata kat Pak Abu dan Mak Ida,bapa kamu lah yang pergi marah kat diorang semua. Pak Abu sedih sangat masa tu,tapi bapa dan mak kamu selalu bagi semangat suruh sabar dan kuatkan semangat.Bapa kamu selalu cakap, nanti mesti ada cuma cepat lambat saja."

 

"Bila dah jadi macam ni, kami pun tak berani nak pasangapa-apa harapan,takut kecewa Ragavan. Lagipun Pak Abu masa awal kawen gajisikit,kira cukup makan, minum, bayar bil,sewa rumah dan bulanan motor."

 

"Pak Abu ingat lagi Ragavan, masa hari Pak Abu kenabuang kerja, hari tu Pak Abu dapat berita Mak Ida mengandung. Macam ada orangjatuh, cepat-cepat mak kamu datang tengok. Nampak Mak Ida terbaring ataslantai. Mujur masa tu pintu tak kunci sebab Mak Ida baru masuk dalamrumah."

 

"Bapa kamu sampai saja rumah terus bawa Mak Ida piklinik. Sebab tiba tiba pengsan. Betapa seronoknya masa tu, bapa dan mak kamu,akhirnya Mak Ida mengandung."

 

"Kebetulan tahun yang sama, mak kamu mengandungGanesha. Baik sungguh bapa kamu, agak lama Pak Abu usaha cari kerja tapi takdapat. Kadang bapa kamu sendiri nanti belanja barang barang dapur."

 

"Pak Abu malu sangat masa tu, kadang Pak Abu menangiskat stesen bas. Kebetulan bapa kamu ternampak Pak Abu duduk di situ menangis,dia hentikan motor kat tepi jalan terus datang dan peluk Pak Abu tau."

 

"Bapa kamu selalu pesan, apa apa cerita sedih tolongjangan cerita kat Mak Ida. Tak mau bagi Mak Ida sedih dan asyik berfikir. Risaukesihatan baby dalam perut."

 

"Ragavan kalau perasan,bapa kamu dia macam orang kataada prinsip tau. Dia banyak mendengar dan kurang cakap. Bapa kamu tu memangBest buat kawan cuma dia lebih suka dengar orang bercerita."

 

Ragavan :"Haa betul, bapa memang macam tu. Dia selalubiar orang lain story,dia dengar saja."

 

Pak Abu :"Haa lagi satu, sebelum Pak Abu lupa. Bagibapa kamu orang yang suka minta tolong atau minta duit, kita jangan sesekalikata atau buat cerita itu orang malas tak mau kerja. Kita tak tau apa betulbetul masalah dia.

 

"Kalau mau tolong itu orang, tolong saja. Kalau tak mautolong baik duduk diam saja."

 

Gaya Pak Abu masa tu macam nak beredar dari situ.

 

Pak Abu :"Ragavan kerja bagus bagus yaa, jadi orangyang rajin macam bapa, baik hati macam bapa. Lagi banyak orang Ragavan bolehtolong."

 

Ragavan :"Baik Pak Abu, Ragavan dengar."

 

Pak Abu :"Ok Ragavan, jaga diri yaa. Pak Abu minta diridulu yaa."

 

Ragavan :"Baik Pak Abu, hati hati yaa."

 

 

 

Ragavan :"Bila aku tengok Pak Abu, Mak Ida, Siti,bapaaku, mak aku dan Ganesha. Aku belajar lagi satu perkara baru. Dalam hidup ni,kita semua ada kasih sayang satu sama tak kira apa bangsa sekali pun. Sama samasaling lengkap melengkapi."

 

"Begitu juga dengan Ganesha dan Siti. Sama sama bolehsaling melengkapi dan sama sama ada kasih sayang. Haaa macam Ganesha ni,dia adamasalah sikit. Dia macam tak pandai nak bergaul senang faham dia tak pandaiberkawan."

 

"Macam perempuan perempuan lain di sekolah semua ada kawanbaik. BFF lah bagai. Ada group diorang untuk gossip semua. Tapi Ganesha diamacam ada tersisih sikit di sekolah. Cuma cerita Ganesha ni kelakar sikit. Diatak popular sangat di kelas dia, tapi dia popular di kelas Siti."

 

Loqman :"Eh dah kenapa lak jadi macam ni denganGanesha? Apa yang Siti buat sampai Ganesha popular di kelas dia?"

 

Ragavan :"Cerita dia macam ni,Siti di sekolah kawankawan dia semua tahu yang dia ni akal panjang. Kadang tu dia ni ada macamsengal sikit. Suka sangat gigit straw."

 

"Siti kalau nampak Ganesha duduk sorang sorang mestidia akan panggil Ganesha join geng dia sekali. Lama lama Ganesha selesa dengangeng Siti. Sampai kawan Siti pun rapat dengan Ganesha."

 

"Cerita ni buatkan Ganesha jadi popular di kelas Siti.Satu hari tu masa kelas matematik, Siti terlupa sama sekali buat kerja sekolahyang cikgu bagi. Cikgu matematik dia garang dan kebetulan cikgu tu jugamengajar matematik di kelas Ganesha."

 

"Kelas matematik Siti,bermula selepas rehat.Kelasmatematik Ganesha kiranya bermula awal dalam pukul 8 pagi macam tu. Cikgumatematik ni memang garang. Nama dia Cikgu Chiew. Lebih kurang macam tu lahnama Cikgu tu."

 

"Masa waktu rehat, puas Siti cari Ganesha nak pinjambuku nak salin jawapan sebab kawan kawan Siti pun banyak tak tau macam nakbuat. Masa rehat nak habis, cepat-cepat Siti masuk kelas Ganesha. Dia pergi kemeja Ganesha dan cari buku matematik."

 

"Kebetulan buku matematik Ganesha ada atas meja dan adadalam ikatan bersama beberapa buku. Siti buka ikatan ambik buku matematikGanesha dan tinggalkan kertas nota untuk Ganesha."

 

"Ganesha masuk saja ke kelas dan pergi ke meja dia,Ganesha ternampak ada macam nota. Ganesha buka dan baca. Yang Siti keadaanemergency tahap no telefon 999 dan dia terpaksa pinjam buku Ganesha. Ganeshapun gelak lepas baca nota."

 

"Siti di kelas tengah sibuk salin jawapan Ganesha tapiCikgu Chiew pula sampai awal ke kelas. Siti terus jadi cuak. Dah lah CikguChiew masuk kelas bawa rotan."

 

"Cikgu Chiew bagi arahan keluarkan buku letak atasmeja. Semua ikut arahan. Siti takut masa tu, dia pun letak buku Ganesha dantunjuk kerja sekolah yang dah siap."

 

"Nak jadi cerita, satu per satu budak kelas Siti semuakena marah. Tak siap kerjalah, tak berusaha cari jawapanlah.  Akhirnyasampai Cikgu Chiew sampai di meja Siti. Cikgu Chiew berhenti dan perhati lamakat buku tu."

 

"Siti dah takut dah, tambah tambah Cikgu Chiew angkatbuku Ganesha. Masa Cikgu Chiew dok belek muka surat buku tu, Cikgu tu perasanSiti macam takut sangat."

 

"Cikgu tu pun tanya, Siti kenapa takut sangat. Siti punjawab, Siti risau bagi jawapan yang salah. Cikgu Chiew tengok Siti. Cikgu Chiewpun senyum. Cikgu Chiew cakap dengan sekuat hati kelas. Tengok kamu semua,seorang dari kamu tak berusaha macam Siti. Inilah jawapan yang betul dan macaminilah cikgu nak."

 

"Sambil puji sambil Cikgu Chiew tenung lama tulisan dibuku tu. Tetiba Cikgu tanya, ehh kenapa tulisan ni macam bukan tulisan Siti.Siti terus jawab, oooo Siti masa jawab soalan tu, Siti dengar lagu lagu cintaorang putih cikgu, segak bergaya penyanyi tu macam Cikgu. Siti pun nyanyi sikitlagi kumpulan kegemaran dia (Backstreet Boys),

 

You are my fire,

The one desire,

Believe when I say,

I want it that way🎶🎶

 

Tu yang Siti seronok jawab soalan."

 

"Cikgu Chiew pun senyum kat Siti. Siti ingat dah selesai,sekali Cikgu tu angkat buku Ganesha dan tunjuk hasil kerja Siti. Siti terustepuk dahi, habislah apa pulak nak jadi lepas ni. Cikgu pun jalan dari satumeja ke satu meja tunjuk hasil kerja yang konon Siti buat tu."

 

"Masa Cikgu Chiew tunjuk hasil kerja Siti kat setiappelajar, ada satu kawan Siti ternampak nampak nama Ganesha di belakang buku.Terus dia senyum sengih tengok Siti. Siti pun terus buat isyarat suruh kawandia diam."

 

"Dah habis tunjuk semua, Cikgu pun bagi balik buku katSiti. Terus Siti nafas dalam dalam dan lepas. Lega hati Siti dah selesai semua.Terus Cikgu cakap, kelas sebelah ada seorang saja pelajar jawab dengan betul.Nama dia, Ganesha. Bagus budak Ganesha tu."

 

"Cikgu seronok sekarang sebab di kelas ini, kita adalagi sorang yang pintar matematik. Semua beri tepukan gemuruh untuk Siti. Semuapun tepuk tangan dekat Siti."

 

"Selepas selesai tepuk tangan, Cikgu Chiew panggil Sitike hadapan dan ajar kelas macam mana Siti dapat jawapan. Terus cepat-cepat Sitijawab, saya sakit perut sebenarnya Cikgu. Kalau Cikgu saja yang terangkanboleh, please cikgu."

 

"Cikgu Chiew pun senyum dan sengih. Ada ada sajajawapan kamu yer Siti. Cikgu Chiew ajar cara menjawab soalan yang dia berisemalam. Barulah Siti dapat duduk dengan hati yang tenang sampailah habis waktupelajaran matematik."

 

"Bila dah selesai waktu pelajaran matematik. CikguChiew pun dah keluar,terus Siti keluar bawa buku Ganesha dan pulangkan semula.Ganesha nampak kelibat Siti terus Ganesha pun pergi berjumpa."

 

"Amboi Siti kemain Cikgu Chiew tu puji ko yer. Tapi akupelik kejap puji ko, kejap marah marah dalam kelas. Cepatlah story kat aku apajadi. Terus pun Siti geleng kepala sambil ketawa kecil."

 

"Cerita dia panjang Ganesha, aku hampir jadi separuhgila masa kelas tadi. Apa apa pun terima kasih banyak banyak untuk buku niGanesha, sebab ko dah selamatkan aku. Siti dan Ganesha pun ketawa."

 

"Mak aku, suka sangat ambil tahu dan dengar telatahSiti. Mak aku rasa macam terhibur dengar aktiviti Siti. Mak aku bagi gelarankat Siti "Sang Kancil". Ganesha pernah story pasal gelaran sangkancil kat Siti dan kawan kawan. Sekali melekat gelaran tu di sekolah."

 

"Pernah sekali tu, masa lagi seminggu tarikh sambutanHari Kemerdekaan peringkat sekolah. Semua kelas yang terpilih wajib buatpersembahan di pentas. Hampir semua kelas dah bagi tajuk persembahan kepadaguru yang bertugas."

 

"Kelas Ganesha masih belum ada lagi tajuk dan apapersembahan yang nak dibuat. Ganesha pun macam risau dan sedih. Budak budakkelas Ganesha kata nak buat nak lain dari yang lain tapi masalahnya apa punkata sepakat tak ada."

 

"Ganesha mengadu kat mak aku pasal hal budak kelas dia,sekali mak aku suruh Ganesha panggil Siti. Ganesha pun malu malu pergi rumahSiti dan ajak ke rumah. Lepas Siti masuk rumah, terus mak aku minta pendapatSiti."

 

"Dengan spontan Siti bagi idea kat Ganesha buat sajaSketsa Kemerdekaan. Siti tambah lagi idea supaya buat sketsa ni macam lawaklawak sikit, tak nak bagi boring. Terus Ganesha pun bersemangat dan mula karangcerita dan watak watak semua."

 

"Nak jadi cerita, Kelas Ganesha jadi pemenang tempatpertama dalam persembahan. Kelas Siti pula tak menang apa pun. Selepas agihhadiah hadiah dengan budak kelas. Ganesha ambil bahagian dia terus cari Sitidan kawan kawan."

 

"Siti dan kawan kawan pun senyum dan ucap tahniah katGanesha. Diorang semua kongsi serba sikit makanan yang Ganesha bawa. Akuperasan sesuatu bila tengok Siti dengan Ganesha.walaupun kita berlainan bangsadan agama, kita jangan putus kasih sayang. Baru hidup kita semua sama samaharmoni dan maju."

 

"Dulu masa Ganesha trauma dulu, Ganesha jadi lagi kuatpendiam. Tapi bagus budak kelas Ganesha dan kawan kawan Siti semua bagisemangat supaya Ganesha kuatkan diri."

 

"Kadang waktu rehat, kawan kawan Siti semua suka lawan tictac toe dengan Ganesha. Ganesha pula selalu menang tapi bila Ganesha lawandengan Siti, jadi asyik seri."

 

"Mak aku dapat tahu kelas Ganesha menang dalampersembahan. Terus keesokannya masak menu kegemaran keluarga Siti. Menu yangdiorang suka dan tak pernah jemu, tosai tebal dan kari kaki ayam. Pernah duluaku pula jadi stress, mak aku masak kari ayam, ayam ketul tak berapa makan tapikalo kaki ayam laju berselera makannya."

 

"Menu ni lah yang diorang suka, siap tanya masa hariDeepavali ada tak, masa mak aku saja saja mak nak bagi kat diorang pun nak menuni jugak dan yang paling dasyat bila Siti cuti pertengahan semester ka akhirsemester ka, asal balik je mesti tanya kat mak aku."

 

"Siti dapat tawaran belajar di negeri Perlis untukprogram diploma. Ganesha pula dapat tawaran belajar di negeri Perak. Walaupunmereka terpisah tapi selalu berhubung. Setiap kali Siti sampai saja di Stesenbas, bapa aku akan suruh aku ambik Siti dengan kereta."

 

"Siti ni walau dia belajar pandai macam mana pun, biladia bercakap mesti sama macam dulu. Aku tak pernah rasa macam bosan sembangdengan dia. Antara ayat dia yang aku tak pernah lupa."

 

"Eeeee cik abang ni, lambat lah. Habis make up Siticair. Jatuh saham Siti tau. Rasa macam lucu padahal dia bukan rajin sangat nakmake up cantik cantik semua."

 

"Kadang bila dia soal aku, aku pun memikir juga nakjawab, Hehehe."

 

Siti :"Waaahhh, abang Ragavan makin lama makin berketulsana sini. Setiap kali balik mesti makin sasa. Ni kira usaha abang Ragavan nakngorat Siti ka?"

 

Ragavan :"Hahahaha, tak nak lah ngorat ko Siti,nantinak balik raya tak da feel tau. Bayangkan Hari Raya mau balik kampung jumpa makbapa, pasang lagu Ooooo balik kampung tapi sekejap saja dah sampai. Dah lahrumah kita pulak selang satu rumah saja."

 

Siti :"Hahahaha kan! Tak terfikir pula pasal ni. AbangRagavan ni dah badan ketul ketul ni tak da awek ke? Abang ingat tau jangan jadigay."

 

Ragavan :"Hahahaha ko ni ade ade jer Siti. Mau bapa akumengamuk lak tetiba aku jadi gay. Abang sebenarnya malu nak mula langkah cariawek. Abang dah cuba, last last abang yang undur diri."

 

Siti :"Eleh abang Ragavan, tah tah abang ni memilihkot. Ada banyak gadis India yang comel comel, yang lawa lawa pun ada. AbangRagavan dah segak kot sekarang. Mesti boleh melekat sorang ni. Haaaa, ke abangRagavan sekarang dah mengada?nak cari amoi amoi jer kan?"

 

Ragavan :"Hahahaha Waaahhh, kalo abang Ragavan berjayacinta dan kahwin dengan amoi mesti abang Ragavan sayang itu amoi. Tak tengokperempuan lain sikit pun. Kira macam itu orang melayu suka guna itu ayat,sayang till je...ja...errrr."

 

Siti :"Hahahaha, sayang till ape abang? Cepat! Siti naktahu. Till ape abang?"

 

Ragavan :"Haaaa! Abang dah ingat! Sayang tilljenazah!"

 

Siti :"Hahahahahaha, jenazah pun boleh abang hahahaha. Sakitperut Siti! Tak pe abang,good try! Yang penting confident dulu pastu hentam!Hahahaha."

 

"Bukan Sayang till jenazah abang Ragavan. Sayang tilljannah. Jenazah tu mayatlah abang Ragavan. Kalo jannah tu bahasa arab maksudSyurga. Hahahaha."

 

Ragavan :"Hahahaha, ingat betul rupanya salah.Siti,abang nak gi isi minyak dulu jap."

 

Siti :"Ok abang, nah abang ambil duit ni. Beli airmahal mahal tau dengan cheese burger satu."

 

Ragavan :"Siti,aku cekik ko kang. Ko kasi pun 4 ringgitpastu nak pula burger satu. Air pula mahal mahal. Ni 4 ringgit ni nak beliHappy Meal pun tak dapat tau."

 

Siti :"Hahahahahaha Siti gurau ja abang Ragavan. Haa,nah Rm 20. Beli air tin kopi dan roti. Laparlah abang. Baki tu abang simpan.Jangan beli rokok sudah. Siti bagitau kat auntie Jaya."

 

Ragavan :"Hahahaha yelah yelah. Abang Ragavan dah lamatinggalkan rokok ni. Abang sekarang belajar gigit straw macam Siti."

 

Siti :"Hahahaha tak baik tau perli Siti. Cepatlah abangRagavan, gi lah beli air dan roti. Lapar ni."

 

"Aku pun ketawa dan jalan masuk ke kedai untuk belipesanan Siti pastu aku isi minyak. Loqman, walau apa pun masalah ko tengah adasekarang,ko kena berusaha cari jalan keluar. Ingat Loqman, nanti bila ko dahberjaya. Jangan sesekali ko lupa berkasih sayang dengan orang lain."

 

"Hidup kita semua kena saling bantu membantu. Kenasaling support dengan semua orang. Kita jangan pilih pilih sapa yang kita perlusupport saja. Ingat yer Loqman, setiap orang dalam hidup ni semua ada peluangkedua dan ketiga. Kita pula jangan jadi hakim,pandai pandai kita kata ini orangpemalas, ini orang tak guna."

 

"Kata pula itu orang semua harap Subsidi kerajaan saja.Kita jangan lupa peluang peluang yang tuhan kasi kita. Kita sikit pun tak dahak mau kata apa-apa sama orang. Sekali tuhan tarik balik apa yang tuhan sudahkasi kita, habis kita. Kita apa pun tak da. Masa itu, mau menangis pun tak daguna."

 

Ragavan :"Haaa, ok lah jom. Aku belanja beli tiket keShah Alam.

 

Loqman :"Eh, bukan Shah Alam abang. Ke PadangJawa."

 

Ragavan :"Bukan Shah Alam dengan Padang Jawa tu macamadik beradik ka? Kan sama tempat."

 

Loqman :"Hehehe, abang jangan abang. Karang jauh pulasaya nak berjalan Nanti."

 

Aku pun ikut Ragavan beli tiket ke Padang Jawa. Selepasselesai beli tiket, Ragavan pun bagi nasihat kat aku.

 

Ragavan :"Ingat yaa Loqman, kita semua boleh berubah.Tuhan suka kita jadi orang baik baik. Biarlah orang semua nak kata apa pun katko, tapi ko kena jadi kuat. Ko kena berubah dan buktikan ko bolehberjaya."

 

Loqman :"Baik bro, weeeeyh terima kasih banyak banyak.Aku bersyukur sangat sangat. Terima kasih."

 

Terus aku peluk Ragavan dengan erat. Ragavan pun tepukbelakang aku dan berkata.

 

Ragavan :"Sama sama, Weeyhhhh ada benda sikit aku nakbagitau ko."

 

Loqman :"Apa dia bro?"

 

Ragavan :"Boleh tak ko lepaskan aku, badan ko memangberbau. Dah berapa hari ko tak mandi ni?"

 

Loqman :"Hahahaha,yelah yelah."

 

Terus Ragavan ambik dompet dia, dan ambil duit untukhadiahkan kat aku. Mula aku nampak macam nak bagi duit Rm 50,sekali dia bagi Rm10.

 

Ragavan :"Nah ambil Rm 10 ni buat belanja dan alasperut."

 

Loqman :"Terima kasih banyak banyak bro. Ingat nak kasiRm 50 tadi."

 

Ragavan pun ketawa dan membalas

 

Ragavan :"Amboi ko banyak songeh pula, dah dapat Rm10,pastu tiket free ke Padang Jawa dengan makan minum kat KFC pun ko takbersyukur ek?"

 

Aku pun ketawa kecil dan tepuk bahu Ragavan.

 

Loqman :"Hehehe gurau gurau je abang. Kot kot dapatHehehe. Abang terima kasih banyak banyak yer. Saya betul betul tak sangka.Terima kasih sangat sangat. Tuhan saja boleh balas budi baik abang."

 

Ragavan :"Tak da apa lah bro, aku pun ada cerita akusendiri, aku pun ada salah dan dosa aku. Tapi aku bersungguh sungguh berubahdemi kegembiraan mak bapa aku dan demi adik aku Ganesha. Macam aku, aku punbersyukur ada keluarga macam Pak Abu. Selalu percaya yang aku boleh berubah danberjaya."

 

Loqman :"Saya pun nak berubah abang. Saya tak sangkadapat jumpa abang. Abang betul betul bagi motivator kat saya."

 

Ragavan :"Ok Loqman, aku chow dulu, jaga diritau."

 

Loqman :"Baik abang, terima kasih tau."

 

Ragavan pun beredar. Aku rasa macam seronok sangat setelahbeberapa hari aku tak dapat rasa nikmat lepak dan nikmat berkawan. Palingnikmat tadi, aku tengah lapar tapi hidangan aku dapat adalah KFC.

 

Bayangkan orang yang kita tak kenal datang belanja makandulu, pastu bagi semangat untuk berubah. Aku tak kan lupa hari ni. Tak berapalama kemudian komuter dari KL Sentral sampai. Aku pun naik untuk menuju kestesen Padang Jawa.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff