Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
44,693
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 4

Tibalah hari Ahad yang dinanti nantikan. Aku bangun awalpagi dengan penuh keterujaan. Aku rasa macam bersemangat sungguh hari ni.Inilah hari yang akan bawa tuah dalam hidup aku.

 

Aku yakin akan ada perubahan dalam hidup dan perniagaan.Jadi aku pun bersiap siap macam biasa. Pakai kemeja, tali leher, seluar slackhitam dan kasut sepatu.

 

Waaahhh, lama sungguh aku tak sekemas macam ni. Rasa macamorang yang berwawasan. Jadi aku pun selfie sekeping gambar dan aku hantar dekatAdaania dengan "Bakal Imam awak dah bersedia nak menuntut ilmu."

 

Hahahahahaha perasannya aku. Tak sampai 2 minit, Adaania punreply "Waaahhh kacaknya Abang. Ingat yer makmum seorang je tau. Janganmengada nak lebih." Terus aku tersengih.

 

Aku cuma bawa dua keping tiket seminar, pen dan buku keciluntuk buat catatan. Aku turun bawah pergi kat motor aku. Sampai saja aku dibawah, terus aku nampak Pyan pun dah ada dekat motor aku. Pyan bila nampak akuterus mukanya macam kagum dan terkejut.

 

Pyan :" Waaahhh keren banget ko! Aku pun cuma baju tshirt,seluar jeans dan selipar. Ko betul ka nak ajak aku pergi seminar."

 

Loqman :" Laaahhh Pyan, pernah ka aku tipu ko? "

 

Pyan :" Hmmmm, tipu rasanya belum lagi. Tapi kotinggalkan aku demi perempuan pernah kan! "

 

Loqman :" Alamaaaakkk touching lah Pyan ni, janganlahmacam ni. Aku nak kahwin lah Pyan. Aku sayang sangat dengan Adaania tu. Ikutaku yer Pyan."

 

Pyan :" Eh, tempat nya di mana? Naik motor boleh ka?"

 

Loqman :" Rasanya kita kena naik teksi ke Seksyen 15.Situ aku tak pasti ada atau tak tempat parkir motor."

 

Pyan :" Aduuuhhh,kena bayar duit teksi."

 

Loqman :" Eh tak pa Pyan, Aku yang ajak ko, jadisemuanya aku tanggung. Jangan risau Pyan."

 

Pyan :" Waaahhh, terima kasih Loqman. Nama tempatseminar tu apa? "

 

Loqman :" Di IDCC Shah Alam."

 

Pyan :" Ooooo di kedai CC kat Shah Alam. Ehhh, CC tubukan Cyber Cafe ka? Tempat lepak main computer sama dengan internet tukan?"

 

Loqman :" Eh ko ni Pyan, bukan tulah. IDCC tumaksudnya, Aaaaaaa alaaahhhh ikut sajalah aku. Aku pun dah lupa."

 

Jadi kami pun ke sana dengan menaiki teksi. Perjalanan kamike sana cuma ambil 15 minit. Setelah kami sampai ke sana. Pyan pun keluar dariteksi dan mendongak sikit kepala melihat bangunan IDCC.

 

Pyan :" Waaahhh, tidak aku sangka."

 

Loqman :" Ha yalah Cempedak dah jadi nangka."

 

Pyan :" Apa yang ko merepek ni Loqman?"

 

Loqman :" Aku nak bergurau dengan ko lah. Apa yang kotak sangka tu? "

 

Pyan :" Ooooo sebelum ni aku cuma lalu saja kawasan ni.Aku tak sangka pula yang aku akan masuk dalam bangunan besar."

 

Loqman :" Ooooo samalah dengan aku. Sebelum ni aku puntak pernah masuk dalam bangunan ni, Pyan."

 

Pyan :" Mula pukul berapa Loqman?"

 

Loqman :" Pukul 8.30 pagi. Ok sekarang ni jom kitamasuk dan daftar dulu kehadiran. Seminar di tingkat 7. Jom! "

 

Jadi kami pun sama sama masuk dalam dan naik lif ke tingkat7. Sampai saja di tingkat 7,terus kami menuju ke meja pendaftaran. Mula mulaaku ingat mesti kehadiran tak ramai. Rupanya rupanya aku salah. Sekali pandang,rasanya dah macam seribu orang yang hadir untuk seminar ni.

 

Pyan :" Huuiihhh, ramai orang datang sini. Mesti iniseminar yang bagus."

 

Loqman :" Entahlah Pyan, aku datang sini sebenarnyasebab yang pertama aku nak kahwin dan kedua ini seminar percuma. Sekarang akutengok terlalu ramai peserta. Jadi aku rasa baik kita balik saja."

 

Pyan :" Eh ko ni, jangan begitu. Orang mau kasi ilmupercuma. Ilmu dari 1 ringgit jadi 10 ringgit dengan percuma. Kenapa mau jadibodoh sombong? Jangan balik, jom daftar saja."

 

Loqman :" Amboi ayat ko, bukan bodoh sombong lah Pyan.Tapi aku rimas lah banyak orang kat sini. Malas pula nak beratur daftar."

 

Pyan :" Eh kalo nak kira rimas ko, aku ni indon tau.Satu muka indon pun aku tak nampak di sini. Sekarang ni aku pula jadisemangat. Ko udah kacak banget sekarang mau pulang. Gila punya orang. Tak datak da, kita pi daftar."

 

Aku pun ikut Pyan pergi mendaftar. Aku tengok Pyan ni.Semangat dia memang padu. Pergi beratur dengan cepat. Lepas dengan pantas diaboleh berbual dengan orang sekelilling.

 

Dia jauh lebih pantas bermesra dengan sekelilling siap dapatkad nama dan bergambar lagi. Aku yang terlebih kacak ni pun tak berani macamPyan. Di mana silap aku sebenarnya ni?

 

Setelah lama beratur, kini tiba giliran aku daftar denganPyan. Masa tengah isi borang ringkas. Aku ternampak kelibat seseorang. Aku rasamacam kenal orang ni. Aku cuma masih cuba ingat nama dia.

 

Tengah aku cuba ingat siapa mamat ni. Aku dapat rasa yangorang ni pernah menyusahkan hidup aku. Aku harap sangat dia toleh muka ke arahkanan. Aku tak dapat tunggu lama di situ sebab peserta lain pun nak daftar.

 

Jadi beredar dari situ. Aku dengan Pyan pun masak dalamdewan pun dengan tenang. Aku bila masuk dewan, aku kagum tengok semangat Pyan.Walaupun seminar ni percuma, tapi dia punya semangat untuk belajar tinggi.

 

Cepat-cepat dia tarik tangan aku, berlari anak anak menujuke kerusi hadapan. Aku tengok Pyan, tegur peserta di hadapan, belakang, kiridan kanan. Memang terbaiklah Pyan.

 

Peserta di hadapan kami tegur Pyan. Datang tak bawa apa apaka, pen ka atau kertas. Terus Pyan bagi jawapan.

Mula mulanya dia datang ke seminar ni nak teman aku saja.Tapi bila dia nampak, semangat semua peserta datang sini dengan gaya macamorang kerja besar dan bersedia untuk ubah hidup. Jadi Pyan rasa, kenapa dia tidakambil peluang belajar.

 

Terus peserta hadapan kami bagi hadiah kat Pyan sebuah diarikosong dan pen. Pyan mulanya menolak. Tapi kata peserta di hadapan kami,anggaplah ini hadiah dari saudara sesama Islam.

 

Kita semua ucap Syahadah dan datang sini pun Allah Swt yangtentukan. Jumpa kami pun aturan Allah Swt. Pyan pun senyum dengan riang danberkali kali ucap terima kasih kat peserta di hadapan.

 

Sini aku mula nampak Pyan bertambah lagi semangat. Bilapengacara majlis masuk dengan genre rock terus Pyan bersorak dan bertepuktangan dengan kuat. Lepas tu bila ada sesi senaman ringkas setempat, Pyan ikutpeserta di sebelah dia. Pyan panjat atas kerusi dan buat senaman dengan penuhketerujaan.

 

Aku bila dah nampak Pyan tengah semangat macam ni, aku punikut panjat atas kerusi dan ikut rentak Pyan. Selesai senaman ringkas, makamulalah penyampaian perkongsian pemasaran oleh Tuan Johan Ohesem.

 

Kami pun tekun mendengar sambil mencatit setiap notapemasaran yang dikongsi. Bertambah bersemangat lagi kami bila dia panggil anakdidik dia naik ke pentas dan kongsi kejayaan. Aku masa ni bila dengarperkongsian kejayaan oleh anak didik Tuan Johan Ohesem,aku mula pasang niatyang satu hari aku akan berjaya.

 

Tepat pukul 1 tengah hari, seminar pun berhenti sebentaruntuk sesi makan tengah hari. Jadi kami pun keluar dari dewan untuk pergi belimakanan. Masa aku nak keluar, aku dengar ada seseorang panggil "Hero".

 

Berkali kali dia panggil, sekali aku toleh aku nampak mukaorang yang paling menyakitkan hati aku. Nama dia Riyadh. 

Aku mula genggam penumbuk. Aku tunggu dia datang dekatdengan aku supaya senang aku tumbuk muka dia. Tapi sayang sekali, penumbuk akudi tarik oleh Pyan.

 

Pyan :" Eh dah kenapa dengan ko Loqman, tadi elok sajako. Ni sekarang mau tumbuk. Kenapa ni? "

 

Aku pun muncung mulut kat Riyadh. Makin dia hampiri aku,makin kuat aku benci kat dia. Aku masa ni rasa meluat tengok dia. Aku mula nakjalan tinggal Riyadh. Terus Riyadh panggil aku.

 

Riyadh :" Hero! Hero! Nanti dulu."

 

Loqman :" Eh penyangak macam ko! Baik ko pergi mampuslagi bagus! "

 

Riyadh :" Hero pasal dulu tu aku terpaksa bawa lariduit yang korang menang semua tu."

 

Terus aku tolak Riyadh dengan kuat sampai dia jatuhterlentang atas lantai. Aku terus meluru nak belasah dia, tapi Pyan tariktangan aku dengan kuat. Pyan suruh aku sabar.

 

Loqman :" Eh Riyadh, dulu kemain ko janji duit yangkita menang ni boleh kita mula cari pakaian untuk kumpulan kita. Boleh barangmacam macam lah. Eh ko pasal ko lah aku tak jadi penyanyi."

 

" Elok kita semua dapat job di kelab malam KL sana,tapi sebab ko lah semua berpecah. Hari yang ko dapat Wang tunai 5 Ribu terus kolesap."

 

" Ko blah aku tak nak tengok muka ko. Makin benci bilaaku nampak ko. Blah lah! "

 

Riyadh :" Yer aku mengaku aku salah! Tapi aku lah yangajar ko dari tak reti menyanyi sampai ko boleh jadi juara! Ada aku ajar ko mainmain? Ada tak? Ada?  Aku terpaksa masa tu! Kalau tak aku dah bahagi lahsemua duit korang."

 

" Aku yang bentuk kumpulan korang, aku yang ketemukanko dengan drummer aku, dan gitaris semua. Kerana salah aku lesap duit 5 ribuhabis kebaikan semua ko lupa."

 

Loqman :" Ko tahu kan kami semua perlukan sangat duittu. Ko fikir ko sorang ada masalah? Habis kira ko hidup dengan aman damai,kamini biar mampus."

 

Riyadh :" Duit yang korang menang 5 ribu tu memang adalagi dekat aku. Cuma aku nak gandakan bagi jadi 20 ribu. Kali ni kita makanbesar sama sama. "

 

Loqman :" Makan besar apa? Aku tengok muka ko pun akurasa macam nak tumbuk. Ko berambuslah dengan angan bodoh ko tu! "

 

Riyadh :" Hero, kalo ko ada kat sini. Mesti sebab kokuat macam aku. Aku ke sini sebab aku nak cari duit lebih untuk anak bini aku.Bini aku tengah mengandung. Aku kalo boleh dah tak mahu bini aku bekerja lagi.Biar aku tanggung semua."

 

" Hero, tolonglah untuk kali ni buat pertama danterakhir percayalah kat aku. Aku nak ajak ko melabur duit. Ko cari 5 Ribu danaku pun cari 5 Ribu. Kita gabung semua termasuk duit 5 Ribu. Jadi jumlahkeseluruhan ada 15 Ribu."

 

" Biar aku labur untuk ko. Lepas 3 bulan kita dapatsemula dalam 30 ribu. Ko ambil 10 ribu,aku ambil 10 ribu dan baki tu kitabahagi semua sama rata. Aku tahu dan aku mengaku yang aku bersalah. Tapi untukkali ni, tolonglah ikut aku Hero. 3 bulan saja tak lama pun. Ingat High RiskHigh Return."

 

Pyan :" Ehhhhhh ini kerja gila ni Loqman! Ko udah susahcari duit. Ko nak labur duit? Dibuatnya duit ko hilang lagi macam mana?"

 

Riyadh :" Ko diam! Ko tak payah masuk campur! Aku nakhidup aku bebas. Aku dah tak mau makan minum susah. Hidup ni macam bermainjudi. Siapa berjaya dia bolot semua, siapa kalah kita tinggalkan."

 

" Aku kenal sangat ko Loqman, ko bukan orang sukamengalah dalam hidup. Bermati matian ko dengan budak budak ko berlatih untukjadi juara battle of the band dulu. Ko bukan orang yang suka hidup susah kan?Aku nak gitau ko, aku nak hidup senang. Ko tak ikut aku ko yang rugi."

 

Loqman :" Sudah sudahlah ko dengan pelaburan bodoh ko.Aku dah malas nak dengar cakap ko. Ko tu dasar penyangak. Penting diri sendiri!Ko pergi lah ajak orang lain. Aku rela mula dari bawah. Aku rela belajar jualproduk orang dulu dari aku ikut ko."

 

Riyadh :" Itulah ko suka buat kerja bodoh. Ko ingat kojual produk orang ko boleh kaya? Eh banyak pula masa ko nak jadi salesman. Kotak fikir hujan,panas,sakit demam semua. Ko tak fikir kalo produk ko tak lakumacam mana?

 

"Ko nak simpan produk ko semua bawah katil? Ko ingatagen atasan ko tak akan kenakan kan ko? Diorang semua berlakon depan ko Loqman.Lepas dapat duit ko, ko dengan produk ko boleh pergi jahanam lah."

 

" Balik balik diorang akan salahkan ko sebab tak rajinpromosilah, tak rajin share di media sosial, tak buat perkongsian infoproduklah, malas nak berubah lah, hangat hangat tahi ayamlah. Balik balik semuasalah ko. Ko tak rasa menyampah ka dengan semua ni? "

 

"Benda boleh cepat buat duit Loqman.Buat apa pilih yangjalan yang lembab dan menyusahkan. Ko ingat ingat walaupun ahli kumpulan koyang bertudung litup bagai tu jujur sangat. Dari diorang jujur dengan ko yangakhirnya tak ada hasil baik diorang menipu."

 

" Mana level semua sama Loqman, Founder produk kestokis ke agen ke apa ka. Muka diorang akan manis dengan sampai duit ko jadimilik diorang. Diorang sanggup sabar dengan manis muka sampai ko betul betulsedia nak serah duit ko."

 

" Diorang akan buat macam macam sampai ko pun percayabodoh bodoh dengan diorang. Kena pula ko berhutang dengan bank. Takat awal jediorang semangat dengan ko. Lama kelamaan ko kena tinggal juga. Alasan diorangkena jaga positive circle. Habis yang ko dah berhutang dengan bank tu macammana? Bala tu semua, ko hadaplah diri sendiri."

 

"Sebelum ko jadi bodoh join diorang, serah duit katdiorang, lepas tu ko pula kena usaha cari pelanggan. Baik ko ikut aku. Kitabiar duit yang kita labur tu jadi kuli kita. Ko labur banyak. Duit ko akanberanak pinak. Ko tak payah nak kena cari orang ke jual produk ke latih agen keapa ka. Tak payah kerja bodoh semua tu."

 

" Aku dah bagi sebab sebab yang ko kena join aku. Kaloko memang suka jadi hamba jual produk, lantak ko lah. Aku lagi satu palingmenyampah dengar ayat ilmu memang mahal. Kena bayar harga VIP baru bolehberjaya. Kepala bapak dia lah. Orang yang cakap ni pun dulu mesti sekolahkerajaan punya. Jenis perbodoh orang."

 

"Terpulang kat ko Loqman. Ini name card aku. Kalo konak berjaya, Kalo ko dah tak nak hidup ko susah. Ko tahu nak hubungi aku macammana. Aku akan tunggu ko. Aku nak berjaya dengan ko. "

 

Lepas aku ambil name card Riyadh,terus Riyadh dengar pantastinggalkan dewan. Aku lepas dengar kata kata si Riyadh tu, aku rasa betul jugacakap dia. Masa ni aku mula terfikir sebenarnya seminar macam ni permainankonspirasi antara tok guru pemasaran dengan anak anak didik dia.

 

Cara ini lah boleh bagi produk anak anak didik dia laku. Akuterus jadi malas nak masuk sesi kedua lepas makan tengah hari. Aku mula hasutPyan.

 

Loqman :" Pyan, lepas Jom kita balik. Malaslah nakdengar benda ni semua."

 

Pyan :" Eh, ko ni. Udah ada ilmu percuma gak maubelajar. Nanti udah jadi bodoh marah pula."

 

Loqman :" Ko ni apa hal Pyan asyik bodoh bodohkan akuni? "

 

Pyan :" Sebab ko kawan aku lah, aku jujur cakap macamni. Aku harap ko sedar. Ko sebelum ni bilang sama aku, niaga ko gak bagus.Lepas tu ko bilang,ko nak kahwin."

 

"Tapi ko seminar percuma macam ni ko tak nak belajar.Udahlah sini sejuk, seronok, sini karpet tebal, gosok kaki pun sedap, kerusipun sedap, cuma kerja ko di sini, duduk, belajar dan salin nota. Ini pun komalas. Macam mana ko nak maju?"

 

Aku pun stress dengar jawapan Pyan. Aku tahu Pyan ni dahbersemangat. Tapi Pyan cakap ni betul juga. Apa masalah aku sebenarnya? Akurasa baik aku ikut Pyan. Nasihat Pyan betul betul bagi tamparan berganda dimuka aku.

 

Jadi setelah selesai makan tengah hari, aku ikut Pyan. Pyanpun masuk dalam dewan. Pyan ni kadang aku macam opportunist. Dia sempat tegurseorang anak didik Tuan Johan Ohesem. Dia puji yang dia kagum dengan kejayaandia.

 

Anak didik Tuan Johan Ohesem tu perjalanan Usahawan biskutcoklat. Nama dia Encik Wan. Perniagaan dia cecah jutaan ringgit. Disebabkanbetapa bersungguh Pyan dengar penerangan dan nasihat ringkas. Encik Wan hadiah2 pek biskut coklat dan sebatang pen.

 

Aku masa ni macam bangga sungguh dengan Pyan. Semangatbelajar dia jauh tinggi dari aku. Bagi dia, setiap ruang dan peluang mesti kenarebut. Baru boleh berjaya. Selepas itu aku pun masuk ke dalam dewan denganPyan.

 

Untuk sesi ke 2, aku tekad untuk beri fokus yang lebih baikdari sesi pertama. Aku pun mencatit nota setiap perkara yang penting untuk aku.Aku sambil mencatit nota, sambil aku curi curi mengintai nota si Pyan. Aku rasaaku perlu rujuk nota dia nanti.

 

Setelah hampir 3 jam, maka tamatlah seminar percuma tadi.Aku rasa sangat seronok sebab banyak benda aku belajar. Aku sudah pastikelemahan perniagaan aku sebelum ni. Jadi aku perlu perbaiki.

 

Sayang sekali semangat aku jadi berubah, bila aku dengartawaran Tuan Johan Ohesem untuk kelas berbayar. Aku pun diam dan menunggu.Selepas Tuan Johan Ohesem beritahu apa yang diajar pada kelas tersebut maka diapun sebut harga yuran kelas dia.

 

Masa ni terus aku teringat kata kata si Riyadh "kenabayar harga VIP baru boleh berjaya." Aku rasa marah sangat. Kenapa perluharga mahal macam ni. Habis aku yang tak berduit ni terbiar macam tu saja. Masani aku rasa Tuan Johan Ohesem tu betul betul tak guna.

 

Tapi rasa marah aku macam terbantut sikit, bila aku tengokPyan. Dia siap bersalaman dan ucap tahniah kat peserta sebelah sebab pesertasebelah tu dia memang nak join kelas tu. Pyan dapat no telefon orang tu.

 

Lagi yang aku tak boleh percaya, peserta sebelah tu ambiljuga no telefon Pyan. Peserta tu tahu si Pyan kerja di kedai makan dengan aku.Tapi peserta tu siap berkata " Tuan Pyan jangan risau, jangan sesekalimenyerah kalah. Tak kisah lah Tuan ni orang mana ka, susah ka, apa yangpenting? semangat dan usaha tak putus putus. Tuhan akan tolong orang yangberusaha. Tuan Pyan, kalau perlu pertolongan atau apa apa tunjuk ajar telefonsaja saya ni yaa."

 

Aku macam keliru masa ni. Kenapa ada orang bersungguhsungguh cari wang untuk yuran kelas Tuan Johan Ohesem ni. Ramai kot yangbersungguh sungguh. Ada yang terus telefon kawan nak pinjam duit. Ada yangterus pergi berbincang tentang bayaran. Ada sepasang suami isteri siapberbincang macam mana nak dapatkan dana. Ada yang sanggup berkongsi duit danpilih salah seorang wakil untuk join kelas Tuan Johan Ohesem.

 

Aku tengok bangsa usahawan sini memang pelik, macam cepatbertindak. Terus susun strategi dan ada terus bagi kata kata semangat buat ahliperniagaan diorang. Berbeza sungguh cara diorang dengan cara aku. Palingmenarik yang aku berjaya dengar

"Dengar sini semua, Akak nak kita semua berjaya sebagaisatu kumpulan. Ok akak nak taja 2 tiket, sapa yang betul nak belajar. Cepatbagi nama."

 

Haaaaih bagi aku bangsa usahawan adalah bangsa yang pelik.Lagi lama aku di sini, lagi aku rasa stress. Aku pun nak ajak Pyan balik.Sekali Pyan tengah sembang usahawan produk kesihatan. Usahawan tu bagi kat Pyanname card dan hadiah vitamin C botol kecil.

 

Dah selesai Pyan bersembang dengan usahawan tadi, teruscepat-cepat aku ajak Pyan balik. Pyan pun ikut aku. Kami pun naik teksi danbalik ke Seksyen 7. Sebelum kami bersurai, aku ajak Pyan lepak di kedai mamakuntuk minum petang.

 

Tengah kami duduk dan minum, aku pun mula luahkan rasakeliru aku.

 

Loqman :" Pyan ko tak rasa pelik ke dengan seminartadi."

 

Pyan :" Hah apa yang pelik nya Loqman?"

 

Loqman :" Ko perasan tak yang Tuan Johan Ohesem tuburuk sungguh perangai? "

 

Pyan :" Lah dah kenapa pula sikap dia buruk? Diasahabat ko ka Loqman? "

 

Loqman :" Eh tak lah, aku geram sungguh dengan caraseminar dia. Dia bagi tips bagai, bagi perkongsian ilmu bagai, sekali habis seminarterus buka kelas. Mahal kot. Macam lah bagus sangat kelas dia.

 

Pyan :" Aku rasa lah, sebenarnya ko yang bermasalahsekarang ni. Ko sebenarnya terpengaruh dengan kata kata Riyadh kan? Cuba kojujur.

 

Loqman :" Eh betul apa yang Riyadh cakap. Ko tak nampakke yang Riyadh tu jujur. Dia tahu kelas ni berakhir macam mana. Bagi aku TuanJohan Ohesem tu tak da lah bagus sangat. Rasanya dengan sapa pon boleh berjaya.

 

Pyan :" Jujur otak ko, sepanjang hampir 2 tahun lebihaku dok curi curi tengok telefon ko. Satu kali mesej dari Riyadh pun gak ada.Udah lah curi duit ko sama teman teman ko menang pertandingan, sekarang pulamuncul mau ajak ko labur sama duit. Apa ko gila ka bodoh?"

 

"Aku sendiri pun gak kenal sapa Tuan Johan Ohesem ni,tapi banyak benda yang aku belajar tadi. Percuma pula tu. Tuan Johan Ohesem taksuruh pun sebelum keluar dewan, semua mesti beli tiket kelas dia."

 

"Kalo ko betul mau berniaga, ko mesti serius belajar.Ko mesti akan cari jalan untuk bayar yuran dia. Ko pun nampak tadi dalam dewan,banyak orang cari cara untuk dapatkan wang. Harga bukan halangan. Tapi kitayang tak mau cuba untuk berubah."

 

"Memang ada orang yang tak beli tiket sebab tak mampu,tapi tak pula aku jumpa dia hasut sama orang lain. Kadang kita ni suka buruksangka sama orang lain. Kenapa kita selalu rajin sangat kasi jatuh bangsasendiri."

 

"Tuan Johan Ohesem tu orang nya ada ilmu. Banyak yangjoin sama kelas dia berjaya. Gak mungkin kalo dia bodoh,ada orang join dia.Kalo dia kedekut, dia orang yang selalu menjual. Gak pernah bagi percuma. Inikali pertama dia kasi seminar percuma? Seminar macam tadi? Selesa semuanyamacam tadi, itu kali pertama ka kelas percuma? "

 

Loqman :" Tak dah beberapa kali."

 

Pyan :" Habis kenapa asyik merungut? Sekurang kurangnyakalo memang betul betul tak mampu join, ko balik rumah dengan ada ilmu. Kobalik rumah dengan keadaan ko udah ada idea. Ko kena faham ni. Dulu masa kosekolah, semuanya percuma kan?"

 

Loqman :" Ya percuma."

 

Pyan :" Habis kalo dah percuma, keputusan ko cemerlangsemuanya? Semua mata pelajaran dapat A? Dapat?

 

Loqman :" Amboi ko, ko ni melebih pula perli aku."

 

Pyan :" Ini bukan perli, tapi aku nak ko faham danbelajar sesuatu. Baik sekarang aku tanya, ko pergi Universiti kan? Yuran kenabayar gak?"

 

Loqman :" Ya kena aku bayar yuran."

 

Pyan :" Habis kalo ko bayar yuran semuanya bukanpercuma sepatutnya ko dah cemerlang dalam pelajaran ko di Universiti dan ko takkan lepak dan ko tak berkawan aku. Kehidupan ko udah jadi lain. Kehidupan orangyang berjaya. "

 

"Jadi sekarang aku mau tanya, sekarang yang salah nisiapa? Percuma ka salah atau yang berbayar tu yang salah? Atau kita sendiriyang salah? Kalo ko jujur dan ikhlas dalam apa yang ko nak buat, pasti takcepat tak lambat ko akan berjaya."

 

"Udah udahlah asyik cari salah orang. Ko pun tolonglahjangan percaya sangat dengan Riyadh tu. Orang macam dia tu sanggup buat apasaja asalkan ko ikut dia. Bahaya tau Loqman. "

 

" Tadi dengar dia cerita bahayalah jadi agen produklah, bahaya jual produk lah, sana sini kena tipu. Tapi tadi dalam dewan tu apa.Depan mata ko sendiri, ko nampak ada banyak agen produk datang untuk belajar,datang dengan ketua mereka. Mereka semua datang dengan satu tujuan. Merekauntuk berjaya."

 

" Terpulang kat ko Loqman. Aku harap ko buat pilihan yangbetul. Jangan ko kena tipu lagi dengan Riyadh. 5 ribu tu banyak Loqman. Bukansikit. Ingat Loqman, kalo kita mau cari perfium kita akan jumpa perfium. Kalokita mau cari tandas, kita akan jumpa tandas."

 

Aku lepas dengar kata kata Pyan. Aku pun diam dan teruskanminum minuman aku. Aku cadang nanti dah balik rumah, sebelum aku tidur aku nakrancang dan susun strategi perniagaan aku.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff