Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
44,708
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 5

Dah sampai rumah aku pun terus mandi, rehat dan makan rotikrim. Jimat duit untuk makan malam. Selesai makan roti,aku pun ambil bukucatatan tadi untuk merancang semula perniagaan aku.

 

Aku berusaha nak cari jalan. Aku nak cari jawapan untukbetulkan kesilapan perniagaan aku. Aku tekad untuk bersungguh sungguh kali ni.Aku nak ambil semangat Pyan.

 

Demi kehidupan yang baik dan demi kecintaan aku Adaania. Akunak kahwin dengan Adaania. Walau apa cara sekalipun, aku tetap nak kahwindengan Adaania. Perasaan sayang kat Adaania, belum sampai lagi ke tahap nidengan perempuan lain.

 

Aku ambil gambar Adaania dan aku cium. Lepas tu aku mulaserius baca semula nota catatan tadi. Tengah aku mengkaji,baru aku perasan yangcara aku salah sebenarnya. Aku terlalu gelojoh nak menjual.

 

Aku sepatutnya kumpul dulu duit yang mencukupi supaya adaperuntukan untuk bahagian pemasaran dan bahagian jualan. Aku tak pernah kongsipun kehebatan dan kenapa perlu beli produk aku. Aku sendiri tak tahu apakekuatan dan kelebihan produk aku dari produk orang lain.

 

Kelakar juga aku ni. Belajar di Universiti bidang perniagaantapi tak pandai pun. Sepatutnya aku kaji buku buku yang aku dah belajar diUniversiti dulu. Tapi salah aku juga sebab aku banyak main main dulu. Bila dahbebal macam ni, baru nak tergedik gedik cari ilmu. Kan dah buang masa.

 

Lepas tu aku perasan, aku mungkin perlu buat kolaberasidengan produk lain. Aku perlu cantik kan lagi bungkusan produk aku. Yang palingpenting aku kena tahu hala tuju masa depan produk aku.

 

Aku catit semula satu per satu perubahan strategi aku.Tengah aku bersemangat mencatit, tetiba ada panggilan masuk. Aku tak angkatpada panggilan pertama. Masuk panggilan kedua, aku dah mula nak naik angin. Akutengok telefon aku, rupanya Adaania. Terus cepat-cepat aku jawab panggilandengan penuh senyuman.

 

Adaania :" Assalamualaikum abang."

 

Loqman :" Waalaikumsalam ya bakal makmum ku sayang,tengah buat apa tu?"

 

Adaania :" Tak buat apa, tengah tunggu abang. Abang takmesej apa pun sehari ni. Adaania rindulah kat abang."

 

Loqman :" Abang pun rindu nak dengar suaraAdaania."

 

Adaania :" Hahh rindu suara Adaania ja? Oooo tak rinduAdaania la yer! "

 

Loqman :" Laaahhh ke situ pula, abang rindu semuatentang Adaania. Sebab tu abang nak bersungguh sungguh berusaha. Abang nakkahwin dengan Adaania."

 

Adaania :" Hehehe, terima kasih abang. Adaania pun taksabar nak jadi isteri abang. Boleh hari hari dating dengan abang. Kan? "

 

Loqman :" In Shaa Allah Adaania. Adaania dah makanbelum ni? Makan ape tadi? "

 

Adaania :" Alhamdulillah dah makan. Adaania buat sup.Adaania nak kurang kurangkan makan hidangan yang bergoreng. Makan hidangan Supni best. Badan pun rasa ringan je abang."

 

Loqman :" Ooooo ni lah rahsia diet kecantikan Adaaniayer. Barulah abang tahu, asyik asyik menu sup je. Tak bosan ke Adaania."

 

Adaania :" Alaaaa sekali sekala makan ikan goreng keayam goreng ke. Kena jaga kesihatan barulah penyakit tak datang. Hmmmm macamabang mesti suka kari kan?

 

Loqman :" Hehehe suka je. Kenapa Adaania? "

 

Adaania :" Adaania kena berlatih belajar masak kari ni.Adaania tak nak abang selalu lepak kat kedai mamak. Nanti datang perempuan laindi kedai mamak, dia ngorat abang. Mesti Adaania cemburu.

 

Loqman :" Amboi Adaania ke situ pula yer. Adaania kalonak tahu, In Shaa Allah hati abang ni untuk Adaania seorang je tau. Abangberterima kasih banyak banyak sebab sudi terima abang seadanya. Yelah Adaaniakerja cikgu, abang ni pula kerja di kedai makan. Bidang perniagaan pun barumula saja.

 

Adaania :" Haaaaih abang, Adaania lagi bangga denganabang. Abang kuat berusaha. Untung Adaania bercinta dengan abang. Adaaniasendiri pun tak pandai berniaga."

 

Loqman :" Adaania tak nak buat bisnes lempeng oat keuntuk breakfast? Kan Adaania kata sedap."

 

Adaania :" Hahahaha eeeee, itu makanan kegemaranAdaania. Bukan semua orang suka makan macam ni. Abang kalo Adaania nak jadipenulis abang bagi tak?"

 

Loqman :" In Shaa Allah boleh, abang suka kalo Adaaniajadi penulis. Kalo Adaania jadi ahli perniagaan baru abang risau."

 

Adaania :" Laaahhh, dah kenapa pula macam tuabang?"

 

Loqman :" Yelah Adaania cantik. Bagi abang Adaaniacantik sangat sangat. Adaania lemah lembut, bijak dan senyuman Adaania tu mahalsangat."

 

"Siapa siapa yang tengok senyuman Adaania, dia sendiriboleh terlupa yang dia tengah ada masalah. Haaihhh, beruntunglah mana manajejaka yang memiliki Adaania. Untung siapa yang berjaya mengahwiniAdaania."

 

Adaania :" Abang, abang janganlah terlalu memujiAdaania. Adaania ni biasa saja abang. Abang terima kasih tau sebab hargaiAdaania sebegini.

 

"Adaania syukur diberi peluang untuk bercinta denganabang. Adaania gembira setiap kali bila telefon abang, jumpa abang, mesej abangsenang ceritalah semua masa Adaania dengan abang semuanya best! "

 

Loqman :" Adaania kalo Adaania nak tahu, abang takkisah pun kalo abang perlu Adaania 100 kali ataupun 1000 kali. Abang sanggupAdaania. Abang belum pernah rasa erti bercinta sedalam macam ni."

 

" Abang pernah bercinta sebelum ni. Tapi abang palingsuka percintaan yang ni. Percintaan yang terbaik dalam hidup abang. Adaania,bagi abang Adaania terlalu sempurna. Abang perlu kejar cinta Adaania. Abang taksanggup kehilangan Adaania."

 

"Adaania, abang dapat rasa yang Adaania lah pencarianabang yang terakhir. Abang hargai Adaania sangat sangat. Adaania, jujur abangcakap. Abang tak pernah lagi sepanjang hidup abang travel jauh untuk mana manawanita. Tapi bila hadirnya Adaania dalam hidup abang. Sejauh mana pun Adaaniapergi, In Shaa Allah abang datang untuk Adaania."

 

Adaania :" Abang, Adaania sayang abang sangat sangat.Terharu Adaania dengan abang. Abang, Adaania selalu berdoa untuk kita. Terimakasih abang sebab hadir dalam hidup Adaania. Abang, Ikaw ang Lahat sa Akin.

 

Loqman :" Haahhh? Apa tu? Bahasa cina ke tu?"

 

Adaania :" Hahahaha, Eh tak lah abang. Tu BahasaFilipin. Lagi satu, tu drama cerita cinta Filipin. Best sangat. Adaania sukatonton drama ni."

 

Maksudnya ayat tadi, awak adalah segalanya untuk saya. Ayatni Adaania bagi kat abang je tau. Hmmm, abang abang."

 

Loqman :" Yer Adaania."

 

Adaania :" Abang jangan tinggalkan Adaania yer. NantiAdaania sedih. Adaania tak nak orang lain. Adaania nak abang seorang je tau. Loveyou abang."

 

Loqman :" Love you more, Adaania. Hmmm Adaania, abangdah ngantoklah. Abang tido dulu yer. Assalamualaikum Adaania."

 

Adaania :" Waalaikumsalam abang."

 

Lepas letak telefon. Terus aku peluk bantal dan senyum.Gembira sungguh bila dengar suara Adaania. Aku tekad demi kebahagiaan bersamaAdaania. Aku perlu berusaha bersungguh sungguh. Aku letak tepi telefon dan akuterus tido.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff