Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
57,530
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 9

Waktu petang,dalam pukul 5 macam tu, aku buat masa ni kiraboleh buat kerja sambil lenggang dan rileks sikit. Biasa waktu macam nipelanggan kurang sikit. Jadi aku mula sapu lantai sikit, isi semula sudu garfudalam bekas dan letak di setiap meja.

 

Biasanya lepas siap kerja ni, barulah aku boleh duduk danmakan tengah hari. Tiba tiba aku ternampak kelibat Razman, Ijoy, Olan, Joe dan2 orang kawan mereka. Riak muka mereka masa tu geram,marah dan nak mengamuk.

 

"Shiiiiiitttttt!"

"Mana hari pulak diorang ni tau aku kerja sini"

 

Aku terus campak apron dan lari keluar melalui pintubelakang kedai. Terkejut mak cik mak cik yang kerja di situ tengok aku. Pyanpun tertanya kenapa dengan aku tetiba macam ni.

 

Aku punya lah mengelak sambil lari lari anak dari tempat akukerja. Fuuuhhh tercungap juga aku ni,mana tak cungapkan berat 98 kg tetiba kenanak kena berlari bagai.

 

Aku dengar dari jauh "Wooiiiiiiiiiiii Loqman! Mana konak lari? " terus aku pecut lari sekuat hati aku. Maka bermula lah sesikejar mengejar. Aku seperti penjenayah masa tu lari dari Polis.

 

Mereka hampir nak dapat tangkap aku. Mujur aku orang letakbasikal di situ. Aku nak terus naik tapi rantai dan roda basikal diikat rantai.Aku ambik basikal tu terus aku lambung dekat mereka.

 

Terkena Razman, Joe dan 2 orang kawan mereka dan terusmereka jatuh terlentang kesakitan. Aku dengar maki hamun diorang "Celakaaako Loqman! Ko hutang dekat ribu tak bayar! Ko tunggu ko! Kejar dia! Kejar!"

 

Aku cepat cepat lari pergi ke KFC dan menyorok di tempatparkir kereta. Tercungap sungguh masa tu,rasa nak muntah pun ada. Aku duduk danberehat di belakang kereta Myvi. Aku dalam 15 minit. Aku sangat sangat penatdan basah lencun baju aku dengan penuh.

 

Bila aku rasa dah lega sikit, aku bangun dan intai. Akutengok keadaan sekelilling, huuhhhh lega aku bila kelibat mereka 6 orang dahhilang. Aku pun jalan keluar dari tempat aku sembunyi tadi.

 

Selang lepas 3 biji kereta, tiba tiba ada orang serkupplastik sampah warna hitam dari belakang, tutup mulut aku dan jatuhkan aku kelantai.

 

Sampai saja badan aku atas lantai, terus aku ditumbukbertubi tubi di perut  dan di dada. Aku tak nampak apa-apa masa tu sebabkepala aku dalam plastik hitam.

 

Puas mereka tumbuk aku, baru mereka angkat aku. Olan peganglengan kiri aku kuat kuat dan Joe pula pegang lengan kanan aku kuat kuat. Akukesakitan yang amat masa tu.

 

Plastik hitam direntap keluar dari kepala  aku terusRazman tendang perut aku. Terus aku tersembur keluar darah dari mulut aku.Berlinang air mata aku menahan kesakitan.

 

"Bagus ko Loqman, aku dah tolong bagi ko guna duit akuuntuk pelaburan dengan senang, dah ambil duit ko liat ek nak bayar." TerusRazman tumbuk muka aku lagi.

 

Ijoy pula cakap, "Dah lah tu Razman! Sian dia!"Pelik Razman masa tu. "Ko dah kenapa Ijoy nak kesian kan dia? " tanyasi Razman. Ijoy jawab "Yelah, kesian dia sebab belum rasa tendanganaku." Ketawa besar mereka berenam.

 

Aku nampak Ijoy ambik lajak macam nak tendang muka aku. Akutunggu dan perhati elok elok pergerakan dia. Saat Ijoy mula nak angkat kakilibas kat muka aku, aku dengan sepenuh kudrat aku tarik Joe ke hadapan aku danterus aku membongkok.

 

Saat libas kaki Ijoy kena tepat pada muka Joe, terus akutarik tangan aku dan tumbuk "telor" Olan. Bergelut masa tu jadi, Ijoylepaskan tumbukan kanan, pantas aku tepis tumbukan dan aku balas dengantumbukan yang kuat di hidung Ijoy. Ijoy tumbang sambil berdarah hidungnya.

 

Masa tu Razman tetiba tergamam, cepat cepat aku pegang mukadia dan hantuk dahi aku sekuatnya di hidung.  Razman tumbang dan hidungnyaberdarah.

 

Terus lagi 2 orang kawan mereka datang nak tangkap aku.Namun,aku berjaya melepaskan diri kerana mereka kurus sangat. Seorang aku tolakdengan kuat sampai jatuh ke lantai dan seorang lagi aku tumbuk dengan kuat diperutnya.

 

Terus aku lari keluar dari tempat parkir kereta di KFC. Akunampak ada orang di situ merakam pergelutan tadi, namun tiada siapa menolong.Aku sambil memegang perut aku dengan penuh kesakitan dan berlari.

 

Disebabkan aku terlalu kelam kabut dan panik, aku terseliuhkaki. Aku tak boleh berhenti di situ, aku terpaksa berlari juga kalau tak akuakan dibelasah teruk andainya mereka berenam tadi dapat peluang.

 

Aku terus capai Fon di kocek seluar bahagian kiri seluar.Aku terus call Pyan. "Hello! Pyan! Tolong Pyan! Aku kena pukul! Ambik akukat KFC! Tolong Pyan!" . Pyan terus tinggal kedai naik motor datang keKFC.

 

Aku nampak Pyan dah nak sampai,cepat cepat aku naik motor."Pyan! terus bawa aku pergi KTM Padang Jawa, aku kena lari." Pyanterus bawa motor dengan laju ke sana.

 

Sambil bawa motor, aku kena "ceramah" dengan Pyan."Tulah ko Loqman, aku dah cakap! Tak payahlah ikut orang labur duit! Dahlah kena tipu! Hutang banyak! Ini pulak ko kena sental lagi! Ko pulak teruk akutengok ko ni! Nasib baik diorang tak tikam ko Loqman!"

 

Terpaksa lah aku tadah telinga dan mendengar kata-kata Pyan.Aku sakit sungguh masa ni. Masa atas motor ni, hati kecil aku kata mestidiorang berenam datang mengejar aku.

 

Sampai dekat tempat parkir motor terus aku suruh Pyan henti.Terus Pyan kata "Ko dah teruk Loqman! Biarlah aku hantar dekat lagiLoqman! " terus aku jawab "Pyan, Please, aku tak nak sebab salah aku,ko terlibat. Tolonglah dengar cakap aku."

 

Tiba tiba aku tengok wajah Pyan berubah. Macam nak menangiswajah Pyan. "Loqman, ambil ni" Pyan hulur duit Rm 200 dekat aku. Akutergamam. "Ehh, ko ni Pyan. Keluarga ko nak guna duit ni Pyan, janganPyan. Aku tak nak."

 

Terus Pyan tarik tangan aku "Loqman, pasal keluarga akutu ko tak payah risau. Pandai pandai aku cari jalan. Ambil ni Man, balik sajakampung atau ko hilangkan diri ko mana mana dulu."

 

Pyan terus peluk dan cium dahi aku sambil kata "akusayang ko kerana Allah,pergi elok elok ya Loqman." Aku pun jadi sedih masatu namun aku kena larikan diri.

 

Sambil aku jalan aku dengar suara kuat Pyan dalam tangisan."Kenapa ko perlu hidup macam ni Loqman? kenapa Loqman ? " Aku terusjalan dan aku tak toleh belakang.

 

Pyan pun terus beredar dari. Aku jalan "slow slow"sebab aku dalam kesakitan. Tengah aku berjalan,tiba tiba aku dengar suara"Wooiiiiiiiiiiii, ko nak gi mana? "

 

Terus percepatkan langkah aku, jalan terus masuk kawasanparkir motor. Aku jalan sambil terhencot-hencot. Aku toleh belakang,aku nampakdua orang yang kurus tadi datang dengan bawa batang penyapu. 

 

Aku terus jalan dan mencari ada helmet tak yang orangtinggal dan tak ikat di tempat duduk motor. Baaaaabbbbb!"Aduuuhhhhh!!" aku terkena hayunan kayu dari belakang.

 

Aku sakit sangat sangat masa tu, namun aku paksa diri untuklari. Selang 4 motor aku terjumpa helmet yang tak diikat dekat tempat dudukmotor. Terus aku capai untuk aku berlawan.

 

Dua orang kurus yang kejar aku tu tetiba seperti hilangkeberanian bila nampak aku dengan helmet di sebelah tangan kiri sedia nakberlawan.

 

Terus seorang hunus kayu hala tepat ke dada dan denganpantas aku mengelak dan terus aku baling helmet ke arah mulut seorang lagi.Babbbbbbb! Terus tumbang dan meraung sakit. Bibir dan gusi berdarah.

 

Terus aku serang mamat yang hunus kayu kat aku tadi. Akutumbuk muka dia dan cekak dia di tepi pagar besi tebal. "Abang sorryabang, please abang jangan pukul saya abang, saya buat ni sebab terhutang budidengan Olan, ampun bang."

 

Masa tu, komuter dah hampir dekat dengan stesen. Aku tiketpun tak beli lagi. Terus aku tumbuk dengan kuat di perutnya. Terus si kurustadi terduduk menahan kesakitan.

 

Aku dah tak fikir apa-apa masa tu. Apa nak jadi, jadilah.Terus aku lari selaju yang boleh. Ke stesen terus ke dalam komuter. Aku taksempat nak beli tiket. Kalau aku terlepas komuter ni, terpaksalah aku tunggudalam 40 ke 45 minit komuter seterusnya.

 

Aku naik anak tangga stesen aku dah pintu komuter dahterbuka. Bila-bila masa saja akan tertutup,jadi aku langgar saja sesiapa yangmenghalang laluan aku. Ketika aku nak sampai pintu dah mula nak tutup.

 

Pintu yang berdekatan masih ada beberapa tengah berebutmasuk. Jadi aku lari pergi pintu sebelah lagi. Hampir saja pintu itu tertutuprapat, aku terus lari lompat masuk dalam komuter. "Fuuuhhh,nasibbaik" kata seorang kakak di situ.

 

Aku sangka maksud kakak tu, aku nyaris terempuh dia. Rupanyadia nampak gelagat aku. Kakak pun sambung, "Abang lain kali jangan buatmacam ni tau, bahaya untuk abang dan orang lain."

 

Aku pun minta maaf dengan kakak tadi, aku jalan dan caritempat duduk. Saat aku dapat duduk,aku tarik nafas yang panjang dan lepas.Tanda aku lega dari kemelut tadi.

 

Aku cuba tidur tidur ayam sekejap dalam 40 ke 45 minitsementara sampai ke stesen KL Sentral. Saat dah nak sampai ke Stesen KLSentral, ramai penumpang dah mula siap sedia berdiri untuk keluar.

 

Aku tetiba rasa tak sedap hati. Aku perasan aku tak pakaiTopi ka atau "sweater" atau "jacket" yang ada"hood".

Terus aku cari apa yang aku senang curi.

 

Aku perasan ada seorang ni dia tarik "snow cap"dari kepala dia dan simpan di poket jaket. Jadi aku terus dekat dengan dia.Masa pintu komuter buka, saat bersesak ramai kelam kabut nak keluar.Cepat-cepat aku tarik "snow cap" kepunyaan dia dan aku pakai.

 

Seperti yang dijangka, aku perasan ada 3 orang tengah tunggudi tangga seperti tengah mencari seseorang. Aku jalan dengan pantas naiktangga.

 

Masa sampai dekat tempat serah tiket."Alamaaaakkk!" aku baru teringat aku tak beli tiket. Orang ramai berpusupusu nak cepat serah tiket dekat pegawai bertugas kat situ.

 

Kalau aku undur keluar dan cari peluang untuk curi tiket,akutakut budak bertiga tadi syak memang aku orang yang dicari.

 

Aku mula cari jalan macam mana nak lepas diri. Tiba tibaterus aku teringat Adaania. Aku terus geledah "sling bag".

Lega hati aku, ada sekeping tiket yang agak renyuk.

 

Aku tapi tiket tu perjalanan komuter dari KL Sentral kePadang Jawa. Aku tak fikir apa-apa, aku terus jalan untuk serah tiket. Bila akunampak pegawai bertugas mula sekadar terima tiket terus aku serah tiket danberedar dari situ.

 

Aku terus jalan nak beli token ke Pasar Seni.Lepas sampai keStesen Pasar Seni, boleh aku mula jalan menuju ke bangunan UTC di JalanPudu.Masa tengah beratur tetiba terfikir dibuatnya

Razman dan semua kawannya dah "stand by" di situ.Memang mati katak aku kat situ.

 

Aku tukar fikiran. Aku beli tiket Komuter dari KL Sentral keTanjung Malim. Aku masa ni dah rasa letih sangat. Rasa macam nak pengsan.

 

Aku kuatkan diri aku. Aku jalan terus menuju ke kedai 7e.Aku beli panadol sepapan dan 2 air tin Red Bull. Selesai membeli barang, terusaku gerak menunggu komuter aku ke Tanjung Malim sampai.

 

Sementara aku menunggu komuter sampai, aku terimbau baliksaat manis semasa bercinta dengan Adaania. Banyak memori indah yang penuhdengan suka duka bersamanya.

 

Aku tersenyum seorang diri, bila aku teringat masa sebelumaku naik bas dari Tanjung Malim balik ke Bangunan UTC Kuala Lumpur. Aku pernahkucup jari telunjuk aku dan aku tenyeh di pipi Adaania. Wajahnya berubah dariterkejut ke senyum riang.

 

Aku selalu berdebar dan sangat seronok bila aku dalamperjalanan pergi jumpa Adaania. Bila aku datang ke Tanjung Malim, Adaaniasanggup bangun awal pergi pasar dan masak untuk aku.

 

Aku tahu jarak dari rumah sewanya ke pasar memang jauh.Namun dia gigih bangun awal pagi. Keluar pergi pasar, beli ikan dan sayursayuran. Aku sangat terharu.

 

Aku sentiasa ingat, setiap kali bila hujan. Adaania akanmenelefon atau wassap aku "Awak,tengah hujan ni." Jadi kami pun samasama berdoa agar kami dijodohkan bersama menjadi sepasang suami isteri.

 

Menitis air mata begitu banyak mengenangkan saat manisdengan Adaania. Namun,akhirnya kami terpaksa berpisah. Semuanya salah aku. Akuterjerat dengan masalah kewangan.

 

Aku juga telah menyusahkan Adaania. Punya lah lama diamenunggu aku. 3 tahun dia tunggu aku untuk mengahwininya namun aku gagal.

 

Aku mula menangis dengan kuat mengenangkan Adaania. Sambilaku mengimbau memori aku dalam kesedihan, akhirnya komuter untuk ke TanjungMalim sampai.

 

Aku bangun dan terus jalan masuk dalam komuter. Aku sambungmenangis dalam komuter. Aku bercakap seorang diri masa tu.

 

"Adaania, maafkanlah abang."

"Adaania, please maafkanlah abang."

"Adaania, abang mengharap sangat ada peluang keduauntuk abang."

"Abang rindu Adaania sangat sangat."

 

Aku dah tak pedulikan sesiapa yang melihat aku menangis. Akuterus menangis sehinggalah aku terlupa yang aku tengah sakit yang amat ni.Benarlah, bila kita terlalu mencintai seseorang. Kita akan terlupa masalahkita.

 

Stesen demi stesen berlalu, sekarang aku dah mula rasapenat. Aku cuma duduk,sandarkan dan pejamkan mata. Sampai ke "Interstation" baru aku bangun keluar untuk tukar ke komuter lain dan teruskanperjalanan.

 

Aku sampai di Stesen Tanjung Malim pada waktu petang. Akujalan keluar dari pintu komuter dan turun tangga stesen. Aku tarik naik sikitbaju aku. Aku nampak banyak kesan lebam di perut aku.

 

Sambil aku jalan, aku minum air tin Red Bull. Aku terlaluletih masa ni. Aku kena cari ketulan ais yang banyak untuk letak atas perutaku.

 

Aku gigih jalan naik atas jejantas dan turun sebarang jalan.Aku perlu cari kedai makan dan kedai runcit. Aku sampai kedai runcit aku beliminyak cap kapak dan ubat pelekat sakit pinggang.

Sampai kedai makan aku beli ketulan ais.

 

Aku jalan terus ke stesen bas Tanjung Malim. Sambil akujalan, aku tekan beg ketulan ais di atas kawasan lebam perut aku. Aku sampaikat stesen bas. Terus aku naik tangga.

 

Aku singgah gerai makanan di tingkat atas. Aku beli Milo aisuntuk alas perut dan satu lagi beg ketulan ais. Aku jalan pergi ke bilik surau.Aku sampai saja situ. Terus aku duduk depan surau. Aku mengenangkan kejadianhari ini.

 

Aku rasa marah dan berdendam dengan Riyadh. Aku jugaberdendam dengan Razman dan kawan kawannya yang memburu aku. Aku rasa sangatberdosa dengan Pyan dan Adaania.

 

Aku dah habiskan bertahun tahun cari jalan untuk jadi kaya.Malangnya bertahun tahun aku itu seperti aku terperangkap dalam ruang umpamaneraka. Nak hidup dengan orang yang aku cinta kena lalu jalan neraka?

 

Aku kenal diri aku. Aku berani buat apa sahaja yang aku nakbuat. Aku terfikir,adakah erti kekayaan yang aku cari tak sepatutnya akumimpikan. Aku tertanya juga, kenapa cinta itu menyakitkan?

 

Kenapa aku tertanya macam ni? Kerana sekarang aku tengahmerasai keperitan, kebenciaan dan aku hidup sekarang dengan penuh penderitaan.

 

Aku dah tak bermaya masa ni. Beg ketulan ais di atas lebamlebam kawasan perut aku. Aku dari posisi duduk,terus aku baring dan tidur. Akudah tak fikir apa-apa dah. Aku sangat letih dan serabut.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff