Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
57,475
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 15

Saat aku dah dapat duduk di tempat aku. Aku masih lagi takdapat melepaskan mata aku dari memerhatikan Pyan dan Pak Cik Durin. Aku rasasedih sangat nak berpisah dengan Pyan kerana keikhlasan dalam persahabatan. Akujuga rasa sedih sangat nak berpisah dengan Pak Cik Durin kerana kasih sayangnyakerana Allah Swt.

 

Aku nampak Pak Cik Durin sambil tepuk tepuk bahu memujukPyan. Nampak Pyan tengah menangis. Sejujurnya inilah kali pertama dalam hidupaku menangis kerana seorang sahabat. Terima kasih banyak banyak Ya Allah keranatelah menghadiahkan aku sahabat sahabat yang baik dan mulia.

 

Tak sampai 5 minit, bas pun bertolak. Aku pun lambai tangankat Pyan dan Pak Cik Durin. Aku lambai tangan sehinggalah aku dah tak nampakkelibat mereka. Aku rasa letih sangat dengan kesedihan aku hari ni. Aku punsandar kepala aku di cermin tingkap bas.

 

Lepas aku dah tenang diri dalam 30 minit macam tu. Tetibabas yang aku naik ni berhenti di stesen minyak di RnR. Aku pun duduk dantertanya eh kenapa lah lama sangat berhenti di sini. Dah dekat 20 minit sahajani. Rupa rupanya, ada satu lagi bas ke Pulau Pinang sampai di situ. Makaberlaku lah sesi pertukaran tempat. Siapa yang nak turun di Stesen SungaiNibong kekal dalam bas ni, siapa yang nak turun di stesen Butterworth pindah kebas sebelah.

 

Entah dah kenapa dengan aku. Aku sebenarnya sepatutnya turundi Stesen Sungai Nibong tapi aku rasa macam nak turun di stesen Butterworth.Aku pun angkat barang barang aku semuanya pi bas sebelah. Agaknya rindu naknaik feri kot.

 

Selesai pindah barang barang semua. Penumpang semua dahselesai dan selesa duduk. Terus pemandu bas menutup pintu utama bas danbergerak. Masa bas dah bergerak,aku pun tergerak hati nak buka beg galas. Nakcari earphone untuk dengar lagu. Aku pun buka zip dan cari dalam beg. Tengahaku mencari earphone, tiba tiba aku rasa macam aku terpegang sekeping gambar.Aku pun tarik keluar dari beg. Rupanya gambar Adaania.

 

Aku pun membelek gambar aku bersama dia. Gambar ni kamiambil masa tengah lepak menunggu bas Stesen Bas Pudu,Kuala Lumpur. Aku tenunglama lama. Aku mula rasa rindu dengan Adaania. Makin kuat aku tenung, makinmendalam kesedihan aku. Aku sambil tengok gambar Adaania sambil aku kesat airmata.

 

Aku pun bermonolog

 

"Adaania, abang rindu suara Adaania. Abang rindu nakdengar gelak ketawa Adaania. Abang teringin sangat nak jumpa Adaania macamdulu. Itulah masa yang abang nak balik dan tinggal di masa tu."

 

" Ya Allah, aku cemburu Ya Allah."

" Ya Allah, aku cemburu Ya Allah."

" Ya Allah, aku cemburu Ya Allah."

 

" Kenapa bukan aku untuk dia Ya Allah."

" Kenapa Ya Allah."

" Kenapa Cinta ini terlalu menyakitkan Ya Allah."

".Ini bukanlah pengakhiran yang aku nak bersama AdaaniaYa Allah."

 

Aku menangis dengan kuat. Sampai yang duduk dekat aku punperhatikan aku. Aku dah tak pedulikan sesiapa masa tu. Aku rasa macam malangsungguh nasib aku.

 

Aku masa ni sebenarnya aku cuba membenci Adaania. Aku cubamembenci dia sebab dia tinggalkan aku dan pilih untuk bahagia dengan oranglain. Aku cuba untuk membenci dia namun jauh dari sudut hatiku. Perasaan cintadan sayang aku mengatasi perasaan untuk benci dia.

 

Kini kali ke 2,aku akan cuba paksa diri untuk kecewa dengantindakan dia, supaya aku boleh buang dia jauh dari hidup aku. Aku mula dapatrasa sedikit demi sedikit rasa kecewa kepada Adaania. Aku bermonolog sepertimengadu.

 

"Adaania, Adaania tinggalkan abang di saat abang perluAdaania."

 

"Adaania, Adaania bukan abang tak cuba tapi keadaan takmenyebelahi abang."

 

"Adaania, kenapa Adaania boleh tinggalkan abang semudahini."

 

"Adaania, kenapa Adaania asyik kata abang rancang semuani."

 

"Adaania, kalau lah abang menipu. Keluarga Adaania punabang tak pergi berjumpa."

 

"Kalau lah abang menipu, tak kan abang ajak berdoauntuk dijodohkan bersama."

 

"Kenapalah Adaania ni bodoh sangat sampai rasa diri tusentiasa betul."

 

"Sampai hati Adaania kan."

 

"Adaania dengan senang Adaania boleh tinggalkanabang."

 

" Adaania memang sengaja tinggalkan abang demi oranglain."

 

"Abang punyalah bersedih bagai nak rak kehilanganAdaania, memang Adaania perempuan yang penting sendiri."

 

"Adaania rasa Adaania ada segalanya. Adaania adakejayaan, Adaania ada masa depan yang cerah. Lepas tu Adaania ambil keputusanuntuk tinggalkan abang semudah ini?"

 

Haa, masa ni aku baru nak mula rasa bahang kecewa. Dah nakdapat rentak dah ni. Aku terus bermonolog lagi.

 

"Ya Allah, jangan kau benarkan dia bergembira denganlelaki lain."

 

"Ya Allah, seperti mana dia sakiti hati aku, sepertiItulah kau sakiti hati dia."

 

"Ya Allah, jangan kau beri kebahagiaan kepadadia."

 

Aku tak tahu kenapa, baru doa yang ke tiga ni terus aku rasamacam aku dah tak mampu nak kecewa. Aku rasa macam aku ni zalim, sedangkan akupernah mencintai dia sepenuh hati.

 

Sedangkan aku juga tahu yang aku pun ada kesilapan. Aku jugatahu yang dia banyak berkorban untuk aku. Dia juga pernah mencintai aku sepertiaku mencintai dia. Aku tak mampu terus paksa diri aku untuk kecewa dengan dia.Akhirnya aku bermonolog.

 

"Ya Allah, doa aku tadi. Rintihan aku tadi kesemuanyajangan kau kabulkan yaa. Kerana dia yang melukakan hati aku, adalah dia yangpernah aku cintai."

 

"Ya Allah, aku redha mungkin aku bukanlah lelaki yangakan bersalaman secara halal dengan Adaania nanti."

 

"Ya Allah, aku redha harapan untuk bersama dia dahtiada. Ya Allah, anugerahkan cinta hati aku Hidayatul Adaania Safiyah seorangsuami soleh, yang boleh setia sayangkan dia dan In Shaa Allah boleh pimpintangan dia ke Syurga Mu Ya Allah."

 

"Ya Allah, Beruntunglah mana mana jejaka memilikinya.Terima kasih Ya Allah memberi peluang walaupun sekejap untuk mengenali danmencintai dia. Namun aku sedar, sesungguhnya setiap aturanMu Ya Allah adalahyang terbaik untuk hamba hambanya."

 

Aku asyik ulang berkali Kali ayat ni.

 

"Beruntunglah mana mana jejaka yang memiliki cintaHidayatul Adaania Safiyah. Beruntunglah dia."

 

Aku sandar badan aku di kerusi. Sekarang aku mula rasatenang. Selepas aku berdamai dengan ujian Allah. Selepas aku berdamai denganhati. Aku mula rasa tenang.

 

"Ya Allah, jika aku diberikan satu peluang. Aku naksangat bercinta halal dengan dia sampai ke akhir hayat aku."

 

Tak lama kemudian, aku pun tertidur.

 

Tengah aku tertidur, sungguh aku tak jangka yang akuberjumpa semula Adaania. Dia datang dengan membawa hadiah dan ajak aku berjalanjalan. Ya Allah, teruja sungguh aku masa ni setelah sekian lama aku tak jumpadia.

 

Dengan memakai baju kurung warna krim,solekan nipis danbibir kemerahan. Subhanallah memang cantik sangat sangat. Aku punya seronokmasa ni, siap dia berlari dan ajak aku kejar dia.

 

Aku dapat dengar suara riang dia, ketawa dia dan yang palingindah adalah senyuman dia. Aku terlalu merindui dia. Aku pun terus kejar diasehinggalah aku luah hasrat aku.

 

"Adaania, Jom kahwin Adaania. Abang sayang Adaania.Abang sayang Adaania  sangat sangat."

 

Entah kenapa aku selepas luah perasaan tetiba semua tentangmakin pudar dan lama kelamaan menghilang. Puas aku menjerit Adaania jangantinggalkan aku. Tapi semuanya hilang. Aku seolah olah berada di atas tanah yanglapang. Aku tak tahu nak pergi mana.

 

Tiba tiba aku nampak kepulan asap memenuhi ruangan mindaaku. Aku punyalah nak mengelak. Tapi aku masa seperti dikepung dengan suarasuara seperti orang yang tengah marah kat aku.

 

Aku dapat dengar suara perempuan yang sedang marah dekataku.

 

"Woooooiiii, Loqman! Hang ingat hang boleh selamat kabuat mak bapa hang macam ni? Hang dah lupa diri Loqman! Hang memang takguna!"

 

Aku macam kenal suara ni. Suara Mei Ling ni. Bertahun akutak dengar suara dia. Aku mula rasa resah.

 

"Loqman mak hang punyalah lemah lembut dengan hang,awat hang buat perangai macam ni Loqman? Hang ni tak da hati perut kaLoqman?"

 

Eh ni suara Uncle Muthu ni. Eh kenapa tiba tiba suara nisemua datang balik kat aku.

 

"Putra, kenapa Putra nak tinggalkan Maira?Maira buatsalah apa-apa ka Putra? Maafkan Maira Putra. Maira sayang Putra."

 

Suara Umairah ni. Aku kenal sangat ni. Makin banyak suarabermain di minda aku sekarang.

 

"Hang buat macam ni Loqman, hang dah bagi lingkupharapan budak budak kampung kita Loqman. Tolonglah Loqman, jangan buat macamni. Dulu hang punyalah nak budak budak kampung kita semua berjaya. Sampai semuamak bapa buat hang jadi idola di kampung. Apa yang hang cakap saja nak buat katPak Osman, Pak Osman kita ikut. Cari jalan sebab depa semua nampak hang budakharapan kat kampung kita. Tapi lani? Aku tak tau nak cakap apa kat hang. Hangpi berambuslah."

 

Suara Ravi ni. Sahabat dari aku kecil dulu ni. Aku rasamacam dah tak selesa nak tidur lagi ni.

 

"Loqman anak mak, kenapa buat mak macam ni Loqman. Maksayang Loqman sangat sangat. Sampai hati Loqman cakap macam ni kat mak. "

 

Allahuakbar, ini suara mak aku. Ini memang suara mak aku.Aku dah mula rasa bersalah yang amat walaupun aku masih tidur.

 

"Loqman, Bapa tak sangka Loqman boleh buang kami macamni. Semua pasai kami nak suruh Loqman kerja dulu baru kahwin perempuan yangLoqman nak sangat tu. Apa kami ni kira tak da nilai ka dalam hidup Loqman? Takpa lah Loqman, Tak pa lah."

 

Allahuakbar, ni suara bapa aku. Suara orang tua yang sangatkecewa dengan aku.

 

"Loqman, hang jangan balik dah sini ! Hang beranikurang ajar dengan mak bapak hang! Ni penyapu lidi ni nah ambik ni! Hang janganbalik sini dah! Pi belah!"

 

Penyapu lidi sampai tepat kat muka aku terus aku terjagadari tidur aku. Aku masih dapat rasa lagi kekuatan lontaran penyapu lidi katmuka aku. Tulah Pak Cik Osman. Orang yang gagah dan garang. Dia juga ketuakampung.

 

Allahuakbar, terlampau banyak bebanan salah dan dosa aku katsini. Aku masa ni rasa menyesal yang amat atas apa yang aku buat dulu. Betul katindakan aku balik sini? Dibuatnya aku kena halau terus macam mana? Ataudibelasah teruk teruk macam mana?

 

Punya lama aku tidur tadi, selang 10 minit kemudiansampailah bas di Stesen bas Butterworth. Aku masih tertanya betul ka keputusanaku ni? Ka silap kot? Aku pun turun dulu dari bas.

 

Keadaan berubah banyak di sini. Seingat aku dulu sini semuajalan tak rata,jalan berbatu batu kecil. Tapi sekarang semua dah cantik dantersusun. Aku pun jalan dan di terminal bas.

 

Sampai saja aku di ruangan tempat,aku letak beg dan terusduduk. Aku masa ni tengah berfikir panjang. Sama ada aku nak teruskan projekgila aku mencari keampunan dan kemaafan dari mak bapa aku atau baik aku baliksemula ke Shah Alam.

 

Aku sendiri tak tau apa nak jadi. Aku tengah berfikir kalauaku kena halau macam mana? Kalau aku kena belasah macam mana? paling utamaboleh jadi ka aku dimaafkan?

 

Aku dah mula rasa sangsi dengan diri aku. Aku dapat rasalagi parah kalau aku balik rumah ni. Baik aku balik semula ke Shah Alam.Masalah aku macam biasa. Aku tak ada duit. Jadi aku mula cari mangsa untuk akucuri wang.

 

Aku pun perhatikan betul betul siapa yang boleh aku curi.Waktu pukul 5.50 pagi. Orang pun tak ramai masa ni. Jadi aku kena berhati hati.Pilihan pun tak banyak waktu ni.

 

Setelah aku meninjau sekelilling kawasan stesen bas. Akunampak seorang lelaki tua tengah nyenyak tidur. Dompet lelaki tu pula dahsepara terkeluar dari poket.

 

Aku pun dapat rasa yang ni peluang aku. Aku baru nak tarikdompet lelaki tu sekali telefon dia berbunyi. Cepat-cepat aku beredar darisitu. Rosak program aku.

 

Masa aku beredar dari situ, aku teringat pesan Pak CikDurin. Aku pernah berjanji dengan dia untuk berubah. Kalau aku masih lagidengan perangai yang sama memang merana hidup aku.

 

Jadi aku pun malas berfikir dah, aku pun angkat beg danterus menuju ke tangga. Aku nak naik feri balik. Aku pun naik tangga, dan terusjalan ke kaunter. Harga naik feri memang masih sama untuk dewasa.

 

Aku sungguh bertuah masa bayar duit tambang,feri pun sampai.Lega aku tak payah nak menunggu. Jadi aku pun terus berjalan pergi ke Feri.Setiap langkah aku masuk ke feri seolah olah ada sesuatu cerita bakal menerpasemula dalam ingatan aku.

 

Aku macam cuba ingat semula. Masa feri nak bergerak akudapat rasa macam gegaran dahulu. Sinilah detik aku mula teringat balik. Pernahdulu mak dan bapa aku bawa kami bertiga naik feri. Di antara kami bertiga, akulah yang paling bermasalah masa di feri.

 

Masa feri nak bergerak atau nak berhenti, mesti ada gegaran.Masa gegaran tu jadi mesti aku akan terumbang ambing dan jatuh ke lantai. Akupula masa tu jatuh terlentang. Abang dan adik aku akan gelak bersungguh tengokaku jatuh.

 

Cepat-cepat bapa aku tarik telinga abang dan adik aku suruhdiam. Bapa aku tak nak aku terus menerus menangis. Masa tu mak aku sambutdengan penuh kasih sayang.

 

Mak :"Ya Allah, anak mak jatuh yaa. Bangun sayang. Jombangun."

 

Loqman :"Mak, Loqman bencilah feri ni. Selalu buatLoqman jatuh. Mak pukul lah feri ni mak,mak pukul lah feri ni."

 

Mak :"Hehehehe anak mak ni nak mak pukul feri?"

 

Mak aku pun tampar lantai kuat kuat sebanyak tiga kali.

 

Mak :"Lain kali jangan buli anak saya tau. Buli Loqmansiap feri!"

 

Aku pun masa tu punya seronok sangat sangat siap tepuktangan bila feri kena pukul.

 

Aku bila aku ingat balik kenangan terindah dengan mak aku,Allahuakbar kenapalah aku buat macam ni kat mak aku. Dia layan aku sangatistimewa.

 

Aku ingat lagi, dulu ramai ingat aku ni bisu. Lambat sungguhnak keluarkan suara. Selain ikhtiar bawa aku pergi ke doktor, mak aku padawaktu pagi akan baca Asmaul Husna dengan lemah lembut dan pada waktu malam makaku akan selawat dengan alunan yang paling merdu.

 

Sampailah suatu ketika, perkataan pertama yang keluar darimulut aku adalah Allah. Aku cuba nak ikut mak aku baca "Allahumma SolliAla Muhammad" tapi aku masa tu hanya dapat sebut Allah sahaja. Mak akupunya seronok hari tu. Sampai jiran jiran semua tahu.

 

Tak kira lah jiran cina ka jiran india semua jiran mak akutahu. Semua rasa seronok. Mak aku selalu cerita, Uncle Muthu suka dukung aku.Dia selalu kata ini budak mesti jadi orang besar besar nanti. Maksudnya akuakan jadi macam VVIP macam tu lah.

 

Allahuakbar, aku selawat semula ikut alunan suara merdu makaku selawat. Setiap kali aku selawat, titisan demi titisan air mata akumengalir. Ya Allah, aku rindu mak aku. Ya Allah aku rindu bapa aku. Ya Allahaku rindu keluarga aku.

 

Kenapalah aku bebal sangat. Kenapalah aku bodoh sangat. Akuada keluarga yang cukup indah, tapi aku yang menjadi punca kekecewaan mereka.Ampunilah aku mak. Mak ampunkan Loqman mak.

 

Aku punyalah sedih masa tu sampai aku tak sedar yang feri nidah nak sampai kat stesen belah pulau. Masa nak sampai berlaku gegaran kali kedua dan aku jatuh terlentang. Aku lagi sedih teringat kat mak aku.

 

Tiba tiba aku terdengar suara.

 

"Ni sheikh, Tak kan hang dah tua kutuk jatuh macam nipun nak menangis. Ullooohhh!"

 

Aku dari bersedih tadi jadi tersengih. Dah lama aku takdengar gurauan orang Utara. Jadi aku pun bangun dan beredar dari situ. Masa nidah pukul 6.40 pagi. Terus aku pergi ke surau untuk solat Fardhu Subuh.

 

Sampai saja di surau,aku nampak pintu pagar dah kunci.Aduhai aku pula belum solat lagi. Jadi aku ambil keputusan untuk panjat pagar.Alhamdulillah syukur, dapat aku masuk dan tunaikan solat Fardhu Subuh.

 

Aku masih ingat lagi pesanan Pak Cik Durin.

 

"Loqman,ingat yaa formula yang Allah Swt bagi kat kita.Bila kita dirundum dengan apa apa jenis permasalahan, cepat-cepat ambil wudhudan solat.

Buatlah apa sahaja yang boleh kembali kan jiwa kamu kepadaAllah Swt. Solat ka, baca Al Quran ka, sedekah ka atau zikir. Buatlah dengankadar yang terbaik dan sehabis mampu yang boleh kita bagi kat Allah Swt."

 

Mohon pertolongan dari Allah Swt. Itulah sebaik baik jalankeluar bagi kita. Ingat rajin rajinkanlah diri pergi ke Masjid ataupun surau.Di situ memang ada banyak keberkatan walaupun kita sekadar pi duduk dan berehatdalam masjid."

 

Lama juga aku duduk dalam surau. Aku berzikir, baca Al Qurandan aku berdoa bersungguh sungguh supaya niat aku semuanya dipermudahkan danberjalan lancar. Selesai semuanya dekat pukul 8 pagi. Jadi aku pun panjat pagaruntuk keluar dari surau.

 

Aku terus bergerak pergi bahagian stesen bas di jeti. Masani, aku rasa belah bahagi. Perasaan takut dan perasaan menyesal sedang bermainmain di dalam diri aku. Akhirnya aku duduk dan termenung.

 

Macam macam bayangan buruk bermain di minda aku. Tiba tibaada seorang lelaki cina tegur aku.

 

Uncle :" Lu apa bikin di sini lama lama? Mau pimana?mai uncle pi cari lu punya nombor bas."

 

Loqman :" Tak da lah Uncle, saya dok fikir mau balik katak mau balik."

 

Uncle :" Lu gaduh dengan lu punya bini ka? Haiyooo takpayahlah merajuk lama lama. Nanti kesian sama lu punya anak nanti."

 

Loqman :" Saya kahwin pun belum lagi lah Uncle. Sayatak tau apa mau jadi kalau saya balik."

 

Uncle :" Haiyooo lu ada tipu orang ka? Tipu duit ka apaka?"

 

Loqman :"Saya sebenarnya sudah dekat 11 tahun macam tutak balik Penang. Saya ada gaduh besar sama mak bapa saya."

 

Uncle :" Lu gila punya orang. Padanlah lu punya mukatak da senyum. Banyak Soi hidup kalau gaduh sama mak bapa."

 

Loqman :" Eh macam mana Uncle tau? Uncle pun dulu gaduhdengan mak bapa kamu? "

 

Uncle :" Eh Uncle tau lah, Uncle kawan macam macamorang. Lu janganlah gaduh sama mak bapa. Nanti punya hidup semua tak da Ong.Soi ada lah. Sekejap sekejap problem mari, huuuhhh tak mau tak mau."

 

Loqman :" Saya bukan apa Uncle, saya takut kalau sayamau balik jumpa mak bapa. Nanti mak bapa tak suka sama saya. Dia benci saya.Orang orang kampung halau saya ka pukul saya ka macam mana?"

 

Uncle :" Lu ni gila ka apa? Lu sudah sampai Penang ma,tinggal mau balik rumah jumpa mak bapa minta maaf saja. Lu tak boleh ini macam.Sampai bila lu mau lari? Semua orang pun buat salah, tapi sikit orang saja maumengaku dia punya. Sikit orang saja mau minta maaf.

 

"Lu sudah pi sembahyang sama lu punya tuhanbelum?"

 

Loqman :"Ya sudah."

 

Uncle :"Habis, lu tak kan tak mau try pi minta maaf.Uncle cakap sama lu, ni contoh saja. Lu sudah sampai Penang, pasal lu rasatakut macam macam jadi, lu balik tempat lain. Lu imagine lah, masa lu sudahbalik masa tu lah lu punya mak bapa accident pastu mati."

 

Loqman :" Apa Uncle dok cakap macam ni semua? Dok doamak bapa mati pasal apa? "

 

Uncle :"Haiyooo, lu ni. Uncle sudah cakap contoh ma. Lumarah Uncle sebab kasi contoh ini macam, tapi lu sikit pun tak tau malu sudahbuat salah sama mak bapa tapi tak mau minta maaf."

 

"Mak bapa lu jaga lu dari kecik, jaga makan minum,malam malam tak boleh tidur baguih baguih takut lu lapar mau susu, sihat demamsemua depa jaga, dari lu bodoh apa pun tak tau mak bapa ajar lu, hantar lu pisekolah, pi tuisyen,hantar lu pi kolej lepas tu pi Universiti. Semua baguihbaguih mak bapa boleh bagi kasi sama lu tapi satu minta maaf pun lu susah maubagi."

 

"Masa mak bapa hidup jumpa tak mau, minta maaf tak mau,jaga tak mau, semua tak mau. Tapi bila mak bapa

sudah mati, itu jam lah lu mari. Lu buat buat nangis kasiorang lain tengok kesian sama lu lepas tu harta mak bapa lu semua lu ambik. Inimacam punya anak memang baguih la."

 

"Lu jangan ingat tuhan tu buta tau, orang lain lu bolehkencing lah. Dengan tuhan lu pi lah try. Mati lu. Sekarang Uncle mau tanya,lujawab betul betul. Lu punya hidup sekarang semua ada baguih ka?"

 

Loqman :" Tak Uncle."

 

Uncle :" Ha lu tau pun. Kalau hidup lu sudah baguihmesti lu tak balik Penang.  Baliklah jumpa mak bapa lu. Apa mau jadibelakang kira. Lu sudah sembahyang ma,pi lah try minta maaf. Jangan duduk sinisaja."

 

"Mana tau lepas lu minta maaf, lu pun sudah ok sama lupunya mak bapa. Lu punya hidup banyak sudah banyak baguih, ada banyak Ong mari.Lu cuba lah, tak rugi punya. Itu melayu punya orang pun ada kata itu Syurgabawah kaki ibu."

 

Loqman :" Huuuhhh dasyat Uncle. Uncle pun tau ni."

 

Uncle :" Kan Uncle sudah cakap, Uncle kawan macam macamorang. Uncle kawan melayu pun banyak. Hidup tak boleh sombong. Hidup kena samasama tolong. Baru kita semua boleh naik."

 

"Macam ini negara lah. Semua orang kita kawan, susahsenang kita sama sama pi settle. Makan pun ada macam macam. Macam kita cina,kita boleh try makan nasi lemak, macam lu orang melayu boleh try makan CharKoey Teow, macam india kita boleh try dia punya tosai dan dia pun boleh trymakanan kita."

 

"Ok lah Uncle pun tak mau buang masa lu. Ingat ni,Sekarang lu masih ada mak bapa. Kalau ada buat salah, lu pi minta maaf saja.Ingat tuhan kasi lu mak bapa baguih punya orang. Itu mak bapa lu syurga lu.

 

"Ingat tau, mak bapa lu hadiah dari tuhan untuk lu.Jaga mak bapa lu baguih baguih. Jangan satu hari nanti, tuhan ambik nyawa makbapa lu baru lu mau menyesal. Itu jam sudah tak da guna mau menyesal."

 

"Lu sudah makan belum?"

 

Loqman :"Saya belum lagi Uncle. Sekejap lagi mau beliroti krim."

 

Uncle :"Lu tak payah beli roti krim. Nah ambil ini Rm10 pi makan roti canai dengan kopi. Habis semua teruih balik rumah jumpa makbapa lu tau."

 

Loqman :"Uncle, Terima kasih banyak banyak Uncle."

 

Uncle :" Tak da hal lah, line clear. Ok lah Uncle pidulu. Bye bye."

 

Aku pun bangun, terus salam dengan Uncle. Nasihat Uncle tubetul betul menusuk hatiku. Aku ucapkan terima kasih untuk kesemuanya.Ya memangbenar. Mak bapa boleh bagi macam macam untuk anak dia. Mak bapa sanggupberkorban apa sahaja demi anaknya. Tapi anak belum tentu lagi.

 

Ya Allah, berilah aku peluang. Aku nak sangat sangat jumpamak bapa aku. Aku sangat bersalah dan berdoa Ya Allah. Ya Allah, aku rindu nakpegang tangan mak bapa aku. Ya Allah aku rindu mak bapa aku sangat sangat.

 

Betul cakap Uncle tadi. Ya aku mengaku aku dah buat salah.Untuk kali ni,aku dah tak larat nak lari jauh jauh dah.Cukup cukuplah semuaini. Ini yang patut aku buat dari dulu. Aku tak nak jadi anak derhaka.

 

Aku tak nak dah pentingkan diri aku sendiri. Aku tak lupapesanan Pak Cik Durin. Aku tak lupa macam mana Ragavan boleh kuatkan diri untukberubah. Aku tak lupa nasihat padu dari Uncle. Aku mesti balik rumah mak bapaaku. Apa nak jadi jadilah.

 

Dengan berbekalkan doa munajat aku kepada Allah Swt bersertadengan nasihat dan pengajaran yang aku dah lalui, In Shaa Allah aku akan bangundari dunia yang penuh dengan kegelapan. Aku akan memberi tentangan yang hebatkepada diri aku sendiri, andaikata aku sendiri mengalah dan kurang berusahamencari keampunan dan kemaafan dari mak bapa aku.

 

Terus aku bangun, aku tak pedulikan sesiapa yang ada dikiri, di kanan, di depan dan di belakang aku. Aku terus lafaz ikrar yangterlintas di kepala aku.

Aku bangun dengan semangat untuk berubah. Aku berikrar disitu.

 

Loqman :" Ya Allah, ini adalah semangat aku. Ini adalahlambang jihad aku."

 

Aku berikrar sambil aku genggam tangan kanan aku dengansekuat kuatnya.

 

Loqman :" Ya Allah dengan semangat aku ini akan akuguna habis habisan,bermati matian menunduk dan mendidik hawa nafsu aku. Akusendiri telah menzalimi diri aku."

 

" Aku lah punca mak bapa aku bersedih dan kecewa yangamat. Aku sendiri yang pilih untuk jadi anak derhaka. Ya Allah kerana dosabesar aku ini, hidup aku merana sungguh."

 

"Ya Allah, dengan IzinMu, RahmatMu, PengampunanMu danRedhaMu, aku nak bawa semangat ini berperang dengan diri aku yang terlampauselesa dengan kehidupan yang penuh berdosa.

 

" Ya Allah, bantulah aku dalam jihad melawan hawa nafsuaku. Ya Allah bantulah aku dalam usaha untuk mencari keampunan dari kedua ibubapa aku."

 

" Bismillahirahmanirahim, Aku bangkit Ya Allah, Aku nakbangkit Ya Allah, Aku nak bangkit Ya Allah. Allahuakbar!

Allahuakbar! Allahuakbar!"

 

Terus aku singgah beli kopi dan roti krim. Selesai semuanya,aku pun mula mencari nombor bas yang perlu aku naik. Sekarang aku menunggu bas.Bila aku fikir balik. Aku rasanya dah tak perlu takut dah kalau kena pukul pun.

 

Aku pun sebelum balik sini, aku pun dah kena belasah bagai.Sakit tu semua Alhamdulillah aku dah pernah rasa. Aku tersenyum memikirkanperjalanan hidup aku yang sebelum ni. Dah tiba masa aku berubah.

 

Rasanya bas yang aku perlu naiki dah nak sampai. Dah tibamasa untuk balik mencari cinta hati aku dunia akhirat.

Bismillahirahmanirahim. 

Previous: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff