"You dan Adrian ada something ke?"
Soalan cepu mas dari Mr. Lee berjaya menarik Suraya dari kembara khayalan.
"Ada apa pulak?" soalnya kembali. Wajah cuaknya dilarikan dari ditilik.
"I nampak dia hantar you ke ofis. Parking lot level 4. Apa cerita?" ujar Mr. Lee selamba.
Suraya terkedu. Hmm... Akhir-akhir ini perbuatannya kerap pula terkantoi! Namun, dia tidak bimbang. Rasanya, Mr. Lee bukan seseorang yang gemar bergosip di pejabat.
"Haihh..," keluh lelaki itu kemudian.
Suraya membisu. Tahu apa yang terbuku dalam dada lelaki itu. Tadi, belum panas punggungnya duduk di meja kerja dia dipelawa untuk ke teres sebentar. Melihatkan riak kusam yang dipamerkan dia sedar pelawaan itu harus disambut.
"Nama Adrian mula disebut-sebut bila Tan Sri menaikkan jawatan segelintir staf yang kurang dari segi kelayakan akademik." cerita Mr. Lee lalu, kotak rokok yang terdampar di atas bangku dicapai. Zippo dengan ukiran naga berona emas dan perak diseluk dari dalam poket jeans. Sebatang rokok yang terjuntai di bibir dinyalakan. Lama batang rokok itu disedut sebelum asapnya dihembus.
Spontan Suraya berpaling mencari udara yang tidak tercemar untuk dihidu.
"Do you mind?" soal Mr. Lee seperti baru menyedari kehadiran teman di sisinya itu.
Suraya menggeleng. Menafikan perasaan sebenarnya.
"Jadi, apa kaitan Dr. Adrian pulak kalau arahan tu datang daripada Tan Sri sendiri?" soalnya sedikit hairan. Rasa tidak enak yang terhasil akibat menyedut bauan asap batang beracun itu sedaya upaya disembunyikan.
Mr. Lee, merenungnya dalam. Ada tanda-tanda tidak percaya melekap di wajah itu. Segera Suraya mengalihkan pandangan. Dia rasa seperti seorang pesalah pula apabila lelaki itu merenungnya begitu.
"Eh, Adrian tak bagitau you, meh?"
"Bagitau apa?" sahutnya dengan pantas.
"You tahu tak dia tu siapa?"
"Boslah," jawabnya sebelum mencebirkan bibir. Sekarang dia dah tahulah siapa Dr. Adrian. Bukan bos bilis!
"Erm, sorry to say, Mr. Lee. Dr. Adrian bos yang lebih berpangkat dari you. Hihi..." tambahnya bercanda. Dia menjeling sedikit.
Gurauannya tidak laku. Mr. Lee kembali beraksi bagai seorang penyiasat. Dalam merenungnya. Dan, muka tak percaya itu masih melekat di wajah lelaki itu sebelum beberapa gelengan diberikan.
Suraya, bernafas dalam gusar. Ada sesuatu yang aneh dipamerkan oleh Mr. Lee. Tetapi, tidak pula dia berani untuk menyoal. Bimbang tersilap menyoal memakan diri pula. Walau hubungan Dr. Adrian dan Mr. Lee kelihatan rapat namun, dia mahu mengambil langkah berhati-hati. Rahsia hubungan itu tak mungkin dibocorkan kepada sesiapa pun di pejabat!
"You rasa, Adrian terlibat?" tanya Mr. Lee sedikit perlahan.
Langsung dia menoleh ke arah bosnya itu.
"Apa? Pecah amanah? Saya, tak tahu." tuturnya dengan pantas.
"Eh, tak kan tak tahu?.. You satu-satunya staf perempuan yang pernah dihantar ke ofis oleh Adrian. Mesti rapat, kan?" soal Mr. Lee masih mencurigai.
Suraya senyum tipis. Dia enggan mengulas tentang peristiwa yang dilihat oleh Mr. Lee pagi tadi. Nanti panjang pula ceritanya.
"Semua orang ada pendapat masing-masing. Kalau you percaya Dr. Adrian tak bersalah jadi dia tak bersalah. I pulak orang baru dalam company. Tak berani nak kata apa-apa." hujahnya dengan berhati-hati. Perpecahan yang sedang berlaku dalam kalangan staf terlihat jelas. Dia, senang berada dalam kelompok neutral.
Erk... Iye ke?
"Atau... you bimbang dia memang betul-betul bersalah?" sanggah Mr. Lee kemudian.
Suraya, mengerling dengan ekor mata. Lalu, satu senyuman tipis diukirkan sebelum dia melabuhkan pandangan kepada lelaki itu.
"You tentu lebih kenal siapa Dr. Adrian dari I, kan? Jadi, you tak perlu pun pendapat I." ucapnya jujur.
"Anne, I harap you jaga diri you. You mungkin masih mentah dalam dunia pekerjaan. Dan, it's better kalau you cari teman dalam circle you sendiri. Lebih selamat."
Sambil menuruni tingkat itu, fikirannya sarat memikir. Salah satunya, pesanan Mr. Lee tadi. Ligat otaknya memikir maksud lelaki itu. Cari teman dalam circle yang sama? Aik? Amy, Lisa, Hadi, Dr. Adrian tu bukan circle yang sama ke?
'Huh! Tetibe Mr. Lee pesan benda pelik-pelik nih.'
Tersebut nama Dr. Adrian mulalah fikirannya rungsing. Meski dia bertegas untuk berada dalam kelompok neutral, penegasan itu tidak terpakai pun. Sebenarnya, dia betul-betul bimbangkan keadaan lelaki itu! Tetapi, dia juga sudah merangkakan taktikal.
Zalita.
Staf di jabatan Device and R&D. Hanya staf itu seorang yang agak mesra dan dikenali kerana dia pernah berurusan dengan wanita itu ketika mahu mendapatkan alatan untuk kegunaan tugasan. Sudah menjadi prosedur syarikat kepada staf yang mahu menggunakan alatan perlu melewati wanita itu terlebih dahulu. Dia, berkira-kira mahu menemui wanita itu sahaja untuk mendapatkan lebihan maklumat.
"Zalita tu sukakan mani-pedi, tau." bisik Jessica ketika mereka berdua sedang membancuh minuman di pantri sebelum waktu pejabat bermula tadi.
Jessica yang berusia di penghujung dua puluhan itu terang-terangan mengakui menyebelahi pihak Dr. Adrian. Mendengar jumlah wang yang dipertaruhkan di dalam kes supplied side corruption itu membuatkan dia menaruh sedikit prasangka. Melihat pula kehidupan Dr. Adrian yang agak mewah membuatnya terfikir. Namun, dari sisi lain kata hati membantah. Firasat, datang dari tanda yang dilihat. Buruk sangka, kerana fikiran jelek yang dipunyai terhadap seseorang. Sedang mengikut firasat atau sangkaan? Tak. Dia tidak boleh meragui seperti ini. Terlupakah dia pesanan arwah mummy dahulu. Tidak baik bersangka kepada seseorang. Malah, boleh mendapat dosa. Cepat-cepat, dia beristighfar di dalam hati.
"Macam mana you tahu?" soalnya mengambus andaian buruk yang kerap bermain di fikiran kebelakangan ini.
"Last month I teman my sis-in-law pergi ke spa. I terserempak dia tengah buat manicure. And, I dengar manicurist tanya kenapa dia dah lama tak datang. Isn't it obvious?" cerita Jessica panjang lebar.
Suraya termenung sebentar. Cuba mengingati sesuatu tentang Zalita. Terimbas jari-jemari dengan kuku yang cantik dan berkilat sedang menandatangani sekeping borang yang diberikan olehnya pada bulan lalu.
"OK. So, I ajak dia join I pergi spa?"
"Eh, tak awkward ke? You tak berapa kamceng tiba-tiba ajak pergi spa sama-sama?" bidas Jessica.
Suraya menyeringai. Masih gagal mencipta alasan untuk menghadirkan peluang bertemu Zalita secara peribadi.
"Beli voucher, maa... I pun suka tau dapat hadiah voucher spa." tambah Jessica lagi sambil tersengih.
Bunyi dentingan lif mematikan lamunan panjangnya. Bergegas dia keluar. Sesampai ke meja kerja, misi diteruskan. Telefon pintar di dalam laci dikeluarkan. Terus dibuka aplikasi beli belah atas talian. Cadangan Jessica itu disambut.
Sesaat, tekad dan keazaman itu membuatkan dia terpaku. Kenapa dia sanggup bersusah payah untuk menyiasat perkara itu? Makin mendalam difikirkan makin keliru pula jadinya. Tapi, dia cuma mahu menolong lelaki itu yang sedang berada di dalam kesusahan. Bukankah lelaki itu pernah membantunya tanpa perlu dipinta. Kali ini, gilirannya pula hadir untuk membalas budi. Lagipun, dia tidak betah duduk di tepi dan menjadi pemerhati keadaan. Akhirnya, kesimpulan itu dibuat demi menyedapkan hatinya sendiri.
Baru beberapa minit melayari, telefon yang dipegang tiba-tiba bergetar. Paparan nama Dr. Adrian ditenung dengan perasaan yang menjentik hingga ke tangkai jantung. Pertama kali setelah bergelar suami dan isteri mereka tidak bertegur sapa. Sepanjang berada di banglo pun masing-masing membuat hal sendiri.
"Erm." tuturnya sepatah dengan debaran mula bergema di dada. Ekor mata mengerling Ben yang sedang tekun membuat laporan. Hanya mereka berdua ahli tim yang berada di pejabat. Selebihnya, di lapangan.
"Awak, di ofis?" soal Dr. Adrian di hujung talian.
Mendengar suara itu, perasaannya terusik. Namun, dia berlagak tenang.
"Erm." sahutnya ringkas.
"Tengah buat apa?"
"Something." bisiknya.
"Marah lagi?" soal lelaki itu turut berbisik.
Nafas yang dalam ditarik lalu dihembus perlahan. Lelaki itu tahu dia sedang marah tetapi masih lagi menanya. Mahu apakah lelaki itu menelefon jikalau sekadar mahu meninjau moodnya itu. Kelmarin, jikalau diikutkan perasan yang tercalar itu, mau dia angkat kaki dan pulang ke apartmen. Namun, apabila tersedar akan status diri, kemahuan itu ditahan. Mungkin inilah perkara yang pernah didengari olehnya sebelum ini. Iaitu, asam garam dalam berumah tangga.
"Petang nanti balik apartmen. Saya tak dapat balik ke banglo. Bye." Seperti tergesa-gesa, Dr. Adrian berkata sebelum memutuskan talian.
Suraya menundukkan kepala. Tidak berani mengangkat wajah. Ketat dadanya menahan emosi yang sedang membadai. Perasaannya tersindir meskipun kata-kata itu diucapkan dengan lembut. Lelaki itu seperti mengetahui hajatnya itu. Cuma, dia pula terasa seperti lelaki itu mahu menghalaunya dalam diam.
Setelah berjaya menenangkan diri, dia kembali ke tujuan awal. Belian e-baucar selamat dibeli. Sebaik membuat pembayaran, e-baucar itu terus dihantar ke alamat emailnya sebelum dia memajukan pembelian itu kepada Zalita pula. Tidak sampai dua minit email dengan attachment e-baucar itu berbalas.
Anne!! Bestnya hadiah Anne kasi tu. Terima kasih. Lunch sama-sama?
Regards,
Zalita
Device & Tools Administrator
Tipis, dia senyum. Terubat sedikit perasaan yang sedang berduka. Pantas dipersetujui pelawaan itu. Sekonyong-konyong, taktikal pertama berjaya.
Tepat jam 1.00 petang dia menuruni lif. Berjanji untuk bertemu di lobi. Zalita orangnya tinggi lampai. Bertubuh kurus dan sering mengenakan baju kurung dengan sehelai selendang menutupi kepala dan berlilit dileher. Berwajah sedikit panjang dengan mata yang bulat dan mulut yang sentiasa kelihatan tersenyum.
Suraya melambaikan tangan sebaik wanita itu melihat kelibatnya di antara staf yang baru keluar dari perut lif.
"Nak lunch di mana?" Dia bertanya ketika menghampiri wanita itu.
"Menara. Jom." sahut Zalita.
Namun, Suraya terlebih dahulu menahan.
"Kak Lita sorang ke?" soalnya untuk kepastian.
"Ha'ah. Hari ni diorang nak lunch di cafe. Kak Lita pulak mau tukar selera." terang Zalita dengan senyuman.
Pengakuan itu melegakan hati Suraya. Situasi banyak berpihak kepadanya ketika ini.
Tengah hari yang panas tidak melambatkan pergerakan mereka. Bahkan, sambil berlari anak, mereka menyeberangi jalan raya yang sibuk itu menuju ke arah satu medan selera yang dikenali sebagai Menara kerana terletak berdekatan dengan sebuah bangunan yang berketinggian lima puluh tingkat. Medan selera itu dipenuhi oleh kebanyakan staf daripada pejabat berhampiran. Setibanya mereka di situ, mereka terus masuk ke dalam barisan untuk mengambil makanan. Kedai nasi campur menjadi pilihan. Setelah mendapat tempat duduk, masing-masing mula menikmati hidangan.
"Anne, kenapa sampai belanja voucher? Tak sangka betul. Ngam ngam dengan plan Kak Lita nak ke spa hujung bulan nanti. Tau-tau aje, ek?.." kata Zalita setelah beberapa suap makanan masuk ke mulut.
Suraya senyum. Lalu menyisip sedikit minuman menggunakan penyedut minuman.
"Saje... Teringatkan jasa Kak Lita tolong release tools hari tu. Tapi, kalau dah terkena dengan hajat Kak Lita tu maknanya rezeki Kak Lita, lah." balasnya dengan senyuman manis.
Zalita sengih. Wajah bergembira itu mencerminkan keadaan jiwanya.
"Sikap Anne buatkan Kak Lita teringatkan seseoranglah."
"Siapa?"
Keningnya sedikit terangkat.
"Dr. Adrian."
Kelu. Cepat-cepat disembunyikan reaksi yang terpamer dari pengetahuan Zalita.
"Kenapa dengan bos Anne tu, Kak Lita?"
Sengaja, dia berbasa-basi.
"Dia pun suka belanja orang. Pernah Kak Lita tolong push untuk releasekan seratus unit phone untuk Dr. Adrian agihkan kepada team teknikal, Anne tahu apa yang Dr. Adrian kasi pada Kak Lita?"
Suraya menjungkit kedua bahu.
"Bluetooth Earbuds. Selama ni Kak Lita gemar gunakan handsfree bila bercakap di telefon. Agaknya Dr. Adrian perasan kot... Itu pasal dikasi aksesori canggih tu." cerita Zalita lalu mengangkat telefon berjenama Samsung yang berpasangan dengan gajet kecil hadiah daripada Dr. Adrian.
Sambil mendengar, kepala Suraya terangguk-angguk. Walaupun tengah memendam rasa, dalam diam dia pula yang berasa seronok melihat kegembiraan wanita itu.
"Erm, Kak Lita..." serunya usai mereka siap menikmati hidangan.
Lirikan Zalita yang melihat suasana yang masih sibuk di sekeliling mereka terganggu. Ditatap wajah Suraya yang serius.
"Kak Lita dengar tak berita Dr. Adrian tu?" soal Suraya. Dan, melihat riak yang berubah di hadapannya dia tidak perlu lagi meneka-neka.
"Kak Lita rasa Dr. Adrian terbabit tak?"
"Tak."
Bertambah mudah kerjanya!
"Erm, boleh tak kalau Anne nak mintak tolong dari Kak Lita." katanya penuh mengharap.
Zalita memandang. Curiga bercampur ingin tahu.
"Anne nak cari bahan untuk siasat kes ni. Kak Lita boleh tolong tak?" jelasnya lagi.
Zalita memandangnya lama. Seakan berfikir.
"Kak Lita memang nak tolong tapi, Kak Lita kena ingatkan Anne. Kalau kantoi Anne tahu kan apa akan jadi."
Suraya membalas pandangan itu dengan perasaan yang bersedia menerima apa sahaja akibatnya.
"Ya, Kak Lita. Anne tahu. Anne punya probation period pun belum tamat lagi. Tapi Anne sanggup dan Anne janji kalau jadi apa-apa, biar Anne sorang yang tanggung." ikrarnya seakan mengerti kebimbangan yang mahu diluahkan oleh wanita itu.
"Okay, macam ni... Apa kata Anne mulakan dari warehouse."
"Warehouse?"
Zalita angguk.
"Dekat mana?"
"PJ."
"PJ??"
'Ah, sudah.'
Rancangan automatik berubah. Tiada device department. Kini, warehouse pula yang harus diuruskan.
"Anne jumpa someone bernama Gary..,"
Sambil mendengar informasi baru daripada wanita itu mindanya ligat merangka rancangan-rancangan seterusnya.