Home Novel Keluarga APA DOSANYA?
APA DOSANYA?
Asmah Hashim
2/12/2018 15:04:43
57,953
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 1

            Lakaran senyumannya bagaikan sekuntum mawar yang sedang kembang apabila disinari pancaran matahari pagi.  Gelak tawanya sesekali berderai memecahsuasana pagi yang nyaman dan damai. Tubuh kurusnya melintuk liuk ketika percikan air dari besen besar itu terpercikke wajahnya.  Suara si kecil yang riangbermain air membuatkan jiwanya tenang. Terasa bahagia melihat senyuman yang terukir dari bibir yang kecilitu.  Sesekali terdengar suara si kecilmengekek.  Terlalu seronok bermain air. 

Mentari pagi semakin terik pancarannya. Awan putih berarak lalu.  Bumi disirami warna keemasan.  Sesekali angin menyapa lembut, terasa kesejukannya.  Burung kelicap saling bekerjaran mencari makan di celahan rumput. Cuaca semakin meninggi, pakaian yang dibasuh sambil membiarkan si kecil bermain air sudah pun selesai.  Adira segera mengangkat baldi yang penuh berisi pakaian yang sudah siap dibasuh. Si kecil masih lagi bermain air.  Adira membiarkan saja adiknya itu bermain air.  Dia segera bergerak keluar rumah untuk menyidai pakaian.

            Ampaian terletak  tidak jauh dari pintu bilik air, hanya beberapa langkah sahaja.  Sambil menyidai pakaian, sambil menjengah ke dalam bilik air. Dia takut dan berhati-hati kalau-kalau adiknya itu tergelincir ke dalam besen. Malang tidak berbau.   Berwaspada demi keselamatan adik bongsunya itu.  Di belakang bilik air, ibu ada menanam pelbagai jenis pokok seperti daun pandan, pokok daunkari, serai, daun kunyit, halia dan lengkuas. Semuanya diguna pakai untuk memasak. Tidaklah lagi perlu dibeli.

            “Dahlah dik, nanti ibu balik, marah pula nampak adik berendam lama-lama dalam besen.  Esok, kita main lagi,”  pujuk Adira. Dia mengangkat si kecil, dipeluk dan diselimutkan dengan tuala.

  Adira menuju ke ruang tengah rumah.  Si kecil didudukkan.  Dilap tubuh si kecil  yang basah. Dicium berkali-kali, geram melihat wajah comel itu persis wajah ibu,detik hati kecil Adira.  Disarungkan pakaian yang bersih.  Dibedakkan, rambut disisir rapi.

“Kalaulah adik boleh berjalan, kan seronok,” ucap Adira. Kaki adiknya yang mengecut dibahagian betis diusap perlahan-lahan dengan minyak kelapa yang dimasak sendiri.  Dia sering membayangkan bermain dengan adiknya itu. Berlari, berkejar-kejaran. Sebak dadanya.  Air mata tidak mampu ditahan, gugur membasahi pipinya. 

“Ali dari mana?” tanya Adira, sekadar inginkan kepastian.

“Tolong ibu,” jawab Ali.

Adira berumur 15 tahun.  Ali pula berumur 14tahun.  Mereka tiga beradik sahaja.  Ayah sudah lama meninggal, ketika Ali berumur enam tahun. Ibulah yang menjaga dan membesarkan mereka adik beradik. Umur adik?  Adira beralih memandang waja hkecil yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa itu.  Tangannya mengusap pipi adik.  Dilonggokan mainan di hadapan adik.  Biar dia leka bermain.  Bolehlah Adira ke dapur menyediakan makanan tengahari.

 Setiap hari Sabtu dan Ahad terpaksalah dia ke dapur mengguruskan makan minum di rumah ini. Jika hari bersekolah ibu akan masak siap-siap sebelum ke kebun.  Adik pula dibiarka  di rumah bersendirian. Kata ibu, tiada siapa yang sudi jaga adik yang cacat itu. Sebenarnya, dia tidak sampai hati hendak tinggalkan adik sendirian.  Kalaulah berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, bagaimana? Malang itukan tidak berbau.  Apabila diajukan kepada ibu tentang kebimbangannya tentang adik, ibu akan jawab, Allah ada.

Menurut doktor yang merawat adik, adik menghidapi penyakit polio.  Penyakit yang menyebabkan jangkitan viruspolio dan merosakkan system saraf pusat boleh melumpuhkan badan dan menyebabkan kecacatan kekal.  Penyakit ini boleh dicegah kalau adik ambil vaksin polio ketika bayi.  Sekarang adik sudah berumur lima tahun.  Mungkin, sudah terlambat untuk adik mendapatkan suntikan vaksin itu.  Ia diambil ketika bayi berumur 2, 3, dan lima bulan. Kemudian setelah setahun setengah. Itu kata doktor kepadanya, ketika membawa adik ke klinik desa.  Ibu tidak mahu ambil tahu  Biarlah dia yang menguruskan adik.  Adira mengeluh.

Sewaktu lahir adik tidak pernah ibu bawa mendapatkan pelalian.  Ibu biarkan saja adik terus membesar.  Sekarang, adik berumur lima tahun.  Ibu lahiran adik pun di rumah dengan bidan kampung.  Ibu tak pernah bawa adik keklinik atau hospital kalau adik demam atau sakit.  Ibu cuma beri adik minum air saja.  Kadang-kadang dia tidak faham dengan sikap ibu.  Bulan lepas, adik kena demam campak.  Ibu hanya beri air kelapa,selepas itu dialah yang menjaga adik. Ibu hanya bertanyakan sudah sembuh ke belum. Semakin dia tidakfaham.  Seolah-olah, ibu tidak sayangkan adik.  Tapi kenapa?  Adira bingung memikirkannya. 

“Ya,ya!”  Adira mencebik.

“Ain,main sorang-sorang ya. Kakak nak masak. Jangan nakal-nakal tau,” Adira mencium pipi Ain dan berlalu ke dapur.

Adira menyediakan lauk makan tengahari seadanya saja. Tidak bermewah,, cukuplah untuk menjadi pengalas perut mereka berempat.  Ibu tidak pernah memilih makanan.  Ali juga begitu.  Ain usah cerita, asalkan tidak pedas, semua dijamahnya.

Sejam kemudian, masakan air tangan Adira sudah siap terhidang.  Dapur sudah pun dibersihkan.  Rumah kayu bertiang itu sudah lama menjadi tempat tinggal mereka.  Hanya bilik air berlapikkan tanah.  Hanya terdapat dua buah bilik. Satu bilik Adira dan Ain.  Satu lagi bilik ibu.  Ali tidur di ruang tamu. Rumah papan yangsemakin mereput itu tetap menjadi tempat tinggal mereka berempat.  Hendak ke mana lagi?  Itulah rumah peninggalan arwah ayah. Dibina jauh dari kawasan penempatan penduduk kampung.   

“Ali!”  Baru saja hendak menjerkah adiknya itu,suaranya mati tiba-tiba.  Ibu!

“Ibu!”panggil Adira dengan dahi yang berkerut.  

Adira mendekati Ain, diangkat adiknya yang menangis.  Kelihatan lebam pipi Ain, mungkin ibu menamparnya agak kuat

“Ingat tak pesan ibu?”  soal Maria sebelum berlalu ke dalam bilik air.

Adira tidak menjawab, hanya memeluk Ain yang masih menangis  Diusap lembut belakang si adik, cuba memujuk.  Apa yang telah merasuk ibu sehingga tergamak menampar Ain dengan begitu sekali?  Bukan baru sekarang, tetapi sikap dingin ibu sejak adik bongsunya itu berada di dalam perut ibu  Ibu hanya menangis dan bersedih.  Tidak gembirakah ibu dengan kelahiran adik? 

Ibu dan Ali sedang menikmati makan tengahari. Wajah ibu selamba, hanya memandang Adira sekali imbas.  Adira mendekati meja makan, melihat ibu berselera makan, selera Adira mati ketika itu juga. 

“Kenapa ibu benci sangat dengan Ain?  Apa dosadan salah Ain?”  soal Adira.  Dia ingin benar tahu, kenapa ada benci dihati ibu terhadap adik bongsunya itu.

“Kakak!”Ali menarik tangan Adira.  Ketika itu Adira berdiri hampir dengan Ali.

Adira menepis tangan Ali.

Maria memandang wajah anak sulongnya.  Dia hanya mencebik dan menyambung makannya. Tidak teringin langsung menjawab pertanyaan  Adira.

“Ibu!”jerit Adira.  Matanya sudah berkaca.  Air mata sudah bergenang di kelopak mata.  Dadanya berombak, turun naik.  Sanubarinya bergetar menahan kesedihan  Dia inginkan jawapan.  Jawapan yang tentu sekali untuk memuaskan hatinya.  Sudah terlalu lama dia memendam rasa melihat sahaja kekasaran ibu terhadap Ain. Kenapa ibu membisu?  Kenapa ibu tidak mahu merungkai persoalan yang selama ini bermain di benaknya.  Kenapa ibu suka membisu setiap kali pertanyaan itu terlahir dari mulutnya?  Adira mendengus kasar. Ibu sudah  pun selesai makan dan terus masuk ke dalam biliknya. Dibiarkan lauk dan pinggan kotor di atas meja. Ali mencebik.  Alilah yang mengemas meja makan.  Adira mengesat air mata yang sudah pun mengalir keluar.  Ibu kejam! Detik hati kecilnya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.