BAB 7
Ahmad
Uwais mendapangkan kedua belah tangannya sambil menghirup udara segar di waktu
pagi. Sudah lama dia tidak berjogging waktu pagi cuti hujung minggu begini.
Sebab tu pagi ini dia mengambil keputusan untuk berjogging disekitar kawasan
perumahannya.
Sebaik
dia mengenakan kasut sukan, matanya menangkap kelibat Fatimah Dhaniyah yang sedang
menyiram pokok bunga. Tomboi ni memang suka main dengan air agaknya. Tiba-tiba
bibir Ahmad Uwais mengukir senyuman nakal bila teringat semula kejadian malam
tadi. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Fatimah Dhaniyah.
“Hoi!..”
“Hoi
mak kau!..” Fatimah Dhaniyah melatah bila disergah tiba-tiba. Nasib baik kali
ini dia tidak tersiram lelaki kacak…eh…bukan kacak tapi lelaki mereng sebab
sergah orang di pagi buta begini.
“Kau
ni lahir dalam air ke? Suka sangat main air,” jerkah Ahmad Uwais sambil
bercekak pinggang.
Fatimah Dhaniyah mencebik. Kalau
ikutkan hati aku nak aje aku siram kau pagi-pagi ni. Biar segar sikit otak tu.
Desis hati Fatimah Dhaniyah.Geram semalam belum hilang lagi. Pagi ni rasa geram
tu bertambah lagi.
“Memandangkan
kau suka sangat dengan air, aku nak bagi kau satu tugasan yang ada kaitan
dengan air.”
Fatimah
Dhaniyah memandang Ahmad Uwais tanpa berkelip. Muka dia ni macam ada muslihat
aje. Tak apa. Kita ikut aje permainan dia. Detik hati Fatimah Dhaniyah bila
mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut singa lapar a.k.a Ahmad Uwais.
“Kau
nampak kereta kat sana tu.” Ahmad Uwais memuncungkan bibirnya.
Fatimah
Dhaniyah menoleh ke arah yang ditunjukkan. “Nampak.”
“Ada
5 bijik kereta semuanya. Aku nak semuanya dicuci bersih.”
“Semua
tu?” soal Fatimah Dhaniyah untuk kepastian.
“Ada
masalah ke?” Ahmad Uwais menyoal Fatimah Dhaniyah semula.
Fatimah
Dhaniyah tersengih. “Tak. Tak ada masalah. Nanti saya hantar satu per satu ke car wash untuk cuci.”
Ahmad
Uwais senyum sinis. Kau ingat aku nak bagi kau kerja semudah tu ke tomboi?
Kirim salamlah. Aku akan bagi kerja yang pastinya akan buat kau rasa nak belah
dari rumah ni secepat mungkin. Aku tak sabar nak tunggu saat itu tiba. Semakin
melebar senyuman sinis Ahmad Uwais.
“Bila
aku balik dari jogging nanti, aku nak kereta tu semua dah siap di cuci. No sending to car wash, okey. Cuci
sendiri dengan tangan. Kalau tak dapat siapkan semuanya, pack your bag and leave. Faham?” Ahmad Uwais menjongketkan
keningnya.
“Tangan
bos? Lima kereta?” terbeliak mata Fatimah Dhaniyah.
Ahmad Uwais mengangguk sambil senyuman
sinis masih tidak lekang dari bibirnya. Aku nak tengok macam mana kau
nak siapkan tugasan ni. Senyuman Ahmad Uwais semakin melebar kerana dia pasti
tugasan itu amat mustahil dapat dilaksanakan.
Hai
singa lapar ni ada aje benda yang dia nak test
aku, kan? Kau ingat aku tak tahu nak cuci kereta ke? Hei…ini Fatimah
Dhaniyah a.k.a Tim, okey. Apa yang dia tak boleh buat. Tak pe, kau cabar aku
ya. Aku sahut cabaran kau tu. Kita tengok siapa yang gigi jari nanti. Fatimah
Dhaniyah menanam tekad di dalam dirinya.
“Tak
ada hal, bos. Semua ditanggung beres,” dengan penuh yakin dia menjawab.
Ahmad
Uwais senyum sinis. Berlagak. Okey. Aku nak tengok hasilnya nanti. Kalau tak
dapat siapkan memang aku akan halau kau keluar dari rumah aku ni.
“Bagus.
Bersemangat. Kita tengok nanti.” Ahmad Uwais meninggalkan Fatimah Dhaniyah
untuk memulakan joggingnya.
Fatimah
Dhaniyah melepaskan keluhan panjang sebaik bayang Ahmad Uwais hilang daripada
pandangan matanya. Matanya beralih memandang deretan kereta di porch rumah Tan
Sri Jalal.
“5
kereta aku nak kena cuci? Bila tahun nak siap?” Dia mengeluh.
Dia
diam sejenak untuk berfikir. “Humm…tapi dia tak cakap yang aku kena guna tangan
aku sendiri. Singa lapar tu cakap guna tangan aje. Kira tangan sesiapa pun
bolehlah, kan?” Fatimah Dhaniyah gelak nakal.
Dikeluarkan
telefon bimbitnya dari kocek seluar jeans yang dipakainya.
“Helo,
Aru!...”
Langkah
kaki Ahmad Uwais terhenti saat kakinya melangkah memasuki perkarangan rumahnya.
Kecik mata Ahmad Uwais. Dia dah siap basuh semua kereta ke? Ahmad Uwais
tertanya-tanya dalam hati. Dia melihat jam ditangannya. Dalam masa sejam dia
boleh habis basuh semua lima kereta tu sendiri? Biar betul. Macam tak percaya
aje.
Ahmad
Uwais menghampiri porch. Dicalit hujung jarinya pada setiap kereta. Tak ada
habuk. Ahmad Uwais mengaru pipinya. Dia masih belum percaya yang tomboi itu
mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang singkat.
“Apa
macam bos? Cun tak?” Fatimah Dhaniyah menegur dengan senyuman terukir
dibibirnya.
Ahmad
Uwais menoleh kebelakang dengan pantas. Dia memandang Fatimah Dhaniyah dari
atas kepala sampai ke bawah.
“Betul
ke kau yang cuci semua kereta ni?” soal Ahmad Uwais tidak percaya.
“Well..saya kan superwomen,” Fatimah Dhaniyah mengusik.
“Kau
mengelat ek?” tuduh Ahmad Uwais.
“Tak.
Bos tak boleh tuduh saya mengelat. Cuba tengok lantai porch ni. Basah, kan? Itu
tandanya semua kereta dicuci di sini, bos. Siapa yang bos nampak ada dekat
sini? Saya, kan?”
Ahmad
Uwais mengetip bibirnya. Dia masih tidak mempercayai dengan apa yang di lihat
oleh matanya tika ini. Betul ke minah ni cuci semua kereta? Cepat gila boleh
siap cuci 5 kereta dalam masa sejam aje. Eh…tak mungkin. Dia mesti menipu ni. Tapi
aku tak ada bukti nak tuduh dia menipu. Ahmad Uwais berperang dalam hati.
“Okey
bos memandangkan kerja saya dah selesai, saya nak masuk dalam dulu. Assalamualaikum.”
Fatimah Dhaniyah sengaja menyakiti hati Ahmad Uwais sambil melambai tangan dan
tersenyum lebar.
“Oh..bos!..”
Fatimah Dhaniyah menjerit dari arah pintu utama. Ahmad Uwais mengangkat
kepalanya memandangkan Fatimah Dhaniyah.
“Sekarang
kita dua satu.” Fatimah Dhaniyah berkata sambil ketawa. Ahmad Uwais mendengus
geram.
“Hish…dia
dah kalahkan aku. Siap kau Tim,” desis hati Ahmad Uwais yang kegeraman.
Dia
memeriksa sekali lagi kelima-lima kereta untuk mencari bukti penipuan Fatimah
Dhaniyah.
“Apa
yang along check tu?”
Ahmad
Uwais menoleh memandang Farhana.
“Hana,
betul ke semua kereta ni Tim yang cuci?”
“Along
rasa?” Farhana menjawab dengan soalan sambil dijongket keningnya.
Ahmad
Uwais menghela nafas. Fikirannya yang logik masih mengatakan agak mustahil
minah tomboi itu mampu untuk membasuh semua kereta ini dalam masa yang singkat.
Siap vakum kat bahagian dalam lagi.
“Along
rasa mustahil,” jawab Ahmad Uwais.
“Tapi
bukti dah ada depan mata, along. Kenalah along terima hakikat yang along kalah,”
bidas Farhana tersenyum.
“Hana
tak ada tolong dia?”
“Hisy!...Along
ingat Hana ni rajin sangat nak cuci semua kereta ni?”
Ahmad
Uwais senyum nipis. “Along dah agak dah. Hana memang pemalas. Kereta sendiri
pun malas nak cuci.”
“Eleh…cakap
Hana. Along tu pun sama. Suruh Kak Tim yang cuci. Dua kali lima sepuluh jugak
dengan Hana.”
“Eh…bab
along ni lain. Tim tu driver along, jadi buat apa along nak susah-susahkan diri
untuk cuci kereta ni semua. Suruh ajelah dia yang cuci. Kita bayar gaji dia
apa?”
“Memanglah
along boleh suruh dia cuci kereta. Tapi agak-agaklah along, tak kan sampai 5
bijik kereta dia nak kena cuci.”
“Eleh…setakad
5 buah kereta tu tak tercabutkan tangan dia bila suruh cuci. Dahlah. Along nak
masuk. Nak mandi. Badan dah rasa belenggas dah ni.”
Walaupun
dia masih tidak mempercayainya, namun Ahmad Uwais perlu akur kali ini dia
gagal. Tapi itu bukan tanda untuk dia mengalah.
“Along..along…yang
nak didengkikan Kak Tim tu buat apalah. Macam budak-budak aje dia orang ni.
Humm…” Farhana menjongkit bahunya.