BAB 6
Setelah bermain tiga
set games Fahmi dan Ahmad Uwais duduk keletihan. Sudah lama Ahmad Uwais tidak
memegang raket squash. Malam minggu ini dia berjaya melunaskan giannya pada
sukan yang diminatinya ini.
“Aaaa…lamanya aku tak main. Huh!...”
Ahmad Uwais meneguk air mineral bagi menghilangkan rasa dahaga.
“Tulah kau. Selalu sangat tuang
main. Asyik berdating aje,” Fahmi mengusik.
“Kau cakap baik sikit, bro. Bila
masa aku keluar dating? Aku sibuklah. Kau pun tahukan syarikat sekarang ni
tengah banyak projek. Lebih-lebih lagi abi nak kita dapatkan jugak projek usahasama
dengan syarikat dari Dubai tu. Makin sibuklah aku.”
“Alah…aku faham tu. Ni… projek
usahasama kau dengan ami kau tu apa perkembangannya sekarang? Still on ke?” Fahmi tergelak sendiri.
“Kau ni dah lebih, bro. Macamlah aku
tak tahu ayat sindir kau tu.” Ahmad Uwais melemparkan tuala mukanya ke arah
Fahmi.
“Kalau kau nak tahu aku tengah
pening dengan ami aku ni. Lepas seorang calon seorang calon lagi dia suruh aku
kenal. Naik rimas aku dibuatnya.” Ahmad Uwais mendengus.
“Susah-susah sangat kau dating
ajelah dengan driver kau tu. Dia pun okey apa? Aku suka part dia senyum tu.
Sweet aje.” Fahmi menepuk bahu sambil ketawa besar.
“Kau ni bunyi lain macam aje,” Ahmad
Uwais menjeling memandang Fahmi.
“Kau syok dengan tomboi tu ke?” soal
Ahmad Uwais ingin tahu.
Fahmi tergelak. “Tak adalah sampai
aku jatuh syok dekat dia, bro. Aku suka aje berbual dengan dia. Ceria orangnya.
Senyum dia sweet. Kau tak perasan ke?”
Ahmad Uwais menjuih bibirnya.
Seminggu sudah minah tomboi itu menjadi pemandu peribadinya. Buat masa ini
semua arahannya minah itu ikut saja. Kadang-kadang dia geram jugak sebab tak
dapat buat minah tomboi itu bosan kerja dengannya.
“Dahlah. Jom kita balik. Aku dah tak
larat nak main dah. Minggu depan ajelah kita main lagi.”
“Laa…dah pancit ke?”
“Minggu depan ajelah kita main.
Lepas makan kau hantar aku balik. Okey?”
“Okeylah..okeylah…jom.”
Fahmi memberhentikan
keretanya di depan pintu pagar rumah Tan Sri Jalal. Ahmad Uwais menanggalkan
tali pinggang yang dipakainya.
“Kau tak nak masuk dulu ke, Mi?”
“Tak payahlah. Hari pun dah lewat
ni. Esok jom kita rock climbing, nak?”
Ahmad Uwais mengeleng. “Pagi esok
aku ingat nak pergi jogging area rumah ni aje. Next time ajelah aku join.”
“Oriat, bro. Tak ada hal. Aku cau dulu.”
“Okey. Thanks sebab tumpangkan aku
ni. Drive elok-elok.” Ahmad Uwais melangkah keluar dari kereta Fahmi.
“Bro, aku balik dulu. Mmm…kirim
salam dekat driver tomboi kau tu, ek,” ujar Fahmi tergelak.
Ahmad Uwais sekadar tersenyum. Dia
tahu Fahmi sekadar bergurau saja. Sebaik kereta Fahmi berlalu jauh Ahmad Uwais
melangkah masuk ke dalam rumah. Diletakkanbeg sukannya di atas sofa dan dia
turut menghempaskan badannya yang keletihan di atas sofa yang sama.
Di intai jam ditangannya. Jam sudah
melewati pukul 11 malam. Serasanya penghuni di dalam rumah banglo ini sudah
lama terbuai lena. Ahmad Uwais mengusap mukanya beberapakali.
Dicapai beg sukannya dan
perlahan-lahan menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Namun langkah Ahmad
Uwais terhenti bila dia ternampak kelibat Fatimah Dhaniyah di dapur.
“Dia tak tidur lagi? Humm…” Ahmad
Uwais menjongketkan keningnya sambil tersenyum nakal.
Langkahnya tidak ke arah tangga lagi
sebaliknya kakinya melangkah menghala ke dapur. Dia ingin melihat apa yang
dibuat oleh Fatimah Dhaniyah. Ahmad Uwais mengintai dari tepi dinding.
Diperhatikan setiap gerak-geri Fatimah Dhaniyah.
“Ooo…dia seorang aje kat dapur. Humm…dia
ni rasa-rasa penakut tak?” semakin lebar senyuman nakal Ahmad Uwais.
“Apa kata kita testminah ni sikit,” bisik Ahmad Uwais sambil tercari-cari idea
untuk menguji Fatimah Dhaniyah. Bila sudah dapat idea untuk mendajalkan Fatimah
Dhaniyah, diakemudian duduk mencangkung dan membuat bunyi seperti tikus.
“Chit…chit…chit…”
“Aaaaa…” tiba-tiba Fatimah Dhaniyah
menjerit seraya melompat di atas kerusi makan. Naik bulu romanya bila mendengar
bunyi tikus. Matanya meliar mencari tikus yang mengeluarkan bunyi tadi. Nasib
baik dia tak pakai kain batik tadi. Kalau tidak mahu terlocot kain batik tu.
“Suh!..suh!...pergilah Cik Ti. Rumah
bersih macam ni pun ada Cik Ti ke?” Fatimah Dhaniyah bercakap sambil matanya melilau
memandang sekeliling ruang dapur. Dia memang geli dengan tikus.
Melihatkan reaksi spontan seperti
itu Ahmad Uwais tidak mampu untuk menahan tawanya lagi. Dia ketawa mengekek nak
pecah perut.
Berkerut dahi Fatimah Dhaniyah bila terpandang
Ahmad Uwais yang sedang ketawa besar di tepi dinding.
“Muka dah ganas. Tapi takut dengan
tikus rupanya. Comelnya,” Ahmad Uwais terus ketawa geli hati. Naik merah padam
mukanya tergelak.
Fatimah Dhaniyah mengetip bibirnya.
Dia baru tersedar yang dirinya telah dikenakan oleh lelaki bernama Ahmad Uwais.
Kurang asam singa lapar ni. Boleh dia kenakan aku pulak. Fatimah Dhaniyah menyumpah
dalam hati.
“Bos!...apa ni, bos? Tak aci lah
main takutkan orang macam ni,” Fatimah Dhaniyah protes.
Ahmad Uwais yang masih ketawa
menghampiri Fatimah Dhaniyah.
“Ada aku kisah! Satu sama kita
sekarang,” balas Ahmad Uwais dekat dengan muka Fatimah Dhaniyah.
Berkerut seribu dahi Fatimah
Dhaniyah. Ooo…dia balas dendam rupanya. Eee…dah besar bangka macam ni pun nak
kenakan orang macam budak-budak. Tak pe, hari ni aku terkena. Nanti kau. Tekad
Fatimah Dhaniyah untuk membalas dendam.
Perlahan-lahan dia turun dari
kerusi. Hilang semangatnya sekejap tadi. Ingatkan betullah ada tikus. Rupanya
tikus kaki dua.
“Apalah bos ni, perangai macam
budak-budak!” Fatimah Dhaniyah melepaskan amarahnya.
Ahmad Uwais menjongket bahunya
sambil senyum sinis. Dicapai beg sukan di atas lantai dan terus pergi dengan
hati yang girang.
Fatimah Dhaniyah mengetip bibirnya. Ikutkan
hati nak saja dia menerkam dan belasah ala-ala WWF singa lapar tu.
“Siaplah. Dapat peluang aku balas
balik. Tunggu…” belum sempat Fatimah Dhaniyah menghabiskan ayatnya telinganya
mendengar bunyi tikus sekali lagi.
Tidak mahu menunggu lama di dapur,
Fatimah Dhaniyah berlari laju menuju ke bilik tidurnya semula.
Ahmad Uwais yang berdiri di anak
tangga tergelak besar. Suka benar dia dapat mengenakan Fatimah Dhaniyah malam
ini.
“Hai…lenalah malam ni aku tidur,”
kata Ahmad Uwais sambil memanjat anak tangga. Senyuman masih tidak lekang dari
bibirnya.