Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,016
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 8

BAB 8

“Hai. Deila?” Ahmad Uwais menghulurkan sejambak bunga kepada gadis bernama Deila. Dia calon blind datenya yang seterusnya.

“Oh…sweetnya you bawakkan I bunga. You must be Ahmad Uwais., anak Puan Sri Yusni, right?” Deila tersenyum lebar bila menerima jambangan bunga mawar. Ahmad Uwais sekadar mengangguk saja.

“Duduklah. Kenapa berdiri aje.” lawa Deila dengan ramah.

Ahmad Uwais menarik kerusi dan mengangkat kepalanya memandang Fatimah Dhaniyah yang berada disebelahnya.

“Tarik kerusi, duduk.” arah Ahmad Uwais.

“Saya duduk dekat sini?” Fatimah Dhaniyah membeliakkan matanya. Apa ke halnya mamat singa lapar ni? Dia keluar lunch dengan awek, apa hal aku kena ada sama?

Deila turut memandang dengan pandangan pelik. Tak kan date bawak driver sekali kot. Nasib muka handsome, layankan ajelah. Deila mengomel dalam hati.

Ahmad Uwais mengetip bibirnya menahan geram bila arahannya dipersoalkan. Hisy…minah ni, aku suruh duduk ikut ajelah. Tak payah banyak cakap.

“Deila, dia ni driver merangkap bodyguard I. So you tak kisahkan kalau dia join kita sekali?” Ahmad Uwais memaniskan mukanya kepada Deila.

“Aaa…sure. I tak kisah pun.” Deila terpaksa berpura-pura setuju.

Ahmad Uwais tersenyum dan memandang Fatimah Dhaniyah seraya memberi isyarat tangan agar Fatimah Dhaniyah mendekatkan mukanya. Fatimah Dhaniyah menurut.

“Dah. Apa lagi duduk ajelah. Tak payah banyak tanya sangat,” bisik Ahmad Uwais dekat ditelinga Fatimah Dhaniyah.

“Apa ni bos? Bos nak berdating tak kan saya nak kena ada juga?” bidas Fatimah Dhaniyah dalam keadaan berbisik juga.

“Kau jangan banyak mulut boleh tak? Duduk ajelah!” Ahmad Uwais menekan nada suaranya. Bengang bila arahannya dibantah.

Dalam keadaan serba-salah Fatimah Dhaniyah terpaksa menurut arahan yang diberikan. Dia menutup mukanya dengan buku menu yang ada di depannya. Dalam masa yang sama seorang pelayan menghampiri meja mereka bertiga.

“Mmm…I nak order apa ni ya?” Deila sedang melihat-lihat menu ditangannya.

“Bagi saya beef lasagna dan oren jus.” Ahmad Uwais memesan menu yang dia inginkan. Perutnya sememangnya sudah kelaparan.

“Beef lasagna? Eee…mengemukkanlah you.” Deila mencebik.

“Itu I order untuk I. You boleh cuba seafood pasta ke?” selamba saja Ahmad Uwais membidas.

“Humm…sound nice. Okey. I nak order seafood pasta dan beritahu chef masak pasta I guna minyak zaitun. Faham?”

“Cik jangan risau, kat sini masakkan kami memang menitik beratkan soal kesihatan. Minum cik?” tanya pelayan sambil mencatit pesanan tadi.

“Eh…I nak tukarlah. Bagi I lasagna jugaklah. Tapi I nak vegetarian lasagna, okey.” ujar Deila dengan lenggok lagaknya.

Pelayan tadi mengangguk dan mencatit pesanan yang baru.

“Minum cik?” sekali lagi pelayan tadi bertanya.

“Bagi I banana shake.”

“Ada apa-apa lagi?” tanya pelayan tadi sebelum dia berlalu.

“Itu saja.” Ahmad Uwais menjawab.

“Miss your order?” Pelayan tadi beralih kepada Fatimah Dhaniyah.

“Aaaa…”

“Aaa…dia ni bagi sky juice aje. Dia alergi hari ni,” pantas Ahmad Uwais mencelah sambil mengambil menu dari tangan Fatimah Dhaniyah dan dikembalikan kepada pelayan yang bertanya.

Berkerut kening Fatimah Dhaniyah. Aduh…memang nak cari gaduhlah singa lapar ni. Tadi dok sibuk suruh aku duduk makan sekali. Aku tengah lapar ni boleh pulak dia order untuk aku sky juice aje? Tak patut…tak patut. Fatimah Dhaniyah menelan liur sambil cuba bersabar.

Ahmad Uwais melemparkan senyuman mengejek kepada Fatimah Dhaniyah sebelum kembali memandang Deila yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.

“You check apa tu?” soal Ahmad Uwais.

“Mmm…I update dekat my mum about our lunch today. My mum happy sangat bila kita dapat jumpa ni.” Deila tersenyum-senyum keriangan.

“Oh…so nice your mum,” ujar Ahmad Uwais sambil memaksa dirinya untuk tersengih.

“Kan? I memang selalu dengar cakap my mum. For I, my mum tu idola I yang sejati, okey. Nanti kalau kita kahwin, kita tinggal dengan my mum ya. I tak bolehlah berpisah dari my mum.” Deila merenggek manja.

Ahmad Uwais longgarkan jerutan tali lehernya. Aduh…anak emak rupanya. Hisy…teruklah aku kalau kahwin dengan minah ni. Asyik-asyik mak dia. Asyik-asyik mak dia. Ahmad Uwais mengomel dalam hati. Fatimah Dhaniyah menahan gelak. Dia menutup mulutnya dengan sebelah tangan dan menundukkan mukanya ke bawah.

“Aaa…apa kerja you ya?” Ahmad Uwais menukar tajuk perbualan mereka.

“Kerja? Buat apa I nak kerja. Sebelum kahwin, parent I yang sediakan duit belanja. Nanti bila kita kahwin, youlah yang kena sediakan I duit belanja.”

Belum sempat Ahmad Uwais menjawab, seorang pelayan datang menghampiri meja mereka dan meletakkan makanan dan minuman yang mereka pesan tadi.

“Mmm…I rasa macam nak tukar menu ajelah you.” Deila mengerutkan dahinya bila seorang pelayan datang membawakan vegetarian lasagna yang dipesan.

“Bukan ke you jugak yang order vegetarian lasagna ni tadi?” Ahmad Uwais menyoal.

“Memanglah I order. Tapi I rasa lasagna ni macam mengemukkan ajelah. I kan on diet,” ujar Deila dengan manja.

“Habis lasagna ni siapa nak makan kalau you order yang lain. Tak baikkan membazir.” Ahmad Uwais merungut.

“Eh…tak pe…tak pe…saya boleh habiskan. Bak sini,” Fatimah Dhaniyah menarik pinggan vegetarian lasagna ke arahnya.

Please you…lagipun driver you dah volunteer nak habiskan makanan yang I order tadi. ” Deila melunakkan nada suaranya.

Ahmad Uwais mendengus. Akhirnya dia mengalah.

“Ikut suka hati you, lah.”

Deila tersenyum kemenangan.

“Bagi I menu. I nak order yang lain,” pinta Deila kepada pelayan disebelahnya.

“Humm….spaghetti carbonara. Tapi rasanya mengemukkan.” Deila masih melihat menu ditangannya.

Ahmad Uwais semakin rasa rimas. Kalau dah semua mengemukkan baik tak payah makan. Mahu saja diucapkan ayat itu kepada Deila. Namun dia menyabarkan dirinya.

“You…spaghetti mana satu yang elok untuk diet ya? I confuse, lah.” Deila inginkan pandangan daripada Ahmad Uwais.

“Spaghetti ialah sejenis karbohidrat. Karbohidrat ialah sumber utama untuk tenaga. Kalau Cik Deila ambil spaghetti dengan banyaknya sehari tanpa bersenam untuk jangka masa panjang, pasti akan jadi gemuk. Senang cerita apa pun yang kita ambik dalam kuantiti yang banyak pasti akan mengundang ke arah kegemukkan. Jadi tak payahlah nak cerewet sangat. Lasagna yang Cik Deila order ni dah cukup untuk amalan diet Cik Deila tu.”

Deila terkasima bila dirinya ditegur oleh seorang driver. Ahmad Uwais tergelak tiba-tiba.

“You kenapa gelak? Cuba tengok driver you ni! Suka-suka hati sound I macam tu.” Deila menarik muka masam.

“Saya bukan sound, Cik Deila. Saya hanya jelaskan dari sudut kesihatan, Cik Deila.” Fatimah Dhaniyah mempertahankan dirinya walaupun pada hakikatnya dia memang berniat untuk menyindir. Tapi sindirannya berbaur informasi yang benar.

“You…” Deila merenget seperti anak kecik yang perlukan perhatian.

“Apa yang dia kata tu betul. I setuju.” Ahmad Uwais dengan selamba menyokong kata-kata Fatimah Dhaniyah.

Deila menghempaskan kain alas di atas meja. Dia benci bila Ahmad Uwais tidak menyebelahinya.

“I nak baliklah!”

“Tak nak makan dulu?” Ahmad Uwais bertanya sekadar bersopan.

“I tak ada selera. Kalau you tak nak hantar I, I balik sendiri.”

“Okey. Hati-hati balik. Bye.”

“You?...Aaarrrr…” Deila menghentak kaki sebelum berlalu keluar dari restoran.

Ahmad Uwais mengeleng kepala dengan perangai kebudak-budakkan Deila. 

"Apa punya calonlah yang ami carikan ni. On diet konon. Tak slim mana pun aku tengok," mulut Ahmad Uwais tidak lekang dengan rungutan.

Saat Ahmad Uwais menoleh ke arah Fatimah Dhaniyah, bulat matanya bila melihat Fatimah Dhaniyah yang begitu enak menikmati makanan tanpa menghiraukan dirinya.

“Sedap?” soal Ahmad Uwais dengan nada menyindir.

Fatimah Dhaniyah mengangkat kepalanya sedikit ke atas sambil tersengih.

“Mestilah sedap, bos. Apa yang bos tercegat aje tu. Makanlah sama, bos. Nanti dah sejuk tak sedap, bos,” gesa Fatimah Dhaniyah sambil dia menghabiskan lasagna di depannya.

“Aku tak ada seleralah.” Ahmad Uwais duduk mengadap Fatimah Dhaniyah dengan sebelah tangan menampung dagunya.

“Sayanglah, bos. Kalau bos tak nak saya habiskan. Rezeki tak baik dibazirkan.”

Fatimah Dhaniyah mencapai beef lasagna milik Ahmad Uwais. Tindak tanduk selamba Fatimah Dhaniyah menambah kerutan di dahi Ahmad Uwais.

“Cukup ke tu? Kalau tak cukup orderlah lagi.” sindir Ahmad Uwais.

“Bereh boh!” Fatimah Dhaniyah mejawab dalam dialek Kelantan.

Ahmad Uwais mendengus.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.