BAB 2
“Masuklah.
Inilah bilik Tim. Bilik ni kecik sikit. Dulu ini bilik Samad. Tapi lepas dia
kahwin, dia pindah ke rumah yang Tan Sri hadiahkan. Jadi bilik ni kosong.”
“Tak
kisahlah Kak Siti. Bilik ni pun kira okey dah untuk saya. Not to big, not to
small. Just perfect.” Fatimah Dhaniyah mengeyitkan matanya.
“Huuu…speaking
London kamu. Apa-apa pun bilik mandi dekat sana tu.” Kak Siti menunjukkan di
mana letaknya bilik mandi.
“Mmm…Kak
Siti, arah kiblat hala ke mana?”
“Kiblat
hala ke sini.” Kak Siti mengangkat tangannya untuk menunjukkan di mana arah
kiblat kepada Fatimah Dhaniyah.
“Kalau
Tim nak apa-apa lagi, Kak Siti ada dekat dapur ya,” ujar Kak Siti yang ingin
meneruskan tugasnya di dapur.
“Aaaa…Kak
Siti!”
Kak
Siti menoleh memandang Fatimah Dhaniyah.
“Ada
apa Tim?”
“Terima
kasih.” Fatimah Dhaniyah melemparkan senyuman.
“Sama-sama.
Akak keluar dulu ek.”
Fatimah
Dhaniyah menutup pintu biliknya sebaik bayang Kak Siti menghilang dibalik
dinding dapur.
Diletakkan
beg sandangnya di atas katil dan dia sendiri melabuhkan punggungnya di atas
katil. Dilepaskan keluhan dalam dan panjang. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu
dari kocek beg sandangnya.
“Langkah
pertama sudah bermula, umi. Langkah kedua dan seterusnya akan menyusul selepas
ini,” ujar Fatimah Dhaniyah sambil mengusap sekeping gambar ditangannya.
Kemudian
dia keluarkan senaskah majalah yang mengandungi kisah tentang keluarga Tan Sri
Jalal. Gambar keluarga Tan Sri Jalal menjadi tatapan matanya untuk sekian
kalinya.
“Ya
ALLAH, permudahkanlah misi yang bakal aku laksanakan ini. Amin.” Fatimah
Dhaniyah memanjatkan doa agar segala yang dia rancang berjalan dengan lancar.
Kemudian
dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik dia mengaktifkan telefon bimbitnya
beberapa miss call terpamer di skrin
telefon bimbitnya. Semuanya panggilan daripada Shaliza.
“Makaii…banyaknya
call dari minah ni. Apa hal?” Fatimah Dhaniyah mendail nombor Shaliza.
“Helo,
Tim! Kau dekat mana? Kenapa aku call kau tak angkat?”
Fatimah
Dhaniyah menjauhkan telefon bimbit dari cuping telinganya. Direnung seketika
telefon bimbit yang berada ditangannya. Kemudian dia mendekatkan kembali
telefon bimbit ke cuping telinganya.
“Assalamualaikum,
Liza.” Lembut saja suara Fatimah Dhaniyah.
Shaliza
terkedu. Kerana panik dia terlupa untuk memberi salam kepada Fatimah Dhaniyah
terlebih dahulu. Tak pasal-pasal kena sindir dengan sahabat baiknya itu.
“Sorry…waalaikumussalam.”
“Kan
sedap telinga ni dengar.” Fatimah Dhaniyah menyindir.
“Ai…perli
nampak! Wei…kenapa aku call kau banyak kali kau tak angkat pun, beb?”
“Kau
ni aku tengah kerjalah. Kau call aku kenapa, beb?”
“Oh..kerja
ek? Banyaklah kau punya kerja.” sindir Shaliza. Fatimah Dhaniyah tergelak.
“Kau
dah jumpa ke?” soal Shaliza lagi.
“Dah
dan sekarang ni aku ada dalam rumah dia,” ringkas jawapan Fatimah Dhaniyah.
“Wow!
pantas.” Shaliza teruja mendengar.
Fatimah
Dhaniyah tersengih. Dia memandang pada sikunya yang berbalut.
“So
apa perasaan kau?” Shaliza pulak yang terlebih teruja.
“Mmm…mestilah
aku gembira. Akhirnya beb, for the first
time aku dapat jumpa dengan dia secara berdepan empat mata. Ikutkan hati
nak aje aku peluk dia dan cakap…hummm…lupakanlah. Apa yang penting aku happy dapat jumpa dia.”
“Kan
senang kalau kau berterus-terang aje pada dia siapa kau. Dia nak terima atau
tidak terpulanglah pada dia.” Shaliza memberikan pandangannya.
Fatimah
Dhaniyah senyum nipis. “Tak semudah tu, Liza. Banyak hati kena jaga, beb.
Apa-apa pun aku bersyukur sebab dapat jumpa dengan dia. Aku akan berusaha
supaya aku dapat stay lama dekat rumah ni.”
“Aku
doakan agar kau dapat apa yang kau hajati, beb. Kalau ada apa-apa kau call aku
tau.” Shaliza mengingatkan.
“Thanks,
Liza. Kau memang kawan yang terbaik.”
“Baru
tahu aku ni kawan yang baik ke?” Shaliza mengusik. Fatimah Dhaniyah tergelak.
“Ni
sebelum aku terlupa, kau jangan lupa dapatkan sample rambut ke, darah ke, air
liur ke untuk kita buat ujian DNA nanti.” Shaliza mengingatkan Fatimah Dhaniyah
tugas yang dia perlu lakukan setelah berjaya dengan langkah pertama.
“Iyalah.
Aku ingat. Kau jangan bimbang. Bila dah dapat nanti aku akan beritahu kau. Tapi
berapa lama ya Liza, kita boleh dapat keputusannya?”
“Dalam
seminggu dua, insya-ALLAH.”
“Okeylah,
Liza. Aku nak call tok ibu dengan tok ayah pulak. Nanti bila aku free aku call
kau lagi. Assalamualaikum.”
Fatimah
Dhaniyah mematikan talian. Kemudian dia menelefon tok ibu dan tok ayah. Cerita
yang sama juga dia beritahu kepada tok ibu dan tok ayah.
“Yus
nak bukak agensi cari jodoh ke? Banyak gambar anak-anak dara kat atas meja tu?”
tanya Tan Sri Jalal sebaik Puan Sri Yusni menghampirinya bersama dengan segelas
air susu panas.
“Abang
buat lawak ek. Semua tu gambar calon-calon bakal menantu kita.”
Dahi
Tan Sri Jalal berkerut. terbuntang mata Tan Sri Jalal.
“Semua
tu untuk along?”
“Iyalah.
Untuk siapa lagi, bang. Anak teruna kita sorang tu aje, bang.”
“Yus,
calon-calon yang dulu tak menjadi. Ini Yus nak tambah senarai lagi? Boleh
berjaya ke kali ni, Yus? Abang macam tak yakin aje kali ni boleh menjadi. Silap
haribulan gagal lagi macam yang sudah-sudah tu.”
Tan
Sri Jalal senyum nipis. Dia tak yakin rancangan isterinya ini akan berjaya.
Tapi tak mengapa. Kita tengok sajalah hasilnya nanti.
“Yus
tak akan putus asa, bang. Yus akan cari sampai along tu berkenan. Yus nak
sangat tengok along tu kahwinlah, bang. Abang tak nak tengok ke along kahwin?”
“Humm…mestilah
abang nak. Tapi soal kahwin tu satu hal, Yus. Ini yang buat abang pening kepala
soal driver untuk along. Sampai sekarang tak dapat-dapat lagi dan yang jadi
mangsanya Samad, lah. Kejap kerja untuk abang. Kejap kerja untuk along.
Nasiblah buat masa ni Samad tu sabar lagi. Dibuatnya dia hilang sabar? Mahu
berhenti dia. Lagi parah kita nanti,” keluh Tan Sri Jalal.
Puan
Sri Yusni mengambil tempat disebelah suaminya.
“Entahlah,
bang. Pakar terapi kata fobia along tu boleh sembuh. Tapi dia perlukan masa dan
galakkan.”
“Suruh
ambik driver sendiri, banyak pulak cerewetnya. Tengoklah sampai sekarang tak
dapat-dapat lagi driver untuk dia. Seminggu dua ni senanglah abang nak ke mana
saja dengan Samad. Esok lusa bila dia dah balik payahlah sikit. Kesian jugak
dekat Samad tu kena layan abang dengan along serentak.
Tapi
Yus, kalau difikir-fikirkan balik siapalah yang sanggup jadi driver along tu.
Salah satu syarat mesti kena bawak kereta tidak lebih 80km/jam. Nasiblah Samad
tu dah masak benar dengan perangai along. Kalau tidak dengan Samad sekali
berhenti. Lagi haru.”
Puan
Sri Yusni senyum nipis. “Itulah masalahnya along tu. Tak ramai yang faham
dengan masalah dia.”
Tan
Sri Jalal mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya.
“Abang…”
“Hmm..”
“Abang
rasa budak Tim tu ada lesen memandu tak?”
“Entahlah.
Kenapa?” Tan Sri Jalal memandang wajah isterinya.
“Bukan
apa. Kalau Tim ada lesen memandu, apa kata kita ambik aje dia jadi driver
along. Budak tu pun tengah cari kerja, kan?”
“Betul
jugak. Abang tak terfikir pulak tadi. Pandai betul isteri abang ni bagi idea.”
Tan Sri Jalal mencuit hidung Puan Sri Yusni. Membuatkan Puan Sri Yusni
tersenyum gembira.
“Tapi
boleh ke dia orang tu bekerjasama nanti?” ada rasa sangsi di hati Tan Sri
Jalal. Bukan semua orang boleh faham dengan kerenah anak lelaki mereka itu.
“Kita
cuba ajelah dulu, bang. Mana tahu Tim tu boleh ikut rentak along.”
Tan
Sri Jalal mengangguk. “Iyalah. Kita ikut macam yang Yus cadangkan ni.
Harap-harap berhasil kali ni.”