Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,019
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 6

BAB 6

Setelah bermain tiga set games Fahmi dan Ahmad Uwais duduk keletihan. Sudah lama Ahmad Uwais tidak memegang raket squash. Malam minggu ini dia berjaya melunaskan giannya pada sukan yang diminatinya ini.

“Aaaa…lamanya aku tak main. Huh!...” Ahmad Uwais meneguk air mineral bagi menghilangkan rasa dahaga.

“Tulah kau. Selalu sangat tuang main. Asyik berdating aje,” Fahmi mengusik.

“Kau cakap baik sikit, bro. Bila masa aku keluar dating? Aku sibuklah. Kau pun tahukan syarikat sekarang ni tengah banyak projek. Lebih-lebih lagi abi nak kita dapatkan jugak projek usahasama dengan syarikat dari Dubai tu. Makin sibuklah aku.”

“Alah…aku faham tu. Ni… projek usahasama kau dengan ami kau tu apa perkembangannya sekarang? Still on ke?” Fahmi tergelak sendiri.

“Kau ni dah lebih, bro. Macamlah aku tak tahu ayat sindir kau tu.” Ahmad Uwais melemparkan tuala mukanya ke arah Fahmi.

“Kalau kau nak tahu aku tengah pening dengan ami aku ni. Lepas seorang calon seorang calon lagi dia suruh aku kenal. Naik rimas aku dibuatnya.” Ahmad Uwais mendengus.

“Susah-susah sangat kau dating ajelah dengan driver kau tu. Dia pun okey apa? Aku suka part dia senyum tu. Sweet aje.” Fahmi menepuk bahu sambil ketawa besar.

“Kau ni bunyi lain macam aje,” Ahmad Uwais menjeling memandang Fahmi.

“Kau syok dengan tomboi tu ke?” soal Ahmad Uwais ingin tahu.

Fahmi tergelak. “Tak adalah sampai aku jatuh syok dekat dia, bro. Aku suka aje berbual dengan dia. Ceria orangnya. Senyum dia sweet. Kau tak perasan ke?”

Ahmad Uwais menjuih bibirnya. Seminggu sudah minah tomboi itu menjadi pemandu peribadinya. Buat masa ini semua arahannya minah itu ikut saja. Kadang-kadang dia geram jugak sebab tak dapat buat minah tomboi itu bosan kerja dengannya.

“Dahlah. Jom kita balik. Aku dah tak larat nak main dah. Minggu depan ajelah kita main lagi.”

“Laa…dah pancit ke?”

“Minggu depan ajelah kita main. Lepas makan kau hantar aku balik. Okey?”

“Okeylah..okeylah…jom.”



Fahmi memberhentikan keretanya di depan pintu pagar rumah Tan Sri Jalal. Ahmad Uwais menanggalkan tali pinggang yang dipakainya.

“Kau tak nak masuk dulu ke, Mi?”

“Tak payahlah. Hari pun dah lewat ni. Esok jom kita rock climbing, nak?”

Ahmad Uwais mengeleng. “Pagi esok aku ingat nak pergi jogging area rumah ni aje. Next time ajelah aku join.”

“Oriat, bro. Tak ada hal. Aku cau dulu.”

“Okey. Thanks sebab tumpangkan aku ni. Drive elok-elok.” Ahmad Uwais melangkah keluar dari kereta Fahmi.

“Bro, aku balik dulu. Mmm…kirim salam dekat driver tomboi kau tu, ek,” ujar Fahmi tergelak.

Ahmad Uwais sekadar tersenyum. Dia tahu Fahmi sekadar bergurau saja. Sebaik kereta Fahmi berlalu jauh Ahmad Uwais melangkah masuk ke dalam rumah. Diletakkanbeg sukannya di atas sofa dan dia turut menghempaskan badannya yang keletihan di atas sofa yang sama.

Di intai jam ditangannya. Jam sudah melewati pukul 11 malam. Serasanya penghuni di dalam rumah banglo ini sudah lama terbuai lena. Ahmad Uwais mengusap mukanya beberapakali.

Dicapai beg sukannya dan perlahan-lahan menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Namun langkah Ahmad Uwais terhenti bila dia ternampak kelibat Fatimah Dhaniyah di dapur.

“Dia tak tidur lagi? Humm…” Ahmad Uwais menjongketkan keningnya sambil tersenyum nakal.

Langkahnya tidak ke arah tangga lagi sebaliknya kakinya melangkah menghala ke dapur. Dia ingin melihat apa yang dibuat oleh Fatimah Dhaniyah. Ahmad Uwais mengintai dari tepi dinding. Diperhatikan setiap gerak-geri Fatimah Dhaniyah.

“Ooo…dia seorang aje kat dapur. Humm…dia ni rasa-rasa penakut tak?” semakin lebar senyuman nakal Ahmad Uwais.

“Apa kata kita testminah ni sikit,” bisik Ahmad Uwais sambil tercari-cari idea untuk menguji Fatimah Dhaniyah. Bila sudah dapat idea untuk mendajalkan Fatimah Dhaniyah, diakemudian duduk mencangkung dan membuat bunyi seperti tikus.

“Chit…chit…chit…”

“Aaaaa…” tiba-tiba Fatimah Dhaniyah menjerit seraya melompat di atas kerusi makan. Naik bulu romanya bila mendengar bunyi tikus. Matanya meliar mencari tikus yang mengeluarkan bunyi tadi. Nasib baik dia tak pakai kain batik tadi. Kalau tidak mahu terlocot kain batik tu.

“Suh!..suh!...pergilah Cik Ti. Rumah bersih macam ni pun ada Cik Ti ke?” Fatimah Dhaniyah bercakap sambil matanya melilau memandang sekeliling ruang dapur. Dia memang geli dengan tikus.

Melihatkan reaksi spontan seperti itu Ahmad Uwais tidak mampu untuk menahan tawanya lagi. Dia ketawa mengekek nak pecah perut.

Berkerut dahi Fatimah Dhaniyah bila terpandang Ahmad Uwais yang sedang ketawa besar di tepi dinding.

“Muka dah ganas. Tapi takut dengan tikus rupanya. Comelnya,” Ahmad Uwais terus ketawa geli hati. Naik merah padam mukanya tergelak.

Fatimah Dhaniyah mengetip bibirnya. Dia baru tersedar yang dirinya telah dikenakan oleh lelaki bernama Ahmad Uwais. Kurang asam singa lapar ni. Boleh dia kenakan aku pulak. Fatimah Dhaniyah menyumpah dalam hati.

“Bos!...apa ni, bos? Tak aci lah main takutkan orang macam ni,” Fatimah Dhaniyah protes.

Ahmad Uwais yang masih ketawa menghampiri Fatimah Dhaniyah.

“Ada aku kisah! Satu sama kita sekarang,” balas Ahmad Uwais dekat dengan muka Fatimah Dhaniyah.

Berkerut seribu dahi Fatimah Dhaniyah. Ooo…dia balas dendam rupanya. Eee…dah besar bangka macam ni pun nak kenakan orang macam budak-budak. Tak pe, hari ni aku terkena. Nanti kau. Tekad Fatimah Dhaniyah untuk membalas dendam.

Perlahan-lahan dia turun dari kerusi. Hilang semangatnya sekejap tadi. Ingatkan betullah ada tikus. Rupanya tikus kaki dua.

“Apalah bos ni, perangai macam budak-budak!” Fatimah Dhaniyah melepaskan amarahnya.

Ahmad Uwais menjongket bahunya sambil senyum sinis. Dicapai beg sukan di atas lantai dan terus pergi dengan hati yang girang.

Fatimah Dhaniyah mengetip bibirnya. Ikutkan hati nak saja dia menerkam dan belasah ala-ala WWF singa lapar tu.

“Siaplah. Dapat peluang aku balas balik. Tunggu…” belum sempat Fatimah Dhaniyah menghabiskan ayatnya telinganya mendengar bunyi tikus sekali lagi.

Tidak mahu menunggu lama di dapur, Fatimah Dhaniyah berlari laju menuju ke bilik tidurnya semula.

Ahmad Uwais yang berdiri di anak tangga tergelak besar. Suka benar dia dapat mengenakan Fatimah Dhaniyah malam ini.

“Hai…lenalah malam ni aku tidur,” kata Ahmad Uwais sambil memanjat anak tangga. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.