Menyamar dengan tujuan untuk
mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air
setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup
bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya
membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j.
Bekerja
dengan lelaki bernama Ahmad Uwais bukannya sesuatu yang mudah. Perkenalan
mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mendajalkan antara
satu sama lain. Namun tanpa mereka sedari di dalam hati masing-masing mula
bercambahnya bibit-bibit cinta.
Namun
saat Ahmad Uwais melafazkan rasa cintanya, Fatimah Dhaniyah tekad menolaknya
walaupun hatinya turut mengakui menyintai lelaki itu. Tapi kenapa dia menolak
cinta lelaki yang dia cintai? Apakah misi penyamarannya berjaya dan siapa yang
dia ingin dekati sebenarnya? Dapatkah Ahmad Uwais menerima keputusan Fatimah
Dhaniyah itu?
My
Sweet Tom Girl menghimpunkan kisah kasih sayang dalam erti kata kekeluargaan,
percintaan dan persahabatan.