Home Novel Fantasi Gerbang Rahsia
Gerbang Rahsia
miazahra
5/9/2019 21:45:06
66,661
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Gerbang Rahsia


Maisarah melihat ke luar jendela. Pagi itu sunyi seperti biasa. Mama dan papa sudah keluar awal-awal pagi lagi ke tempat kerja. Hanya Maisarah seorang berada dirumah. Dia sudah biasa tinggal sendirian dirumah setiap kali cuti persekolahan. Kalau dahulu dia akan menghabiskan waktunya di kampung ibu setiap kali tibanya musim cuti.

Namun setelah kematian nenek, mereka sudah tidak pulang lagi ke kampung. Kata ibu tiada siapa disana jika mereka pulang. Adik-beradik sebelah mama juga menetap ditempat lain, Pak Long Mat di Paris, Mak Ngah Ani di Pulau Pinang dan Pak Andak Hussein di Johor. Jadi kalau pulang ke kampung pun hanya akan ada mereka tiga beranak sahaja kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.

Maisarah melihat burung-burung yang terbang di dada langit. Alangkah seronoknya jika dapat bebas seperti itu? Detik hati anak gadis itu. Sejak kematian kakaknya Melissa akibat langgar lari 2 tahun lepas, hidup Maisarah sudah tidak bebas seperti dulu lagi. Segala pergerakkannya dikawal oleh mama dan papa.

Kedua orang tuanya juga tidak sewenang-wenangnya memberikan kebenaran untuk Maisarah keluar bersama teman-teman rapatnya. Hidupnya terkongkong. Tapi Maisarah tetap cuba memahami ibu bapanya itu. Dia tahu mereka berdua masih trauma dengan kematian Melissa. Lagipun sehingga sekarang pelaku kes langgar lari itu masih lagi bebas. Maisarah mengeluh sendirian.

"Kan bagus kalau kak Melissa masih ada... Pasti rumah ni lebih ceria dengan gelak ketawa kak Melissa." Maisarah memejamkan mata sejenak. Rindu pada kakak kesayangannya itu membuak-buak. Perasaannya mulai sebak. Anak gadis itu bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia tidak mahu mengenang perkara yang lepas. Hidup ini perlu diteruskan.

Langkah kaki dihayun menuju ke library yang terletak di bahagian bawah rumah agam dua tingkat milik keluarga papa. Rumah ini sudah berusia hampir 100 tahun. Maisarah sendiri kurang pasti tentang sejarah rumah lama ini. Apa yang dia tahu rumah ini dibina oleh moyang papa seorang warga British. Rumah ini sebelum ini di huni oleh datuk saudara papa. Kemudian rumah ini bertukar kepada beberapa orang pemilik yang terdiri dari kalangan keluarga Weiser juga.

Tetapi mereka semua tidak tinggal lama di rumah besar ini. Tak tahulah apa sebabnya. Kebetulan papa ingin berpindah di kawasan ini, jadi atuk meminta kunci rumah agam ini diserahkan kepada papa. Lagipun tiada seorang pun keturunan Weiser yang mahu tinggal disini. Kebanyakkan dari ahli keluarga sebelah papa lebih selesa berada di England.

Sewaktu rumah ini siap dibina pun mendiang moyangnya sudah menetapkan wasiat yang rumah ini tidak boleh dijual dan hanya boleh dihuni oleh keturunan Weiser sahaja. Maisarah pun tidak faham kenapa. Jadi daripada membiarkan rumah ini kosong tidak berpenghuni, bapanya membuat keputusan untuk menetap disini.

Maisarah memulas tombol pintu dihadapannya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Gelap. Dia melangkah dengan penuh berhati-hati ke arah tingkap. Langsir tebal berwarna krim itu diselak. Matanya terpejam. Perit menahan cahaya matahari yang mula memenuhi ruang bilik itu.

Dia perlahan-lahan membuka kembali matanya apabila anak matanya sudah mula menyesuaikan diri dengan cahaya. Mata hazelnya memerhati buku-buku yang bersusun kemas di dalam bilik itu. Terdapat sebuah meja kayu bersaiz sederhana besar itu berserta beberapa buah kerusi kayu berada ditengah ruangan yang agak besar itu. Manakala sebuah sofa antik pula di letakkan di satu sudut yang tidak jauh dari meja itu.

Bilik ini memang layak digelar perpustakaan. Maisarah terpegun melihat ruang bilik itu dipenuhi dengan buku-buku pelbagai jenis. Ada yang berkulit tebal dan ada juga yang berkulit nipis. Terdapat 2 buah kotak besar diatas lantai. Maisarah membuka kotak itu untuk melihat isi kandungannya. Kotak itu juga mengandungi buku-buku.

Maisarah cam semua-buku-buku yang ada di dalam kotak itu. Itu semua adalah buku-buku kesayangannya yang turut dibawa bersama ketika pindah ke rumah ini. Buku-bukunya yang lain terpaksa diserahkan kepada sahabat-sahabatnya kerana ruang kenderaan meraka telah penuh dengan barang-barang lain yang lebih penting. Maisarah tidak melihat kotak berikutnya kerana dia pasti itu adalah barang-barang papanya kerana kotak iu mempunyai logo syarikat papa.

Matanya meliar melihat keseluruhan perpustakaan itu. Ini adalah kali pertama dia berada disini setelah 3 minggu mereka berpindah. Sebelum ini dia dan mama sibuk mengemas bahagian atas rumah yang baru mereka huni ini. Manakala bahagian bawah ini pula diuruskan oleh papa. Sebelum ini sudak bertahun-tahun rumah ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni.

Maisarah kagum melihat rak buku dihadapannya. Reka bentuknya seperti didalam filem-filem barat. Buku-buku disusun sehingga mencecah siling. Terdapat juga tangga yang boleh digerakkan untuk memanjat bagi mengambil buku-buku yang berada diruang yang terlalu tinggi. Tangannya menyentuh lembut buku-buku diatas rak itu.

Dia memang gemar membaca. Begitu dengan dengan papa dan mama. Maisarah berasa teruja untuk membaca semua buku-buku yang berada di dalam bilik ini. Semua buku yang berada disini adalah buku-buku lama dan kebanyakkannya berbahasa Inggeris. Ada juga yang berbahasa Melayu tetapi tidak banyak.

Hatinya tertarik dengan sebuah buku berwarna merah tanpa tajukBuku itu tersorok dibelakang buku-buku yang lain. Buku itu kelihatan agak usang dan sedikit berhabuk mungkin Maisarah membelek-belek buku itu.

Buku itu seperti catatan diari. Terdapat beberapa gambar rajah dan ilustrasi didalam helaian-helaiannya. Semasa Maisarah membelek-belek helaian buku catatan itu tiba-tiba sebuah samput kecil sebesar tapak tangan terjatuh di atas kakinya. Dia mengambil sampul berwarna coklat itu.

Belum sepat dia membuka sampul itu, kedengaran bunyi bising diluar disusuli dengan bunyi pasu pecah. Dia mengintai melalui tingkap diperputakaan itu. Kelihatan dua ekor kucing berada di hadapan rumahnya. Dia segera ke pintu hadapan rumahnya. Sampul itu dimasukkan ke dalam poket seluar.

Maisarah membuka pintu rumahnya. Kelihatan 2 ekor kucing yang dilihatnya tadi seperti baru berkelahi. Badan dua ekor kucing itu sedikit comot terutama kucing yang berwarna putih. Kucing itu terbaring disebelah pasu bunga mawar kesayangan mama yang telah pccah. Kakinya luka. Mungkin terkena serpihan pasu itu. Maisarah kasihan melihat kucing putih itu. Buku merah yang dipegangnya tadi dikepit dibawah ketiak. Dia ingin memangku kucing putih itu masuk ke dalam rumah untuk dirawat.

"Grrr...Rrriau!!!" Kucing berwarna hitam melompat untuk mencakar Maisarah. Riaknya seperti marah apabila Maisarah ingin menyentuh kucing putih itu. Maisarah menjerit terkejut. Buku merah yang dikepit tadi jatuh ke lantai. Dia segera mengambil buku itu lalu menyapunya dengan tangan. Takut sekiranya buku itu kotor. Maisarah mencuba sekali lagi untuk memegang kucing putih itu. Kucing hitam itu masih cuba untuk mencakarnya.

"Black... Aku nak tolong kawan kau White. Kau jangan la marah. Kau tengok tu kaki dia kan luka. Nanti kalau ada jangkitan kuman macam mana? Sepatutnya aku yang marah sebab kau berdua dah pecahkan pasu bunga kesayangan mama tau. Kalau dia balik mesti dia mengamuk. Dah la ni kali pertama bunga mawar dia berbunga. Kalau tak asyik mati aja pokok bunga dia tu. Kalau aku ni jahat dah lama aku pukul kau berdua dengan penyapu tau tak? Hish!" Mairah bercekak pinggang. Dia bercakap seperti kedua ekor kucing itu memahami setiap perkataannya.

Kali ini Maisarah memangku juga kucing putih itu tanpa mempedulikan kucing hitam yang masih cuba membuat aksi seperti untuk mencakar Maisarah. Maisarah membiarkan kucing hitam itu mengikutinya dari belakang sambil mengiau. Maisarah meletakkan kucing putih yang dipanggil White itu di atas lantai sementara dia ke bahagian belakang rumah. Buku yang di kepit tadi diletak di atas sofa.

Setelah beberapa minit Maisarah kembali dengan peti kecemasan dan sehelai kain. Maisarah mengangkat kucing putih itu ke atas sofa. Kain yang diambil tadi dijadikan lapik untuk kucing itu. Dia takut bulu kucing itu akan mengotorkan sofa.

Dia tidak mahu mendengar mamanya berleter pula nanti. Kucing putih itu hanya diam dirawat Maisarah dan hanya mengiau sesekali mungkin kerana sakit. Maisarah mengubatinya dengan berhati-hati. Manakala kucing hitam peneman si kucing putih pula mengiau tanpa henti sehingga bingit telinga Maisarah mendengarnya.

"Blacky... Kau boleh diam tak? Bising lah... Miow... Miow... Kawan kau yang sakit ni pun tak banyak bunyi, tapi kau pulak yang lebih. Kalau risau kan si Whitey ni kenapa tadi bergaduh sampai pecah pasu? Sekarang ni sibuk pulak nak miow... miow... Babab kang baru tahu." Maisarah membebel sendiri.

"Eh? Diam? Bagus... Faham jugak cakap aku erk? Ingatkan tak faham tadi. Hehehe..." Maisarah mengemas alat-alat yang digunakan untuk merawat kucing putih tadi. Kaki kucing putih itu sudah siap berbalut. Kucing putih itu cuba berdiri tetapi rebah. Kakinya masih sakit. Si kucing hitam menjilat-jilat kepala si kucing putih. Seolah-olah memberi semangat kepada kucing yang sakit itu.

"Blacky... Whitey sakit. Biar dia tinggal disini dulu ye. Kau pun boleh tinggal dekat sini. Biar aku jaga korang berdua." Maisarah pun memang sudah lama ingin mempunyai kucing sendiri. Dahulu di rumah lamanya dia selalu bermain dengan kucing Sherlene sahabat baiknya yang tinggal disebelah umahnya.

Dia pernah merayu untuk memelihara kucing tetapi papa kata mama alergik kepada binatang comel itu. Jadi Maisarah terpaksa memendamkan sahaja hasratnya. Kali ini dia tidak peduli, dia ingin memelihara dua ekor kucing itu biarpun seketika sampai kucing itu sembuh.

"Miow..." Keduanya ekor kucing itu mengiau serentak sambil memandang Maisarah.

"I'll take that as a yes..." Kata Maisarah sambil berlalu pergi ke dapur. Dia ingin menyiapkan makanan untuk kucing-kucing barunya itu. Kedua-dua ekor kucing itu berpandangan sesama sendiri melihat Maisarah melangkah pergi.

"SARAH!!!" BERGEGAR VILA ITU DENGAN SUARA SHIMA.

"Ya, mama... Coming..." Maisarah bergegas turun ke bawah. Dia pasti mama telah melihat pasu bunga yang telah pecah itu. Salah Maisarah juga. Dia terlupa membersihkan pasu dan sisa tanah yang bertaburan disitu. Apabila dia berdiri dimuka pintu dilihatnya mama sudah siap bercekak pinggang.

"Sarah, apa yang dah jadi dengan bunga mama ni, hah?" Dahi Shima berkerut sambil memandang anaknya. Geram hatinya melihat bunga mawar kesayangan patah. Bersusah payah dia menjaga bunga itu dengan melakukan kajian dengan membaca buku berkaitan tanaman, membaca di internet serta meminta petua dari ibu mertuanya yang berada di England.

Inilah kali pertama bunga mawar yang ditanamnya berkembang mekar. Selama ini semua bunga mawarnya akan layu dan mati setelah bebrapa ketika. Bukan hanya bunga mawar, segala jenis bunga dan tanaman yang ditanam sebelum ini tidak ada yang menjadi.

"Er... bunga tu patah? Pasu pecah?" Jawab Maisarah teragak-agak. Ibunya sudah mula menghadiahkan jelingan tajam berserta pakej muka yang masam mencuka. Maisarah menundukkan muka. Takut untuk menatap wajah ibunya. Bila-bila masa sahaja mamanya itu bakal meletup.

"Mama tau la pasu tu pecah, tapi mama nak tahu macam mana pasu tu boleh pecah? Siapa yang bagi pecah?" Soal Shima lagi. Geram apabila melihat anaknya itu seperti main-main dengannya.

"Erm... Entahlah mama. Sarah pun tak tahu. Sarah pun baru nampak pasu ni pecah bila mama panggil tadi." Maisarah terpaksa berbohong. Andai mama tahu kucing-kucing yang berada didalam bilik tidurnya itu punya angkara pasti mama tak akan membenarkan Maisarah memelihara binatang kesayangan Rasulullah S.A.W itu.

"Takkan Sarah tak dengar bunyi pasu pecah? Sarah buat apa tadi? Sarah keluar dari rumah ye?"

"Sudahlah tu... Nak buat macam mana pasu tu pecah... Mungkin ada kucing atau anjing yang melawat rumah kita ni. Tak pun ada anak-anak jiran yang main bola dekat-dekat kawasan ni. Lepas tu tertendang pula bola tu dekat sini. Bila diorang datang nak ambil bola, tengok-tengok pasu bunga awak dah pecah... Diorang pun cepat-cepat ambil bola lepas tu lari balik rumah sebab takut tuan rumah ni berubah jadi Hulk..."

Maisarah menarik nafas lega. Mujurlah papanya datang di saat-saat genting ini. Kalau tidak pasti lebih banyak soalan yang keluar dari mulut mama.

"Eii... Awak ni... Boleh jangan buat lawak tak? Saya tengah geram ni tahu tak? Penat saya jaga pokok bunga mawar saya ni. Dah banyak kali saya tanam asyik mati aje. Ni first time berbunga tapi pasu ni pecah pulak. Tengok bunga ni pun dah patah." Shima menunjukkan kuntuman bunga mawar yang patang itu kepada suaminya Mikael. Mikael hanya menggeleng kepala melihat gelagat isterinya itu.

"Tanam la lagi... Hari tu kan da berbunga, kali ni Insyaallah mesti boleh berbunga jugak. Kalau tak berbunga jugak saya belikan ladang bunga untuk awak nak? Dah, Sarah jom masuk. Sarah dah makan? Malam ni kita makan pizza nak? Papa dah lama tak makan pizza..." Mikael memeluk bahu anak gadisnya sambil berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan isterinya yang masih masam mencuka.

"Awak nak duduk dekat luar tu sampai malam ke? Dah senja ni, orang tua-tua cakap senja-senja ni banyak setan berkeliaran..." Shima menggigit bibir bawah. Geram dengan suami yang tak sudah-sudah mengusik. Tiba-tiba dia merasakan angin sejuk bertiup dibelakangnya. Perassan seram mula bersarang di dalam hatinya.

Dia memerhati keadaan sekelilingnya. Matanya tertacap pada seekor burung berwarna hitam yang bertenggek di atas pokok mangga. Mata burung itu seolah-olah sedang memerhatikan dirinya. Mata burung yang berwarna merah itu menyeramkan. Dia segera bergegas masuk ke dalam rumah.

MALAM ITU MAISARAH DUDUK DI ATAS KATIL dengan ditemani kucing putih. Kucing hitam itu pula duduk jauh sedikit di birai katil. Maisarah baru sahaja memberikan kedua ekor kucing itu makan nasi serta ikan yang dibawa secara curi-curi ke dalam bilik. Dia masih tidak memberitahu mama dan papa tentang penghuni baharu rumah itu. Mood mama tidak begitu baik hari itu. Jadi Maisarah menangguhkan hasrat untuk memberitahu kedua orang tuanya tentang rancangannya membela kucing.

"Sekarang kau berdua dah tinggal kat rumah aku. Aku ingat nak bagi kau berdua namalah. Kau si putih yang suci, aku namakan White dan kau si kucing hitam yang banyak songeh aku namakan Black. Okey tak?" Maisarah membelai lembut tubuh White sambil matanya memerhatikan Black yang mula melangkah longlai lalu melompat ke atas meja studinya lalu duduk mengadap tingkap. Black mengiau sambil menguis tingkap tanpa mempedulikan Maisarah dan kucing putih itu.

"Black... jangan duduk dekat tingkap tu bahaya. Jatuh nanti." Maisarah hanya menggelengkan kepala. Dia tersenyum sendiri melihat telatah Black. Dia mengambil buku berwarna merah yang diambil dari library bawah siang tadi. Dia masih belum sempat membaca buku itu. Dia melihat sekali lagi tajuk dihadapan buku itu.

'GERBANG RAHASIA'

Halaman pertama dibuka. Tulisan tangan itu kemas dan cantik. Maisarah bersandar dikepala katil. Setelah selesa, dia mula membaca halaman pertama buku itu.

Apa yang aku tulis ini mungkin bakal mengejutkan dunia. Mungkin ada yang menganggap aku gila. Mulanya aku juga berasakan yang diri aku sudah gila. Tapi aku tidak gila. Aku tahu apa yang aku lihat. Aku tahu apa yang aku dengar. Apa yang aku catatkan didalam buku ini bukan sebuah kisah dongeng. Namun ini adalah realiti. Buku ini akan menjadi saksi atas apa yang telah aku lihat dan alami.Aku akan abadikan setiap pengalaman aku di dalam helaian berikutkan. Moga aku dapat membongkarkan rahsia tersembunyi yang masih belum diketahui oleh umat manusia sebelum ini.

'Rahsia tersembunyi? Rahsia apa?' Maisrah mengerut kening. Dia ingin membaca helaian berikutnya tetapi matanya telah mula mengantuk. Dia menutup mulutnya dengan belakang tangan. Sudah banyak kali dia menguap. Isyarat bahawa badannya sudah mula letih.

Buku itu diletakkan di atas kabinet kecil bersebelahan katil. Sebelum tidur dia ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kebiasaannya sejak 2 tahun lepas ajaran dari arwah opahnya. Kata opah, berwuduk boleh mendekatkan diri seseorang itu dengan Yang Maha Pencipta. Ini kerana Allah menyukai orang-orang yang bersih dan suci.

Dua ekor kucing itu hanya memerhatikan Maisarah yang lena tidur di ulit mimpi. Black berjalan lalu duduk disebelah White. Mereka berpandangan seperti sedang membicarakan sesuatu diantara keduanya. Black menjilat kepala White dengan penuh kasih sayang. Mata mereka menatap bulan penuh melalui tingkap rumah agam 2 tingkat itu. Bunyi lolongan anjing memecahkan suasana sunyi malam itu.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.