Home Novel Fantasi Gerbang Rahsia
Gerbang Rahsia
miazahra
5/9/2019 21:45:06
66,845
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 3

"ABANG, ABANG ADA NAMPAK TAK GINCU YANG SELALU SAYA PAKAI TU?" Shima menyelongkar beg tangan dan laci meja soleknya. Dia sudak lewat untuk ke pasar untuk membeli keperluan dapur. Hari itu dia sudah berjanji untuk memasak makanan kegemaran suami dan anaknya, siakap tiga rasa.

"Mana la saya tahu. Bukan saya reti pakai pun gincu awak tu." Mikael menyelak helaian akhbar yang belum sempat dibacanya kelmarin. Shima menjeling tajam.

"Abang ni suka main-main. Saya dah lambat nak ke pasar ni. Nanti habis pulak ikan kat pasar tu. Abang dengan Sarah jugak yang sibuk sangat nak makan siakap tiga rasa." Shima memuncungkan bibir.

"Tak payah pakai la gincu tu... Nanti kalau ada orang mengorat bini saya ni macam mana? Lagipun awak nak pergi pasar je pun. Bukannya nak pergi dinner nak kena pakai gincu bagai." Asma menjulingkan mata.

"Abang... saya pakai gincu tu bukan nak tarik perhatian lelaki kat luar sana tu. Saya pakai sebab bibir saya ni kering, mengelupas... Tengok ni. Nampak?" Asma memuncungkan bibir kepada Mikael. Menunjukkan bibirnya yang mengelupas teruk.

"Lagipun gincu yang saya pakai ni tak ada warna pun. Gincu collagen. Gincu ni cuma akan memberikan warna semula jadi untuk bibir saya ni. Cepat la... abang ada nampak tak?" Asma mencubit peha Mikael setelah dilihat lelaki itu acuh tak acuh sahaja dengan dirinya.

"Ouch! Ya, Allah... Sakitnya... Sampai hati awak cubit saya semata-mata kerana sebatang gincu. Gincu tu lagi penting daripada saya, suami awak..." Asma mengetap bibir sambil membuat isyarat seperti hendak mencekik Mikael. Geram benar dengan perangai suaminya itu.

"Okey...okey... Nak bergurau sikit pun tak boleh. Hurm... Awak cuba tanya dekat Sarah. Manalah tahu dia ada ambil. Anak awak tu kan suka melawa macam awak jugak..." Sempat lagi tangan Mikael mencubit manja pipi isterinya. Asma menepis sambil menjelirkan lidah lalu keluar ke bilik Maisarah.

Mikael hanya tertawa melihat perangai isterinya yang kadangkala kebudak-budakkan itu. Tetapi sikap keanak-anakkan itulah yang telah membuatkan hati Mikael terpaut pada Asma Nur Husna. 

"Sarah... Ada nampak... Arg!!!" Bergegar vila itu dengan suara jeritan Asma. Mikael mencampakkkan surat khabar yang dibaca ke lantai. Dia segera bergegas ke bilik anaknya. Begitu juga dengan Maisarah yang baru melangkah ke ruang dapur.

"Honey, what happens?" Matanya melilau melihat seluruh bilik yang dicat dengan warna merah jambu itu. Maisarah melihat wajah ibunya yang pucat. Kedua beranak itu melihat ke arah pandangan mata Asma.

"Tu... Tu kucing siapa?" Mendatar sahaja suara Asma. Telunjuknya menunjuk ke sudut bilik Maisarah.

"Er... Tu kucing... Sarah..." Maisarah menjawab lambat-lambat. Kepalanya ditundukkan. Tidak berani untuk bertentang mata dengan ibunya.

"Comelnya kucing ni. Mana Sarah dapat?" Maisarah tergamam memandang papanya yang segera memangku membelai White. Maisarah memandang mamanya yang juga terkejut dengan tindakan papanya itu.

"Kucing ni dah ada nama?" Mikael memetik jari sambil membuat bunyi kucing untuk menarik perhatian Black yang mula melompat ke atas meja berhampiran tingkap.

"Er... Ada... Ni White... Yang tu... Black..." Jawab Maisarah sepatah-sepatah.

"Sarah dah bagi makan Black and White ke?" Belum sempat Sarah menjawab kedengaran suara mamanya memanggil papa.

"Abang..."

"Kenapa?"

"Abang tak fikir apa yang saya fikirkan..."

"Fikir apa?"

"Abang jangan kata yang abang nak bela kucing-kucing ni..."

"Kenapa pulak? Salah ke? Kucing-kucing ni comel apa? Tengok ni. Putih bersih lagi." Papa menunjukkan kucing putih itu kepada mama. Mama terjerit kecil. Merah padam muka Asma. Nampak sangat yang dia sedang marah dengan Mikael. Bukannya suaminya itu tidak tahu yang dari dulu lagi dia memang tidak sukakan binatang bermisai itu.

"Abang jangan nak mengada okey? Saya tak bagi. Saya tak suka kucing-kucing ni ada dalam rumah kita. Sarah kejap lagi pergi buang kucing ni. Mama tak nak tengok." Asma memandang Maisarah sambil bercekak pinggang.

"Tapi mama..."

"Tak ada tapi...tapi..."

"Papa..." Maisarah cuba meminta simpati dari Mikael.

"Biarlah kucing ni kat sini. Lagipun Maisarah pun dah lama sangat teringin nak bela kucing. Saya pun dah berpuluh tahun teringin nak bela kucing ni. Biarlah kami bela." Maisarah tersenyum gembira. Papa menyebelahi dirinya kali ini. Dia menahan tawa melihat papanya berlagak comel di depan mama.

"Tak boleh..." Asma masih mencekak pinggang memandang suaminya.

"Boleh."

"Tak boleh."

"Boleh."

" Tak boleh."

"Miow..." Black mengiau. Menyampuk perbalahan antara Asma dan Mikael. Maisarah tertawa kecil tetap segera menutup mulut apabila melihat wajah ibunya yang mula menyinga.

"Tengok. Black pun nak duduk dekat rumah ni." Kata Mikael sambil memandang wajah isterinya.

"Pandai la abang tu. Saya tak suka la bela kucing. Kotor. Nanti kalau dia berak, kencing siapa yang nak bersihkan?"

"Maisarah." Mikael pantas menjawab. Maisarah tergamam. Kelu lidahnya untuk mengiyakan cadangan papanya itu. Maisarah memang ingin membela haiwan itu, tetapi dia tidak pernah terfikir tentang membersihkan najis haiwan-haiwan itu. Membayangkan bau najisnya sahaja tekaknya berasa loya.

"Sarah bersihkan ye..." Mikael mencuit siku anak gadisnya. Maisarah terpaku melihat Mikael yang telah berdiri di sebelahnya. Asma hanya tersenyum sinis melihat anaknya. Dia tahu Sarah tak akan sanggup untuk mencuci najis haiwan comel itu. Maisarah menelan air liur.

"Okey... Sarah janji Sarah cuci kalau diorang kencing atau berak..." Lemah sahaja suaranya. Dia terpaksa bersetuju kerana memang dia ingin sangat memelihara kucing. Dia mendengar Asma merengus kasar.

"Baik, nak bela sangatkan... Sarah kena pastikan kucing-kucing Sarah ni tak kacau mama. Mama tak nak tengok kucing-kucing ni cakar pintu, langsir, sofa bantal atau apa-apa aje... Mama nak rumah ni bersih dan wangi tanpa bau najis mereka faham. Kalau mama ada bau najis kucing aje, Sarah mesti buang kucing ni."

Sengaja dia meletakkan syarat itu. Dia yakin yang Maisrah tak akan mampu lakukannya. Kalau seekor kucing, mungkin dia mampu kawal. Tapi kalau dua ekor... Lagipun Asma lihat kucing yang diberi nama Black itu tidak begitu manja. Dia lihat dengan ekor matanya yang kucing itu hampir sahaja mencakar Mikael setiap kali cuba di sentuh.

"Tapi mama..."

"Okey... Sarah setuju." Mikael menyampuk. Tangannya memeluk bahu Maisarah sambil tersenyum sumbing. Asma menjeling tajam ke arah suaminya.

"Fine... Kita tengok macam mana... Dah la. Saya dah lambat pergi dulu." Asma segera melangkah ke muka pintu.

"Eh? Awak nak ke mana? Bukan tadi nak cari lipstick ke? Dah jumpa?"

"Dah jumpa. Tapi saya nak pergi beli yang baru."

"Kenapa?" Tanya Mikael kehairanan.

"Gincu tu dah tercemar dengan bulu kucing anak awak." Jawab Asma sambil berlalu keluar. Mikael dan Maisarah saling berpandangan. Mata mereka berdua melilau melihat sekeliling. Rupa-rupanya Black tengah bermain dengan gincu itu. Tangannya menguis-nguis gincu yang bergolek diatas lantai. Mikael dan Maisarah hanya menggeleng tertawa melihat teletah Black.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.