Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,693
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Dato Munir masuk ke dalam biliknya dengan wajah serius. Terus dihempaskan badannya di atas kerusi. Johari yang mengekori dari belakang turut menarik kerusi untuk duduk.

“Macam mana kita boleh kalah lagi, Jo?. Hari tu Jo yakin sangat yang kita akan menang tender projek Labuan tu. Tapi akhirnya kita kalah. Banyak kita rugi untuk rebut tender tu Jo.” Dato Munir memicit kepalanya. Bukan sedikit duit yang dilaburkan untuk merebut tender itu. Tapi berjuta ringgit yang melayang begitu saja. Syarikatnya memang amat berharap untuk mendapatkan projek Labuan itu.Sekurang-kurangnya dengan projek baru ini dapat memberi sedikit keyakinan kepada pelabur akan kemampuan syarikatnya yang tika ini imej mereka sedikit terjejas akibat daripada beberapa projek kendalian syarikat mereka yang mengalami kerugian dan gagal.

“Jo pun tak tahu Daddy. Entah-entah dia orang pasang spy untuk menjatuhkan syarikat kita.” Johari memberi alasan. Dia juga kecewa dengan kegagalan ini. Dia yang banyak menghabiskan masa untuk memastikan projek kali ini berjaya. Tapi akhirnya kekecawaan jua yang diperolehi.

“Sakit kita Jo. Daddy tak tahu macam mana kita nak survive selepas ni. Mesti pemegang saham akan bising dengan kegagalan kita ni. Silap hari bulan syarikat ni akan bungkus.” Dato Munir mengeleng lemah. Serabut kepalanya tika ini. Sejak kebelakangan ini sukar benar syarikatnya nak bersaing dengan syarikat-syarikat pembinaan yang semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Johari terdiam. Dia juga pening dengan keadaan sekarang ini. Hatinya pun sakit dengan kejayaan Hasnan yang tika ini menerajui Mutiara Holding. Dendamnya pada Hasnan masih belum berbalas. Sudahlah cintanya pada Mysara ditolak hanya kerana Mysara tergila-gilakan Hasnan. Kini segala projek besar-besar dimenangi oleh Hasnan.

“Sekarang apa yang kita nak buat Daddy ?”

Dato Munir mengeluh. Buntu untuk mencari jalan keluar dari masalah yang baru timbul ini. Dia pasti pemegang saham akan melenting dengan berita terbaru ini. Jawapan yang kukuh serta menyakinkan perlu diberikan pada semua pemegang saham.

“Hummm…..buat apa lagi, Daddy nak Jo sediakan laporan tentang kegagalan kali ini secepat mungkin. Daddy pasti semua pemegang saham nak kan jawapan daripada kita,” lemah saja tutur Dato Munir.


Sebaik muzik rancak nyanyian JLO bertajuk On The Floor tamat Johari meredah lautan pengunjung kelab malam untuk kembali semula ke tempat duduknya. Minuman keras yang sedia menanti diteguknya dengan rakus. Malam ini dia sengaja memabukkan dirinya. Dia ingin melupakan semua masalah yang sedang menghimpit dirinya tika ini.

“Oooiiiii….banyaknya kau minum malam ni?.”

“Aku nak enjoy malam ni.” Dalam keadaan mabuk Johari berkata. Entah dah berapa gelas minuman keras diteguknya. Kegagalan demi kegagalan dalam projeknya membuatkan hatinya tidak tenang.

“Are you okay Jo?.”

“Aku okay lah bro. Boy!....more drink here.” Johari menjerit pada seorang pelayan yang melintasi tempat mereka.

“Ooooo……cukup bro. Kau aku tengok dah mabuk sangat ni.” Salah seorang rakan Johari cuba menghalang Johari dari terus minum.

“Wei!....aku okaylah. Korang pergilah menari lagi. Jangan risau pasal aku. Pergi…..pergi….pergi….” Johari menghalau mereka. Dia ingin bersendirian.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan rakan-rakan Johari meninggalkan dia seorang diri. Mereka kembali semula ke pentas tarian bersama pasangan masing-masing.

Dalam pada itu Johari memandang beberapa orang pelanggan yang baru masuk ke dalam kelab. Bibirnya mengukir senyuman bila terpandang seseorang yang dikenali sedang duduk di bar. Digagahkan dirinya untuk bangun. Dalam keadaan terhoyong-hayang dia melangkah menghampiri bar.

Can I buy you a drink?” tanya Johari dalam keadaan mabuk.

Mysara menoleh sebelah kirinya. “Jo?” Mysara terkejut bila Johari tiba-tiba menegurnya. Sejak mereka pulang dari UK, dia langsung terputus hubungan dengan Johari. Malam ini adalah malam bertuahnya. Sudahlah dia bertengkar tadi dengan Hasnan pasal perempuan murah tu. Dia datang sini untuk menghiburkan hatinya yang sedang sakit.

“Tak sangka you masih ingat dengan I, Sara.” Johari duduk disebelah Mysara.

“Mestilah I ingat. Kitakan pernah belajar sama-sama kat UK dulu. You buat apa sekarang ni Jo?” tanya Mysara sambil meneguk minuman yang dipesannya.

“You sekarang sedang memandang bakal CEO Cempaka Holding,” kata Johari bangga. Dia tidak mahu nampak kerdil di hadapan Mysara.

“Wow!...hebat,” Mysara menepuk mesra bahu Johari.

“Mmm….mana buah hati you?. Tak kan dia sanggup lepaskan awek cantik dia ni berhibur seorang diri aje,” ujar Johari yang sedari tadi tidak nampak kelibat Hasnan.

Mysara senyum sinis. “Can we not talk about him tonight.” Mysara benci untuk bercakap tentang Hasnan malam ini. Dia ingin lupakan Hasnan buat seketika.

“Tu lah….kalau you terima cinta I dulu, mesti sekarang ni you akan sentiasa happy aje. I akan pastikan hati you tak akan terluka baby,” Johari menghemburkan kata-kata manis sambil mengusap pipi gebu Mysara.

Maybe,” ringkas saja jawapan dari mulut Mysara.

Johari tersengih. Ini peluangnya untuk merampas Mysara dari tangan Hasnan. Kali ini dia tak akan gagal. Dia tak akan biarkan Hasnan sentiasa menang.

“Okay. Apa kata malam ni you bersama dengan I. Kita enjoy puas-puas malam ni.”

Mysara mengusap muka Johari. “Let’s dance,” bisik Mysara dengan suara mengoda. Terus di tarik Johari untuk ke pentas tarian.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.