Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,909
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Hasnan melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Aroma bauan haruman kopi terhidu segar sebaik dia melangkah masuk. Dihampiri meja dan melihat secawan kopi panas terhidang diatasnya. Dicapai tangkai cawan dan menghirup air kopi yang masih berasap.

Sebaik menghirupnya terukir senyuman lebar dibibirnya. Dia kenal bancuhan ini. Tak lain tak bukan Nurul Amira. ‘Dia dah masuk kerja ke?.’ Hasnan bertanya sendirian. Tanpa menunggu lama Hasnan melangkah keluar dari biliknya.

“Niza, Mira dah masuk kerja ke?” tanya Hasnan sebaik menghampiri meja Niza.

“Dah Encik Hasnan,” jawab Niza tersengih.

“Kenapa you tersengih ni?.”

“Sejak Mira cuti sakit, muka Encik Hasnan monyok aje. Ni bila dapat minum air kopi umph terus ceria muka tu,” usik Niza.

Hasnan tersenyum dengan usikkan Niza. Memang benar kata Niza, sejak Nurul Amira cuti dia rasa lain sangat. Rasa tak bermaya bila tak dapat merasa air kopi umph bancuhan Nurul Amira.

“Pandai aje you ni Niza. Dah buat kerja you,” kata Hasnan dan terus saja berlalu.

“Eh…Encik Hasnan nak ke mana tu?” tanya Niza.

“I nak jumpa dengan Mira sekejap,” jawab Hasnan ceria.

“Mmmm……tapi Dato nak jumpa dengan Encik Hasnan sekarang,” kata Niza serba salah. Baru tadi dia dapat panggilan daripada setiausaha Dato Nor Azizi.

“Okay. Nanti I terus pergi bilik papa.” Tanpa berlengah Hasnan mengatur langkah.

Niza menjungkitkan bahunya sambil melihat saja Hasnan yang menuju ke lift.

“Encik Hasnan ke mana tu?” Nik menghampiri meja Niza.

“Ada hal sikit kat bawah. Abang cari Encik Hasnan ke?” Niza memandang Nik, tunangnya.

“Haah. Dato nak bincang tentang tender Sri Iskandar yang kita nak submit esok. Memandangkan Encik Eziwan ada seminar kat JB dua hari, abang kena gantikan tempat dia kat sini,” jelas Nik.

“Oooo…..abang pergilah dulu jumpa Dato. Encik Hasnan cakap lepas siap urusan dia nanti dia terus pergi ke bilik Dato,” jawab Niza bagi pihak Hasnan.

“Okaylah macam tu. Abang pergi dulu. Malam ni kita jumpa ek?” sempat lagi Nik mengenyitkan matanya pada Niza.


“Assalamualaikum Mira,” Hasnan memberi salam sebaik menemui Nurul Amira yang sedang membersihkan meja ditingkat 3.

“Waalaikumussalam. Encik Hasnan.” Nurul Amira agak terkejut dengan kehadiran Encik Hasnan yang tak disangka-sangka pagi ini.

“Mira dah sihat ke?.”

“Dah Encik Hasnan,”segan pulak Nurul Amira bila Encik Hasnan jumpanya di sini. Ada juga mata-mata yang sedang memandang mereka.

“Baguslah. Tapi jaga sikit kesihatan tu. Jangan pengsan lagi lepas ni.”

“Insya-ALLAH. Eerrr…..Encik Hasnan, terima kasih sebab tolong bayarkan bil rawatan hospital saya,” ucap Nurul Amira yang merasakan terhutang budi dengan kebaikkan Encik Hasnan.

“It’s okay. Sambunglah buat kerja semula dan terima kasih untuk air kopi pagi ni,” balas Hasnan sebelum berlalu pergi.


Mysara menghempas pintu biliknya dengan kasar. Sakit matanya melihat kemesraan Hasnan dengan cleaner yang dimarahi minggu lalu.

“Dasar lelaki miang. Dengan cleaner pun nak mengayat!” Mysara melenting marah.

Habis semua barang diatas meja diselerakkan. Hatinya benar-benar panas dengan perempuan cleaner itu. Kerana dia Hasnan memarahinya dan sehingga kini Hasnan langsung tidak menegurnya. Dah acap kali dia memujuk namun satu pun pujukkan tidak jalan.

Penat mengamuk Mysara menghempaskan badannya di atas kerusi empuknya. Dia melepaskan lelahnya. Tangannya terasa mengigil. Wajah perempuan cleaner itu menari-nari di ruang matanya. Terasa tika ini nak dicarik-carik muka perempuan itu.

“Dasar perempuan murah!. Nak cari jalan mudah aje untuk hidup senang. Kau jangan ingat aku akan semudah ini biarkan Hasnan terlepas ke tangan kau. Tak semudah itu. Ini Mysara! Aku tak akan mudah mengalah.” Mysara terjerit-jerit seorang diri.

“Hey……apa hal dengan you ni, Sara!. Tengok bilik ni bersepah-sepah. Kenapa pagi-pagi dah mengamuk tak tentu pasal ni?. Siapa yang buat hati you sakit?” Qistina mengeleng bila melihat bilik Mysara bersepah. Habis semua barang jatuh ke lantai.

Mysara mendengus geram. “Siapa yang tak geram bila kekasih sendiri lebihkan perempuan lain selain dari dia. Dahlah bil perempuan tu dia bayar. Siap bagi wad first class lagi tu. Lepas tu pagi-pagi lagi dah cari perempuan tu bila tahu dia masuk kerja hari ni. Geramnya I!” Bertubi-tubi Mysara melepaskan perasaan tidak puas hatinya.

“You ni cakap pasal siapa ni, Sara?” Qistina masih keliru dengan butir bebelan Mysara.

“Siapa lagi perempuan cleaner tu lah!” suara Mysara masih tinggi.

“Mmmm……perempuan siam tu ke?.” Qistina meneka. Peristiwa Nurul Amira yang pengsan selepas di sergah oleh Mysara menjadi bualan panas di Mutiara Holding buat beberapa ketika.

“Siapa lagi. Sakit hati I bila tengok Hasnan boleh tersenyum bila bercakap dengan perempuan murah tu. Kalau cakap dengan I tak pernah nak berlembut macam tu pun.”

“Entah-entah Hasnan tu dah jatuh cinta dengan perempuan siam tu kut.” Qistina meneka.

Mysara pantas menoleh memandang Qistina. Kata-kata Qistina menakutkannya. ‘Tak. Aku tak boleh biarkan perempuan tu rampas Nan dari aku. Malu aku kalau kalah dengan perempuan macam tu. Tak. Aku tak boleh kalah.’ Ego Mysara tercabar.

“You jangan cakap yang bukan-bukan Qis.” Mysara sudah bercekak pinggang.

“I teka aje Sara. Tapi you jangan ambil mudah perkara ni. Baik you berhati-hati sebelum terlambat.”

“I tahulah apa nak buat dengan perempuan tu.” Lontaran suara Mysara penuh dengan kebencian dan amarah.

“You nak buat apa dengan perempuan siam tu?” Qistina sibuk nak tahu.

Mysara tersenyum sinis. Dia akan lakukan apa saja bagi memastikan haknya tidak dirampas oleh sesiapa pun.

“You tengok sajalah Qis. I tak akan biarkan dia rampas apa yang menjadi milik I,” ujar Mysara tanpa menjelaskan tindakan yang bakal diambil.

“Ikut suka you lah Sara. Mmm….I datang ni ajak you sarapan. Jom,” kata Qistina.

“I tak ada selera. You pergilah.”

Qistina menjungkit bahunya. “Suka you. I keluar dulu.”


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.