Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,915
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Dato Nor Azizi memandang seorang demi seorang pegawai atasan sewaktu ingin memulakan mesyuarat bulanan. Tiba-tiba matanya terhenti pada kerusi yang kosong disebelah Linda.

“Sara mana?” soal Dato Nor Azizi sambil memandang wajah Hasnan.

“Ehem….” Hasnan berdehum kecil bila mengetahui Papa memandangnya. Manalah dia tahu Mysara di mana. Mysara pun satu, dah tahu hari ini ada mesyuarat bulanan lagi nak mengular.

“Emmm…..dia cuti agaknya, Papa.” Linda menjawab bagi pihak Hasnan yang membisu bila disoal oleh Papa.

“Cuti?. Hummm…..bahagian logistik untuk projek Labuan tu siapa yang handle selain Sara?” Dato Nor Azizi inginkan kepastian. Dia tidak mahu projek yang baru mereka dapat ini ada masalah nanti.

“Ghani akan uruskan Papa. Dia kan pembantu Sara,” jelas Hasnan sambil memandang Ghani yang duduk disebelah Eziwan.

“Betul tu Dato. Cik Sara dah arahkan saya menguruskan penghantaran dan pembelian bahan binaan untuk projek Labuan tu.” Ghani hanya mengiyakan saja kata-kata Hasnan. Sedangkan perkara ini tidak pernah lagi cik Mysara bincangkan dengannya.

Dato Nor Azizi mengangguk. “Bagus. Saya harap projek ini tidak ada masalah nanti. Kita kena ingat projek ini nilainya besar dan banyak mata yang memerhatikan prestasi syarikat kita ini. Jadi saya mahu semua orang memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan projek ini, ” ujar Dato Nor Azizi mengharapkan hasil kerja yang terbaik daripada semua pekerjanya.

“Papa jangan risau tentang itu. Nan dan yang lain akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Lagipun selepas ini banyak lagi projek yang akan kita dapat dan kita akan laksanakan semua projek itu dengan jayanya. Percayalah Pa.” Dengan penuh yakin Hasnan berkata.

Dato Nor Azizi tersenyum lebar. Hasnan dah semakin matang dalam mentadbir syarikat. Dengan bantuan Eziwan, Linda, dia yakin Mutiara Holding akan terus gah di Malaysia dan harap-harap dirantau Asia.


“Ghani, you buat ikut yang kita bincangkan tadi. I nak semuanya mengikut jadual yang telah kita bincangkan ni.” Tegas Hasnan sambil menyerahkan semula fail projek Labuan kepada Ghani.

“Baiklah encik Hasnan. Mmmm……nanti saya akan serahkan segala maklumat ni pada cik Sara. Saya keluar dulu encik Hasnan,” kata Ghani sambil mengambil fail dari tangan Hasnan.

Hasnan mengangguk seraya disandarkan kepalanya sambil memusing-musingkan kerusi empuknya. Fikirannya melayang memikirkan ketidakhadiran Mysara hari ini. ‘Tak kan sebab bergaduh semalam dia tak datang pejabat?. Hummm……’ Hasnan mengeluarkan handphone blackberry miliknya. Nombor Mysara didailnya. Bunyi deringan, namun tidak berangkat. Dicuba beberapa kali. Tapi hasilnya tetap sama tidak berangkat.

“Hiss…..mana pulak Sara ni. Orang dahlah banyak kerja nak buat ni. Ikut suka hati dia aje nak datang ke tidak. Kalau ikut aku dah lama aku berhentikan dia ni,” omel Hasnan bila panggilannya tidak berangkat.

Sementara itu Mysara yang baru sampai dirumahnya mendengus marah bila melihat nama Hasnan yang tertera di skrin handphone Iphone 4S miliknya. Dengan langkah yang malas dia membuka pintu dan melangkah menuju ke ruang tamu. Dihempaskan badannya diatas sofa sambil tangannya mencapai remote control televisyen. Dari satu siaran ke satu siaran dibukanya. Namun tiada satupun yang menarik perhatiannya.

Bosan bila tiada satu pun siaran yang menarik, dia bercadang untuk menyambung tidurnya di dalam bilik. Dalam perjalanan meniti anak tangga menuju ke biliknya di tingkat atas Mysara bertembung dengan Mummy.

“Ke mana Sara pergi semalam?. Daddy dah bising pagi tadi bila tengok Sara tak balik-balik dari semalam,” bebel Datin Rozita. Geram dengan perangai Mysara yang masih liar tidak berubah.

Mysara buat muka bosan. Ada aje salahnya di mata Mummy. Semua yang dia lakukan ada aje silapnya di mata Mummy.

“Tengok tu buat muka. Kamu ke mana semalam Sara?” Datin Rozita terus mendesak. Dia tahu Mysara tidak balik semalam. Pakaian yang Mysara pakai ini adalah pakaian semalam. Apa nak jadilah dengan anak gadisnya yang seorang ini. Dia bukannya ada ramai orang anak. Mysara inilah satu-satunya anak yang dia ada. Namun tindak-tanduk Mysara sering merunsingkan hati tuanya.

“Mummy…..boleh tak Mummy tak payah masuk campur urusan Sara. Ke mana Sara pergi semalam. Apa Sara buat semalam. Mummy tak perlu risau. Sara dah besar dan tahu nak jaga diri. Sekarang ni Sara nak masuk bilik, nak tidur. ”

“Tengok tu, ikut sedap mulut aje cakap tu. Kalau Datin Zawiyah tahu perangai Sara teruk macam ni, tak nak dia jadikan Sara menantu dia nanti,” sindir Datin Rozita geram dengan perangai Mysara.
Mysara mencebik. “Macamlah anak dia tu baik sangat, mummy. Nan tu pun dua kali lima sama aje dengan Sara,” selamba saja Mysara berkata.

Datin Rozita hanya mampu mengeleng dan kesal dengan sikap biadap Mysara. Apalah nak jadi dengan anak gadisnya yang seorang ini.

Mysara menghempaskan pintu biliknya. Tas tangan dicampak ke lantai dan terus saja dihempaskan badannya terlenting memandang siling biliknya. Semalaman dia menghabiskan masa bersama dengan Johari. Lelaki yang suatu ketika dulu pernah meluahkan rasa cinta padanya. Namun tika itu dia sedang memburu cinta Hasnan. Johari antara lelaki yang dia telah kecewakan hanya kerana dia amat menyintai Hasnan.

Mysara tersenyum sendiri. Semalam Johari melayannya umpama bidadari. Selama ini dia mendambarkan belaian itu daripada Hasnan. Tapi impian itu tak pernah berlaku. Hasnan kaku. Sikap dingin Hasnan amat mengecewakan Mysara. Dia yang terhegih pada lelaki yang tidak menyintai dirinya.

Teringatkan Hasnan membuatkan hati Mysara kembali membuak marahnya. Namun dia tidak mampu untuk bencikan Hasnan. Dia masih mencintai Hasnan. Dia masih ingin menambat hati Hasnan. Tapi dia tak tahu bagaimana untuk membuatkan Hasnan membalas cintanya. Hati Hasnan umpama batu yang keras. Sukar untuk dipecahkan.

Tiba-tiba handphone Iphone 4S Mysara berdering lagi. Dia bangun dan mencari tas tangannya. Setelah menemui tas tangan yang terdampar diatas lantai dia mengambil handphone Iphone 4S dan melihat nama yang tertera diskrin. Bibirnya terukir senyuman.

“Hai sayang….kenapa balik tak kejutkan I?” Terdengar suara Johari ditalian.

“I tengok you tidur lena sangat,” ungkap Mysara manja. Dia masih dapat merasakan kehangatan badan Johari tika ini.

“I miss you sayang. Kita jumpa malam ni?” lembut Joharimengoda.

“Okay. Kita jumpa kat kelab malam ni. Tapi…..I tak boleh temankan you macam semalam. Nanti parent I bising pulak.”

Ala baby I miss you.” Rengek Johari lagi.

Mysara tergelak kecil. Dia gembira dengan sikap Johari yang manja. Kalaulah Hasnan seperti Johari, pasti hidupnya lebih bahagia.

See you tonight. Bye….” Tanpa mahu memanjangkan perbualan Mysara terus saja mematikan talian. Dia kembali merebahkan badannya di atas katil.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.