“Jom Mizi kita duduk
berbual dulu. Penat jugak bila dah lama tak pegang kayu golf ni. Nampak sangat
dah tua.” Dato Nor Azizi berseloroh sambil menepuk bahu dato Tarmizi.
“You masih mudalah Azizi, mana tuanya,” bidas Dato
Tarmizi bergurau. Mereka sama-sama tergelak.
“Pandai aje you ni. Tengok ni rambut pun dah beruban
dah.” Dato Nor Azizi menayangkan rambutnya yang sudah dipenuhi dengan uban
putih. Tika ini sepatutnya dia sudah bersara daripada dunia korporat. Sebab itu
dia melatih Hasnan sedikit demi sedikit berkaitan dengan pengurusan syarikat.
Nanti bila tiba masanya untuk dia berundur diri, Hasnan sudah bersedia.
“Kenapa Hasnan tak ikut sekali?. Dah lama I tak jumpa
dengan dia.”
“Dia tak ada kat sini. Semalam dia dah terbang ke Labuan
dengan Ez.”
“Oooo…..pasal projek Labuan tu kan?.”
“Yup. Buat permulaan ni Nan dengan Ez akan pantau projek
tu. Projek tu kan baby dia. Jadi memang dia perlu ambil berat tentang projek
tu. I sekadar penasihat saja,” ulas Dato Nor Azizi sambil menghirup air oren
jus. Saat air oren jus menerjah masuk ke tekaknya hilang rasa hausnya.
“Bertuah you Azizi. Ada anak dan bakal menantu yang boleh
diharapkan. I ni tak sebertuah macam you,” kata Dato Tarmizi merendah diri.
“Sara kan dah boleh diharapkan. Dia juga banyak
menyumbang idea dalam menaikkan lagi Mutiara Holding.”
Dato Tarmizi tersenyum. Mysara adalah satu-satunya anak
yang dia ada. Namun sejak pulang dari UK, Mysara tidak mahu bekerja dengan
syarikatnya. Sebaliknya Mysara memilih untuk bekerja di Mutiara Holding.
“Tulah masalahnya. Dia asyik sumbangkan idea untuk
company you. Tapi company yang I bina untuk dia, dibiarkan saja.” Ada nada
kecewa dalam suara Dato Tarmizi.
“Jangan cakap macam tu Mizi. Sara tu I dah anggap macam
anak I sendiri. Lagipun kita kan dah berjanji untuk satukan Sara dengan Nan. So
tak kira dimana dia dengan Nan bekerja, tapi akhirnya 2 syarikat akan bersatu
jugak nanti.”
Dato Tarmizi ketawa. Iya…memang itulah yang diharapkan
selama ini. Penyatuan Hasnan dengan Mysara akan membawa anjakkan baru dalam
usaha dia dengan Dato Nor Azizi untuk mengabungkan dua syarikat gergasi mereka
agar menjadi satu. Pasti masa itu syarikat mereka akan berdiri kukuh dan sukar
untuk disaingi.
“Mizi….I cadang nak umumkan pertunangan Nan dengan Sara
pada majlis ulangtahun wife I nanti. Kita tak payah ikat mereka lama-lama. Kita
buat majlis kahwin mereka serentak dengan majlis kahwin Ez dengan Lyn.” Rancak Dato Nor Azizi menyatakan perancangannya.
“Mmmm…..Lyn dengan Ez dah tetapkan tarikh ke Azizi?.”
“Belum lagi. Tapi I ingat nak langsungkan majlis mereka
berdua dalam bulan 7 tahun ni jugak. Nanti boleh kita buat untuk Nan dengan
Sara sekali. Macam mana?.”
“On my part….I
tak kisah. Memang dah lama I tunggu kata putus dari pihak you. Maklumlah I ni
pihak perempuan. Tak kan I nak canangkan dulu. Betul tak?” Dato Tarmizi
berseloroh.
“Alhamdulillah. Lega hati I. Nanti you beritahu dengan
Ita dan Sara tentang rancangan kita ni. Bila anak-anak dah lepas nanti I nak
serahkan Mutiara Holding pada Nan dan Ez untuk uruskan. Lyn dan Sara boleh bantu
mereka dari belakang.”
“I harap lepas penyatuan anak-anak kita nanti, bolehlah
kita buat penyatuan syarikat sama. I pun dah tak larat nak uruskan syarikat
sorang-sorang,” jawab Dato Tarmizi dengan penuh pengharapan.
“Insya-ALLAH, bab tu you tak payah gaduhkan. Bisa
diatur,” seloroh Dato Nor Azizi. Dato Tarmizi ketawa sambil menepuk mesra bahu
rakannya itu.
Dato Nor Azizi melangkah keluar dari perut kereta. Dia
mengatur langkah menuju ke laman rumah bila terpandang isterinya sedang
membelek pokok bunga.
“Tak habis lagi belek bunga tu cik Za ooiii…”
“Abang!....Terkejut Za.” Datin Zawiyah meninggalkan
kerjanya dan berjalan mendapatkan suami yang sudah menarik kerusi yang
disediakan dilaman rumah.
“Sunyi aje rumah ni. Lyn mana?.”
“Keluar. Katanya nak beli barang. Lepas tu jumpa kawan,” jawab
Datin Zawiyah seraya menuangkan minuman untuk suami tercinta.
Dato Nor Azizi mengangguk. “Za….tadi masa abang berbual
dengan Mizi, kami ada bincangkan tentang Nan dengan Sara.”
“Apa yang abang bincangkan?” soal Datin Zawiyah yang
turut duduk dikerusi sebelah dato Nor Azizi.
“Abang bercadang nak umumkan pertunangan Nan dengan Sara
pada majlis hari jadi Za nanti. Lepas tu abang pun ingat nak langsungkan
perkahwinan Nan dan Lyn dengan pasangan masing-masing serentak. Kita buat
sekali harung majlis perkahwinan anak-anak kita tu.”
Datin Zakiah sedikit terkejut. “Bab Nan dengan Sara tu,
Za tak kisahlah bang. Tapi bab Lyn dengan Ez tu, keluarga Ez dah tahu ke?.
Lagipun kita kan tak bincang lagi dengan keluarga Ez bila kita nak langsungnya
majlis mereka berdua tu.”
“Haa….sebab tulah abang cakap dengan Za ni. Abang ingat
elok sangat kalau kita langsungkan perkahwinan anak-anak kita ni bulan 7 tahun
ni jugak. Bulan 7 tu kan cuti sekolah. Jadi Abang rasa itulah masa yang sesuai
sekali. Lagipun bukan apa Za, Lyn dengan Ez tu kan dah setahun bertunang. Nak
tunggu apa lagi.”
“Hummm….Za ikut aje bang. Kalau itu yang elok untuk
anak-anak kita, Za sokong. Apa-apa pun kita kena bincang dengan dia orang juga
bang. Lagipun yang nak kahwinnya pun dia orang.”
Dato Nor Azizi mengangguk sambil menghirup air
minumannya. Dia amat berharap agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
Bila semua dah selesai dia ingin membawa isterinya pergi melakukan umrah. Dah
lama perkara itu difikirkannya.
Dah cukuplah selama ini dia sibuk dengan dunia
perniagaan. Sekarang ini adalah masa untuk memperbanyakkan amal ibadahnya.