Mysara melihat cincin
berlian yang tersarung dijarinya. Dia tersenyum bahagia. Kini secara rasminya
dia sudah menjadi tunangan Hasnan. Lapang hatinya bila Hasnan menjadi miliknya.
“Woi….taulah cincin tu cantik. Tak payahlah nak berangan.
Kita datang sini nak menari. Nak berseronok. You nak berangan pulak,” sindir Qistina
yang menemaninya ke kelab malam ini. Nak ajak Hasnan, dia sudah berangkat ke
Labuan 2 hari lepas. Jadi Qistina lah menjadi mangsanya.
“Cantikkan cincin ni. I sukalah,” kata Mysara yang masih
membelek cincin dijarinya.
“Aduhh…..you ni memang dah teruklah beb.” Qistina menepuk
dahinya.
“You tak tahu Qis macam mana I rasa sekarang ni. Bahagia.
Lelaki yang selama ini I cintai akhirnya menjadi tunang I dan tak lama lagi
kami yang disatukan menjadi suami isteri. I tak sabar nak tunggu kami
dinikahkan.” Dengan penuh keterujaan Mysara meluahkan isi hatinya. Dia ingin
Qistina tahu betapa dia bahagia sekarang ini. Kalau boleh dia nak seluruh dunia
ni tahu bahawa Hasnan menjadi miliknya.
“You memang bertuah Sara. Nan tu dahlah hensem, bergaya
dan bakal menerajui Mutiara Holding lagi. Bilalah I ni nak sebertuah you ek.”
Mysara menjeling manja bila mendengar pujian dari
Qistina. Namun perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Johari.
“Hai…..boleh I join
you?” Tanpa menunggu jawapan daripada Mysara, Johari terus melabuhkan
punggungnya disebelah Mysara.
Mysara menarik muka masam. Sejak dia bertunang dengan
Hasnan, dia sudah tidak berhubung lagi dengan Johari. Dia mahu mulakan hidup
baru.
“Lama kita tak jumpakan?” Jari Johari menari-nari
di rambut Mysara.
“You nak apa ni Jo?” soal Mysara dengan nada malas.
“I nak you.” Pantas Johari menjawab.
Mysara membeliakkan matanya. Johari hanya tersengih
memandang Mysara.
“Errrr…..Sara, I pergi menari dululah,” kata Qistina yang
tidak mahu menganggu Mysara dan Johari.
Sebaik Qistina melangkah jauh Mysara menolak badan Johari
yang dekat padanya.
“You jangan nak melampau Jo. Kan I dah cakap yang kita dah
tak ada apa-apa hubungan lagi,” marah Mysara. Berombak dadanya menahan amarah.
Johari ketawa besar. “You ingat semudah itu I nak
lepaskan you. I rindukan belaian you, baby. Setiap malam I rindukan kehangatan
badan you,” kata Johari dengan nada godaan. Jarinya semakin galak menari di
pipi dan kemudian di leher Mysara.
“Please Jo.” Mysara menepis tangan Johari yang semakin
galak meratah tubuhnya.“I tak nak ingat lagi apa yang kita pernah lakukan dulu.
Itu cerita lama. Sekarang ni I tunang Hasnan. I hanya milik Hasnan. I harap you
faham. Dulu tu kita sama-sama hanyut. I dah insaf okay,” luah Mysara dengan tegas.
Dia mahu Johari sematkan dalam kepala yang mereka sudah tiada apa-apa kaitan
lagi.
“Okay. You dah tunang dengan Hasnan. I faham. Tapi kita
masih boleh macam dulu,” kata Johari tidak mahu mengalah. Sakit hatinya bila
Mysara sekali lagi menolak cintanya kerana Hasnan. Lelaki yang
menjengkelkannya.
“No!. You tak faham ke yang I ni dah jadi milik orang.
Kita dah tak boleh macam dulu. Lagipun perkara itu satu kesilapan. Kita tak
patut bersekedudukkan macam tu sebab kita tak ada ikatan yang sah, okay. I
silap dan you pun silap. Jo….please kita lupakan perkara dulu,” rayu Mysara.
Johari yang mendengar tergelak besar. Sakit hatinya
mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Mysara.
“Okey. I boleh lupakan seperti yang you minta. Tapi….ada
harganya.”
Mysara mengerutkan dahinya. “Maksud you?.”
Johari tersenyum sinis. Dia mengeluarkan handphone dari
kocek seluar jeannya. Dihulurkan handphone itu pada Mysara. Senyumannya semakin
lebar bila melihat kerutan di dahi Mysara.
“I ada banyak gambar sewaktu kita bersama. I suka tengok
gambar kita tu. Penuh dengan keghairahan dan keasyikkan,” kata Johari dengan
suara yang nakal.
Mata Mysara terbeliak tatkala melihat beberapa keping
gambar dia bersama Johari dalam keadaan yang memalukan. Tak sangka Johari
menyimpan gambar-gambar ini semua. Sebelum sempat jarinya menekan butang
‘delete’ Johari sudah merampas semula handphone dari tangannya.
“You nak buat apa dengan gambar-gambar tu?. Baik you delete semua gambar tu Jo,” kata Mysara
yang semakin berang dengan perbuatan Johari yang dirasakan keji.
Johari mencebikkan bibirnya. “Delete?. Boleh. Tapi you
perlu bayarlah.” Johari mula mengugut. Kalau dia tidak dapat Mysara, apa
salahnya dia pergunakan Mysara untuk kepentingan dirinya sendiri. Dari itu
selain dapat membalas dendam kerana mengecewakan hatinya dia juga mendapat
keuntungan.
Mysara mendengus marah. Selama ini hanya orang yang
menurut kata-katanya. Tapi malam ini dia perlu menurut kata Johari pulak. Dia
benci.
“Berapa you nak?” dengan angkuhnya Mysara bertanya.
Johari tersengih sinis. “I tak perlukan duit you, Sara.”
“Habis tu?.”
“I perlukan maklumat Mutiara Holding. I nak you dapatkan
maklumat setiap tender yang mereka masuk. Senangkan?” bisik Johari dekat
dengan cuping telinga Mysara.
“You dah gila, Jo!” Mysara terkejut dengan permintaan
Johari.
Johari menjungkitkan bahunya. “Well…..kalau you bagi I maklumat, semua gambar dalam handphone ni I
akan delele depan mata you.
Tapi….kalau tidak…..you standby
ajelah gambar-gambar ni tersebar di dalam internet. Pasti you glamour lepas
tu.” Dalam nada sindir Johari mengugut Mysara.
“You memang bangsat, Jo! You lelaki tak guna!” Mysara
memaki Johari. Tak sangka Johari mempergunakannya untuk kepentingan sendiri.
Johari ketawa semakin kuat. Di peluk badan Mysara. “Hai….janganlah
marah. Masa kita bersama sentuhan dan rengekkan suara you lembut sangat. I miss that,” bisik Johari lagi dengan
penuh ghairah.
Mysara menolak badan Johari. “Stop it, Jo!.”
“I dah bagi you option
sayang. Sekarang ni semuanya ditangan you.”
Mysara mendengus. “Bagi I masa untuk fikirkan.”
“Boleh. I bagi you masa sehari untuk fikirkan.”
“Sehari?.”
“Yes baby. Ingat sehari saja. Call me after you make your decision. Bye.” Johari mencium pipi
Mysara yang masih terdiam kaku.
“Ez….kau rasa Sara
suka tak dengan rantai mutiara ni?.”
Eziwan tersenyum bila Hasnan menunjukkan seutas rantai mutiara
padanya.
“Apa hal kau senyum pulak ni. Aku tanya cantik tak?”
tanya Hasnan yang mula geram.
“Cantik. Apa mimpi kau belikan Sara barang ni. Bukan ke selalunya
kau buat dek aje kat Sara tu,” sinis sindiran Eziwan.
Hasnan menghela nafas. “Aku nak belajar menyintai dia Ez.
Aku nak jadi macam kau. Belajar menyintai tunang sendiri. Tak salahkan.”
Perlahan Hasnan menuturnya. Dia perlu akur yang sekarang ini dia menjadi
tunangan kepada Mysara. Seharusnya mulai dari hari ini dia perlu menerima
Mysara seadanya.
Eziwan menepuk bahu Hasnan. “Baguslah kalau kau dah sedar
dan faham. Semoga kau akan bahagia dengan Sara.”
“Thanks Ez. Kalau macam tu aku belilah rantai ni untuk
Sara. Miss, I ambik yang ni.” Hasnan menghulurkan rantai ditangannya pada
seorang jurujual yang berada didepannya. Dia tersengih memandang Eziwan yang
tersenyum-senyum.
Sebaik mereka keluar dari kedai barang kemas, Hasnan dan
Eziwan menuju ke restoran berdekatan untuk menghilangkan rasa haus tekak
masing-masing.
“Mmm…..Nan, lepas kita balik dari Labuan ni aku ingat nak
cuti dalam seminggulah.” Kata Eziwan sebaik seorang pelayan menghantar minuman
yang dipesan.
Hasnan meletakkan gelas ditangannya dan menoleh memandang
Eziwan.
“Lamanya. Kau nak ke mana?.”
“Tak ke mana. Aku nak balik kampung. Nak bincangkan
dengan orang tua aku tentang majlis perkahwinan aku dengan Lyn. Sebelum pergi
ke sini hari tu Walid ada cakap dengan aku yang mereka nak langsungkan majlis
tu dalam cuti penggal nanti.”
“Ialah. Papa dengan Mama pun ada cakap benda tu. Mereka
siap nak langsungkan majlis kau dengan aku serentak. Kau tak kisah ke, Ez?.”
“Aku okay aje. Bagus jugak tu. Jimat belanja,”jawab
Eziwan jujur.
Hasnan ketawa mendengar jawapan Eziwan. Mereka sama-sama
ketawa.