“Abang...Ekhi takut,”
Khyrulhydza memeluk erat badan suaminya. Perjalanan bot yang menuju ke Jeti
Merang yang pada mulanya lancar sedikit terganggu bila tiba-tiba ombak
bergelora. Awan dilangit juga tiba-tiba bertukar gelap. Keadaan ini membuatkan
perasaan Khyrulhydza semakin cemas.
“Abang…”
“Abang ada kat sini. Kejap lagi kita sampai kat Jeti.
Insya-ALLAH sayang, kita akan selamat,” Eziwan memberikan kata semangat biarpun
dia sendiri didalam hati amat bimbang dengan keadaan mereka yang tika ini
terumbang ambing didalam bot yang teruk dipukul ombak yang mula menganas.
Pelukan Eziwan semakin erat bila melihat Khyrulhydza
mengigil, mungkin kerana kesejukkan mahupun ketakutan. Saat melihat seorang
pekerja bot sedang menimba air yang memasuki bahagian dalam bot, Eziwan ingin
bangun untuk membantu.
“Abang nak kemana?,” tanya Khyrulhydza cemas. Dia tidak
mahu berenggang dengan suami dalam keadaan begini.
“Abang nak tolong dia. Kalau dibiarkan air masuk ke dalam
bot, kita semua boleh tenggelam sayang,” jelas Eziwan sambil mengesat muka yang
kena tempias air hujan.
“Tapi Ekhi takut,” air mata sudah lencun membasahi pipi
Khyrulhydza. Ketakutan sudah menguasai dirinya.
“Sayang duduk sini. Abang tak pergi lama,” Eziwan
memegang kedua belah bahu Khyrulhydza. Dia cuba menenangkan Khyrulhydza.
“Please…Ekhi takut,” kata Khyrulhydza sambil mengeleng-geleng.
Lengan Eziwan di genggam erat.
“Sayang dengar ni, sayang duduk sini. Abang pergi kejap
aje. Okey,” pujuk Eziwan lagi.
Dalam keadaan terpaksa Khyrulhydza mengangguk lemah. Dia
melihat Eziwan membantu menimba air yang mula memasuki ruang penumpang. Ada
beberapa orang penumpang yang turut bersama mereka kelihatan takut sama sepertinya.
Tiba-tiba bot mereka di pukul oleh ombak yang besar. Ada yang terjatuh meyembah
lantai bot. Khyrulhydza yang turut sama terjatuh cuba bangun kembali. Di pandang
sekeliling untuk mencari kelibat Eziwan. Hatinya semakin cemas bila kelibat
Eziwan tidak kelihatan dimatanya.
“Abang!......” dalam cemas Khyrulhydza menjerit memanggil
Eziwan. Khyrulhydza cuba bangun untuk mencari Eziwan. Tangisannya semakin
menjadi-jadi.
“Sayang!....” sayup-sayup kedengaran suara Eziwan.
“Abang!....” jerit Khyrulhydza saat matanya memandang
kelibat Eziwan.Dahi Eziwan kelihatan berdarah. Mungkin terhantuk didinding bot
akibat daripada pukulan ombak besar tadi.
Khyrulhydza cuba melangkah untuk mendapatkan Eziwan.
Namun tanpa sedar sekali lagi ombak besar menerjah bot mereka dan kali ini
Khyrulhydza tidak mampu untuk mengimbangi badannya dan dia terjatuh ke dalam
laut yang sedang menganas. Terkapai-kapai dia cuba mengapungkan dirinya. Namun
amukkan laut semakin melemahkan dirinya.
“Ekhi!......” Eziwan cemas saat melihat Khyrulhydza
terjatuh ke dalam laut. Dia ingin terjun untuk menyelamatkan isterinya, namun
dirinya di halang oleh beberapa orang yang berhampiran dengannya.
“Lepaskan!. Saya nak selamatkan isteri saya,” Eziwan
terus meronta. Namun rontaannya tidak dihiraukan.
“Jangan encik. Nanti encik jugak dihanyutkan,” salah
seorang dari mereka berkata.
“Lepaskan saya!. Isteri saya…” Eziwan terus meronta untuk
dilepaskan.
“Ekhi……Ekhi…..” seperti orang hilang akal Eziwan terus
menjerit memanggil nama Khyrulhydza.