Waktu berlalu pergi. Akhirnya Dian selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat. Kegembiraan opah melebihi segala-galanya dan kelahiran cicit sulung yang dinanti disambut sepenuh hati tanda menghargai amanah Illahi. Tak henti-henti wajah cicitnya itu ditatapi sambil tersenyum senang hati.
Rancangan pewarisan yang diusahakan selama ini akhirnya tercapai dan dia sudah tak perlu bimbang. Sebagai tanda berterima kasih pada kurnianNya itu, dia telah menginfakkan sebahagian hartanya kepada beberapa badan kebajikan yang telah dinaungi selama ini kerana dia sudah bernazar sejak dari awal lagi.
Sejak kali terakhir mereka bertemu yang melibatkan pertengkaran besar dulu, cucunya itu tak pernah muncul. Bila dihubungi, panggilan dibiarkan tak dijawap, lebih mengecewakan, Azeem tak muncul pada hari kelahiran Sofia dan mengiqamatkannya. Dia mula terkilan dengan sikap kebudak-budakan Azeem itu. Demi menjernihkan keadaan, dia akhirnya membuat keputusan untuk melakukan ujian ke atas keduanya. Bukannya kerana tak mempercayai Dian, cuma dia perlukan bukti kukuh untuk menjernihkan keadaan.
Dian mula rindukan ummi. Setiap hari, malah setiap saat ingatannya hanya ada pada ummi kerana sudah lebih tiga minggu mereka tak bersua. Seharipun dah rasa macam sebulan inikan pula dah hampir sebulan. Ingin bertanya khabar melalui Kak Adah, turut tak dapat dilakukan kerana telifon bimbitnya itu telah ranap dihancurkan. Dian semakin dihantui kebimbangan. Dia betul-betul bimbangkan keadaan ummi.
Hatinya walang, dan perasannya tak tenang. Ingin meminta bantuan opah dia tak tahu bagaimana mahu memulakannya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri tanpa memberitahu kebenaran tentang Abang Razif, dirinya dan juga ummi. Lagipun masanya sudah tak lama kerana sedikit masa lagi dia tetap juga akan pergi dan sehingga tempoh itu dia akan berusaha menahan diri.
“Ya-Allah, lindungilah ummi.” bisiknya sambil mengurut dada berkali-kali. Perasaannya mula jadi tak tenteram. Hatinya sentiasa berdebar-debar dan rasa tak selesa. Sudah berhari-hari, tapi keadaannya tetap sama. Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah memperbanyakkan istigfar minta dikuatkan semangat yang sudah semakin longgar.
Buku Surah Yasin yang berada di sebelahnya dipandang. Hanya itu yang dapat dia lakukan sekarang kerana dia masih dalam keadaan berhadas dan dia tak boleh membacakannya seperti biasa. Serentak air mata terasa bergenangan ditemani doa dan harapan agar ummi mendapat kesejahteraan di sana.
“Ummi…” rintihnya lagi. Tanpa sedar tangisnya mula berderai.
“Ummi tunggu Dian ya. Ummi tunggu Dian kat sana. Ummi kena tunggu Dian, sebab ummi dah janji dengan Dian haritu. Ummi jangan tinggal Dian. Dian gila ummi…Dian boleh jadi gila kalau ummi tak ada.” tuturnya sedih sambil air jernih itu tak henti membasahi pipi menemani kekecewaan di hati. Dia kecewa pada Abang Azeem yang bertindak membabi-buta sehinggalah telefon bimbit hadiah pemberian ummi turut menjadi mangsa. Kesannya sampai sekarang dia tidak dapat mengetahui keadaan ummi macam mana.
Rengetan Sofia yang sudah mula terjaga menyedarkan Dian daripada ingatannya pada ummi. Ditepuk-tepuk lembut dada anaknya itu sambil sebelah tangan menyapu air mata yang bersisa, namun pujukannya tetap tak berhasil sebaliknya Sofia mula merengek minta diambil.
“Shh, shh, shh, sayang. Ummi ada kat sini. Sayang lapar? Ummi bagi susu ya.” pujuknya namun Sofia segera menolak.
“Sayang ummi kenapa ni? Janganlah nangis. Shh, shh, shh…” pujuknya lagi. Semakin dipujuk, semakin menjadi-jadi pula tangisnya disertai air mata yang tak henti membasahi pipi kecil itu.
“Ummi ada kat sini sayang. Janganlah nangis…” tuturnya lagi. Tanpa dipaksa air matanya turut hadir semula. Muka Sofia yang sudah merah padam itu dikucup berkali-kali. Dia tak tahu mahu melakukan apa lagi sebelum tubuh Sofia didakap erat ke dada sambil mengusap-usapnya manja namun rajuknya tetap tak berkurangan dan rengetannya betul-betul menyentuh perasaan.
Tidak berapa lama kemudian, opah muncul di sebalik pintu yang dikuak luas.
“Kenapa tu…Ya-Allah, kenapa boleh menangis sampai macam ni?” tutur opah bimbang bila suara cicitnya itu boleh didengar sampai ke tingkat atas.
“Opah tolong Dian. Dian dah tak tahu nak buat macam mana. Dian bagi susu dia tak nak. Bila Dian pujuk dia nangis makin kuat pulak. Dian dah tak tahu nak buat apa dah.” balas Dian. Dia sangat perlukan panduan, tapi ummi tak ada. Ummi tak ada untuk mendidiknya tentang hal-hal kelahiran seperti orang lain. Sungguh, dia sangat perlukan ummi ketika itu. Rintihnya di dalam hati.
“Shh,shh,shh…sayang oyang ni. Kenapa nangis ni sayang. Shh,shh,shh. Oyang ada kat sini. Jangan nangis ya.” tuturnya sambil memangku Sofia rapat ke dada tapi tetap tak berkesan sebaliknya tangisan Sofia makin kuat kedengaran. Opah mula pening kepala. Dia juga tak tahu mahu melakukankan apa lagi. Sudah puas dia berusaha, namun hasilnya tetap sama.
Akhirnya Dian bangun dan mendapatkan Sofia semula. Didakap anaknya itu sambil memujuknya semula.
“Sayang ummi, sudah lah tu. Janganlah nangis. Tolong jangan buat ummi macam ni.” tuturnya sayu sebelum beristigfar berkali-kali ke telinga jantung hatinya itu bermohon dijauhkan daripada gangguan-gangguan yang tak baik terutamanya pada awal-awal kelahiran. Dia ingat lagi pesan ummi dulu, kata ummi iblis suka mengganggu pada waktu-waktu seperti itu.
“Astagfirullah hal adzim, allazi laillahaillaa, hualhaiyyumqaiyyum waaitubu ilaik.” ucapnya berulang kali ke telinga si anak dan berkat usaha serta perkenan dari yang Esa, akhirnya tangisan Sofia mula reda sehinggalah dia terlena semula.
Razif terduduk memerhatikan keadaan abi yang sudah semakin tenat. Sudah lebih seminggu abi dimasukkan ke hospital dan keadaannya dilihat semakin merosot hari demi hari. Dia makin buntu bila panggilannya tak pernah dapat disambungkan. Sudah lama dia cuba menghubungi Dian, tapi tetap tak berjaya. Perkhabaran tentang Abi perlu segara disampaikan kerana dia tak mahu Dian berasa terkilan.
Sekali lagi telefonnya didail, tapi tetap juga masuk ke peti mel suara. Hatinya makin tak tenang serentak tangan abi diraih dan digenggam dengan kedua belah tangan. Kasihnya pada abi takkan pernah berubah. Kehidupan masa silamnya itu telah banyak mengajarnya erti sabar. Sikap baran abi haruslah dijauhi, sebaliknya hidup perlulah berbekalkan kesabaran dan ketabahan seperti yang telah ditunjukkan oleh ummi. Tiba-tiba dia dapat melihat nafas abi yang sudah mula turun naik.
“Abi, kenapa ni? Doktor, doktor!” tuturnya, serentak dia bergegas untuk mendapatkan bantuan.
Sebelum keluar tadi, opah telah memaklumkan kepadanya dan dia tak seharusnya melepaskan peluang keemasan itu. Selesai berpakaian, dia menyarungkan sehelai baju sejuk ke badan tak mahu kesejukan. Walaupun pergerakannya terbatas, tapi dia sudah lebih kuat dan bertenaga. Perlahan-lahan tubuh kecil Sofia didakap sebelum dikucup pipi itu lembut.
“Ummi keluar sekejap ya sayang. Sekejap je. Ummi janji, sekejap je. Sekejap lagi ummi balik.” tuturnya sambil menepuk-nepuk dada si kecil.
“Sayang tidur ya. Ummi nak pergi jengok nenek sekejap. Ummi dah rindu sangat nak jumpa nenek.”
“Nanti bila sayang dah besar sikit kita boleh pergi tengok nenek sama-sama, tapi hari ni biar ummi pergi sendiri dulu. Sayang ummi tidur ya. Sekejap lagi ummi balik.” tuturnya lagi walaupun sedar anak itu masih belum dapat memahaminya sebelum dia tersenyum ceria.
Dengan berhati-hati Sofia diletakkan semula ke dalam tempat tidur bayi. Baru beberapa langkahan diambil, dia telah kembali untuk mendapatkan anaknya itu kerana dia sudah jadi rindu lagi sebelum sebuah kucupan dihadiahkan ke dahi si kecil yang masih terlena akibat kekenyangan.
“Ummi pergi dulu ya sayang…assalammualaikum.” tuturnya sebelum meneruskan perancangan.
Berhati-hati pintu bilik dibuka sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling yang lengang, langsung tak ternampak sesiapa yang terbayang. Serentak senyumannya terukir di bibir.
Kalau diketahui oleh opah atau dilihat oleh Nek Yam, jangan haraplah dia akan dibenarkan untuk keluar nanti. Dia juga tak mahu bersoal jawap dengan sesiapa terutamanya opah. Kalau boleh dia tak mahu menarik ummi sama dalam masalah yang sengaja dia cipta. Bila mengetahui opah sudah tiada sedikit sebanyak dia lega kerana halangan pertama sudah berjaya diatasinya. “Sekarang tinggal Nek Yam. Harap-harap Nek Yam tak ada kat bawah.” bisiknya sendiri.
Dia cuba memboloskan diri dengan berhati-hati. Sambil berjalan dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Sampailah ke pintu pagar barulah dia dapat menarik nafas lega kerana yakin rancangannya itu sudah hampir berjaya. Sebuah teksi yang kebetulan menghampirinya segera ditahan. Senyumannya terukir ceria bila yakin usahanya itu dipermudahkanNya.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih. Ummi tunggu Dian ya. Dian datang ni.” bisiknya perlahan. Gembira kerana akhirnya dia akan dapat menatap wajah ummi lagi.
Senyuman yang mekar langsung tak ada cacat-celanya. Dia menyusuri koridor yang sudah sebati sengan jiwanya itu. Langkah kaki digagahkan semampu daya. Semakin menghampiri bilik ummi, semakin mekar senyuman yang terpamer di bibir. Kerinduan pada ummi sudah tak dapat nak dibicara kerana dah terlalu banyak sampai kepalanya mula jadi tak tentu hala.
Sebulan lamanya dia menanti dan sepanjang tempoh itu dia merana. Merana kerana hatinya sentiasa bertanda-tanya, bagaimana keadaannya? Makin sihat atau sebaliknya? Namun dia syukur pada Illahi, penantiannya itu berakhir kini.
“Assalammualaikum ummi. Dian dah datang ni…” tuturnya lembut tadkala membuka pintu bilik wad tersebut, serentak senyuman yang terukir di wajah mati dengan sendirinya.
“Ummi…ummi kat mana? Dian dah datang nak tengok ummi ni.” tuturnya sambil tercari-cari. Keadaan katil yang telah dikemaskan membuatkan hatinya mula dihantui perasaan bimbang. Diamati nombor katil tersebut, B 020, itu memang katil ummi dan dia tak salah masuk bilik, tapi pelik, ummi yang tak ada.
“Ummi ke mana?” bisiknya perlahan sebelum andaian yang paling menakutkan itu terlintas di fikiran.
“Tak, tak, tak. Tak mungkin ummi pergi tinggalkan Dian macam tu je kan ummi. Astagfirullah hal adzim, apa yang kau fikir ni Dian.” tuturnya sebelum mengetuk kepala sendiri berkali-kali.
“Ummi…ummi ada kat mana? Ummi, tolonglah jangan buat Dian takut. Ummi…” tuturnya lagi dengan suara yang mula terketar-ketar. Serentak dia melangkah meninggalkan bilik tersebut. Dia mahu segara mengetahui tentang ummi dan jawapannya ada pada jururawat yang bertugas. Belumpun sempat dia keluar, Kak Adah sudah lebih awal menjengah.
“Dian maafkan akak. Dah banyak kali akak cuba call Dian semalam, tapi tak dapat. Kami pergi rumah Dian, tapi Dian tak ada. Rumah berkunci, tak ada orang kat sana. Dah puas pihak hospital cuba untuk maklumkan.” tutur Kak Adah pada Dian yang masih tak tahu apa-apa.
“Nak maklumkan apa kak? Ummi Dian mana? Ummi? Kenapa katil ummi kosong je? Ummi pergi buat rawatan ke kak? Akak bawak Dian jumpa ummi boleh? Dah lama Dian tak dapat jumpa ummi. Dian dah rindu sangat dah ni.” balasnya sambil bergerak menuju ke arah pintu sedang Kak Adah masih tercegat di situ, berusaha untuk mengumpulkan segala kekuatan yang ada sebelum memberitahu perkhabaran sedih itu.
“Kak Adah cepatlah…Dian rindu ummi. Ummi Dian ada kat mana?” ulangnya lagi sambil memandang ke arah Kak Adah yang masih tetap membisu.
“Dian sabar ya. Dian kena sabar. Ummi dah tak ada. Dia dah meninggal malam tadi. Ummi dah pergi Dian, Allah lebih sayangkan dia.” tutur Kak Adah, airmatanya sudah mula bergenangan sedang Dian masih berusaha untuk menerima kenyataan. Berita yang tak mudah untuk disampaikan, berita pemergian seorang insan yang menjadi permulaan kehidupan, wali keramat tempat segalanya dicurahkan. Ummi, amanah Allah yang paling terindah dan takkan mungkin pernah berubah.
“Apa yang akak cakap ni? Takkanlah ummi pergi tinggalkan Dian macam tu je kak? Dah lama dah Dian tak dapat jumpa dengan ummi, tapi harini akak cakap yang ummi Dian dah tak ada pulak?” balas Dian dan tanpa sedar airmatanya jatuh berlinangan. Terketar-ketar suaranya menahan perasaan bila hatinya jadi makin tak keruan sambil dia menekan dada yang terasa sesak.
“Akak janganlah bergurau kak. Takkanlah ummi tak tunggu Dian, sebab ummi dah janji…ummi janji nak tunggu Dian. Akak cakaplah betul-betul, ummi Dian mana? Ummi ada kat mana kak?” soalnya lagi. Kali ini dalam esakan yang sudah tak dapat untuk ditahan. Sukar untuk dia menerima segalanya. Ummi dah tiada? Ya-Allah, betul ke ummi dah tak ada, bisiknya sendiri. Kakinya terasa lemah dan dia mula rasa nak pitam tapi mujurlah Kak Adah sempat menyambutnya.
“Ya-Allah Dian.” tuturnya sebelum mendakap kemas tubuh itu.
“Dian sabar. Dian kena sabar. Akak betul-betul minta maaf.” balasnya sambil mengusap belakang Dian yang masih dikuasai perasaan. Sudah banyak kali dia menyambut kematian tapi kali ini kesannya lebih dalam kerana sudah lama mereka berkenalan. Tanpa dipaksa airmatanya turut berlinangan juga.
“Ummi…ummi…ummi…” tutur Dian meritih kerana hatinya benar-benar sedih.
“Dian ikut akak ya. Biar akak bawa Dian jumpa ummi.” tutur Kak Adah mahu segera mempertemukan keduanya.
“Akak, kesian ummi Dian. Ummi kena pergi sorang-sorang, tak ada siapa yang temankan. Dian tak teman ummi kak. Dian salah, Dian tak jaga dia. Dian berdosa kak, Dian berdosa.” balas Dian yang masih berusaha untuk menerima.
“Ummi…kenapa ummi tak tunggu Dian.” rintihnya sedih. Esakannya sangat mendera hati. Walaupun sudah diberikan peluang untuk bersedia tapi saat masanya tiba, kesedihan pasti tak akan dapat dibendung juga. Kesedihan yang hanya dapat dirasakan bagi mereka yang mempunyai hati dan perasaan.
“Ummi…ummi…” rayunya lagi sebelum dia menghela nafas panjang dalam usaha mententeramkan jiwa.
“Dian ikut akak ya. Kita pergi jumpa dengan ummi.” tutur Kak Adah perlahan sambil mengusap lembut belakang Dian. Serentak Dian menggangguk lemah. Dalam kepayahan, langkah kakinya digagah, menuju ke arah tempat beradanya ummi yang tersayang dengan dibantu Kak Adah. Alam terasa sepi, sunyi dan pana, sebaliknya yang menemani hanyalah sendu, tanpa pasti di mana letak titik noktahnya.