Setelah
tiga hari bercuti kerana menjaga uminya di hospital, Leya kembali bertugas.
Meskipun berat hatinya untuk meninggalkan uminya namun dia terpaksa. Andai dia
kehilangan kerja bagaimana dengan kehidupan mereka nanti? Mujurlah ada Mak Su
dan Mak Long yang sanggup menolongnya menemani uminya di hospital semasa dia
bekerja. Sejak uminya dimasukkan ke hospital, kedua ibu saudaranya serta
sepupu-sepupunya banyak membantunya. Terharu benar dia dengan keprihatinan
mereka.
“Umi
Leya macam mana?” soal Naim sebaik berdiri di depan meja kerja Leya.
“Macam
tulah abang Naim…” Perlahan sahaja Leya menjawab. Suara yang terlontar pun
seakan tidak bermaya.
“Sabarlah,
Leya. Abang doakan umi Leya cepat sembuh. Insya-Allah, lunch hour nanti abang
dengan Kak Haiza nak pergi melawat umi Leya…”
Leya
memberikan senyuman.
“Terima
kasih sebab abang Naim dan Kak Haiza ambil berat pasal umi Leya. Terima kasih
banyak-banyak…”
“Leya
dah macam adik kami. Susah Leya, kami pun turut merasainya. Jangan muram-muram
lagi. Adik abang ni tak cantik kalau muram…” senda Naim sekadar menghiburkan
hati Leya. Kasihan benar dia pada gadis ini. Baru sahaja tenang dengan kisah
lama, kini berdepan pula dengan masalah kesihatan uminya.
“Hah,
yang kau tercegat kat sini apa hal? Mengurat anak dara orang? Aku report kat
Haiza nanti...” sergah Hanani dengan tawa kecil. Gelihatinya apabila melihat
wajah terkejut Naim seketika tadi.
“Hisy,
kau ni Nani… nasib baik tak tercabut jantung aku. Kau ingat kalau tercabut ada
ke jual kat kedai spare part?” sahut
Naim sambil mengurut dada.
Ketawa
Leya dengan pertelingkahan kecil itu.
“Dah
dari tadi aku tengok kau syok sangat duk mengurat anak dara orang. Ingat sikit,
kau tu dah ada Haiza…” ujar Hanani sekadar mengusik. Dia tahu bukan itu yang
menjadi topik perbualan antara Naim dan Leya.
“Wah,
mulut kau. Aku ni dalam kategori lelaki setia lagi penyayang. Aku saja bertegur
dengan Leya. Bertanyakan pasal uminya tu. Pandai-pandai je kau buat spekulasi…”
“Aku
tahu. Saja aje aku nak usik kau…” balas Hanani lalu ketawa.
“Ketawa-ketawa
juga. Lunch hour nanti aku dengan
Haiza nak pergi melawat umi Leya. Kalau kau nak ikut, boleh la. Kita pergi satu
kereta. Leya pun nanti pergi dengan kami, ye…” usul Naim memberi cadangan.
Tidak salah rasanya mereka berkongsi kereta. Lagipun satu destinasi. Berkongsi
aje lah.
“Aku
no hal. Leya macam mana..?” soal Hanani.
“Leya
ikut aje kak. Sesekali kena sambut seruan kerajaan agar berkongsi kereta jadi
tak adalah jalan sesak…”
“Kalau
macam tu pukul satu kita jumpa kat lobi..” putus Naim sebelum dia dan Hanani
berlalu untuk memulakan kerja.
Setelah
Naim dan Hanani berlalu, Leya memulakan tugasnya yang telah seminggu
ditinggalkan. Nampaknya banyak invoice-invoice
dari supplier yang perlu diclearkan serta claim invoice dari pekerja Mega Corporation yang harus diselesaikan
memandangkan kini sudah menghampiri ke akhir bulan. Satu per satu fail di
depannya disemak hingga dia alpa dengan bebanan tugas. Langsung dia tidak sedar
akan putaran waktu sehingga Haiza dan Hanani datang ke mejanya barulah dia
teringat akan janji mereka untuk melawat uminya.
Seperti
yang dijanjikan mereka berempat menaiki satu kereta ke hospital. Perjalanan
sedikit sesak berikutan waktu rehat para pekerja. Mujurlah bangunan pejabatnya
tidak jauh dari hospital. Hanya memakan masa dua puluh minit.
Seperti
biasa uminya pasti akan tersenyum sebaik melihat dirinya. Dia sedar senyuman
uminya itu sekadar mahu melindungi sakitnya jadi dia juga harus bersikap tabah
bila berdepan uminya. Dia tidak mahu uminya terus risaukan dirinya.
Uminya
tampak gembira dengan kehadiran teman-teman sekerjanya. Sesekali uminya juga
turut ketawa bila abang Naim mengusiknya.
Hampir
setengah jam mereka di situ sebelum akhirnya mereka meminta diri untuk kembali
ke pejabat. Lega sedikit hatinya melihat perubahan uminya yang semakin stabil.
Mujur Mak Long turut ada di situ untuk menemani umi. Sekurang-kurangnya ada
yang mengawasi uminya.
*********************
“Kenapa
mengeluh..?” soal Ashriq sebaik mendengar keluhan yang dilepaskan Darius. Pelik
benar sikap sahabatnya hari ini. Sejak dia masuk ke ruang pejabat Darius bagi
membincangkan tentang projek di Putrajaya, dia perasan sahabatnya itu langsung
tidak menumpukan perhatian dengan apa yang sedang mereka bincangkan.
“Ada
kesilapan kat mana-mana ke tentang projek ni..?” soalnya lagi bila pertanyaan
pertamanya tadi dibiarkan sepi.
“Tak.
Bukan pasal projek ni tapi pasal aku. Lama-lama aku rasa, aku boleh gila dibuat
oleh mami dan Emelda…” terang Darius tanpa berselindung. Hanya Ashriq tempatnya
meluah kata.
“Apa
masalahnya…?” soal Ashriq tidak mengerti. Dari gerak geri sahabatnya itu, dia
pasti tentu masalahnya besar kalau tidak, tak mungkin sahabatnya ini segelisah
ini.
“Aku
sebenarnya tengah bengang dengan mami aku dan Emelda. Kau tahu kan tentang
wasiat arwah atuk aku….?”
Ashriq
menganguk. Darius sudah memberitahunya dulu.
“Mel
tolak lamaran aku. Dia masih belum bersedia tambahan pula sekarang ni namanya
tengah naik. Dia tak sanggup korbankan karier dia kerana aku. Aku kecewa Ash.
Nampak sangat tak bernilainya aku dalam hidup dia. Yang buat aku bertambah
kecewa dan bengang, dia boleh mencadangkan agar mami aku mencari seseorang yang
sanggup menikahi aku dan melahirkan zuriat aku dan mami aku pula bersetuju
dengan cadangan tu. Gila. Mereka benar-benar sudah gila. Mereka ingat aku ni
patung ke…”
Ternganga
Ashriq mendengarnya. Sukar untuk dia percaya bila Emelda yang kononnya
mencintai Darius setulus hati boleh mencadangkan perihal itu. Inilah salah satu
sebabnya mengapa dia tidak suka akan perhubungan Darius dan Emelda. Bukan
Emelda gadis yang tidak baik cuma pada pandangannya Emelda tidak cukup
bersungguh dalam perhubungan ini. Selama ini, dia hanya nampak kesungguhan dari
pihak Darius tapi tidak pada pihak Emelda. Sikap bersahaja Emelda semakin
ketara bila gadis itu menceburkan diri dalam bidang modelling.
“Kau
setuju ke…?” Matanya tajam merenung Darius. Adakalanya dia yang sakit hati
dengan sikap berlembut tidak kena tempat yang ada pada sahabatnya itu. Dan
adakalanya dia kagum dengan sikap sabar Darius dalam melayan kerenah Datin Aida
dan Emelda.
Darius
melepaskan keluhan. Fikirannya menjadi buntu. Membantah akan menyebabkan
kemarahan maminya dan andai diikuti pula bagaimana dengan kehendak hatinya
sendiri.
Melihat
kebisuan Darius membuatkan Ashriq menjadi simpati. Keruh wajah sahabatnya itu
menjelaskan lagi yang sahabatnya itu kini benar-benar sedang bercelaru.
“
Apa sekalipun keputusan kau, aku tetap akan menyokong. Bila difikirkan balik
apa salahnya kau terima. Mana tahu gadis itu adalah jodoh kau...” ujar Ashriq
sekadar meredakan kecelaruan Darius.
Darius
hanya mendiamkan diri. Mungkinkah? Tidak mungkin kerana hatinya hanya ada
Emelda. Dia bersandar ke sofa di ruang bilik kerjanya. Matanya dipejam dan saat
itu hadir seraut wajah yang tidak bernama walau dia cukup kenal wajah itu.
Matanya kembali dicelik. Tubuhnya ditegapkan kembali. Dia tunduk merenung
lantai. Mencari akan maksud bayangan yang hadir seketika tadi.
“Kenapa..?”
Pelik melihat wajah Darius yang tiba-tiba berubah. Wajah sahabatnya itu
kelihatan terpinga.
“Errr..
Tak ada apa-apa. Kita sambung nanti. Aku nak rest kejap. Nanti kau tolong bagi
tahu Atiqah yang aku tidak mahu diganggu….” sahut Darius.
“Kalau macam tu aku keluar dulu…” ujar Ashriq lalu
mengemas segala fail yang ada di atas meja lalu berlalu meninggalkan Darius
yang ketika itu dilihatnya telah kembali memejamkan mata. Biarlah sahabatnya
itu bertenang. Kasihan dia pada Darius. Tidak sudah-sudah dengan masalah. Kalau
bukan Datin Aida yang buat onar, Emelda pula yang buat perangai. Sikap
sahabatnya ini sama seperti Dato Firdaus. Terlalu penyabar.