“Wani,
awak lapar tak?” Badrul bertanya sambil tersenyum mesra.
Norsyazwani
yang duduk di sebelahnya tergamam seketika. Entah berapa kali Norsyazwani jadi tergamam
dengan tindakan Badrul yang tidak diduganya hari itu.
Semasa
mula-mula menaikki keretanya untuk ke bank pagi tadi, Badrul sudah membuat
kejutan. Dia menyuruh Norsyazwani duduk bersamanya di belakang apabila
Norsyazwani mahu membuka pintu kereta untuk duduk di tempat penumpang di
hadapan di sebelah pemandunya. Hakikatnya Norsyazwani tidak mahu mengganggu
Badrul. Ia juga sebagai tanda dia menghormati Badrul sebagai ketuanya.
Tidak
tergamak Norsyazwani mahu bersoal jawab ketika itu, demi menjaga maruah Badrul
di hadapan pemandunya. Maka mahu tidak mahu Norsyazwani terpaksa juga duduk di
belakang bersama ketuanya itu. Begitulah juga ketika ini. Norsyazwani
benar-benar tidak tahu apa yang harus dijawab ke atas soalan yang tidak
diduganya itu.
“Wani?...”
“Eeerrr…
ya, Encik Bad..”
“Awak
dengar tak apa yang saya tanya?”
“Eeemmm…
Encik Bad lapar ke?”
Norsyazwani
sendiri tidak menyangka soalan itu telah begitu lancar terlontar dari mulutnya.
Namun dia tetap rasa lega kerana itu menandakan dia dengar apa yang telah ditanyakan
oleh lelaki itu tadi.
“Lapar.
Itu sebab saya tanya Wani kerana saya cadang nak singgah makan dulu kat
mana-mana restoran. Kemudian baru kita ke pusat pameran tu. Awak okey ke?” sambil
terus merenung gadis di sebelahnya itu, Badrul mencadangkan.
Mata
mereka bertembung dan bertautan buat seketika apabila Norsyazwani yang menunduk
sejak tadi berpaling memandang ke arah ketuanya itu. Hati Badrul pula yang
bergetaran melihat sinar mata Norsyazwani yang begitu jernih bagaikan menikam
jantungnya. Mata bertentang mata, lidah kelu untuk berbicara. Keadaan sunyi
seketika bagaikan Malaikat sedang melintasi mereka.
“Macam
mana, Wani?” akhirnya Badrul bertanya kembali.
“Kalau
Encik Bad dah lapar dan nak singgah makan dulu, saya ikut sajer. Orang tua-tua
kata, rezeki jangan di tolak bala jangan di cari…” balas Norsyazwani, cuba
menceriakan suaranya.
“Good!.. Kalau begitu, kita singgah makan
dulu. Hhmm… Raju!..”
“Yes, boss!..”
“Hantar
kami ke Restaurant Khalifah…” Badrul mengarahkan pemandu peribadinya itu.
“Sekarang
ke boss?”
“Ya,
sekarang!.. Lepas makan nanti baru hantar kami ke pusat pameran tu…”
“Okey,
boss!..” balas Raju sambil terus
menumpukan pemanduannya, menuju ke destinasi yang disebut oleh Badrul tadi.
Norsyazwani
hanya membisu dan terus menunduk sambil tangannya memulas-mulas tali beg
tangannya tanpa tujuan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia benar-benar rasa
canggung duduk bersebelahan Badrul dalam situasi begitu. Dari sudut matanya
Norsyazwani dapat melihat Badrul sentiasa memerhatikan gerak gerinya.
Lebih
kurang lima belas minit suasana sunyi sepi melanda mereka, akhirnya Raju
memberhentikan kereta di hadapan restoran yang dimaksudkan. Norsyazwani segera
menarik nafas lega sebaik dia dan Badrul telah keluar dari kereta. Bagaikan sudah
terlepas beban yang menyiksakan seketika
tadi. Lalu segera mereka beriringan memasukki restoran.
Norsyazwani
hanya menurut sahaja ketika Badrul memilih tempat untuk mereka duduk. Begitu
juga ketika memilih makanan. Norsyazwani sentiasa membiarkan Badrul yang
membuat pilihan walaupun Badrul ada bertanya pendapatnya. Bagi Norsyazwani,
lelaki itu yang mengajaknya maka biarlah kelebihan hak memilih itu diserahkan
kepada ketuanya itu.
“Awak
dah kenal lama ke dengan Airil Amri?” Badrul bertanya ketika mereka sedang menunggu
makanan yang dipesan.
“Hah?...”
Norsyazwani yang sedang asyik membelek sudu dan garpu yang ada di hadapannya
menjadi agak terkejut dengan soalan Badrul itu.
Hakikatnya
Norsyazwani memang sejak awal lagi merasa serba salah dan amat canggung
berduaan dengan Badrul seperti itu. Dan sebab itulah dia tidak banyak bercakap
melainkan menjawab apa yang ditanya oleh lelaki itu sahaja.
“Awak
dah lama ke kenal dengan Airil Amri?...” Badrul menekankan suaranya apabila
Norsyazwani bagaikan tidak mendengar pertanyaannya tadi.
“Tak
adalah!.. Dia datang semasa hari pelancaran pameran tu sajer..” jawab
Norsyazwani bersahaja.
“Tapi
saya tengok dia macam dah kenal lama dengan awak…”
“Apa
yang buat Encik Bad berfikiran begitu?”
“Cara
dia memandang dan tersenyum pada awak, macam you all dah biasa kenal ajer…” komen Badrul dengan nada nakal.
Norsyazwani
terkedu. Tidak menyangka Badrul telah memerhatikan semua reaksi Airil Amri
padanya tadi. Kenapa Mamat ni sebuk sangat pasal aku dengan Amri?.. gertus
Norsyazwani dalam hati, agak jengkel.
“Entah!..
saya pun tak perasan!..”
Norsyazwani
nampak Badrul membulatkan matanya sambil memandang tepat ke arahnya seolah mencabar jawapannya itu.
“Saya
rasa sama sajer macam pelanggan-pelanggan lain yang kekadang menegur saya kalau
berjumpa di mana-mana walaupun kekadang saya dah tak berapa ingat mereka.
Mungkin lelaki memang begitu kot… suka cuba menunjukkan keramahan mereka pada
perempuan yang baru mereka kenali…” ujar Norsyazwani lagi selamba, cuba
menekankan hujjahnya sambil mahu menyindir Badrul.
“Jangan
samakan semua lelaki…”
“Maksud
Encik Bad?”
“Tak
semua lelaki suka menunjuk-nunjuk depan perempuan. Lelaki yang jujur, tidak
akan menunjuk-nunjuk…” agak serius nada Badrul, tetapi suara mesranya tetap
jelas kedengaran.
“Macam
Encik Bad?...”
Norsyazwani
tertawa kecil seolah geli hati. Dia sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja
dia rasa mahu mengusik lelaki itu. Perasaan canggungnya tadi mulai surut
sedikit demi sedikit apabila lelaki itu mula banyak berbicara dengannya.
“Awak
perli saya ya?”
Mata
mereka bertautan seketika apabila Norsyazwani mendongak memandang ke arah
Badrul yang memang sedia merenungnya sejak tadi. Kelihatan Badrul
mengangkat-ngangkatkan keningnya seolah tidak sabar menunggu jawapan dari gadis
yang duduk di hadapannya itu.
“Kenapa
Encik Bad terasa?” Norsyazwani semakin seronok mencabar lelaki itu sambil terus
tersenyum nakal.
“Patutlah
semua lelaki yang kenal awak begitu seronok ketika berjumpa awak. Awak pandai
menceriakan suasana…” komen Badrul tanpa menjawab cabaran Norsyazwani.
“Encik
Bad yang mahu saya begitu kan?” ujar Norsyazwani terus tersenyum nakal.
“Iya
ke? Bila saya suruh awak begitu?..”
Badrul
pula yang mula seronok melayan usikan Norsyazwani apabila melihat gadis itu
sudah tidak lagi kelihatan serba salah dan malu-malu seperti awal tadi.
Perasaan yang sering terdetik di hati kecil Badrul selama ini bagaikan mula memekar.
“Masa
Encik Bad temu duga saya dulu!..” balas Norsyazwani selamba.
Badrul
mengerutkan keningnya sambil menatap wajah yang polos itu dengan mata yang
tidak berkelip-kelip. Cuba mengingati apa yang dikatakan oleh Norsyazwani itu.
Sementara Norsyazwani hanya tersenyum nakal seolah puas dapat berteka teki
dengan ketuanya itu.
“Awak
memang sengaja nak kenakan saya ya?..” jolok Badrul.
“Apa
pulak nak kena mengena? Kan memang Encik Bad yang mahu semua pegawai pemasaran
mestilah pandai mengambil hati pelanggan supaya mereka tidak akan berbelah bagi
untuk membeli produk syarikat kita. Jadi, sebab itulah saya sentiasa cuba
membuat semua pelanggan rasa seronok ketika berurusan dengan saya…” balas
Norsyazwani sambil tersenyum riang.
“Ya!..
betul, betul tu. Saya pulak yang terlupa pasal tu. Awak memang seorang pegawai
pemasaran yang berkalibar…” Badrul memuji pegawainya itu.
“Encik
Bad perli saya ya?” Norsyazwani sengaja pula meniru ungkapan Badrul tadi.
“Awak
rasa saya perli awak ke?” cabar Badrul pula.
“Tak
adalah… kalau Encik Bad betul jujur puji saya tadi, terima kasihlah. Saya hanya
menjalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada saya. Arwah emak saya
selalu pesan, kalau mahu rezeki berkat kerja dengan jujur dan ikhlas…” dengan
nada yang agak mengendur, Norsyazwani berkata.
“Eloklah
kalau awak benar-benar ikhlas. Saya yakin awak punya potensi yang luas untuk
maju dalam kerjaya awak…” balas Badrul, jujur.
Norsyazwani
yang baru mahu menjawab komen Badrul itu terpaksa mematikan niatnya apabila
pelayan restoran telah datang meletakkan makanan yang dipesan di hadapan mereka.
Bau aroma makanan yang amat menyelerakan itu
telah benar-benar membuat Norsyazwani terliur. Baru dia tersedar yang dia
sebenarnya memang amat lapar kerana dia hanya minum segelas teh tarik dan makan
sekeping sandwich ketika minum di cafeteria bersama Aryna pagi tadi.
Perlahan-lahan
Norsyazwani menarik nafas dalam-dalam, cuba menyorokkan rasa lapar yang dirasainya
itu dari dikesan Badrul yang sedang memerhatikannya. Namun Norsyazwani segera
turut mengangkat kedua tangannya untuk mengaminkan doa sebaik melihat Badrul
mengangkat tangannya sambil membaca doa makan untuk mereka berdua.
Jauh
di sudut hati Norsyazwani terdetik rasa kagum akan reaksi Badrul itu dan juga
sikap lelaki itu terhadapnya sejak pagi tadi. Lelaki itu bukanlah batang kayu
yang tiada perasaan sebagaimana yang sering dikatakan oleh warga kerja Teguh
Sejati Holding, tetapi dia adalah
seorang lelaki yang pandai menjaga keperibadiannya.