Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
119,081
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Selepas acara persandingan dia terus masuk ke dalam biliknya yang dihias sederhana itu.

“Kita balik sekarang,” aku tidak tahu bilakah pintu dibuka dan bilakah dia masuk.

“What?” soalku kekejutan.

“Tak faham?” aku geleng. Bukan tidak faham tetapi aku terkejut.

“Balik sekarang!” suaranya agak garang. Aku terasa bersalah pula. bersalah kerana bernikah dengan lelaki ini.

“Balik ke Kota Kinabalu sekarang?” soalnya pula. mahu terbeliak matanya mendengar arahan itu. Sepatutnya masuk ke biliknya hendak berkenal-kenalan atau apa tetapi dia pula masuk ke bilik pengantin dengan muka masam dan membawa balik ke Kota Kinabalu. Wajarkah? Baru sahaja mereka menikah dan bersanding sebentar tadi, sekarang sudah balik ke Kota Kinabalu,tempat di mana dia bekerja selama ini.

Dia mahukan penjelasan kenapa mereka tergesa-gesa sangat hendak balik ke Kota Kinabalu. Dia bercuti selama lima hari. Baru dua hari yang dia gunakan. Takkan dia hendak ikut balik sekarang? Ah, perasaannya celaru, mahu ikut atau tidak?

“Flight saya minggu depan bang,” jawabnya. Dia tidak mahu mengikut lelaki itu balik ke Kota Kinabalu sekarang. Marak mata lelaki itu memandangnya. Pandang sayang atau benci tu?

“Takkan awak nak tinggal di sini? Awak nak balik sorang? Apa kata mak bapa awak nanti? Kalau mak bapak saya tak kisah.” Kasar sungguh kata-kata lelaki itu. Dia tahan sahaja dengan perasaan mendongkol. Dia angguk.

“Kenapa balik cepat, macam ada rompakan pula?” soalnya kehairanan. Wajah lelaki itu semakin kelat. Payah sungguh melihat lelaki kacak serupa Remy Ishak itutersenyum manis kepadanya. Payahkah hendak senyum atau melunakkan pandangan? Kenapa pandangannya seperti helang mengintai mangsa? Memang dia tahu, mereka nikah bukan atas cinta sama cinta. Kenal pun tidak, bagaimana nak cinta! Ya tak?

“Memang ada, pejabat abang dipecah masuk!” katanya agak kasar. Dia masih berdiri.

Benar lelaki ini memang tergesa-gesa. Kemudian dia mengambil begnya yang agak besar dan membukanya. Dia mengambil seluar panjang dan sehelai t-shirt putih. Kemudian, dengan selamba badak lelaki itu membuka pakaian pengantinnya di depannya. Ya Allah, apa ni? Dia menutup matanya.

“Kenapa?” soal lelaki yang sudah berpakaian lengkap itu. dia membuka matanya. lelaki itu sudah di depannya dengan sebuah senyuman manisnya. Baru dia terpandang senyuman manis itu. manisnya! Mungkin ia akan menjadi bekal berhari-hari lamanya ketika dia di sini.

“Takut ya?” dia buat muka beku.

“Oh! Jadi awak balik juga hari ni? Tak de esok?” soalnya pula. lelaki itu memasamkan mukanya semula. Isu syarikat bukan isu main-main. Dia sudah memaklumkan papanya tadi. Papanya mengarahkan dia balik ke Sabah sekarang juga. Entah siapa yang memecah masuk pejabatnya, dengan tender yang membukit dan tender yang baru masuk lagi. Ah, risau sungguh dia.

“Baliklah abang sekarang! Memang tak de esok! Hari ni saya akan terus ke pejabat!” kata lelaki itu. Eloklah juga jika isterinya tinggal di rumah mertuanya. Dia pun ada agenda sendiri di situ. Malam ini pun dia sudah ada janji. Janji paling manis!

“Tak de orang lain yang boleh dipercayai di sana bang?” soalnya pula. Pasti ramai stafnya yang boleh menerima amanahnya sebagai ketua. Kenapa dia perlu tergesa-gesa dalam situasi sekarang? Fikirnya.

“Tak de, memang tak de! Kalau ada memang abang akan duduk di sini barang dua hari. abang nak balik ke Kota Kinabalu sekarang.” Kata lelaki yang sudah menjadi suaminya itu. Resah dia selaku isteri yang baru dinikahi.

“Dah petang, ada lagi tak flight ke Kota Kinabalu sekarang ni?” soalnya agak ragu. Besar mata lelaki itu. dia pandang jam tangannya. Baru jam 5.50 petang. Dia yakin masih ada kekosongan penerbangan ke Malaysia Timur itu.

“Kalau awak tak nak ikut, awak duduk sini. Saya nak kerja sebaik saja tiba di situ,” kata suaminya itu. Dia anggukk dan tetap akur. Dia harus balik ke Kota Kinabalu sekarang juga.

“Saya ikut.” Jawabnya. Terbuntang mata lelaki itu. memang dia terkejut. Dia ingatkan isterinya akan tinggal di rumah mertuanya ini. rupanya dia hendak ikut juga. Ah, terbang lagi wangnya membeli tiket.

“Saya beli tiket sendiri!” katanya kepada suaminya. Dia terkejut. Isterinya seperti tahu apa yang ada di hatinya. Ah apa kelas isterinya berbanding dengan kekasihnya!

“Kemas cepat barang awak. Abang tunggu kat bawah,” katanya. Dia angguk dan berkemas ala kadar. Dia menukar pakaian pengantinnya. Dia cepat-cepat menukar pakaiannya.

****

“Saya balik dulu mak,” dia menyalami tangan emaknya Puan Zuriah.

“Cepatnya!” kata emaknya kehairanan. Emak mana yang tidak hairan. Anak yang baru dinikahkan sudah balik ke Kota Kinabalu.

“Abang yang nak cepat balik mak katanya ada hal,” katanya kepada emaknya.

“Kemaskan barang awak dan cepatlah, suami awak dah tunggu di bawah tu,” kata Puan Zuriah pula. Dia kasihan melihat anaknya. Rasa tak puas pula dengan anak dan menantu barunya itu. Dia baru shaja berkira-kira hendak memberikan tazkirah kepada anak dan menantunya. Sekarang baru beberapa jam menikah, sudah pulang pula. alamak!

“Ya mak,” kata Salwa Maisara dengan berat hati.

“Tak apalah nanti mak dan ayah jalan-jalan ke situ.” Pujuk emak. Dia angguk. Air matanya sudah berderaian di pipinya. Tidak menyangka dia akan dibawa balik secepat ini. Namun demi mengenangkan suami dia kena sabar.

“Ya lah mak. Mak beritahu bila mak nak ke sana,” kata Salwa Maisara.

***

“Kami gerak dulu ayah.” Kata lelaki itu kepada ayah mertuanya. Dia memberikan sesuatu kepada ayah mertuanya.

“Eh apa ni Budriz?” soal ayah mertuanya terpinga. Salwa Maisara hanya menjadi pemerhati di sisi suaminya itu. apa yang dia diberikan oleh suaminya dia tidak tahu, mungkin sedikit hadiah untuk pedih-pedih mata. Bisik Salwa Maisara sendiri.

Kemudian mereka menyalami tangan emaknya. Macam kahwin koboi pula dia rasa. Baru kahwin terus terbang balik ke Kota Kinabalu dengan status yang sudah berubah!


Baca lanjut di http:putrimanasuha.blogspot.com

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha