Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,571
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 16

Bab 16

“Haha! Tahu takut ya!” kata Syed Budriz yang sudah berdiri dan mentertawakan dia yang sedang terketar-ketar. Dia buka matanya perlahan-lahan. Dia mendapati tubuhnya masih lengkap berpakaian. Syed Budriz sudah keluar ke balkoni dan berdiri memerhatikannya dengan sisa ketawa yang masih ada.

“Kurang asam punya mamat!” katanya marah. Dia pun berdiri dan bercadang hendak melarikan diri. Dia mencari beg tangannya. Dia mencari kasutnya. Dia ternampak kasutnya berdekatan dengan pintu bilik hotel itu. matanya liar memerhatikan kawasan bilik ini. Beg tangannya sahaja yang dia tidak tahu di manakah lelaki itu meletakkannya. Akhirnya dia duduk sahaja di bibir katil dengan tubuh yang masih menggeletar. Menggeletar dengan tindakan lelaki yang tidak senonoh itu.

“Salwa, mari sini,” panggil Syed Budriz ke arahnya. Dia tidak menoleh. Sebaliknya matanya ditumpukan ke arah televisyen yang masih terpasang sejak tadi.

“Salwa, nak abang angkat Salwa baru nak datang sini?” soal Syed Budriz lagi mengugutnya. Nasib baik lelaki itu masih bertimbang rasa. Perlahan-lahan dia mengangkat kakinya bergerak menuju ke arah lelaki itu.

“Apa?” soalnya apabila dia sudah berada di pintu balkoni itu. pemandangan pantai yang indah sempat dinikmatinya. Namun cuaca sudah agak panas. Sejak semalam dia sudah menyimpan angan hendak berjalan-jalan di tepi pantai namun lelaki di depannya ini telah merencatkan tindakannya. Mahu sahaja dia ketuk kepala lelaki ini.

“Salwa selamat hari ini,” bisik lelaki yang sudah mendekati anak telinganya itu. Bulat matanya. Tindakan lelaki itu masih kekal dalam ingatannya. Dia hanya berserah. Berserah kepada Allah. Jika Allah mengizinkan, dia tidak mampu menolak. Namun Allah masih belum mengizinkan, jadi Syed Budriz mengendurkan niatnya. Alhamdulillah.

“Syukur...” ucapnya menjeling lelaki yang sudah berdiri tegak itu.

“Ya syukur kan,” kata lelaki itu seperti cuba mengusiknya lagi.

“Abang mahu kita melakukannya dalam keadaan sama-sama rela dan saling menyayangi, dan bukannya dalam keadaan yang memaksa dan terpaksa kan?” kata lelaki itu. Dia angkat kening. Dia tidak mahu komen. Mata gatal lelaki ini tidak dipandangnya. Dia meluat melihat lelaki ini.

“Saya nak keluar,” katanya. Telus, dia benci di sisi lelaki ini. Kalau boleh mahu sahaja dia minta pencerahan agar dia diceraikan oleh lelaki ini. Tetapi mengingati perkataan cerai yang sangat dibenci Allah dan menggegar tiang Arasy, maka dia mendiamkan diri. Apa salahnya dia bersabar dengan kerenah lelaki ini untuk sementara waktu lagi. Dia tahu, selagi lelaki ini belum melafazkan cerai, dia masih boleh bersabar. Tetapi jika lelaki ini sudah mahu membuangnya, maka dia harus akur, hubungan mereka sudah berakhir.

“Keluar?” terdengar debaran jantung lelaki ini di sisinya, sama seperti debaran jantungnya juga. Apakah maknanya ini?

“Ya saya nak keluar dari tempat neraka ini!” jawabnya dengan penuh berani. Ya ampun, beraninya Salwa Maisara. Sepatutnya dia hanya mengangguk. Bagaimana kalau lelaki ini semakin mahu mengganggunya lagi? Dia juga yang susah.

“Keluar ya dari tempat neraka ini? ini bukan tempat neraka, ini syurga! Syurga kita sayang! Sayang tak bahagia kalau kita duduk sini macam suami isteri yang berbulan madu?” soal lelaki itu lagi. Wajahnya dan wajah lelaki ini sudah tinggal seinci sahaja lagi jaraknya. Tangannya sudah dipegang kemas. Bagaimana dia mahu melarikan diri sekarang ni?

“Lepaskan saya boleh?” katanya termengah. Lelaki ini menggeleng. Dia pula semakin takut kembali seperti tadi. Hairan sungguh mereka berdua ini. Orang lain bernikah, penuh dengan kegembiraan tetapi mereka penuh dengan sengketa.

“Nak lepaskan diri pula?” soal lelaki itu. dia angguk.

“Kat sini lah kita, kan elok suami isteri yang baru bernikah duduk di hotel begini? Berbulan madu kan?” soal lelaki itu. mengalir air matanya. Bukannya gembira apabila disebut bulan madu. Sepatutnya memang seperti yang dia katakan tetapi mereka berdua lain. Lelaki ini tidak mencintainya dan dia pun baru mengenali lelaki ini. Dulu pernah juga mereka bertemu tetapi lelaki ini meminta dia larikan diri pada masa pernikahan mereka.

“Tak elok kita begini! Kita bukan macam suami isteri yang lain bang,” katanya. Menggigil tubuhnya macam tadi. suaminya ini suka buat onar kepadnya. Dia sudah jelaskan lelaki tadi iaitu Indra Iskandar bukan kekasihnya tetapi suaminya ini tidak mahu percayakannya. Itu yang menyakitkan hatinya. Dia hendak keluar dari sini tetapi dia tidak dapat keluar. Lelaki ini seperti hendak mengurungnya di sini.

“Bagus kalau awak faham! Jadi harap jangan simpan harapan!” kata lelaki itu. Dia angguk. Dia tidak akan menyimpan harapan kepada hubungan mereka.

“Saya faham! Saya takkan simpan harapan!” katanya mengangguk.

“Jangan nak simpan apa-apa perasaan pada abang!” katanya. Dia angguk.

“Jangan nak ulang-ulang cakap tu! Cukup sekali saya dah faham!” katanya.

“Bagus!” kata lelaki itu lagi.

“Jadi, untuk apa pernikahan kita ni?” soalnya tidak puas hati. Mungkin sebab lelaki ini tidak cukup kuat ajaran agamanya. Kesal dia. Mungkin lelaki ini sudah lama meninggalkan solatnya menyebabkan dia lupa akan ajaran agamanya.

“Untuk apa awak tanya?” soalnya. Dia angguk sahaja. Malas dia mahu bercakap banyak dengan lelaki itu.

“Untuk main-main aje kan?” soalnya agak keras.

“Tak lah! Biarkan dulu hubungan kita begini. Saya tak sedia lagi nak ada komitmen dengan sesiapa buat masa ini.” Katanya. Kesal dia dengan sikap lelaki ini.

“Baik, kalau abang tak sedia, apa kata abang dan saya berpisah sahaja?” pintanya.

“Bercerai maksud awak?” soalnya. Dia angguk.

“Tak, tak boleh. Susah kalau kita buat begitu.” Katanya. Di wajahnya terlihat kekesalan.

“Jadi, untuk apa hubungan kita begini?” soalnya tidak puas hati. Tidak ada gunanya perhubungan mereka jika tidak ada keserasian.

“Abang bebas buat apa yang abang suka jika kita tak ada apa-apa.” Katanya. Buntang mata lelaki itu.

“Walaupun kita masih ada hubungan, abang masih boleh buat apa pun sesuka hati abang! Jangan nak ganggu hidup abang. Jangan nak kawal abang. Awak tak de hak ke atas abang!” kata lelaki itu. Sayu sekali dia. Memang dia tidak ada hak dan dia tidak pernah berniat hendak masuk campur apapun urusan lelaki ini. Dia tidak ada niat hendak mengawal hidup lelaki ini. Apa pun yang hendak dia buat, itu adalah haknya, dia tidak berhak.

“Saya tak de niat nak ganggu hidup abang! Itulah saya cadangkan, kalau abang tak de perasaan kat saya atau apa, kita putuskan sahaja hubungan kita sampai di sini,” katanya tegas. Lelaki itu menggeleng.

“Saya nak buat cadangan itu dan ini! Saya takkan dengar cadangan awak! Apa yang saya mahu awak ikut sahaja apa kata saya! Sekarang, awak duduk dulu di sini, buat masa ini. Saya tak tahu nak cari awak di mana nanti!” katanya. Permintaan ke arahan? Soalnya dalam hati.

“Saya minta abang lepaskan saya dari bilik ni! Saya pun ada kerja nak buat. Saya pun dah habis cuti!” katanya memberikan alasan. Mahukah lelaki ini mendengar apa permintaannya?

“Habis cuti?” soalnya seperti terkejut. ..

“Kita pun sama, cuti kita seminggu lagi berbaki kan?” kata lelaki itu. Berkerut dahinya. Di manakah lelaki ini tahu?

“Mana awak tahu?” soalnya.

“Ikut logik aje.” Katanya sambil tersenyum menyengih. Bertambah kacak lelaki ini kalau dia tersenyum.

“Tak! Esok saya akan kerja dah!” jawabnya. Lelaki itu ketawa. Besar suaranya memenuhi ruang bilik.

“Jangan pandai nak menipu!” kata lelaki itu lagi.

“Tak menipu! Jadi abang cuti lama ya?” soalnya.

“Esok abang kerja. Awak duduk di sini.” Katanya. Dia termangu. Dia tidak mahu duduk di dalam bilik yang macam neraka ini. Duduk bersama lelaki ini sudah membuatkan dia rimas.

“Tak nak! Jangan nak paksa orang!” pintanya lagi. Dia menjeling lelaki itu.

“Apa?” lelaki ini kembali mendekatinya. Jantungnya kembali berdegup keras.

“Jangan nak banyak songeh! Abang kata awak duduk sini!” katanya lagi membisik di telinganya. Tidak ada gunanya berbisik-bisik. Dia benci kepada lelaki ini.

“Tak nak! Awak ingat saya ni kerbau, nak ikat-ikat saya di sini! Saya pun ada kehidupan saya sendiri!” jawabnya.

“Awak jangan nak degil!” kata lelaki itu. dia termangu apabila lelaki itu sudah mengucup bibirnya. Tangannya menolak-nolak tubuh tegap lelaki ini. Namun, kudratnya tidak ada kekuatan untuk melawan tenaga lelaki ini.

“Gila!! Abang lelaki gila!” katanya setelah lelaki itu melepaskannya. Lelaki itu sempat mengucup dahinya. Irama di dadanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Memang abang gila! Gila oleh permintaan awak!” jawab lelaki itu. Semakin dia panas.

“Buat apa abang nak kurung saya di bilik ni?” soalnya berani-berani lagi.

“Kita kan suami isteri!” jawabnya.

“Suami isteri apa begini?”

“Suami isteri cara kita sayang,” bisik lelaki itu yang sudah mendekatinya semula. Dia sudah duduk di bibir katil.

“Baik abang lepaskan saya. Saya takkan ganggu abang.” Katanya.

“Masalahnya, kekasih sayang akan ganggu awak. Itu yang abang tak nak lepaskan awak dari sini. Awak akan tinggal di kondominium abang nanti,” kata lelaki ini memberikan arahan lagi.

“Tinggal dengan abang?” lelaki itu mengangguk.

“Ya, jangan anggap kita akan hidup macam suami isteri yang lain. Awak jangan nak perasan-perasan ya. Awak bukannya taste abang!” kata lelaki itu lagi. Bagaikan bom meletup di kepalanya. Kata-kata itu sungguh menyakitkannya. Tahulah dia tidak mencintai dirinya tetapi janganlah sampai menghina dirinya. Aduhai, kenapa lelaki ini sungguh jahat hatinya?

“Jangan anggap lelaki itu kekasih saya. Dia rakan sekerja saya bang!” luahnya. Lelaki itu ketawa lagi. Mentertawakan siapa? Bukankah dia mentertawakan diri sendiri.

“Rakan sekerja yang ada hati nak menikah kan? Ya lah mula-mula kawan kemudian jadi kekasih dan lepas tu menikah!” katanya menuduh. Dia memang tidak ada perasaan dengan mana-mana lelaki sejak dia sudah sah mempunyai suami. Kenapa lelaki ini suka menuduh-nuduhnya?

“Tak salah kan kalau abang pun memang ada hati nak ceraikan saya?” soalnya seperti menduga kesabaran suaminya sendiri. Lelaki itu ketawa.

“Nak ceraikan awak? Since bila? Ada pernah abang sebut tak?” soal lelaki itu. memang dia tidak ada menyebut cerai. Tetapi jika tidak ada perasaan, pasti lambat laun hubungan mereka akan ke arah itu. dia yakin akan hal itu.

“Tak tahu! Mana tahu abang ada niat!” katanya pula.

“Abang takkan ceraikan awak sampai mati!” kata lelaki itu seperti menoktahkan hubungan mereka. Mahu sahaja dia meraung dengan kata-kata nekad lelaki itu. betapa nekadnya dan dia memang tidak ada harapan dengan orang lain. Aduh, sakitnya hatinya!

“Abang kena tarik balik kata-kata abang!” katanya.

“Tak, takkan tarik balik!” lelaki itu keluar ke balkoni semula apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dengan penuh gaya dia berjalan menuju ke balkoni. Ah, kenapa perasaannya berombak-ombak pula?

Akhirnya dia duduk di atas kerusi itu dan melihat cermin. Bibirnya digosok-gosok perlahan-lahan seolah-olah hendak membersihkannya.

Sepatutnya lelaki ini sudah menceraikannya. Dia bukan taste lelaki ini. Dia tahu dia tidak bernilai di mata lelaki ini. Ya Allah, alangkah sedihnya dia.

Previous: bab 15
Next: bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha