Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,568
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” soal lelaki itu kepadanya. Suatu hari mereka berjumpa di ruang tamu rumah ibu bapanya. Dia kerut kening. Apa yang perlu dia jawab? Bukankah pernikahan ini nanti telah diaturkan oleh ibu bapa mereka? Kenapa lagi dia ditanya begini?

“Saya mengikut tetapan daripada ibu bapa saya. Kalau baik kata mereka, maka baiklah bagi saya,” jawabnya perlahan. Lelaki itu senyum tetapi senyuman itu sinis sebenarnya. Ya Allah senyumannya sinis tetap menggugah jiwanya. Namun dia cepat-cepat menundukkan pandangannya. Siapa dia hendak memuji-muji lelaki yang agak sombong di depannya itu? Baik pula dia buat jual mahal juga. Baru lah sama kan?

“Oh macam tu!” kata lelaki itu. Mereka diam seketika. hanya kedengaran dengusan nafas mereka berdua.

“Awak kenal saya?” dia geleng. Benar, dia memang tidak kenal lelaki ini. dia pun salah juga kerana tidak menyiasat betul-betul siapakah lelaki ini kepada emaknya. Namun, sudah agak terlambat hendak menyatakan tidak setuju kerana dia sudah pun bersetuju dengan cadangan ibu bapanya. Apa yang harus dia buat lagi selain reda? Lelaki ini sudah mula hendak menunjukkan taringnya. Dia main jeling ke arahnya pula. Sayang sungguh dia melihat lelaki ini. Bukan sayang apa, tetapi sayang. Wajah kacak tetapi sombong! Entah apa yang membuatkan dia sombong. Hairan sungguh dia.

“Saya tak kenal encik.” Jawabnya jujur.

“Awak macam nak tempah maut pula setuju nikah dengan saya?” katanya menyebabkan matanya bagaikan mata katak, terkebil-kebil dan mulut ternganga. Namun dia tidak mahu hal itu berpanjangan. Dia segera berfikir agak keras untuk menjawab semua persoalan lelaki di depannya itu. Dia tidak mahu kalah dengan perbualan mereka pada hari ini.

“Apa maksud awak tempah maut?” soalnya kurang faham. Mereka bertentangan seketika tetapi dia cepat-cepat tundukkan pandangan.

“Nanti awak tahu lah!” jawabnya. Dia tambah ternganga dengan kata-kata itu. ah, benarkah dia akan bermain dengan api selepas ini?

Ibu bapa lelaki ini dan emak ayahnya sudah berada di ruang tamu yang di sebelah dan agak jauh daripada mereka. Mereka hanya dibiarkan berkenalan. Kononnya sebab hendak nikah bulan depan. Huhu! Bagaimana ni?

“Encik, kalau encik tak suka saya, encik boleh minta ibu bapa encik batalkan aje pernikahan kita,” dia menyuarakan apa yang benar sebelum nasi menjadi bubur. Lelaki di depannya itu ketawa. Cawan di tangannya diletakkan di atas meja perlahan-lahan.

Jenis apakah lelaki ini? Dia menelek dalam diam. Sepatutnya masa yang ada digunakan untuk berkenalan dan bukannya untuk bertelingkah. Waraskah lelaki ini? Soalnya dalam diam.

“Encik? Awak panggil saya encik? Awak kerja dengan saya ke?” soalnya. Dia tertunduk segan pula ditegur begitu.

“Err, jadi nak panggil apa?” soalnya memohon kepastian. Geram sungguh dia. kalau hendak diikutkan hatinya mahu sahaja dia ketuk lelaki itu dengan cawan di depan mereka di atas meja ini. namun, dia sabarkan hatinya. Tidak elok hilang sabar pada pertemuan pertama ini.

“Umur awak berapa?” soalnya pula. pintar betul lelaki ini. soalan diberikan soalan juga.

“24 tahun.” Jawabnya lurus.

“Saya 29 tahun.” Lelaki itu pula memberitahu umurnya tanpa ditanya. Ah, lelaki berumur 29 tahun, takkan masih tidak ada pilihan hati? Telahnya dalam hati.

“Jadi?” soalnya pura-pura tidak faham.

“Panggil saya abang,” arahnya. Dia angguk sahaja. Akur dengan arahan itu.

“Jadi abang suka dengan pernikahan kita ini nanti?” soalnya penuh kesungguhan. Lelaki itu ketawa lagi. Kakinya disilangkannya seolah-olah dialah bos di pejabatnya sekarang ini. hakikatnya dia di rumah bakal mertuanya. Sabar sajalah!

“Suka?” soalnya lagi. Dia diam menekur ke depan menunggu jawapan lelaki itu.

“Ya, awak pun tak suka?” soalnya seolah-olah tidak sabar menunggu jawapan lelaki itu. Irasnya wajahnya yang kacak ala-ala Izzue Islam itu menarik perhatiannya.

“Saya ulang, awak tempah mautkan?” menggigil dia dengan soalan itu.

“Abang, kalau abang tak suka saya dan sudah ada pilihan hati, abanglah yang undur diri. Saya tak kisah, saya faham!” katanya. Lelaki itu ketawa lagi. Jelas ada ketidaktenangan di wajahnya itu.

“Ayah dan mak kita tak kisah juga?” dia kembalikan soalan lagi. Dia tegakkan kepalanya. Memang kedua-dua ibu bapanya sudah sepakat hendak menjodohkan mereka berdua.

“Itu saya tak tahu!” jawabnya pula.

“Awak hilangkan diri semasa hari pernikahan nanti!” pinta lelaki itu. adakah itu permintaan orang waras atau apa? Dia tidak akan memalukan ibu bapanya terutamanya yang telah melahirkan dan mendidiknya sehingga menjadi seperti hari ini. Dia cepat-cepat menggeleng.

Mustahil! Mustahil dia akan melakukan kerja gila itu!

“Abang yang kena tampil dengan jujur mengesahkan abang tidak mahu pernikahan ini!” katanya pula. Dia tidak sesekali akan melarikan diri meninggalkan majlis yang telah diatur ibu bapanya sekian lama. Lelaki itu pula menggeleng.

“Awak jangan menyesal nanti!” kata lelaki itu pula. begitu dengan sombongnya dia mengugut dirinya.

“Kenapa saya nak menyesal pulang bang?” soalnya ragu. Lelaki itu ketawa lagi.

“Nanti awak tahu tinggi rendah langit dan bumi!” dia tunduk memandang lantai. Benarlah lelaki ini memang tidak menerima kehadirannya. Apa yang harus dia buat? Takkan dia hendak meminta agar menyuruh membatalkan pernikahan ini? Ah, tak larat dia! Biarlah!

“Jadi, anak papa dah kenal-kenal dengan anak kawan papa ni?” mukanya langsung pucat. Kalau ditoreh dengan pisau toreh getah memang tidak berdarah! Bakal ayah mertuanya tiba-tiba datang dan menepuk bahu bakal suaminya. Ibu bapanya juga mendekati mereka dengan senyuman bahagia di pipi masing-masing.

Kaku dia di tempat duduknya. Lelaki itu memegang tangan papanya dan tersenyum manis.

“Kami sedang berkenalan papa, mama, pak cik, mak cik!” jawabnya. Dia pula terpaksa angguk setelah dia memberikan signal agar mengangguk dan tersenyum manis. Kasihan dia!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha