Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
119,080
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Bab 24

Mereka menziarahi keluarganya.

“Baiklah, kita mula sebagai kawan, awak nak tak Puan Salwa?” soal lelaki itu apabila mereka sudah duduk di Dyana Cafe di lapangan terbang Kota Kinabalu itu. Redup mata lelaki ini mengajukan pertanyaannya. Kelat wajahnya.

Up to you!” jawabnya. Dia malas hendak memanjangkan hubungan mereka. Kalau nak jadi kawan boleh juga, dia tidak membantah. Kalau dengan cara itu lelaki itu boleh berlemah lembut dan tidak mengambil kesempatan kepada dirinya, kenapa dia tidak setuju. Kan?

“Kenapa pula puan tak beri pendapat?” soal lelaki itu suka ambil kesempatan di atas kelemahannya. Dia terasa panas. Dia menjeling suaminya ini. lelaki itu tersengih-sengih macam kerang busuk memandangnya. Kalau dia tidak sabar, sudah dia cepuk lelaki ini dengan tangannya. Boleh tak dia buat begitu kepada suami? Boleh kut kalau suami yang mencemaskan dia ini! Dia malas hendak memberikan pendapatnya.

“Mana-mana abang aje saya tak kisah. Jangan panggil saya puan. Salwa pun boleh aje! Jangan nak mengada-ada!” Katanya. Dia malas dipanggil Puan. Lelaki kacak itu sudah ketawa besar dengan kata-katanya. Lucukah dia cakap? Bukan dia cakap yang betul? Lelaki ini biar betul? Ada wayar yang putus di kepalanya?

“Tapi, kita kena tinggal serumah Sal... Wa,” buntang matanya. Cadangan itu memang tidak dipersetujuinya. Dia tidak mahu lelaki itu memberikan arahan agar mereka tinggal serumah. Ia menyusahkan pergerakan dirinya. Apatah lagi dia selalu sibuk dengan tugasan hariannya.

“Awak tak bebas nanti! Awak kan tak mahu ada isteri? Kalau saya ada di rumah abang, pasti tak rasa bebas!” katanya memancing suaminya. Syed Muhammad Budriz ketawa. Dia memandang kehairanan.

“Tak bebas apanya?” soal lelaki itu. Mata mereka bertatapan seketika.

“Kalau saya ada di rumah abang!” katanya.

“Jangan nak mimpilah Salwa. Memanglah tak bebas kalau dah berkeluarga! Tak faham? Cuma, saya nak kita bersuai kenal dulu. Kita memang tak begitu kenal kan? Tapi kita kena tinggal serumah kalaupun tak sebilik!” panjang lebar kenyataannya. Dia angguk. Mungkin kerana dia dilihat berdua-duaan dengan Indra Roslan tempoh hari menyebabkan lelaki itu menukar pelannya.

“Saya tak nak sebilik dengan abang!” katanya tegas. Lelaki itu ketawa lagi.

“Awak akan pilih bilik-bilik di bahagian bawah! Awak pilih aje mana yang awak suka! Saya akan berada di tingkat atas! Tetapi sesuka hati saya nak masuk bilik awak kalau abang nak,” kata lelaki itu. Dia cepat-cepat membulatkan mata. Memang dia suka kalau berlainan bilik. Tetapi dia tidak suka ungkapan terakhir. Buat apa lelaki ini suka-suka hatinya hendak masuk ke biliknya? Eh, tak boleh jadi!

“Ya lah saya faham! Tapi buat apa abang nak masuk bilik saya pula?” katanya. Lelaki itu merenungnya. Pandangan itu bagaikan membuatkan dia mahu pengsan.

“Suka hati saya lah! Sayakan suami awak! Apa yang sepatutnya isteri buat kepada suami kalau dah masuk ke biliknya?” soalan itu bagaikan mematikan urat sarafnya. Takut dia dengan syarat suaminya ini. Apa yang hendak dia jawab?

“Saya tak sedia lagi bang! Abang pun akan tinggalkan saya kalau abang dah kahwin dengan kekasih abangkan!” katanya terketar-ketar. Lelaki itu masih memandangnya tajam.

“Siapa cakap abang nak kahwin dengan kekasih saya tu?” soal lelaki itu pula.

“Sebuah percintaan biasanya diakhiri dengan pernikahan yang sah!” jawabnya dengan tulus. Ah, kalau suaminya ini benar-benar mengotakan kata usulnya, macam mana? Sudikah dan sediakah dia bermadu? Eh, tak sudi dan tak sedia rasanya. Malah tak hingin dia! kalau boleh, tolonglah lepaskan dia! Aduhai!

“Memang! Nak sangat cik puan ni bermadu ya!” kata lelaki itu dengan wajah kelat. Wajahnya lebih kelat.

“Tak nak! Lepaskan aje saya secara baik-baik!” katanya tulus. Perbincangan mereka sudah menyimpang ke arah yang serius, terlalu serius.

“Tak mungkin!” kata lelaki itu dengan wajah kusut dan serba salah. Entah kenapa. Apa perasaannya? Dia tidak tahu. Mungkinkah lelaki ini sudah menyayanginya dan cuba hendak mencintainya? Benarkah telahannya? Ah, mustahil! Dia mengeluh perlahan.

“Lupakan hal ini! kita kena tinggal serumah dan jangan risau, rumah abang besar dan luas. Tak de masa mungkin kita bertemu kalau masing-masing sibuk kan!” kata lelaki itu. Dia angguk. Mungkin ada juga kebaikannya. Ah, sebenarnya lelaki ini hanya menurutkan egonya. Ego kerana peristiwa dia makan dengan Indra Roslan. Itu yang dia tahu. Susah membuang egonya!

“Bagus kalau faham. Awak, mak ayah abang akan datang pada penghujung bulan depan. Tak tahulah kalau mak ayah awak pun ikut sama! Jadi, awak nak duduk mana?” kata Syed Muhammad Budriz yang kulitnya putih kekuningan itu. Remy Ishak agak hitam manis.

“Buat apa mereka datang ke rumah abang? Bawalah mereka menginap di hotel bang!” jawabnya. Terbuntang mata lelaki itu. Ya lah, mereka kan keluarga ternama dan kaya raya, kenapa pula mereka hendak tinggal di rumah anak mereka? Kalau tinggal di hotel, kan senang? Tak payah lah dia sibuk memasak dan membuat itu dan ini untuk mentuanya. Dan, tak perlu dia nak control ayu depan ibu bapa mentuanya. Kan baik...

Eh, cik puan Salwa ni, berkira pula dengan mentuanya! Ejeknya sendiri!

“Hotel?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia angguk. Kelat wajahnya. Mungkin dia tersalah soal.

“Mereka tak biasa duduk di hotel. Anak lelaki mereka ada sebuah penthouse! Takkan nak duduk hotel pula! Takkah membazir!” Kata Syed Muhammad Budriz. Dia pula yang terkejut. Takkan keluarga kenamaan begini tidak biasa duduk di hotel? Memang dia tidak percaya!

“Ye ke?” dia tidak percaya kalau ibu bapa mentuanya tidak betah duduk di hotel. Mesti mereka sengaja nak kenakan dirinya!

“Mungkin mereka sengaja nak spy kita lah tu! Pada masa tu kita berlakonlah macam suami isteri yang bahagia gitu!” kata Syed Muhammad Budriz tersengih. Dia buntangkan mata. Macam mana nak pura-pura bahagia tu kalau mereka memang tak suka antara satu sama lain?

“Buat apa nak spy kita!” katanya.

“Biarlah mereka, merekakan dah pilihkan anak mereka jodoh! Jadi mereka kena spy kita lah, bahagia atau tak!” kata Syed Muhammad Budriz. Dia bulatkan mata.

Hairan dengan sikap Syed Muhammad Budriz yang seperti takutkan ibu bapanya. Sepatutnya dia berterus terang dan tidak mahu meneruskan hubungan mereka ini dan bukannya terus berpura-pura. Memang dia tidak senang hati.

“Kenapa nak biar? Kenapa abang tak cakap kita akan berpisah?” soalnya. Buntang mata Syed Muhammad Budriz. Hairan dia dengan sikap penakut suaminya.

Kalau dia? Dia lebih penakut dengan ibu bapanya. Baginya apa yang dipilihkan ibu bapanya untuknya, itu yang terbaik buat dirinya. Tetapi dia geram kepada suaminya. geram kerana dirinya ini bukan tastenya konon. itu yang dia sanggup meminta suaminya agar berfikir semula mengenai hubungan mereka ini. Itu yang dia geram.

“Berpisah? Tak sampai seminggu pun kita nikah! Awak dah gila?” kata Syed Muhammad Budriz perlahan. Panahan matanya menikam kalbunya sekali lagi.

“Kita tak sesuai!” katanya. Makin marak mata Syed Muhammad Budriz.

“Jangan paksa abang buat sesuatu Salwa!” kata Suaminya menyebut nama penuhnya. Benci sungguh dia orang yang panggil namanya dengan Salwa dan bukannya Wawa!

“Saya tak paksa!” katanya. Dia tunduk menghadap lantai.

“Salwa nak minum apa?” terleka mereka seketika. duduk di kerusi di cafe itu tanpa memesan apa-apa makanan atau minuman. Dia geleng.

“Hot milo!” katanya. Lelaki itu terus berdiri.

“Makan?” dia geleng. Dia tidak mahu makan apa-apa. Seleranya mati kalau dengan lelaki ini. Ah, kenapa dia sanggup tahan nafsunya untuk makan? Sebenarnya dia sebal dengan kata-kata Syed Muhammad Budriz yang suka menyakiti hatinya.

“Oklah! Kita makan sama-sama nanti! Kita kan kawan!” kata lelaki itu. Dia hanya angguk. Terkenang emak dan ayahnya. Apakah mereka akan terus ke Pahang pada esok hari atau hanya duduk di rumah ibu bapa mentuanya di Kuala Lumpur? Soalnya dalam hati. Apakah perlu ibu bapanya disuruh turun ke Kuala Lumpur? Ah dia bingung.

“Nah, silakan makan Salwa.” Kata Syed Muhammad Budriz yang membawa kentang goreng yang agak panas.

“Cepatnya!” katanya. Dia mengambil minuman dan makanan lalu diletakkan dia atas meja mereka.

“Memang dah sedia makanan dan minuman di situ!” kata Syed Muhammad Budriz.

“Oh!” katanya. Dia meneguk milo panasnya. Lelaki itu sudah duduk di depannya. Sebenarnya dia segan. Jarang sekali dia duduk berdua-duaan dengan lelaki sepanjang dia hidup. Lainlah dengan ayah atau adik lelakinya. Abangnya pun masih belum kahwin.

“Kenapa termenung?” soal Syed Muhammad Budriz.

“Tak de apa-apa!” katanya.

“Nak beli sesuatu?” soal suaminya. Dia menggeleng. Kalau Natallie Juliana yang ditanya tentang shopping, pasti dia akan tak cukup tangan. Fikir Syed Muhammad Budriz seketika. Namun di hadapannya ini ialah isterinya, pasti berbeza citarasa.

“Kita balik KL aje? Tak balik Pahang?” soalnya. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang macam ular nak telan mangsanya.

“Ikut awak lah!” kata Syed Muhammad Budriz. Dia ketawa kecil.

“Kalau ikut saya, saya tak nak balik KL. Saya nak ke Pahang!” katanya. Dia terkenangkan emaknya. Sejak semalam dia belum bercakap dengan emaknya. Dia hanya membalas pertanyaan emaknya melalui sms. Lelaki itu buntangkan matanya.

“Nak kenakan abang ya?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia geleng.

“Tak!” katanya.

“Sebenarnya papa saya yang suruh balik. Mungkin ada hal niaga nak beritahu kat saya!” katanya. Dia angguk. Mereka seperti ada masalah atau ada rancangan perniagaan baharu. Orang yang berniaga punya banyak rancangan perniagaan.

“Kenapa? Syarikat abang macam ada masalah?” soalnya. Lelaki itu mengangguk.

“Macam ada masalah sikit!” kata Syed Muhammada Budriz.

“Masalah apa?” soalnya pula.

“Dengki! Benci! Merebut! Mencuri!” kata Syed Muhammad Budriz dengan geram.

“Oh! Tapi masalah sekecil itu harus diselesaikan dengan muhasabah dan perbincangan!” katanya. Syed Muhammad Budriz angguk. Lelaki itu dengar cakapnya? Dia sekadar gurau aje!

“Kecil?” soal Syed Muhammad Budriz pula. dia angguk. Memang masalah kecil.

“Ya itu masalah kecil!” katanya.

“Kenapa?” soal Syed Muhammad Budriz pula.

“Kalau masalah besar, ia melibatkan nyawa!” katanya.

“Kita tak tahu kalau kita sedang diperhati pihak tertentu yang mencari kelemahan di syarikat abang!” kata Syed Muhammad Budriz. Meremang bulu romanya.

“Syarikat abang juga syarikat besar, walaupun saya tak tahu sebesar mana syarikat abang dan abang sepatutnya pasang orang tertentu untuk perhati orang!” katanya macam orang pandai selok belok perniagaan. Lelaki itu sudah ketawa.

“Abang dah buatlah! Syarikat abang kat sini tak lah besar tapi kena buat apa Salwa suruh tu! Kalau tak, bimbang banyak hal terjadi!” kata suaminya. Merah mukanya. Memang benar anggapannya.

“Hal apa?”

“Macam rompakan dokumen hari tu!” kata suaminya. Dia angguk.

“Pelan perniagaan?” soalnya. Lelaki itu menggeleng.

“Bukan, tender baru!” kata suaminya. suaminya ini boleh tenang melayan dia bercakap mengenai perniagaannya. Macamlah dia banyak pengalaman! Ah, jangan pertikaikan diri sendiri! Katanya memberikan semangat kepada diri sendiri!

“Tender baru? Itu pesaing namanya bang!” katanya. Syed Muhammad Budriz angguk.

“Tak usah cakap kat sini! Nanti kita cerita kat rumah! Bahaya kat sini! Kut-kut orang di tepi kita ni adalah pengintip kami, apa kita nak cakap?” kata Syed Muhammad Budriz yang sentiasa berhati-hati.

“Betul awak tak de benda nak beli untuk mak atau mama mertua awak?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia intai wang yang ada di dalam begnya. Memang tidak cukup banyak. Memang dia berkira. Memang dia harus berjimat cermat. Kalau lelaki ini tinggalkannya kemudian hari, ke mana dia hendak mengadu? Kalau nak gunakan master kadnya, dia malas mahu mengganti dengan wang tunai nanti. Bank bukannya dekat dengan rumah sewanya. Kawasan rumahnya itu juga kawasan yang agak black, jadi dia harus berhati-hati.

“Lamanya fikir!” teguran suaminya menyebabkan hilang semua pertimbangan-pertimbangannya.

“Tak de apa-apa nak beli bang! Saya pun tak tahu mama abang suka abang!” katanya berdalih. Dia memang berkira soal pembelian barang kalau dari kantungnya sendiri. Kalau emaknya, dia sudah faham. Emaknya juga sudah faham. Emaknya juga tidak suka kalau dia membazir.

“Tak pe nanti kita balik lagi barulah kita beli sesuatu untuk mama dan mak kita ya!” kata lelaki itu tenang. Dia angguk. Sebenarnya dia agak lega. Selamat beg duitnya. Kalau tidak, tengah tidak ada duit nanti dia hendak minta dengan siapa? Soalnya. Dia segan hendak meminta-minta dengan lelaki ini. Mungkin tak minta lah dia!

“Mana-mana abanglah!” katanya.

“Mama abang tu suka beg tangan. Apa-apa aje, memang dia suka!” kata lelaki itu memberitahu mengenai kegemaran mamanya. Dia baru tahu. Emaknya pula suka kalau dia membelikan kuih-kuih tradisional dari sini. Namun dia memang tidak sempat hendak membeli. Jadi, dia harap emaknya faham akan kesuntukan masanya.

“Cepatlah makan! Minuman itu habiskan!” arah Syed Muhammad Budriz. Dia cepat-cepat teguk air milonya yang masih agak panas.

“Mari kita bergerak sekarang!” mereka beriringan menuju ke pintu pelepasan apabila suara pengumuman kedengaran.

Macamlah mereka suami isteri yang bahagia dan ke sana sini macam belangkas!


* Ingin mengetahui bab seterusnya? Sila layari http:putrimanasuha.blogspot.com

Previous: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha