Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,564
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

Bab 23

Mereka hendak terbang ke Kuala Lumpur semula pada keesokan harinya. Namun dia resah. Malam ini mereka akan tidur di resort ini semula. Dia tidak selesa dengan lelaki ini. Namun, kerana ikatan yang telah mengesahkan mereka sebagai suami isteri menyebabkan dia terpaksa mengikut sahaja jejak suaminya.

“Kita keluar sekarang?” soal suaminya kepadanya. Dia angguk.

“Ke mana?” soalnya pula.

“Ya nak ke mana sayang?” soal lelaki ini. dia geleng. Tidak tahu hendak pergi ke mana pada saat solat Zohor sudah dikerjakan. Sebenarnya dia mahu berehat tetapi sesudah ada lelaki ini di sisinya, dia serba salah. Hendak ke mana dia ni? Makan? Makan kat mana? Dia tidak tahu hendak memilih restoran yang baik di sini. Kalau restoran yang baik mengikut pilihannya dan standard kemampuannya memang agak banyak juga. Contohnya, Restoran Kak Dayang, Restoran Kak Nong, Restoran Stesen Ikan Bakar dan pelbagai lagi.

“Kan kita nak balik ke rumah masing-masing! Takkan nak terus tinggal sini!” katanya. Lelaki itu ketawa lagi. Syed Muhammad Budriz memang suka ketawa sejak akhir-akhir ini. Dia pun jadi pelik. Mula-mula mereka menikah, mukanya keras sahaja. sekarang asyik pula dengan tawanya. Itu yang dia pelik.

“No way sayang! Awak takkan pernah balik ke rumah sewa awak tanpa abang di sisi sayang! Trust me! I won’t do anything to you! Because you’re not my taste!” sudah berkali lelaki ini menyebut perkataan yang tidak disukainya. Sudah berkali juga dia menangisi nasibnya. Sekalipun dia bukan taste lelaki ini, kenapa dia tidak dilepaskannya sahaja? Itu yang dia tidak suka!

“Makan tengah hari sebelum kita bergerak ke bilik ni semula! Abang tak check out hari ni! Apa kata kita berkenalan dulu. Kan bagus?” terbuntang matanya. Sungguh terkejut dengan kata-kata itu. Dia berasa tidak lapar kalau makan dengan lelaki ini. Apa yang ada dengannya selepas mendapat penghinaan demi penghinaan? Dia hanya seperti bunga meja sahaja di depan lelaki ini. Semakin bernanah hatinya!

“Nama abang Syed Muhammad Budriz Syed Badaruddin. Abang lulusan Manchester Universiti dalam bidang kejuruteraan, tetapi disuruh menjaga syarikat di kawasan Borneo oleh papa. Pejabat abang di 1 Borneo, sesuai dengan kawasan yang abang jaga. Sampai sini dulu. Abang nak dengar Salwa pula!” bergetar hatinya apabila lelaki itu ingin berkenalan dengannya. Macam pelajar universiti pula mereka, baru berkenalan. Apa yang dia nak cakap ni? Kalut dia. Lelaki itu pula dengan pandangan redupnya, menunggu reaksinya. Maafkan Salwa...

“Saya ingat abang dah tau mengenai saya, saya kan isteri abang,” lelaki ini ketawa. Dia tunduk menghadap lantai yang agak licin itu. berhati-hati dan mengelak agar tidak jatuh. Mereka beriringan berjalan menuju ke cafe untuk makan tengah hari. Sebolehnya dia mahu mengelak daripada bergandingan berjalan dengan lelaki ini. Entah kenapa, dia tidak selesa.

“Memanglah, tapi kita kan kenal beberapa hari aje lepas tu kita buat hal masing-masing, kita memang tak kenal lagi. Dan, jangan cuba nak lari dari abang, abang takkan lepaskan lagi Salwa macam hari tu. Nanti entah lelaki mana lagi yang akan keluar dengan Salwa!” kata lelaki itu menampakkan aura kacaknya tetapi kata-katanya berapi seperti menghanguskan dadanya. Perlahan sahaja suaranya tetapi tajam menikam hatinya.

“Saya ni bukan perempuan yang awak sangka!” dia sudah hilang kepada suaminya. Sakit hatinya sudah tidak dikira. Lelaki ini memang suka menyakitkan hatinya. Kalau tidak menuduh dia dengan lelaki lain, memang tidak sah! Kedengaran tawa lelaki itu sepanjang perjalanan mereka.

“Awak ingat saya akan percaya awak lagi sayang?” soal lelaki ini tiba-tiba mendekatkan tubuhnya dan dia jadi kaku. Matanya membulat. Tangannya pula kuat menolak tangan lelaki yang sudah mula hendak menyakatnya itu.

“Kenapa awak tak percayakan saya?” soalnya ketakutan apabila tangan lelaki itu sudah kejap di pinggangnya. Kuasanya memang tidak kuat untuk melarikan tangan lelaki itu dari pinggangnya ini. Sudahlah dia terasa geli jika dipegang pinggangnya sekarang tangan kekar lelaki itu sudah seenaknya bersantai di situ.

“Jangan harap kepercayaan akan hadir lagi dalam hati saya! saya ingat selama ini isteri abang ni akan menjaga maruahnya, rupanya hancus! Awak tak pandai nak jaga maruah abang. Nanti kalau orang tahu awak isteri saya dan awak keluar dengan lelaki tak serupa manusia, siapa nak jawab kalau nama syarikat abang tercemar dan saham syarikat abang jatuh merudum?” kata lelaki itu.

“Tak serupa manusia? Maksud awak hantu?” soalnya geram. Apabila pegangan lelaki itu sudah melonggar, dia cepat-cepat melarikan diri daripada lelaki itu. Dia urut dada. Baru lega perasaannya.

“Ya lah sayang. Awak tu tak pilih siapa lelaki itu, awak redah aje!” kata-kata suaminya itu sungguh menghina. Wajah Syed Muhammad Budriz menyeringai. Dia semakin geram.

“Jangan menghina saya tau! Jangan-jangan awak yang main redah aje perempuan yang awak nak bawa keluar tau!” katanya tidak mahu kalah. Lelaki itu memandangnya tajam, setajam kata-katanya.

“Saya tak menghina! Saya tahu taste awak! Kalau awak nak tahu pilihan saya ratu cantik tahap dunia!”dia juihkan bibirnya. Dia tidak percaya lelaki ini akan mempunyai teman wanita ratu cantik tahap dunia. Macamlah dia kaya sangat! Bisiknya dalam hati.

“Abang tahu awak tak percayakan?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia geleng tetapi bergetar hatinya. Mungkinkah lelaki ini sudah boleh membaca apa di hatinya?

“Hmmm, ada kukisah?” soalnya pula.

“Oh tak kisah ye?” soalnya. Dia diam. Mereka sudah berdepan dan agak berdekatan. Nafas lelaki itu terdengar di telinganya.

“Tak tahu! Itu awak punya fasal!” katanya berdebar-debar. Pandangan mata mereka bersatu.

“Kenapa panggil awak-awak dengan abang?” soal lelaki itu. dia hilang kata ke? Soalnya.

“Sebut ‘abang’!” pinta lelaki seolah sudah memaksanya. Dia angguk. Dalam debar yang kian kencang, dia mesti mengalah. Kalau tidak tangan lelaki ini pasti akan singgah lagi di pinggangnya.

“Abang!” jawabnya. Lelaki itu sudah tersenyum. Dia pula menjeling.

“Kenapa mata tu?” soal Syed Muhammad Budriz lagi. Dia tundukkan pandangannya. Dia memang tidak betah hendak tersenyum tatkala ini.

“Tak de apa-apa!” katanya menelan liur. Benar, tangan lelaki sudah di bahunya. Ah, ketinggiannya hanya setakat lebih sedikit di bahu lelaki itu.

“Nak tidur sini semula? Sepatutnya abang jumpa kekasih abang kan!” jujur, memang dia terkejut. Ah, kenapa dia hendak menggalakkan maksiat kepada suaminya sendiri?

Lelaki itu tersengih-sengih memandangnya. Mahu sahaja dia cubit-cubit wajah kasar lelaki itu. Namun, memegang tangan lelaki itu pun dia rasa jantungnya bagaikan duduk di luar, inikan pula hendak mencubit pipi kasar lelaki itu! Memang takkan pernah lah!

“Kekasih?” soal lelaki itu. Dia angguk. Pasti lelaki sekacak ini sudah mempunyai kekasih. Sudahlah kacak, kaya pula tu. Petik jari pasti ramai yang datang. Datang pula berderet. Pasti. Itu dia pasti. Ah, mustahil dia tidak mempunyai kekasih.

“Ya! Mustahil sedewasa abang ini, abang tak de kekasih! Tak percaya lah saya!” katanya perlahan. Lelaki itu menyengih. Entah mengapa sakit hatinya macam tubuhnya digilis keretapi. Benarkah dia bahagia kalau benar suaminya ini sudah mempunyai kekasih? Kenapa hatinya semakin derita?

“Boleh tak awak tak masuk campur urusan abang! Abang nak kahwin dengan kekasih abang ke, nak pasang kekasih baru ke, itu urusan abang! Awak tak de hak nak masuk campur!” kata lelaki itu cuba menghilangkan haknya. Siapa yang tidak sakit hati? Dia memang isteri yang dilucutkan haknya sebagai isteri. Aduh sakitnya hatinya!

“’Saya bukan nak masuk campur bang! Sumpah saya tak nak masuk campur! Itulah awal lagi saya jelaskan, kalau benar saya bukan taste abang, bukan pilihan hati abang, lepaskan saya bang!” pintanya lagi seperti merayu. Syed Muhammad Budriz ketawa lagi. Mahu sahaja tutup seluruh tubuh muka dan tubuhnya dengan selimut besar di atas katil itu. Malu sekali dia. Namun dia tidak mampu!

“Jangan mimpi lah nak cerai! Abang akan nikahi awak sampai akhir hayat abang! Abang tahu awak dah plan nak kahwin dengan kekasih awak kan?” kata lelaki itu lagi. Dia kesal. Dia sudahlah tidak ada hak ke atas lelaki itu, sekarang dia tidak dipercayai pula. Asyik-asyik dia diperlekehkan. Isteri macam apakah dia ini? Lebih baik dia tuntut cerai melalui syariah kalau begini!

“Kita balik semula ke KL. Jumpa mak ayah abang dan mak ayah awak! Kita mohon restu mereka!” dia tidak menyangka lelaki ini ada perasaan hendak menemukan dia dengan ibu bapanya. Dia memang tidak menyangka. Ini kerana dari penerimaan lelaki itu dia tahu lelaki itu belum bersedia hendak memikul tanggungjawab sebagai suami. Ah, sedihnya dia.

“Selama ni mereka tak restui kita? Bukan abang yang tak sudi nak kahwin dengan saya?” soalnya berani. Suaranya juga jelas.

“Jangan nak putar belitkan cakap abang pula! Apa salahnya kita jumpa keluarga kita? Awak tak suka jumpa ibu bapa awak?” soal lelaki itu. Dia memang rindukan emaknya. Dia memang mahu balik ke rumahnya. Namun dia tidak berdaya! Dia harus ikut rentak suaminya ini!

Aduhai kenapa dia lupa. Memang suaminya ini ada memberitahu yang mereka akan balik ke Kuala Lumpur semula. Mungkin dia banyak memikirkan lelaki ini. Lelaki yang tiba-tiba mahu menyekat kebebasannya!

“Oh ya saya lupa bang!” katanya mengingati apa yang sudah suaminya beritahu dia semalam. Macam mana dia tidak lupa, lelaki ini asyik mengganggunya. Nasib baik dia pandai menepis. Kalau tdak dah tentu body tergadai.

“Kenapa nak lupa? Ingatkan abang aje ya? Seronoknya juga kalau sayang dah mula sayangkan abang!” kata Syed Muhammad Budriz tersenyum manis. Bingung dia dengan sikap lelaki ini. Cepat berubah! Semakin menggigil dia.

“Jangan panggil sayang boleh tak?” soalnya. Lelaki itu ketawa lagi. Lekuk di dagunya semain terserlah. Dia sukakan lekuk itu. Dahulu dia perasan seorang lelaki yang mempunyai lekuk di dagu menjadi suaminya. Sudah! Sudah tertunai impiannya! Namun apa yang sudah jadi kepada lelaki ini? dirinya ini bukan tastenya! Ah, sedihnya!

Practise sayang! Nanti depan mak ayah tak kekok! Sayang kena panggil abang ni abang! Jangan tersasul nanti! Abang tak suka!” kata lelaki itu. Dia hancur hati mendengar lelaki itu mahu berpura-pura di depan keluarganya pula. Dia sukakah orang begitu?

Dia sendiri mengajar para pelajarnya agar tidak berpura-pura. Sekarang apa sudah jadi? Suaminya sendiri hendak berpura-pura di depan keluarganya. Memang lelaki ini tidak cukup sahsiah! Mahu sahaja dia menangis!

“Jangan pura-pura bang, tak elok! Apa yang penting kita kena jujur!” katanya kepada Syed Muhammad Budriz yang hilang pertimbangan itu. Malah macam orang tak ada sahsiah!

“Kita buat yang betul-betullah nanti! Takkan nak pura-pura pula sayang!” kata lelaki itu. Makin membuntang matanya semula.

“Jangan nak jadi gila bang!” katanya menyurutkan perasaan lelaki itu dalam tindakannya. Kalau dia buat, dia yang akan kerugian! Aduhai!

“Tak gila! Abang gila kalau depan sayang aje sayang!” bisik lelaki itu. meremang bulu romanya. Siapa yang tidak takut?

“Bang, awak kena ingat kita tak ada apa-apa perasaan antara satu sama lain!” katanya mengingatkan suaminya. Lelaki itu tersengih. Bencinya dia.

“Bolehkah seorang isteri mencintai lelaki lain sedangkan dia ada suami, apa hukumnya puan?” soal lelaki itu mempermainkannya. Apa yang dia patut jawab?

“Tak de! Itu fitnah abang aje! Saya tak de cintakan orang lain!” katanya berterus-terang. Indra Roslan bukan kekasihnya dan tidak dicintainya. Lelaki ini kena ingat dia memang tidak ada kekasih!

“Kita akan lihat nanti siapa yang cinta dan tak cinta!” kata lelaki itu seperti mencabar aku.

“Dunia ini memang tak adilkan! Kalau orang lelaki nak pasang berapapun masyarakat tak pandang hina! Tetapi abang aje nampak saya berbual di restoran dengan kawan sekerja saya, abang sudah tuduh saya dah ada kekasih! Adil ke macam tu bang?” soalnya meminta kepastian dari lelaki itu. Jangan hanya dia yang dibuli.

Lelaki itu sudah tepuk tangan dan ketawa. Ada dia kisah? Apa yang penting Syed Muhammad Budriz sudah mendengar semua luahan hatinya. Jangan lagi dia hendak dipermainkan orang lain!

“Pandai isteri abang! Memang bijak!” kata Syed Muhammad Budriz masih memerlinya.

“Sudahlah bang! Kalau saya tidur lagi baik! Pergilah abang makan sorang-sorang!” katanya merajuk. Dia memang selalu merajuk.

“Tapi, kita kan nak makan atau abang makan sayang?” sekali lagi matanya terbuntang seluas-luasnya.

“Tidaaakkk!” katanya lalu melarikan diri ke bilik air. Ah pantas tangan lelaki ini menyambut pinggang kecilnya. Aduh!

“Awak, duduk dengan abang!” katanya membisik di telinganya. Apa yang dia boleh buat?

Pasrah ajelah!

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha