Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,726
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Bab 6

Di dalam teksi itu mereka mendiamkan diri. Dia duduk di sisi suaminya itu dengan tenang. Dalam ketenangan itu dia terdengar suaminya itu mengeluh. Dalam ketenangan itu dia tetap terganggu. Lelaki itu memandangnya sekilas. Apa masalah pula?

“Kenapa abang mengeluh?” soalnya. Berdetak hatinya memandang lelaki di sisinya itu.

“Ayah awak tu!” jawab suaminya itu. hairan dia. kenapa pula dengan ayah dia? ada apa-apa yang dia tidak tahu? Soalnya dalam hati.

“Kenapa dengan ayah saya bang?” soalnya pula. teringin dia tahu kisah mengenai ayahnya sendiri di mata suaminya yang baru beberapa jam dinikahi itu. apakah yang baik atau yang buruk?

“Dia tak ambil duit yang beri!” jawabnya. Wajah itu masam.

“Bagus juga ayah tak ambil.” Katanya. Terbuntang mata lelaki itu. dia pula sengih.

“Bagus awak kata? Dia ingat duit saya tu hasil dari duit haram ke?” tambahnya pula. berdetak hatinya. Sejauh itu dia cakap? Kenapa dia begitu kasar? Soalnya dalam hati. Tiba-tiba dia berasa takut. Takutkan suami yang baru dinikahinya ini. dia agak kasar. Sayang, muka aje handsome tetapi hatinya busuk!

“Kenapa awak cakap macam tu?” soalnya pula. terketar suaranya.

“Ya lah kalau dia tak sangka duit haram, pasti dia sudah ambil duit saya!” kata lelaki itu lagi. Dia geleng. Ayahnya bukan begitu. ayahnya seorang lelaki yang warak dan beriman. Mungkin ada sebab kenapa ayahnya tidak ambil wang dari menantunya.

“Mungkin dia kasihan kat abang. Baru saja abang keluarkan wang berian, belanja kahwin, tentulah ayah kasihan!” katanya perlahan seolah-olah memujuk suaminya itu. dia juga memperlahankan suaranya. Dia bimbang pemandu teksi itu perasan apa yang mereka bualkan. Kebetulan pula dia terlihat pemandu itu tertoleh-toleh ke belakang.

“Kasihan apanya? Saya sepatutnya kasihan kat ayah awak tu, dia kan ayah mertua saya juga!” katanya. Kali ini suaranya sudah diperlahankan.

“Tak pelah, mungkin lain kalilah abang beri ayah duit abang tu. Sekarang tak perlu kut!” katanya.

“Tak pernah orang tolak duit saya tahu!” katanya pula. lebih terkejut dia. kenapa lelaki ini? apa dia ingat wang boleh membeli segala-galanya? Dia ingat dia siapa?

“Tak pelah, mungkin ada kebaikannya. Janganlah awak marah pula. maafkan ayah saya ya.” Katanya memujuk suaminya itu. lelaki itu mengangguk.

“Kali ini saya maafkan, jangan lain kali dia buat macam tu! Awak tahu!” kata suaminya itu.

“In sha Allah. Terima kasih kerana prihatin kat ayah saya.” Katanya berterima kasih bagi pihak ayahnya.

Perjalanan satu jam setengah menuju ke lapangan terbang itu menyebabkan dia tertidur seketika. apabila dia tersedar, kepalanya sudah berada di dada lelaki itu. dia cepat-cepat bangun dan duduk tegak.

“Kenapa? Awak malu?” soal Syed Budriz. Siapa yang tidak malu? Dia angguk.

“Tak lama lagi kita dah sampai. Awak lapar tak?” soal lelaki itu. dia geleng. Dia baru sahaja makan sebelum bertolak tadi. dia makan sendirian di dapur dengan emaknya. Tetamu masih ada yang datang membantu apa yang patut. Sedih pula dia meninggalkan rumahnya selepas persandingan mereka tadi. tetapi apakan dayanya. Dia hanya mengikut kemahuan suaminya. Tidak elok seorang isteri berjauhan dengan suaminya.

Pemandu teksi membantu menurunkan barang. Syed Budriz sudah bersedia mengambil kereta sorong untuk memuatkan barang-barang mereka. Dia hanya membawa sebuah beg sandang sahaja. Memang tidak banyak pakaiannya yang hendak dibawa balik ke tempatnya bekerja. Setelah membayar tambang teksi, Syed Budriz bergegas mengambil kad pengenalannya dan berlalu menuju ke kaunter membeli tiket. Dia hanya berjalan dengan perlahan. Setelah membeli tiket mereka duduk di sebuah restoran.

“Awak kat KK tinggal di mana?” soal lelaki itu tiba-tiba. Apa yang dia mahu cakap? Dia tinggal di sebuah rumah sewa kepunyaan kawan serumahnya Rosnah di Likas.

“Saya tinggal kat Likas dengan kawan saya, kami menyewa.” Jawabnya setelah punggungnya duduk di kerusi itu.

“Oh tak lah jauh sangat.” Jawab suaminya. Legakah suaminya?

“Abang tinggal kat mana pula?” soalnya memberanikan diri. Apakah dia akan dibawa tinggal di rumah suaminya selepas ini? Soalnya dalam hati.

“Abang ni tak menentu. Kadang tu kat KK dan kadang tu kat Kuching, kejap kat KL.” kata suaminya. Dia sengih. Takkan tak de rumah? Soalnya dalam hati.

Mereka duduk berdepan. Seketika mereka berpandangan. Dia masih ragu-ragu dengan suaminya ini. hendak menolak pernikahan ini dia takut. Ibu bapa mereka sudah seia dan sekata. Takkan dia pandai-pandai pula hendak membatalkan pernikahan?

“Oh, jadi tak de rumah?” soalnya. Lelaki itu angguk. Dia tersenyum tetapi senyuman itu masih menampakkan kesombongan wataknya. Hanya sedikit sahaja senyumannya. Dia pula tidak membalas, hanya diam memandang.

“Ada, rumah saya kat Iramanis, Taman Seri Manis. Tahu tak kat mana tu?” soal lelaki itu pula. dia menampakkan muka kelatnya pula. adakah dia disoal benda-benda macam tu! Memang lah dia tak tahu kat mana tu Taman Seri Manis tetapi kalau kawasan Iramanis dia memang tahu. Ada seorang kenalannya mengajar di kawasan Iramanis. Pernah sekali dia menjadi hakim pertandingan bercerita. Kebetulan berkenalan dengan guru tersebut. Jadi, dia tidak lah buta sangat mengenai kawasan yang lelaki itu sebut tadi. tetapi kalau tanya fasal perumahan itu, memang dia tidak tahu.

“Saya tak tahu.” Jawabnya jujur.

“Oh tak pe.” Katanya. Lelaki itu berdiri.

“Saya order makanan kejap. Awak nak makan apa?” soalnya. Dia termangu. Akhirnya dia hanya memesan makanan.

“Saya nak minum aje, hot milo.” Jawabnya. Lelaki itu berlalu meninggalkannya. Tinggallah dia sendirian. Dia mengeluarkan buku notanya. Mencatat apa yang baru berlaku dalam hidupnya pada hari ini. dengan keadaan yang tergesa-gesa dia sudah bertukar status. Entah bagaimana kehidupannya selepas ini, dia belum tahu. Dia hanya berdoa agar hidupnya akan lebih tenang dan gembira di samping seorang suami. Dia pula berjanji akan menjadi isteri yang solehah.

Lima minit kemudian, makanan dan minuman sudah sampai. Suaminya hanya memesan makanan ringan dan minuman. Mungkin dia juga masih kenyang selepas acara bersanding tengah hari tadi.

“Silakan minum.” Kata lelaki itu. dia mengambil milo dan meletakkan jus oren lelaki di depannya. Makanan lain diletakkan di tengah meja. Mereka mendiamkan diri seketika. wajah lelaki itu tiba-tiba resah. Entah kenapa pula.

“Kita tinggal asing-asing.” Itu yang terkeluar dari mulut lelaki itu selepas dia menyisip minumannya. Dia terkejut. Sudah menikah tetapi tinggal asing-asing? Dia rasa macam sebutir bom singgah di kepalanya. Terkejutnya bukan kepalang. Mahu sahaja dia pengsan tetapi takkan pengsan di depan lelaki kaku macam ais ini?

“Kenapa pula?” soalnya. Menggeletar tubuhnya. Apakah ini bala untuknya? Baru sahaja dia berdoa agar hidup mereka akan lebih baik, sekarang dia sudah buat onar pula. Apa ni?

“Sebab saya tak sedia nak kahwin dengan awak! Kan saya dah minta awak hilangkan diri daripada pernikahan kita hari tu! Awak tak ingat? Awak ingat saya main-main?” soalnya pula dengan selamba. Ya bertambah menggeletar tubuhnya. Bagaimana kalau ayah dan emaknya tahu? Takkah mereka akan kecewa? Dia sendiripun kecewa. Kecewa bukan kerana dia ingin sangt disayangi atau dicintai tetapi dia sangat berasa sedih, rupanya lelaki ini memang tidak mahu menerima pernikahan ini. Tetapi pagi tadi, dengan sekali lafaz dia sudah menjadi isteri lelaki ini. apakah yang berlaku sebenarnya? Dia hanya berlakon? Dia hanya berpura-pura? Sedihnya dia. Sedih sangat-sangat!

“Saya harap awak terima kejadian ini dengan sabar. Saya memang tak boleh nak terima awak buat masa ini. berikanlah masa kepada saya untuk berfikir. Kita buatlah urusan kita macm biasa dan anggaplah awak bertunang dengan saya. Kalau saya ada masa kita akan jumpa, kita jumpa di luar. Tapi untuk bawa awak ke dalam hidup saya, saya minta maaf, saya belum sedia.” Katanya. Dia tetap mengangguk walaupun hatinya sendiri hancur dengan perkataan yang diluncurkan lelaki itu. Sedihnya dia!

Bagi seorang isteri macam anda di luar sana, apakah anda gembira dengan perkhabaran dari seorang suami macam suami saya ini? ah, betapa aku harus menjadi seorang gadis yang kukuh menerima perkhabaran ini, Tuhan sahaja yang tahu. Ya Allah berikan aku ketabahan, sekuat Siti Hajar di padang pasir yang ketiadaan air ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim as kerana menjalankan tugasnya. Dia tahu, ini hanya dugaan kecil buatnya. Dia harus tabah dan sabar.

“Saya ikut abang aje. Kalau itu yang baik buat abang, baiklah bagi saya. Saya tak nak abang terima saya kerana terpaksa. Saya juga bersedia menjadi isteri abang,” katanya dengan perlahan. Air mata yang sudah terkumpul di kolam matanya ditahannya. Dia tidak mahu terlihat lemah di depan lelaki ini. Alangkah sedih hatinya ini.

“Baguslah begitu. nanti hujung minggu atau kalau awak cuti, saya akan bawa awak keluar.” Katanya. Apa gunanya mereka keluar kalau hujung minggu? Ah, tak lah. Dia tidak akan keluar. Biarlah dia berkurung sahaja di dalam biliknya di rumah sewanya. Itu lebih menggembirakan hatinya. Dalam diam dia sudah terbayang mendung yang menyelaputi hidupnya.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha