Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
100,565
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 17

Sinaran pagi di Dublin pada musim bunga hari itu cukup cerah dengan cuaca 20°celcius masih terasa kedinginan kepada sesiapa sahaja. Tapi cuaca yang cerah dan dingin itu tidak memberi apa-apa makna pada Lees kerana hatinya masih gelap dan layu.

Lees tersedar dari tidur dia membuka mata memandang ke atas siling tidak tahu apa yang dilihatnya hanya bayangan wajah Iskandar yang muncul dan bermain difikirannya. Lama dia merenung ke atas hatinya masih terluka pedihnya masih dirasai, hatinya sudah mula menanggis kolam kelopak matanya sudah dipenuhi air, tangisannya mula terkeluar esakkan demi esakkan akhirnya, suaranya sudah mula mengeluarkan jeritan.

Hatinya bersuara “kenapa Is buat Lees macam ni, kenapa Is sanggup melukakan hati Lees, kenapa Is kahwin dengan Lees dan sekarang Is bercinta dengan kawan Lees sendiri” dia terus menangis airnya sudah mengalir laju. Esakkan itu telah mengejutkan Mastura yang sedang tidur. Dia bangun lalu terus ke katil dilihatnya Lees sedang menangis. Dia memerhati jam ditangannya 7.30pagi. Dia terus memujuk Lees.

“Jangan begini Lees”. Namun dia juga tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat Lees menangis begitu hatinya begitu sayu tanpa disedari air matanya sudah menggalir dia cepat-cepat mengesat air matanya sebelum diperasan oleh Lees. Dia terus memandang Lees seperti kebengungan, fikirannya kosong matanya dipejam perlahan-lahan dia melihat badan Lees semakin lemah dan tidak bermaya.

Terdengar daun pintu wadnya dibuka doktor Smith yang merawat Lees semalam dan seorang nurse masuk menuju terus ke katil Lees. Dia memegang tangan Lees dan memeriksa nadi kemudian membuka mata Lees yang tertutup. Doktor Smith mengangguk ke arah nurse tadi, nurse telah memeriksa Lees dan mencatatkannya ke dalam kertas laporan yang dibawanya kemudian memberinya kepada doktor Smith. Doktor Smith memandang Kak Mas lalu bertanya beberapa soalan.

“Did she sleep well last night?

Kak Mas menjawab. “No, She couldn’t sleep for the whole night, she was preoccupied with crying and mourning”

“Has she eaten anything since yesterday?”

“No, she hasn’t”

Doktor Smith menganggukkan kepalanya dia memberikan satu lagi suntikan ubat penenang untuk Lees beberapa saat kemudian mata Lees terpejam rapat. Nurse yang ada di situ telah mengantikan sebotol lagi air, kali ini sudah kali ke empat badan Lees dimasukkan air.

Kak Mas terus menemani Lees di hospital walaupun sudah tiga hari Lees masih berkeadaan begitu. Dia terus memberi semangat tanpa berputus asa demi melihat Lees kembali ceria seperti dulu. Kak Mas menatapi wajah Lees yang masih pucat matanya sentiasa merah dan berair. Lees masih mampu mengukir senyuman apabila memandang Kak Mas masih ada di sebelahnya.

“Terima kasih Kak Mas” ucapan perlahan Lees pada kak Mas. Kak Mas membalas ucapan Lees dengan berkata.

“Kak Mas mahu Lees bagi peluang untuk diri Lees tiada ertinya Lees terus begini, Kak Mas yakin yang Lees mampu”. Kak Mas terus memberi kata-kata semangat untuk Lees. Lees masih mengeluarkan airmatanya.

Hidup Iskandar beberapa hari ini tidak terurus dia hanya memikirkan Aleesa. Sampai sekarang taliannya masih ditutup dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Dia teramat rindu pada isterinya itu walaupun hatinya pedih dan terasa dengan tindakan Lees yang mendiam diri tanpa berita dan apa sebenarnya berlaku.

“Ya Allah, sandiwara apa yang kau main kan ni Lees?, tolonglah abang sayang kenapa buat begini, Lees langsung tidak sayang abang ke?” Dia berbicara sendiri. Dia harus tahu apa berlaku pada Lees tapi bagaimana fikirnya. Dia mendapat satu idea hanya Mira dan Aisyah yang tahu apa berlaku pada Lees itu yang difikirkannya. Dia harus keluar dengan mereka dan Fitri mesti ikut sekali.

Dia menghubungi Imira dan mengajaknya keluar. Imira setuju untuk berjumpanya, apa tidaknya ibarat kata pepatah “Pucuk dicincang ulam mendatang”. Dia keluar dari biliknya berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain dan mengajaknya keluar. Mereka keluar dan terus ke tempat yang dijanjikan.

Mira dan Aisyah sudah tiba lebih awal daripada mereka. Wajah Imira begitu ceria apabila Iskandar mempelawanya keluar. Iskandar dan rakan-rakannya tiba di situ 10minit selepas Imira sampai.

“Hai! sudah lama tunggu?” tanya Iskandar.

“Baru saja” Jawab Mira.

“Syah kau tidak ajak Lees sekali ke?” Tanya Fitri apabila bayang Aleesa tiada di situ.

“Nak ajak apanya, dia dan kak Mas tiada di rumah”. Jawab Aisyah.

“Mereka ke mana?” Fitri bertanya lagi.

“Mereka pergi melancong, bercuti, holiday”. Jawan Imira. Iskandar sedang menyedut minuman yang ada ditangannya, terbelahak dan terbatuk-batuk.

“Apa pergi melancong ke mana?” dengan pantas Rizal bertanya.

“Manalah aku tahu, dia orang tidak bagi tahu pun. Bila ditanya katanya, adalah. Jawab Imira.

“Dia pergi bercuti tidak ajak kita pun”. Kata Fitri.

“Nak ajak kau, kami housemate dia pun tidak di ajak”. Jawab Aisyah.

Mendengar kata-kata temannya Iskandar terkejut hatinya sedikit terguris dia sudah mula naik marah dan kecewa. “Hai, Lees beraninya kau pergi bercuti tanpa aku, tidak minta izin pula tu. Kau pergi melancong ke mana? Kenapa dia tidak bagi tahu ya?’ bisik hati Iskandar tidak puas hati.

“Berapa lama mereka pergi” Iskandar bertanya.

“Entahlah, katanya tidak tahu lagi bila nak balik”. Jawab Imira.

“Kau dapat hubungi Lees ke Mira” tanya Fitri.

“Tidaklah handphone dia tutup, aku cakap dengan Kak Mas”. Jawab Mira.

“Eh! cuba kau telefon Kak Mas”. Arah Fitri pada Imira.

“Kenapa?”. Tanya Imira.

“Kau telefon sajalah, aku nak cakap dengan Lees, aku rindulah pada dia” Kata Fitri.

Iskandar menggelengkan kepadanya apabila mendengar kata-kata Fitri.

Imira menghubungi Mastura, talian itu dijawab “Hello Imira”.

“Kak Mas apa khabar? Ada di mana?’ tanya Mira sejerus mendengar suara kak Mas.

“Sihat, ada apa Mira? Tanya kak Mas. Fitri yang ada disebelahnya terus merampas telefon dari Imira “Bawa mari sini” katanya.

“Hello Kak Mas”. Kak Mas kenal suara itu “Ya Fitri” jawab kak Mas.

“Kak Mas di mana sekarang? Lees ada tak?” tanya Fitri.

“Bercuti, Lees ada kenapa?” tanya kak Mas.

“Boleh saya bercakap dengan dia sekejap saya hubungi dia tapi tidak dapatlah”. Jawab Fitri.

“Maaflah Fitri, Lees tidak mahu diganggu”.

“Kenapa” Tanya Fitri tidak puas hati.

“Nama lagi bercuti, dia mahu berehat dan tenangkan fikiran, kamu kirim salam pada semua jangan risaulah kami selamat”. Kak Mas mengakhiri perbualan dan terus memutuskan talian.

“Eh! Kak Mas ni sudah letak telefon pula”. Dia kecewa tidak dapat bercakap dengan Aleesa.

“Ha.. Fit, macam mana?” Tanya Rizal.

“Kak Mas tidak bagi cakaplah dengan Lees, katanya Lees mahu berehat dan tenangkan fikiran, katanya nama lagi mari bercuti dia tidak mahu diganggu’. Jelas Fitri pada teman-teman yang lain.

Malam itu Iskandar tidak dapat melelapkan matanya fikiranya hanya pada Aleesa. Dia menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan-lahan. “Ya Allah, Lees mana kau pergi ni kenapa tinggal abang sorang-sorang”. Dia menolog luaran hatinya sudah mula sebak “Kenapa Lees buat begini pada abang, apa salah abang sayang, tolonglah Lees baliklah”.

Sebak dihatinya tidak dapat dibendung lagi air matanya telah gugur, itulah kali pertama air matanya gugur demi seseorang perempuan yang cintainya dia tidak pernah rasa hatinya sakit sebegitu.

Kesedihan terus menyelubungi hati mereka berdua masing-masing tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi Lees terus merasakan dirinya tidak diperlukan lagi oleh Iskandar. Iskandar masih mengurungkan diri dikamarnya, rindunya pada Aleesa tidak dapat dibayangkan. Kak Mas terus memberi semangat untuk Lees melupakan lelaki yang telah menyakiti dan melukainya.

Lees semakin dapat memerima keadaan walaupun tidak mampu melupakan Iskandar. Lees sudah mula dapat menelan makan walaupun hanya sedikit.Kak Mas memanggil Lees apabila melihat Lees sudah boleh makan walaupun sedikit. Dia memandang Kak Mas dengan senyum, itulah Lees walaupun berkeadaan sedih dia masih mampu tersenyum.

“Doktor kata Lees boleh discaj kalau Lees boleh kawal keadaan”. Pujuk kak Mas dengan mesra. Lees hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum walaupun masih ada saki-baki airmata dikelopak matanya. Kak Mas yang ada disebelahnya terasa sedikit tenang melihat keadaan Aleesa.

Selama beberapa hari Lees dirawat di hospital hari ke hari dia dapat mengawal keadaannya walaupun ada kalanya perasaannya tertekan. Lebih seminggu Lees berada di hospital akhirnya dia dibenarkan pulang.

Aleesa menjalani kehidupan dengan bayangan Iskandar setiap hari dia terkenang dan merindui suaminya itu namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya menghabiskan masa dan cuti semesternya dengan berkurung dibilik. Kadang-kadang dia akan memasak apa sahaja yang disuruh oleh rakan-rakannya. Kali ini dia tidak lagi memberitahu Iskandar apa yang di buatnya.

Dengan bantuan Mastura dia kuatkan semangat untuk melupakan kisah silamnya dengan Iskandar. Dia akan lari dalam hidup Iskandar, sudah masuk tiga bulan dia tidak menerima duit belanja dari Iskandar biarlah ianya berakhir begitu sahaja. Dia meletakkan jodohnya kepada takdir. Walaupun Lees dibenarkan keluar namun dia masih lagi menerima rawatan dari doktor Smith setiap minggu.

Setiap hari juga Iskandar cuba menghubungi Lees namun telefon Lees masih ditutup. Sudah tiga bulan dia tidak berjumpa dengan buah hatinya. Sayu terkilan pedih rindu itulah yang dirasakan oleh Iskandar sekarang. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Setiap kali berjumpa dengan Imira dia cuba bertanya tapi Mira tidak banyak menceritakannya. Tambahan pula sekarang cuti jika tidak hari-hari dia dengar cerita Lees dari Fitri.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina