Selepas 30minit perjalanan, mereka sampai di kediaman Dato Hisyam, daddy
Lees.
Pon pon pon… Daddy membunyikan hon kereta, setibanya
mereka dihalaman rumah. Lees menarik nafas lega, “Alhamdulilah sampai juga
rumah mama” bisik hatinya. Mereka disambut oleh kak long dan abang ngah yang
sedang menunggu. Lees bersalaman dan berpelukkan dengan kak long dan abang ngahnya,
di ikuti oleh Iskandar.
“Lees”, panggil kak long. “Tidak mahuintroduce ker, siapa yang Lees bawa pada kak long dan abang
ngah?” Kak long Lees bertanya, apabila melihat Iskandar tercegak sambil
tersenyum malu.
“Oh yaaaa…. (dengan nada yang perlahan dan mendayu-dayu).
Lees memperkenalkan mereka.
“Kenalkan, Iskandar Arif bin Datuk Jeffry suami
Lees. Is… ini pula Nur Maisara, kakak kesayangan Lees, kita panggil dia Kak
long dan ini pula, Mohd Danial atau abang ngah, abang kesayangan Lees, kami
tiga beradik sahaja”. Lees memperkenalkan mereka semua sambil diperhatikan oleh
mama dan daddy. Mereka tersenyum melihat gelagat Lees. Mereka tahu yang Lees
merupakan anak bongsu mereka yang cukup manja dan mesra.
“Wah!handsomenya suami Lees ni” puji kak long. Muka Lees yang putih
melepak, sudah menjadi merah apabila dia memperkenalkan suaminya pada kakak dan
abangnya. Macam mana tidak merah, hujan
tidak, ribut pun tidak.. tup tup kahwin.
Kak long dan abang ngah memang tinggal dengan mama dan daddy di sini
semenjak daddy ditugaskan di United Kingdom dua tahun yang lepas. Cuma Lees sahaja
tinggal dengan nenek dan atuk di Kota
Bharu. Is hanya tersenyum dan mendiamkan diri seketika. Setelah diperkenalkan
dengan keluarga Lees. Maklumlah dia belum kenal dan tidak biasa lagi dengan
keluarga Aleesa.
“Is duduk dulu ya…Lees nak ke dapur”. Lees
menyuruh Iskandar duduk sambil menunjuk ke arah ruang tamu rumahnya.
Sesampai sahaja mereka di rumah, mama dan
kak long sudah menyiapkan makanan untuk Lees dan Is yang dimasak oleh mamanya sebelum
mengambil Lees di airport.
“Hemmmm… sedapnya bau, mama masak apa ni?’.
“Masak
masakan kegemaran Lees lah’. Kak long menyampuk pertanyaan Lees. Mama Lees
hanya tersenyum.
“Wow! spagetty and beefsteak…
“Kak long, ada buat kek coklat, untuk Lees tak?
Lees teringin sangat mahu makan kek coklat kak long”. Minta Lees dengan manja. Kak long tersenyum lebar mendengar kata-kata
dan pujian dari adiknya itu.
“Tahu” Jawab kak long dengan selamba…
“Habis tu, kak long buat tak?.”
“Mestilah buat, untuk adik manja dan
kesayangan kak long ni”. Kak long menjawab sambil berpaling pada Lees yang ada
di belakangnya…
“Eeeee……bestnya, thank you Kak Long”. Jawab
Lees dengan manja sambil mencium pipi kakaknya yang mungil itu..
“Sudah, pergi panggil suami Lees makan” arah kak long
pada Lees.
“Aduh!
macam manalah aku nak berdepan dengan mamat handsome tu malam ni” bisik hati kecil
Lees.
“Cepatlah Lees, apa yang tercegat lagi tu”.
Sekali lagi kak long mengarahnya. Lees
tersentak apabila kak long memanggilnya.
“Yelah
yelah”…Sesampainya Lees di ruang tamu, dia melihat Iskandar sedang rancak
berborak dengan daddy dan abang ngah. “Macam sudah lama kenal mereka ni” bisik
hati Lees. Lees memanggil mereka.
“Is, daddy, bang ngah, jom kita makan”.
Lees mempelawa mereka ke meja makan. Daddy dan Danial bangun menuju ke meja
makan.
“Lees… Is menarik tangan Lees dan berkata “Is
seganlah dengan keluarga Lees”.
‘Tak apalah, nanti Lees bantu Is rapat
dengan family Lees”. Lees cuba menenangkan hati Iskandar apabila melihat muka Iskandar
sedikit pucat.
“Is borak apa dengan daddy dan angah tadi?”
“Mereka tanya, macam mana Is boleh kenal
Lees.?”
“Habis tu, Is cerita tak?” Lees bertanya
lagi sambil muka ayunya memandang Iskandar
“Ceritalah, dah orang tanya”. Is menjawab
sambil memerhati gelagat manja Aleesa.
“Jomlah
kita makan, daddy sudah tunggu tu” Lees sekali lagi mengajak suaminya ke meja
makan.
Sesampai di meja makan Lees menarik kerusi
dan mempelawa Iskandar duduk. Mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh
Datin Shila isteri Dato Hisyam.
Sambil memerhatikan Iskandar dan Aleesa,
dengan nada yang manja mamanya bersuara.
“Lepas makan nanti, Lees bawakan Is ke
bilik ya”.
“Baiklah mama” Jawab Lees.
“Betul cakap mama kamu tu, Is rehat dulu
petang nanti kita borak lagi.” Kata daddy. Is hanya memerhati dan tersenyum melihat
gelagat Lees yang manja dan mesra dengan keluarganya…Is teringat pada papa dan
mama serta abang long dan adik bongsunya.
“Is, makanlah, jauh mengelamun” mama mengejutkan lamunan Is apabila melihat
mata Iskandar tidak berkelip.
“Kenapa Is, kamu tidak makan spagetty ke? Tanya mama lagi.
“Makan, sedap masakan mama’ . Puji Is untuk
mama.
Selesai saja makan Lees membawa Is ke bilik
dibantu oleh kak long dan abang ngahnya. Selepas menghantar mereka ke bilik,
kak long dan abang ngahnya meninggalkan mereka berdua. Lees membuka almari
kemudian mengambil sehelai tuala.
“Is mandilah dulu, tak perlu keluarkan
tuala Is, guna yang ini’. Lees memberi sehelai tuala pada Iskandar.
“Ah, satu lagi, Is tidak perlulah keluarkan baju banyak-banyak nanti susah pula nak kemas semula”. Arah Lees dan
berkata lagi “Kita di sini dua tiga hari sahaja”. Is hanya mengangguk.
“Lees, tadi daddy ada bagitahu, dia sudah
tempah tiket ke Dublin, tapi bila?’ Iskandar bertanya pada Lees apabila dia
teringat tiket ke Dublin telah di tempah oleh bapa mertuanya.
“Entah, Lees tak tanya lagi daddy, nantilah
Lees tanya”.
“Is, pergilah mandi dulu, kalau nak
sembahyang, kiblat arah sini” Lees menunjuk arah kiblat diperhatikan oleh Is. Is
merasa hairan dengan penjelasan Lees lalu bertanya.
“Lees mahu pergi ke mana?”
“Tak pergi mana-mana. Kenapa?” Lees
menjawab kehairanan.
“Ya lah, suruh Is mandi, tunjuk arah kiblat lagi, macam
mahu tinggal Is jer”.
“Taklah…, lepas Is mandi, Lees nak masuk mandi
pula, nantikan kalau Lees dibilik air, Is nak solat tak tahu kiblat, macamana?”
Lees menerangkan kepada Iskandar tujuan dia berkata begitu.
“Oooo… thank you”. Jawab Is sambil
memandang isterinya itu.
“Your welcome”. Lees membalas.
Iskandar menuju ke bilik air, beberapa
minit kemudian dia keluar, dilihatnya Lees sedang mengambil baju dari
bagasinya.
“Lees, pergilah mandi Is sudah siap”. Is
memberitahu sambil memandang Lees, Lees tersenyum ke arah Iskandar.
“Amboi! dia senyumlah pula, cantiklah bini
aku ni, bila dia buka tudung dengan rambutnya yang panjang paras dada, ikal
kemerahan macam mat salleh, kulitnya yang putih melepak…geramlah aku.’ bisik
hati Is. Lees terperasan yang Iskandar sedang memerhatinya.
“Kenapa tenung Lees macam tu?” Is tersentak
bila Lees bertanya padanya.
Iskandar tergelak. “Habis tu nak tenung siapa,
takkan nak tengok dinding kot. Tengok binilah” jawab Is dengan mengusik.
“Mengada-mengadalah awak ni…malas nak layan”.
Lees menjawab dengan nada yang sedikit marah.
Degumm… terdengar Lees menutup pintu agak
kuat sedikit. Is tersenyum, puas hatinya boleh kacau Lees.
Selesai sahaja mandi Lees teringatkan
sesuatu.
“Alamak! macam mana boleh lupa pula ni” Lees
monolog luaran dengan memegang bajunya, dia terlupa sesuatu…Lees membuka sedikit
pintu sambil memanggil Is namun tidak terjawab. “ke mana pulak dia ni? Ada ke?
Lees menjenguk keluar dari bilik air. Owhh… tidur rupanya…bagus bagus
bagus…Lees keluar dari bilik air sambil berkembang dengan tuala paras peha
menampakkan betis dan pehanya yang putih gebu, dia perlahan-lahan menuju ke beg
pakaian mencari sesuatu. Tiba-tiba dia mendengar suara Iskandar.
“ Cari apa?” Lees terkejut … “huhhh tak
tidur rupanya” dengus Lees dengan geramnya…
“Cari apa tu?. Tanya Is lagi dengan matanya
memandang Aleesa yang berkembang…dalam hatinya berkata “Aduh! dia ni geramnya
aku”.
“Adalah” jawab Lees.
“Is tanya ni, cari apa?” Is mendesak sambil
memandang Aleesa dari atas ke bawah.
“Baju dalam” jawab Lees dengan geram…Is
tersenyum dan tergelak sambil mengigit bibirnya.
“Tak payah pakailah” Is menjawab dengan
mengusik.
Dengan muka yang merah Lees mengambil baju
dalamnya dan terus ke bilik air. Sekali lagi Is tersenyum, dia tahu yang Lees
malu sangat bila diusik begitu. Kerana terlalu penat Iskandar tertidur…