Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,164
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 7

Lees membuka pintu biliknya dan terus meluru masuk. Dia dapati Is ada di dalam bilik. Iskandar melihat Lees yang baru masuk ke bilik.

“Hai casper, pergi mana lama?” Is bertanya pada Lees sambil memerhatikan jam tangannya di atas meja tepi katil.

“Casper!, dia panggil aku casper?” bisik hati Lees. Lees terkejut dengan panggilan itu dahinya dikerutkan.

“Borak dengan kakak lah”. Lees menjawab sambil berpaling pada Iskandar yang ada di atas katil.

“Kenapa tidak tidur lagi”? Tanya Lees apabila perasan Iskandar sedang memerhatikannya.

“Nak tidur dengan siapa”? Tanya Is cuba mengusik.

“Tidur soranglah”. Jawab Lees dengan geram…giginya dikacip

“Ehhh!…tolong sikit, Is ada bini lah… nak tidur dengan binilah”. Jawab Is dengan sindiran.

“Aduhhhhh.’ rungutan Lees tidak didengari oleh Is.

“Marilah tidur” ajak Is dengan mengoda.

“Tidurlah dulu, Lees nak ke tandas”. Jawab Lees dengan perasaan yang malu, mukanya sudah mula merah.

“Takpa lah Is tunggu”. Jawabnya sambil tersenyum melihat Lees menuju ke bilik air.

“Dah siap”? Tanya Is apabila Lees keluar dari bilik air.

“Cepat tidur, esok pagi nak keluar pukul sepuluh”. Is mendesak Lees tidur sambil menunjukkan tempat disebelahnya..

“Tahu, angah sudah bagi tahu kan” Lees menjawab dengan manja.

“Cepatlah naik” Is sedikit mendesak geram dengan Aleesa yang masih terhegeh-hegeh.

“Ke tepilah sikit” Lees menyuruh Is mengalihkan tubuhnya sedikit ke atas katil…

“Tepi apanya, tidur di sinilah”. Is menunjukkan diruang yang ada sebelahnya.

“Macam mana nak tidur sempit ni, awak naik lah sikit”. Lees mengarahnya lagi.

“Tak payah dah muat ni, awak tu bukannya gemuk pun”.

“Eshhh! dia ni. Keluh hati Lees. Ruang katil di sebelah Is memang masih luas, Is sengaja tidak mengenjakkan tubuhnya. Lees membaringkan tubuhnya sehingga terpaksa dirapatkan dengan tubuh Is. Is menggangkat lengannya lalu meletakkan kepala Lees di atas lengannya dan mengiringkan tubuhnya ke sisi Lees dan tangannya memeluk tubuh kecil Lees .

“Ehhh! kenapa ni?’ Lees merungut dengan mengerakkan tubuhnya.

“Tidurlah, peluk sikit tak kan, tak boleh? Ciumkan”. Jawab Iskandar sambil mengusik. Muka Lees sudah mula merah dengan matanya tertutup rapat. Iskandar mengangkat kepala dan menukatkan kepalanya dengan tangan sambil memerhati Lees.

“Kenapa muka merah?” Is bertanya setelah melihat Lees memejapkan matanya dengan wajah sedikit merah dan berkerut.

“Mana tahu tak nampak pun”. Jawab Lees dengan matanya terpejam. Sambil tersenyum dan melihat wajah Lees, Iskandar berkata.

“Bukalah mata tu, sayang”. Dengan perlahan dan mengoda.

“Tak nak lah” Jawab Lees dengan mimik muka menggeleng.

“Tak nak, tak apa” lalu Is memberikan satu cium di pipi Lees…mmmmuttt dan kucupan di bibir Lees. Lee semakin memejapkan matanya sehingga dahinya berkerut dan hatinya bersisik. “Eh, apa dia buat ni…aduh! berdiri bulu roma aku” Is tersenyum lebar, dia tahu yang Lees malu, dia membiarkan sahaja Lees memejapkan mata melayani perasannya sehingga tertidur.

Previous: bab 6
Next: bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina