Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
113,900
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 4

Suasana di rumah Dato’ Jeffry sunyi sepi, semenjak Iskandar meninggalkan rumah dua hari yang lepas. Kebiasannya Iskandar akan menemani adik bongsunya Irfan bermain dan bergurau senda membuatkan suasana di rumah Dato’ Jeffry sentiasa riuh dengan gelak ketawa Iskandar dan adiknya. Sekarang tiada lagi kedengaran Irfan menjerit dan menangis dek kerana diusik oleh abangnya. Dato’ Jeffry mencari-cari Irfan dan isterinya Datin Noraini namun tidak kelihatan. Tiba-tiba kedengaran anak bongsunya memanggil pembantu rumah mereka sekaligus memecahkan suasana sepi di dalam rumahnya. Bibik keluar menemani Irfan. Dato Jeffy ternampak Datin Noraini di kerusi rehat yang terdapat di halaman rumah mereka. Dia menghampiri isterinya.

‘Termenung jauh mama dia tu, kenapa? Datin Noraini terperanjat apabila ditegur oleh suaminya.

‘Abang, saya risaulah macam mana anak menantu kita tu, sudah sampai ke mereka di London? Tidak telefon kita ni’. Datin Noraini menjawab dengan nada yang risau.

‘Itu yang awak risau termenung dari tadi, mereka selamatlah tu bila mereka sampai, mereka akan telefon kita. Jangan risaulah , awak doakan yang baik-baik pada mereka. Dato’ Jeffry memberi jawab bagi menenangkan hati isterinya. Dengan nada yang perlahan Datin Noriani berdoa ‘ Ya Allah, selamatkanlah anak menantu aku’.

“Papa apa kata kita sajalah, telefon mereka” datin Noraini memberi cadangan.

‘Sabarlah dulu, kalau ada apa-apa pada mereka, besan kita akan telefon bagitahu, mereka berdua selamatlah tu. Jawab Dato’ Jeffry lagi.

Sepi seketika diruang tamu rumah Dato’ Hisham di Kota London. Dato Hisham memandang Lees dan Iskandar apabila tersedar yang suasana diruang tamu rumahnya sepi, dia melihat Lees dan menantunya masing-masing diam membisu. Tiba-tiba Dato’ Hisyam bersuara.

“Iskandar kamu sudah menghubungi orang tua kamu, yang kamu sudah sampai?”

“Belum lagi daddy”. Jawab Is sambil membetulkan kedudukkannya.

“Kamu telefon papa kamu, nanti mereka risau pula”. Arah daddy.

“Macam mana nak hubungi mereka? Sekarang pukul berapa di Malaysia?” Is bertanya, dahinya dikerutkan.

“Di sana sekarang ni waktu siang” jawab daddy. ‘Tak mengapa Is, daddy telefon papa kamu’.

Dato’ Hisyam mengambil telefon bimbitnya lalu menekan nombor besannya. Tok tek tok tek bunyi keypad telefon Dato Hisyam mengedail nombor Dato Jeffri.

“Kring kring kring”…Dato Jeffri melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya, nombor luar Negara.

“Hello, Assalamualaikum.” Dato’ Jeffri menjawab telefon dan memberi salam, dia tahu itu nombor besannya Dato’Hisham.

“Waalaikummussalam, Dato’ apa khabar”? Tanya Dato Jeffri.

“Alhamdulilah, kami semua sihat” Dato Hisyam menjawab

“Siapa tu bang?” Tanya Datin Noraini apabila dia terdengar suaminya menjawab telefon yang berdering tadi. Dengan suara yang perlahan sambil menutup speaker telefon, dia menjawab pertanyaan isterinya “besan” datin Noraini menganggukkan kepalanya.

“Apa khabar orang di London?”

“Alhamdulillah, kami di sini semuanya sihat. Saya hendak bagitahu, anak-anak kita sudah selamat sampai”. Kata Dato Hisyam.

“Alhamdullilah, mereka ada di situ ke?” Tanya Dot Jefri lagi.

“Ada… Dato’ mahu bercakap dengan Iskandar?” Jawab Dato Hisyam.

“Tidak payah nak berdato-dato, panggil Jeffry sahaja Dato’” Dato’ Jeffri menyuruh Dato’ Hisham memanggilnya dengan panggilan nama sahaja.

“Iskandar, papa kamu nak bercakap. Dato Hisyam memberikan telefon bimbitnya kepada Is.

Is dengan segera mencapai telefon yang diberikan oleh bapa mertuanya…

“Assalamualaikum papa?”

“Waalaikummussalam” jawab Dato Jeffry.

“Kamu sihat ke Is?” Tanya Dato Jeffy pada anaknya.

“Sihat papa” Is menjawab.

“Kamu cakap dengan mama kamu, dia dari tadi bertanya tentang kamu”. Dato Jefri terus memberi telefonya kepada Datin Noraini.

“Hello Is, mama di sini”.

“Mama apa khabar?” Is bertanya dengan nada yang sayu dia juga merindui mamanya maklumlah selama ini dia tidak pernah berpisah jauh dengan mamanya.

“Mama sihat sayang”. Jawab Datin Noraini.

“Kamu dengan Lees apa khabar?” tanya Datin Noraini lagi.

“Kami sihat mama, mama jangan risau”. Jawab Iskandar menenangkan hati mamanya.

“Is, kamu jaga diri elok-elok di negara orang, jaga Lees tu baik-baik, jaga tingkah laku kamu, jangan tinggal sembahyang dan satu lagi jangan lupa duit yang papa kamu kirim setiap bulan bagi belanja pada Lees”. Nasihat Datin Noraini kepada anak kesayangannya itu.

“Baik mama, Is ingat pesan mama”.

“Nanti kirim salam pada Lees dan keluarganya”.

“Mama tidak mahu bercakap dengan Aleesa ke?”

“Nanti mama telefon kamu semula, sudah lama kita bercakap nanti apa pula kata bapa mertua kamu. Kirim salam mama pada mereka semua. Assalamuaikum”. Datin Noraini mengakhiri perbualan’

“InsyaAllah. Waalaikummussalam”. Balas Iskandar

“Ha, sudah puas hati mama boleh bercakap dengan anak kesayangan awak tu. Kan, papa sudah bagitahu mereka selamat”. Datin Noraini tersenyum lebar. Lega rasanya dapat tahu anak menantunya sudah selamat sampai.

Is memberi telefon pada daddynya setelah memutuskan perbualan.

“Mama dan papa kirim salam pada kita semua”. Is memberitahu papa dan Lees.

“Mama apa khabar Is?” Lees bertanya. “Semua sihat”. Jawab Is. “Mama cakap apa tadi?”.

“Mama pesan suruh jaga diri dan jaga Lees baik-baik”. Jawab Is sambil memandang Lees.

Previous: bab 3
Next: bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina