Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
112,910
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 18

Cuti semester yang mengambil masa tiga bulan itu sudah berakhir. Aleesa semakin pulih dari kekecewaan dan derita yang dialaminya selama ini. Dia cuba menguatkan semangatnya kini, dia sudah boleh menerima keadaan walaupun sesekali kenangan bersama Iskandar hadir dalam fikirannya dia masih tidak mampu melupakan Iskandar malah cintanya semakin utuh dia tidak tahu kenapa, mungkin Iskandar merupakan cinta pertamanya malahan pula Iskandar adalah suaminya. Dia tidak tahu apa statusnya di sisi Iskandar sudah tiga bulan dia tidak bertemu, dia menyerahkan segalanya kepada ilahi untuk menentukannya. Bagi menggelakkan Iskandar menghubunginya dia telah menukar nombor telefon. Dia memberitahu keluarganya bahawa simcardlamanya telah rosak.

Hati Iskandar masih bersedih sudah tiga bulan dia tidak berjumpa dengan kekasih hatinya. Hidupnya sedikit bercelaru dia tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidupnya tanpa Aleesa gadis yang dicintainya dari bangku sekolah lagi.

Semester baru sudah bermula dia nekad untuk mencari Aleesa dan bertanyakan apa yang telah berlaku sehingga tiga bulan dia menghilangkan diri dari dirinya. Iskandar memang tidak puas hati dengan tindakan Aleesa.

Sebelum dia melangkah dengan rakan-rakanya yang lain pergi ke cafe pada hari itu, hatinya berdoa “Ya Allah ketemukan aku dengan Aleesa” Dia berharap sangat bertemu Lees di cafe pagi itu.

Sesampainya dia di situ bagaikan luruh hatinya, jantungnya berhenti seketika apabila melihat Aleesa dan teman-temannya ada di situ. Dia menarik nafas panjang kemudian menghempuskannya dengan kuat, matanya memandang tepat ke arah Lees dengan langkah yang longlai sambil mengucapkan. “Terima kasih ya Allah kau telah makburkan permintaan hambamu ini”. Hatinya berbisik mengucap syukur.

Aleesa melihat Iskandar dengan hujung matanya lalu menundukkan kepalanya. “Ya Allah kenapa aku tidak mampu menatap wajahnya”. Bisik Lees. Hatinya sudah mudah terasa sebak dan berdebar-debar. Iskandar memandang Lees dengan lirikan matanya yang tajam tanpa berkelip hatinya cukup marah tapi sebenarnya dia gembira. Lees terus menundukkan kepalanya tidak sekalipun dia memandang Iskandar.

Hati Iskandar berkata “Pandang abang Lees, please”. Dia tahu Iskandar sedang memerhatikannya dengan tajam dia tidak sanggup memandang Iskandar hatinya semakin sebak. Terus hatinya berbisik “Aku tidak sanggup memandang mu Is, Ya Allah kenapa sebak hati ini bila bertemu dia, aku tidak mampu memandangnya Ya Allah”.

Lees terus menekup mukanya dengan tangan, sebak didadanya tidak mampu dibendung lagi, bila-bila sahaja air matanya akan gugur. Kak Mas yang ada disebelahnya perasan yang Lees mengalami sedikit tekanan dia tidak mahu teman yang lain tahu. Kak Mas memeluk erat bahu Lees, dilihatnya Lees menekup muka dan menekan biji matanya menahan air mata daripada keluar.

“Lees kenapa ni” tanya kak Mas dengan penuh tanda tanya apabila tiba-tiba melihat Lees begitu.

“Kak Mas, kita pergi dari sini Lees tak selesa”. Jawabnya dengan sedih dan sayu. Air matanya sudah gugur dia mengesatnya. Iskandar mengerut dahi kehairanan apabila melihat Lees mengesat air matanya. Lees dan Kak Mas bangun meninggalkan mereka.

“Eh, Lees nak ke mana tu? Kenapa tidak makan?” Tanya Fitri memandang Aleesa beredar tanpa menjamah makanannya. Namun tidak endahkannya.

Iskandar memandang Lees berlalu dari situ “Kenapa dia tidak tengok aku, tidak nampak ke aku di sini? Kenapa pula dia menangis, badan dia semakin kurus? Apa berlaku pada dia sebenarnya?”. Itulah soalan yang bermain dikotak fikirannya apabila melihat Lees pergi begitu saja. Makanan yang ada didepan mejanya tidak pun disentuh.

Saban hari Lees menggelak dari bertemu dan bertembur dengan Iskandar dia cukup risau jika Iskandar menyatakan sesuatu yang tidak mampu didengarinya. Iskandar pula sentiasa mengejar Lees setiap kali dia bertemu Lees keseorangan tapi langkah Lees lebih cepat telah mengagalkan dia mendapatkannya.

Habis sahaja kuliah pada suatu petang Iskandar dengan langkah yang laju menuju ke bilik toturial yang dinyatakan oleh Fitri. Kelas akhirnya hari itu, dia sengaja bertanya Fitri untuk mengejar Lees. Tibanya dia di situ dilihatnya Lees sedang menghala ke library dia cuba mengejar Lees dari belakang.

Lees melangkah dengan laju, tiba-tiba namanya di panggil oleh seseorang dia berpaling dia kenal lelaki yang memanggilnya itu abang senior bernama Shahrul. Dia menghentikan langkahnya menunggu Shahrul datang pada dia.

“Awak Nur Aleesa Putri” tanya Shahrul pada Lees.

“Ya saya’ jawab Aleesa.

“Aleesa housemate dengan Mastura ke?” Shahrul memandang Aleesa dengan senyum yang mesra.

“Ya kenapa”. Tanya Aleesa dengan hairan.

“Boleh Aleesa tolong abang” tanya shahrul lagi.

“Tolong apa” tanya Aleesa. Lama juga Shahrul mendiamkan diri.

“Abang nak tanya Mastura ada boyfriendke?”. Lees tersenyum mendengar pertanyaan dari Shahrul dia bertanya sambil tersenyum mengusik.

“Abang nak merisik ke ni?”. Shahrul tersenyum dengan usikkan Lees.

Iskandar yang sedang memerhatikan Lees tidak jauh dari situ, nampak jelas senyuman dari Lees yang sedang berbual dengan Shahrul. Dia mengenali lelaki itu, Shahrul, merupakan pelajar senior jurusan peguam juga merupakan wakil ketua pelajar Malaysia di sini. Jika ada apa-apa yang berkaitan dangan pelajar Malaysia dialah orangnya yang banyak membantu.

Lees perasan yang dirinya sedang diperhatikan seseorang dia berpaling didapatinya Iskandar sedang memerhatinya. Dia berpaling semula kepada Shahrul dan menerangkan kepada Shahrul.

“Sepanjang Lees mengenali Kak Mas, rasanya dia tidak ada boyfriend tapi tidak tahulah kalau diam-diam hatinya sudah dimiliki”.

Shahrul bertanya lagi “Boleh Aleesa tolong risikkan?”.

“Oh! boleh” jawab Lees.

“Tolong kirim salam pada dia ya”. Kata Shahrul lagi. Lees hanya menganggukkan kepala.

“Lees, satu lagi hujung minggu ini kita ada buat event untuk semua pelajar Malasyia, Lees juga perlu ikut serta’. Lees menjawab

“Boleh tak kalau Lees tidak pergi?”.

“Kenapa?” tanya Shahrul.

“Kurang sihat”. Jawabnya

“Nantilah abang pertimbangkan”. Jawabnya dan terus berlalu meninggalkan Lees.

Lees mempercepatkan langkahnya menuju ke library dia tahu yang Iskandar akan mengikutnya. Iskandar terus mengekorinya, kali ini dia nekad mahu bercakap dengan Lees. Lees meletakkan bukunya di atas meja lalu menuju ke rak buku. Tiba-tiba tangannya ditarik dia berpaling dilihatnya Is, dia dengan pantas menarik tangannya.

“Jangan peganglah” kata Lees suaranya diperlahankan.

“Lees, kenapa buat abang macam ni? Kenapa tidak jawab panggilan dan sms abang? Apa salah abang?’ tanya Iskandar bertalu-talu dengan pantas.

“Kenapa tanya Lees, tanyalah diri sendiri”. Jawab Lees lalu beredar dari situ dengan langkah yang laju. Is hanya mampu memandang Lees yang berlalu meniggalkannya begitu sahaja.

“Ya Allah, kita tanya dia disuruhnya tanya kita balik” Iskandar monolog luaran sambil memegang kepala terasa hatinya sakit.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina