Sudah dua jam berlalu, kak Mas di hospital
menunggu Lees yang masih berada di bilik rawatan, dia tidak tahu apa terjadi
pada Lees sekarang hatinya berdebar dan
risau. Dia berdoa agar Lees tidak apa-apa, semenjak dia mengenali Lees tidak
pernah Lees bersikap sedemikian Lees sentiasa ceria dan senyum selalu, tapi
kenapa dia jadi begini. Tiba-tiba pintu bilik rawatan dibuka dua orang nurse
keluar menolak katil Lees terbaring di atasnya dengan tangannya disuntik jarum
dilihatnya sebotal air tersangkut di tiang katil. Mereka menolak katil Lees
terus ke wad, kak Mas hanya mengekorinya. Apabila sampai sahaja mereka di dalam
wad sebelum dua orang nurse meninggalkannya, Kak Mas bertanya kepada nurse apa
yang berlaku pada Lees.
“Excuse
me, what happen to my friend?” tanya kak Mas.
“Don’t worry she ok please take care of her”. Jawab salah seorang daripada nurse tadi
lalu meninggalkan mereka.
Kak Mas menghampiri Lees yang sedang
terbaring di atas katil kesian dia melihat keadaan Lees yang begitu lesu tidak
bermaya di kelopok matanya masih ada air mata. Lees memandang kak Mas yang
datang padanya terus menangis kak Mas memeluk Lees bagi meredakannya.
“Lees apa sebenarnya berlaku ni Lees sakit
apa?” tanya kak Mas dengan risau. Lees tidak menjawab hanya tangisan didengari oleh
kak Mas. Kak Mas terus berdiam, tidak berani lagi untuk bertanya pada Lees. Dia
nekad untuk berjumpa doktor bertanya pasal Lees. Tiba-tiba Lees bersuara.
“Kak Mas tolong ya jangan bagitahu
siapa-siapa pasal Lees” Kata Lees merayu.
“Kalau Mira atau Aisyah telefon tanya macam
mana? Apa kak Mas nak bagitahu?’ tanya Kak Mas dengan risau.
“Kak Mas jawab saja kita pergi holiday,
kalau dia tanya di mana jawab saja, adalah kami ok”. Lees membalas pertanyaan
kak Mas dengan teresak-esak.
“Lees tunggu sekejap ya?” kata Kak Mas.
“Nak pergi mana?’ tanya Lees.
“Nak pergi ke kaunter sekejap ambil i/c
Lees” jawab kak Mas.
“Kak Mas tolong, jangan tinggalkan Lees”.
Pinta Lees dengan sedih. Sayu hati kak Mas mendengarnya.
“Tidak lah kak Mas tidak akan tinggalkan
Lees”. Dia keluar meninggalkan Lees keseorangan.
Aisyah melihat jam di dinding 10.00malam
kak Mas dan Lees belum lagi pulang. Sekembalinya dia dari makan petang tadi
dilihatnya kak Mas dan Lees sudah tidak ada. Tidak tahu ke mana mereka pergi,
dia mula risau.
“Mira mana Lees dan Kak Mas pergi, sudah
pukul sepuluh malam belum balik lagi?” tanya Aisyah sambil memandang Imira yang
sedang sibuk dengan handphonenya.
“Manalah aku tahu” Jawab Imira.
“Cuba kau telefon mereka”. Aisyah menyuruh Mira
menghubungi mereka. Imira menghubungi Lees tapi taliannya ditutup, dia mencuba telefon
Kak Mas, talian disambung “Hello” kak mas menjawab panggilan dari Imira.
“Hello Kak Mas. Kak Mas di mana kenapa
tidak balik lagi?”.Tanya Imira.
“Imira, Kak Mas dan Lees tidak balik malam ini
mungkin dua tiga hari lagi”. Jawab kak Mas.
“Kak Mas dan Lees pegi mana?” Imira bertanya
lagi.
“Kak Mas dan Lees datang melancong”. Jawab
kak Mas terpaksa menipu.
“Melancong ke mana?” Imira bertanya dia
agak terkejut.
“Adalah” jawab kak Mas bersahaja. Dia
mengakhiri perbualan.
Kak Mas masuk semula ke wad Lees setelah
selesai bercakap dengan Imira. Di lihatnya Lees masih lagi tidur belum sedar. Tadi
Lees diberi suntikan ubat penenang. Kak Mas sesekali mengusap rambut Lees
kesian dia melihat keadaan Lees.
Dia mengingati apa yang diberitahu oleh
doktor tadi bahawa Lees mengalami tekanan perasaan. Tapi dia tidak tahu kenapa
dan siapa yang membuatkan Lees jadi begini. Doktor ada bagitahu yang Lees
bertaruh nyawa, perasaannya dia tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.
Doktor ada juga bertanya bagaimana keadaan
keluarga Lees tapi aku tidak boleh jawab sebab Lees tidak banyak menceritakan
tentang keluarganya yang aku tahu Lees tinggal dengan datuknya di Kota Bharu. Adakah Lees putus cinta juga aku tidak boleh
jawab sebabnya aku tidak pernah dengar atau tengok Lees bercinta sebelum ini.
Lees seorang yang ceria dan dia baik sangat. Itu pun doktor kata mujurlah Lees
dihantar agak awal jika tidak mungkin dia hilang kawalan dan bertindak diluar
dugaan. Kak Mas merenung ke arah Lees yang masih tidur wajah cantiknya pucat
tidak berseri.
“Kesian kau Lees, kalau betul lah Lees
putus cinta lelaki manalah yang amat bodoh boleh tinggal dan putuskan hubungan
dengan Lees. Tidak pernah aku tengok Lees bercinta dengan siapa-siapa di sini,
mungkin dia setia pada kekasihnya”. Fikir Kak Mas tentang Lees.
Malam itu Kak Mas menjaga Lees dia tidak
sanggup tinggal Lees berkeadaan begini. Kak Mas tertidur di kerusi panjang yang
ada di situ.
Kak Mas terjaga apabila terdengar tangisan
Lees dia cepat-cepat bangun menuju ke katil. Dia terus pegang tangan Lees serta
mengusap dahi Lees.
“Lees janganlah menangis, Kak Mas ada di sini, jangan begini Lees”.
pujuk kak Mas dengan penuh kasih sayang. Tangisan Lees semakin kuat, dia terus
meredakan keadaan Lees.
“Lees ingat Allah Lees jangan macam in Lees
kena kuat”. Kak Mas memujuk lagi dengan menyuruh Lees mengucap dua kalimah
syahadah. Lees mengucapnya dan menarik nafas panjang. Kak Mas melihat wajah
Lees sedikit tenang selepas mengucapnya. Kak Mas melihat jam ditangannya pukul
tiga pagi.
“Lees makan sikit dari tadi Lees tidak
makan doktor pesan suruh Lees makan”. Kata kak Mas. Lees hanya menggelengkan kepalanya.
“Jangan begini, Lees makanlah sikit nanti
bertambah sakit. Tadi kak Mas ada beli roti”. Pujuk kak Mas dengan mesra.
“Lees tidak lapar” . Jawab Lees dengan
lemah.
“Lees boleh kak Mas tanya sikit?” tanya Kak
Mas. Lees Mengangguk.
“Lees ada masalah dengan keluarga ke?” Kak Mas
bertanya mengorek rahsia. Lees menggeleng.
“Jadi Lees putus cinta tanya kak Mas lagi.
Lees memandang kak Mas dia merenung jauh ke mata kak Mas terbayang wajah
Iskandar bersama kenangan serta ucapan cinta Iskandar kepada Imira muncul dalam
fikirannya. Dia perlahan-lahan memejam mata hatinya sekali lagi menangis air
matanya gugur. Kak Mas faham itu lah jawapannya, Lees putus cinta dia kecewa, derita
yang dialami jelas diwajahnya. Kak Mas memegang erat tangan Lees lalu berkata.
“Lees, kalau bunga bukan sekuntum kumbang
bukan seekor". Kak Mas sekali lagi memberi semangat pada Lees.
“Tak apalah kak Mas Lees tak apa-apa” jawab
Lees cuba menenangkan hatinya sendiri.
“Sudah sampai begini, Lees boleh kata tidak
ada apa-apa. Lees kena kuat semangat”. Balas kak Mas lagi.
“Lees putus cinta? Lees ada kekasih di
Malaysia?” Kak Mas terus bertanya. Lees hanya mendiamkan diri. Kak Mas melihat
keadaan Lees reda sedikit dari tadi dia terus berkata lagi.
“Kalau Lees rasa nak luahkan perasaan Lees
boleh cerita pada Kak Mas, Kak Mas sedia mendengarnya”.
Lees menarik nafas panjang sambil menggelengkan
kepalanya lalu berkata. “Lees belum bersedia” jawab Lees sambil matanya
merenung jauh ke dalam mata kak Mas. Kak Mas mengangguk dan mengukir senyum
pada Lees. Airmatanya terus mengalir.
“Lees tidur dulu kita sembang lagi esok
sudah lewat ni”. Pujuk kak Mas. Dia menyapu airmata Lees kemudian mengusap dahi Lees perlahan-lahan sehingga Lees terlena.