Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
113,904
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 5

Ting tong loceng pintu berbunyi. “Assalamualaikum”, kedengaran suara mama, kak long dan angah memberi salam dengan serentak. “Waalaikummusalam, itu pun mereka sudah pulang”, kata Lees. Dilihatnya Datin Shila dan Maisara membimbit barangan yang dibeli dengan kedua-dua belah tangan.

“Banyak beli barang” Lees bertanya setelah melihat barang-barang di bawa oleh mereka.

“Barang dapur sudah banyak yang habis Lees, itu yang banyak mama beli ni’.

“Mana tidak banyaknya, untuk dua bulan” kak long menjelaskan lagi.

“Dua bulan?” Lees membulatkan matanya tanda terkejut.

Datin Shila memandang Iskandar yang sedang memerhatikan mereka berbual. Dia tersenyum melihat menantunya itu. Dari sikap Iskandar yang diketahuinya, dia yakin yang Iskandar boleh menjaga Aleesa dengan baik. Iskandar membalas senyuman dari ibu mertuanya. Dia memberitahu ibu mertuanya bahawa dia telah menghubungi keluarganya di Malaysia.

“Mama, Tadi Is telefon papa dan Mama, mereka kirim salam’. Is memberitahu mak mertuanya.

“Waalaikummussalam”. Jawab mama Lees.

“Apa Khabar mereka?” Tanya mama.

“Mereka sihat”. Jawab Is.

“Alhamdulilah”. Jawab mama Lees.

Mama dan kak long meninggalkan mereka semua di ruang tamu menuju ke dapur untuk menyimpan barangan yang dibeli. Lees mengekori mereka menolong apa yang patut.

“Lees, kakak solat maghrib dulu ya sudah lewat ni”.

“Baiklah kakak” jawab Lees. Selesai mengemas dapur Lees kembali ke ruang tamu dilihatnya Iskandar, angah dan daddy masih di situ rancak berbual. Lees menghampiri mereka dan duduk di sebelah abang ngahnya.

“Is, Lees” abang ngah memanggil mereka.

“Ya, bang”. Jawab mereka serentak.

“Esok katanya kamu berdua mahu keluar, nak ke mana?” tanya angah pada mereka berdua.

“Ya ngah, kami mahu beli nombor telefon baru dan sedikit barang” Lees menjawab.

“Kita pergi pukul 10.00 pagi”. Angah memberitahu mereka.

“Ok” jawab mereka dengan serentak sekali lagi.

Is memulakan bicara setelah beberapa minit suasana sepi. “Abang ngah belajar di mana?”

“Angah belajar di Oxford”.

“Tahun berapa?” Is bertanya lagi.

“Tahun akhir, angah sudah nak grade dah”.

“Oh…sudah lamalah angah duduk di sini?’. Is bertanya lagi.

“Sudah lima tahun sebelum daddy ditukarkan ke sini lagi’. Angah memberitahu Is.

“Ambil course apa? Iskandar bertanya lagi ‘Sains Politik’ jawab angah.

“Is ambik medic kan?” Abang angah bertanya pada Is.

“Ya bang, lima tahun juga”. Jawab Iskandar.

“Bakal doktorlah ni?” Angah bertanya dengan nada mengusik.

“Insyaallah”. Jawab Is dengan senyum.

“Ha…yang isteri bakal doktor ni, khabarnya ambil course ekonomi,kan? Tanya abang ngah pada Lees sambil senyum dan menyindir adiknya itu.

“Yes sir, I’m wanna be a profesional economics”. Lees jawab…

“Waduhhh… perasannya nak jadi pakar ekonomi” angah mengusik lagi.

“Ya lah, nak lawan angah”. Usik Lees pada angahnya.

“Eh! budak ni, Kenapa pulak nak lawan angah?”.

“Saja… biasanya orang politik akan berlawan dengan orang ekonomi”. Jawab Lees dengan selamba dan manja.

“Lees naik atas dululah” Lees memberitahu, lalu bangun meninggalkan mereka.

“Nak ke mana?, Elok-elok duk berbual nak ke atas pulak”. Tanya angah sambil memerhatikan Lees yang sudah bangun.

“Mahu ke bilik kak long, nak borak sikit”. Lees menjawab sambil berlalu dari situ.

“Takder sikitnya, kalau sudah boleh borak dengan kak long” laung angah pada Lees.

“Is… Lees memang macam tu, dia manja sikit”. Angah memberitahu Is. Is hanya tersenyum lebar melihat gelagat dua beradik itu sambil menarik nafas panjang.

“Is kalau kamu penat pergilah rehat dulu, esok nak keluar”. Kata Danial

“Sekejap lagilah ngah, Is mahu ambik angin di luar dulu”. Is menjawab.

“Di luar tu sejuk Is”. Jawab angah.

Previous: bab 4
Next: bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina