Suasana di rumah Dato’ Jeffry sunyi sepi,
semenjak Iskandar meninggalkan rumah dua hari yang lepas. Kebiasannya Iskandar
akan menemani adik bongsunya Irfan bermain dan bergurau senda membuatkan
suasana di rumah Dato’ Jeffry sentiasa riuh dengan gelak ketawa Iskandar dan
adiknya. Sekarang tiada lagi kedengaran Irfan menjerit dan menangis dek kerana
diusik oleh abangnya. Dato’ Jeffry
mencari-cari Irfan dan isterinya Datin Noraini namun tidak kelihatan. Tiba-tiba
kedengaran anak bongsunya memanggil pembantu rumah mereka sekaligus memecahkan
suasana sepi di dalam rumahnya. Bibik keluar menemani Irfan. Dato Jeffy
ternampak Datin Noraini di kerusi rehat yang terdapat di halaman rumah mereka.
Dia menghampiri isterinya.
‘Termenung
jauh mama dia tu, kenapa? Datin Noraini terperanjat apabila ditegur oleh
suaminya.
‘Abang, saya risaulah macam mana anak
menantu kita tu, sudah sampai ke mereka di London? Tidak telefon kita ni’.
Datin Noraini menjawab dengan nada yang risau.
‘Itu yang awak risau termenung dari tadi,
mereka selamatlah tu bila mereka sampai, mereka akan telefon kita. Jangan risaulah
, awak doakan yang baik-baik pada mereka. Dato’ Jeffry
memberi jawab bagi menenangkan hati isterinya. Dengan nada yang perlahan Datin
Noriani berdoa ‘ Ya Allah, selamatkanlah anak menantu aku’.
“Papa apa kata kita sajalah, telefon mereka”
datin Noraini memberi cadangan.
‘Sabarlah dulu, kalau ada apa-apa pada mereka,
besan kita akan telefon bagitahu, mereka berdua selamatlah tu. Jawab Dato’
Jeffry lagi.
Sepi
seketika diruang tamu rumah Dato’ Hisham
di Kota London. Dato Hisham memandang
Lees dan Iskandar apabila tersedar yang suasana diruang tamu rumahnya sepi, dia
melihat Lees dan menantunya masing-masing diam membisu. Tiba-tiba Dato’ Hisyam
bersuara.
“Iskandar kamu sudah menghubungi orang tua
kamu, yang kamu sudah sampai?”
“Belum lagi daddy”. Jawab Is sambil
membetulkan kedudukkannya.
“Kamu telefon papa kamu, nanti mereka risau
pula”. Arah daddy.
“Macam mana nak hubungi mereka? Sekarang
pukul berapa di Malaysia?” Is bertanya, dahinya dikerutkan.
“Di sana sekarang ni waktu siang” jawab
daddy. ‘Tak mengapa Is, daddy telefon papa kamu’.
Dato’ Hisyam mengambil telefon bimbitnya
lalu menekan nombor besannya. Tok tek tok tek bunyi keypad telefon Dato Hisyam mengedail nombor Dato Jeffri.
“Kring kring kring”…Dato Jeffri melihat
nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya, nombor luar Negara.
“Hello, Assalamualaikum.” Dato’ Jeffri
menjawab telefon dan memberi salam, dia tahu itu nombor besannya Dato’Hisham.
“Waalaikummussalam, Dato’ apa khabar”?
Tanya Dato Jeffri.
“Alhamdulilah, kami semua sihat” Dato
Hisyam menjawab
“Siapa tu bang?” Tanya Datin Noraini
apabila dia terdengar suaminya menjawab telefon yang berdering tadi. Dengan
suara yang perlahan sambil menutup speaker telefon, dia menjawab pertanyaan isterinya
“besan” datin Noraini menganggukkan kepalanya.
“Apa khabar orang di London?”
“Alhamdulillah, kami di sini semuanya
sihat. Saya hendak bagitahu, anak-anak kita sudah selamat sampai”. Kata Dato
Hisyam.
“Alhamdullilah, mereka ada di situ ke?”
Tanya Dot Jefri lagi.
“Ada… Dato’ mahu bercakap dengan Iskandar?”
Jawab Dato Hisyam.
“Tidak payah nak berdato-dato, panggil
Jeffry sahaja Dato’” Dato’ Jeffri
menyuruh Dato’ Hisham memanggilnya dengan panggilan nama sahaja.
“Iskandar, papa kamu nak bercakap. Dato
Hisyam memberikan telefon bimbitnya kepada Is.
Is dengan segera mencapai telefon yang diberikan
oleh bapa mertuanya…
“Assalamualaikum papa?”
“Waalaikummussalam”
jawab Dato Jeffry.
“Kamu sihat ke Is?” Tanya Dato Jeffy pada
anaknya.
“Sihat papa” Is menjawab.
“Kamu cakap dengan mama kamu, dia dari tadi
bertanya tentang kamu”. Dato Jefri terus memberi telefonya kepada Datin Noraini.
“Hello Is, mama di sini”.
“Mama apa khabar?” Is bertanya dengan nada
yang sayu dia juga merindui mamanya maklumlah selama ini dia tidak pernah
berpisah jauh dengan mamanya.
“Mama sihat sayang”. Jawab Datin Noraini.
“Kamu dengan Lees apa khabar?” tanya Datin
Noraini lagi.
“Kami sihat mama, mama jangan risau”. Jawab
Iskandar menenangkan hati mamanya.
“Is, kamu jaga diri elok-elok di negara
orang, jaga Lees tu baik-baik, jaga tingkah laku kamu, jangan tinggal sembahyang
dan satu lagi jangan lupa duit yang papa kamu kirim setiap bulan bagi belanja
pada Lees”. Nasihat Datin Noraini kepada anak kesayangannya itu.
“Baik mama, Is ingat pesan mama”.
“Nanti kirim salam pada Lees dan
keluarganya”.
“Mama tidak mahu bercakap dengan Aleesa ke?”
“Nanti mama telefon kamu semula, sudah lama
kita bercakap nanti apa pula kata bapa mertua kamu. Kirim salam mama pada mereka
semua. Assalamuaikum”. Datin Noraini mengakhiri perbualan’
“InsyaAllah. Waalaikummussalam”. Balas
Iskandar
“Ha, sudah puas hati mama boleh bercakap
dengan anak kesayangan awak tu. Kan, papa sudah bagitahu mereka selamat”. Datin Noraini tersenyum lebar. Lega rasanya
dapat tahu anak menantunya sudah selamat sampai.
Is memberi telefon pada daddynya setelah
memutuskan perbualan.
“Mama dan papa kirim salam pada kita semua”.
Is memberitahu papa dan Lees.
“Mama apa khabar Is?” Lees bertanya. “Semua
sihat”. Jawab Is. “Mama cakap apa tadi?”.
“Mama pesan suruh jaga diri dan jaga Lees
baik-baik”. Jawab Is sambil memandang Lees.