Aku
terus menuju ke bilik mesyuarat apabila Lina, yang dilantik untuk membantu aku
disini mengatakan mereka sedang menunggu aku. Aku mengetuk pintu, apabila aku
masuk mereka semua berdiri memberi tanda hormat kepadaku. Malu pula rasanya.
Aku terlambatkah hari ini? Aku bertanya sendiri apabila melihat mereka seolah
sudah lama menunggu aku dan aku rasa mesyuarat pun sudah bermula.
“Saya
lambat ke Encik Johan?” Suaraku separuh berbisik kepada Johan.
“Minta
maaf Cik Amira, saya lupa nak inform
semalam. Di sini waktu pejabat pukul lapan. Saya sengaja tak mahu mengganggu
Cik Amira, saya rasa Cik Amira pasti penat lagi.”
Wajahku
merah menahan malu. Kemudian aku tersenyum kecil.
“Saya
minta maaf banyak-banyak, saya ingatkan masuk pukul sembilan”
Johan
terus memperkenalkan aku kepada seorang lelaki yang aku rasa berumur awal lima
puluhan namun masih segak dan bergaya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dato'
Zaidi, wakil dari Akira Holding Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Zaidi,
wakil dari Akira Holding. Baru aku teringat akan latar belakang organisasi
Akira Holding. Pastinya lelaki ini bukan anak kepada Dato' Mahmud yang aku rasa
lebih muda dari lelaki dihadapanku. Bukankah Akira Holding diterajui oleh anak
Dato' Mahmud seperti yang aku baca semalam? Hmmmm.... untuk apalah aku
pertikaikan.....
Perbincangan diteruskan
seperti draft yang telah aku berikan kepada Mr Wong semalam. Satu persatu Dato'
Zaidi dan salah seorang pembantunya terangkan kepada aku. Ini adalah hotel
pertama yang akan dibina dibawah penjagaan aku sepenuhnya. Aku harus
berhati-hati kerana dalam bisnes sebesar ini, segala kemungkinan yang berlaku
akan menjejaskan reputasi Green Hotel. Kalau menurut kata-kata Mr Wong semalam
selepas ini aku sendiri yang akan memilih tapak yang sesuai berdasarkan
beberapa cadangan yang bakal diberikan nanti. Mungkin aku dan Johan akan
melihat sendiri beberapa tapak yang sesuai.
Selesai mesyuarat, kami terus makan tengah hari
bersama-sama di Green View yang berhadapan dengan kolam renang.
“Cik
Amira sudah lama di Australia?”
Aku
tersenyum memandang wajah Dato’ Zaidi. Kelihatan sungguh tenang wajahnya.
Senyumannya mengingatkan aku akan seseorang. Tapi aku tidak pasti siapa. Namun
aku rasa aku pernah ingat senyuman itu.
“Sepuluh
tahun Dato’ kalau di kira-kira bulan depan genaplah sepuluh tahun tiga bulan”
Dato’
Zaidi mengangguk kecil lalu menghabiskan sisa nasi di pinggannya dengan tertib.
Aku yang telah pun selesai mengisi perut cuma menghirup Jus. Johan pun juga
begitu, katanya dia kurang menggemari makanan di Hotel. Terlalu protokol
rasanya, katanya lagi masakan isterinya sedap. Kalau sehari tak makan rasa tak
kenyang. Bertuah betul dia mendapat isteri begitu, dia juga menjemput aku untuk
makan malam di rumahnya kalau ada masa terluang nanti.
Hampir
pukul satu barulah Dato’ Zaidi beredar, pihaknya memberi aku tempoh seminggu
untuk memilih beberapa tempat dan kemudian melihat sendiri keadaan tempat
tersebut. Sempat juga aku bertanya kenapa bukan pekerja dari pihaknya saja yang
datang untuk mesyuarat tadi. Tapi dia ketawa kecil.
“Sayalah
staff Akira Holding, kenapa? Hairan?”Dato' Zaidi ketawa kecil.”kebetulan ada
hal disini. Ingin bertemu kawan lama. Tambahan pula staf yang terlibat sedang
membuat projek lain. Bertuah saya dapat bertemu dengan Amira. I'm proud of you. Anyway, thankssebab
mahu bekerjasama dengan Akira Holding.”
Aku
sekadar tersenyum menerima pujian itu. Aku juga rasa seronok dapat berkenalan
dengan Dato' Zaidi.
Selesai
meneliti laporan yang diberikan oleh Lina tadi, aku terus menyambung mesyuarat
untuk membuat promosi sempena tahun melawat Malaysia. Mr Wong sudah pulang
sebaik saja mesyuarat selesai tadi kerana masalah keluarga. Mungkin dia akan
bercuti sehari dua lagi. Pada mulanya sedikit sukar mesyuarat diadakan ketika
ketiadaan Mr Wong. Sukar untuk membuat keputusan. Mujur Johan dapat menghubungi
lelaki itu, lelaki itu memberi kebenaran untuk aku membuat keputusan bagi
pihaknya. Katanya dia percaya kepada aku.
Selesai
mesyuarat, aku pulang ke apartment semula. Kalau dibandingkan dengan keadaan di
Australia, apartment begini yang banyak mendapat permintaan. Tapi di sini
apartment hotel hanya ada lima buah saja. Menurut Johan kurang sambutan. Kalau
adapun apabila ada keluarga yang datang dari jauh untuk majlis kahwin sanak
saudara. Hanya jenis single suit yang lebih mendapat pemintaan, apatah
lagi kalau di Putrajaya ada majlis besar. Seperti yang akan diadakan bulan
depan, sambutan bunga api terbesar di Asia. Ada lima buah negara yang akan
bertanding nanti, menurut Johan lagi pada tahun lepas semua bilik penuh
ditempah oleh mat saleh. Rata-rata pelancong dan wartawan.
Malam
ini, aku akan menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Green hotel. Majlis
ini akan dihadiri sebahagian staf dan beberapa ahli koprat terkemuka. Kata
Johan kebetulan Majlis ini diadakan ketika aku ada di sini. Sudah lama mereka
merancang untuk mengadakan pertemuan dengan client Green Hotel. Baru
malam ini ada kelapangan. Aku membersihkan diri dan terus bersiap. Tidak mahu
terlambat lagi seperti pagi tadi, malu aku!