Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,410
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6


Nelly memandang Jamiel yang sedang menikmati makan malamnya.

“What?” soal Jamiel. Dia tahu gadis itu mahu bertanya sesuatu padanya. Jujur Jamiel agak takut dengan soalan yang akan diutarakan oleh gadis itu.

“Siapa Hana tu? Teman wanita Ivan? Kenapa saya tak tahu?” soal Nelly bertalu. Jamiel meletakkan sudu di tangannya. Menyesal pula dia setuju untuk keluar makan malam dengan gadis itu.

“Aku pun tak tahu. Ivan tak pernah cerita pasal Hana. Aku pun baru kenal Hana semalam. Aku langsung tak sedar kehadirannya dalam kelas,” jawabnya jujur. Nelly mendengus perlahan.

“Ivan dah berubah,” katanya.

“Nell, setahun yang lalu kau dan dia berpisah secara baik. Kau sendiri beritahu aku yang kau nak study kat luar negara. Kau tak suka dengan hubungan jarak jauh. Ivan mengalah. Dia lepaskan kau. Aku bukan nak salahkan kau. Tapi kau dan dia dah tak ada apa-apa. Am I right?” balas Jamiel separuh menyoal. Dulu selepas gadis itu mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ivan, dia menentang kuat kerana tahu Ivan sangat sayangkan gadis itu. Tapi Nelly memang degil. Terlalu mengikut kata hati.

“Aku silap masa tu. Aku sepatutnya tak tinggalkan Ivan,” kata Nelly dengan perasaan sebak. Jamiel menggelengkan kepalanya.

“Kali ni aku mungkin tak dapat tolong kau. Ivan memang dah berubah Nell. Sebab kau juga. Dia bukan Ivan yang kau kenal dulu,” balasnya. Nelly memandang sayu ke arah sepupunya itu.

“Aku masih sayangkan dia. Please Miel,” katanya separuh merayu. Jamiel berdiri.

“Aku ada hal lepas ni. Jom aku hantar kau balik,” katanya sebelum melangkah berlalu. Nelly mengeluh perlahan. Dia bangun mengikut langkah lelaki itu.

                                     *****

“Karl, nampak tak schedule yang mommy sent semalam?” soal Karen sambil menuangkan tea panas untuk anak lelakinya itu.

“Yes mom. Jadual tu untuk next week right?” balas Karl separuh bertanya. Dia beruntung kerana ibunya sendiri menjadi pengurusnya.

“Yes,” balas Karen.

How’s school?” celah Larry sambil mencapai karipap di depannya. Karl tersenyum.

“Good papa,” balasnya.

“Papa dengar Nell dah balik,” kata Larry. Karl hanya mengangguk.

“So, kita boleh teruskan rancangan hari tu?” celah Karen. Karl memandang ibunya.

“What? Kahwin dengan Nell?” soalnya dengan kening berkerut. Karen mengangguk.

“Not now. Banyak benda lagi Karl nak kena buat. Lagipun Karl muda lagi,” celah Larry. Karl mengeluh perlahan.

“Karl tak nak. Rancangan kahwin tu mommy dan papa yang rancang. Karl tak nak terlibat lagi. Kalau mommy dan papa degil, Karl akan travel lagi,” balasnya separuh mengugut.

“Wait, Karl. Mom just asking, okay. Cukuplah hari tu Karl pergi. Mommy dah tak larat nak kejar Karl kat sana,” kata Karen. Karl tersenyum hambar.

“So enough with this kahwin. Karl tak nak,” balasnya dengan nada tegas.

Are you sure? I thought you like her,” soal Larry separuh meneka. Karl terdiam. Karen menyentuh lengan Larry sambil memberi isyarat supaya tidak bertanya lagi.

“Karl ada kelas petang ni,” balas Karl sambil bangun lantas berlalu.

“See, dia tak nak jawab,” kata Larry. Karen hanya diam memandang langkah Karl.

                                *****

Hana menghampiri Puan Haryati.

“Hi mama. Tak kerja hari ni?” soalnya. Puan Haryati mempunyai kedai kek sendiri. Pada mulanya wanita itu hanya membuat kek dari rumah dan menjualnya secara dalam talian. Namun apabila perniagaannya mendapat sambutan ramai akhirnya Puan Haryati mengambil keputusan untuk membuka kedainya sendiri. Sudah tiga tahun kedai wanita itu beroperasi dan kini telah mempunyai tiga cawangan. Hana memang bangga dengan kejayaan wanita itu.

“Mama cuti. Hana tak ada kelas?” soal Puan Haryati pula. Hana menggeleng.

“Jason beritahu yang papa nak junpa Hana lagi,” beritahunya. Puan Haryati terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Hana menarik nafas panjang.

“Hana akan pergi,” balasnya.

“Are you sure?” soal Puan Haryati. Hana mengangguk dengan senyuman.

“Lega mama dengar. Mama harap Hana boleh berbaik dengan papa. I know it’s hard. Tapi semua orang buat silap, sayang. Papa pun dah minta maaf,” balas Puan Haryati. Hana hanya tersenyum hambar. Betul kata wanita itu. Dia juga sudah penat menyimpan dendam pada papanya itu.

                              *****

Datuk Ismail tersenyum menyambut kedatangan gadis itu.

“Duduklah. Hari ni papa belanja,” katanya dengan perasaan teruja. Dia tidak menyangka sekali lagi gadis itu bersetuju untuk menemuinya. Hana hanya tersenyum nipis sambil menarik kerusi. Dia memandang sekeliling. Ini merupakan kali pertama dia masuk ke dalam restoran mewah itu. Hana memandang Jason yang setia berdiri di belakang Datuk Ismail.

“Tak penat ke?” soalnya.

“I’m fine,” balas Jason dengan senyuman.

“Jason, you can sit,” ajak Datuk Ismail dengan senyuman.

“Tak apa Datuk,” balas  Jason sambil menolak sopan. Datuk Ismail mengangguk. Dia memandang Hana semula.

“Papa gembira Hana sudi jumpa papa,” katanya.

“Pasal hari tu. Actually, saya setuju tapi ada syarat,” balas Hana tanpa berlengah lagi. Datuk Ismail tersenyum lebar.

“Apa pun syarat Hana, papa akan terima,” katanya. Dia sudah cukup lega apabila gadis itu bersetuju dengan permintaannya.

“Hana boleh ganti papa. Tapi Hana tak akan berhenti melukis,” balas Hana dengan nada tegas. Datuk Ismail tergelak kecil.

“Papa tak ada masalah. Kalau Hana nak buka galeri or muzium pun, papa akan sokong. Yang penting Hana setuju ambil alih Honey. Papa hanya boleh harapkan Hana,” katanya. Hana menarik nafas lega.

“Okay. So, apa-apa nanti Jason will inform me right?” soalnya. Datuk Ismail mengangguk.

“Jason akan bantu Hana. Kalau Hana tak selesa dengan papa, just find Jason,” balasnya. Hana mengangguk sambil memandang Jason. Lelaki itu hanya tersenyum mengangguk.

“Hana ada kelas kejap lagi. Extra class,” kata Hana sambil bangun semula.

“Tapi Hana...,”

“Next time,” pintas Hana dengan senyuman sebelum berlalu. Datuk Ismail mengangguk lambat.

“Hana dah 21 tahun. Cepat sangat masa berlalu. Jason, saya dah tak ada orang lain nak harapkan selain kamu untuk jaga Hana. Saya tak tahu bila akan dipanggil tuhan,” katanya dengan perasaan sebak.

“Datuk janganlah cakap macam tu. Kalau Datuk tak pesan pun, saya memang akan jaga Hana. Sama seperti saya jaga Datuk,” balas Jason dengan senyuman.

“Kalau saya ada anak perempuan seorang lagi, pasti saya akan jadikan kamu menantu,” gurau Datuk Ismail. Jason hanya tersenyum.

                                    *****

Hana agak terkejut melihat Ivan yang sedang menarik kerusi di sisinya.

“Ada orang?” soal Ivan. Hana menggeleng.

“Seorang? Juju?” soal Ivan lagi.

“Ada kelas. Next week Juju ada persembahan. Kalau awak berminat, boleh beli tiket dengannya,” beritahu Hana tanpa memandang wajah lelaki itu. Ivan tersenyum nakal.

“Kalau ya pun, pandanglah muka saya,” usiknya. Hana membalas pandangan lelaki itu dengan perasaan berdebar.

“Awak tak ada kelas ke?” soalnya. Ivan menggeleng. Dia mengeluarkan buku dan alat tulisnya.

“Actually, saya dan Karl baru habis kelas. Tapi Karl dah pulang dulu. Karl busy dengan photoshoot. Saya pula langsung ke sini. Sebab saya tahu awak ada kat sini,” kata Ivan dengan senyuman. Hana hanya tersenyum nipis. Dia memandang bukunya semula. Jujur dia sudah hilang fokus saat Ivan duduk di sisinya. Tiba-tiba Ivan meletakkan bukunya di depan gadis itu. Hana terkedu saat membaca apa yang ditulis oleh lelaki itu.

-Hana, kita kawan kan?

Hana memandang lelaki itu semula.

“Maybe,” balasnya. Ivan tergelak kecil.

“Macam tak yakin aje,” balasnya. Hana tersenyum.

“Kita sekelas. Awak pun selalu tegur saya. Cuma saya yang tak berani nak tegur awak,” balasnya jujur.

“Awak janganlah risau pasal orang lain. Saya ikhlas nak kawan dengan awak. And  I hope you can accept it,” kata Ivan dengan penuh harapan. Hana terdiam. Ivan menghulurkan tangannya. Hana tersenyum lagi. Akhirnya dia menyambut huluran lelaki itu.

“Okay, sekarang dah confirm. Awak jangan segan tegur saya kalau terserempak kat luar. Remember, sekarang kita dah jadi kawan,” kata Ivan dengan senyuman. Hana tergelak kecil sambil mengangguk.

I’m not dreaming right?

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.