Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,419
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Nelly agak berdebar melihat wajah merah padam Ivan.

"Saya dah cukup menahan sabar. Dulu awak sendiri yang tinggalkan saya. Lepas tu sekarang nak kembali seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Awak ingat saya boleh terima awak seperti dulu? Awak sepatutnya bersyukur saya masih anggap awak sebagai kawan," kata Ivan dengan nada keras. Nelly menggigit bibir. Lelaki itu mahu bertemu dengannya semata-mata mahu mengungkit kisah lalu?

"Saya sayangkan...,"

"Cukup Nell! Saya dah muak! Saya dah ada Hana sekarang ni. Awak jangan berani nak buat apa-apa pada Hana. Saya tahu awak ada jumpa Hana tanpa pengetahuan saya. Nak sangat beritahu Hana pasal malam tu? Go on. I don' t care anymore. Buat apa saya nak takut? Tak ada apa-apa yang berlaku pun malam tu. Cuma awak yang berangan lebih!" pintas Ivan dengan kening berkerut. Nelly tergelak kecil. Sakit hatinya hanya tuhan yang tahu.

"Awak cium saya. Lupa?" soalnya dengan senyuman pahit. Ivan tersenyum sinis.

"I admit it. Saya salah. Saya manusia biasa. Awak ingat Hana akan melatah hanya sebab tu? Hana lain Nell. Dia tak macam awak," balasnya tegas. Nelly mengangguk. Dia agak tercabar dengan kata-kata lelaki itu.

"I see. Kita tengok. Betul atau tak," balasnya sambil bangun dari kerusi. Dia berlalu ke keretanya tanpa menoleh lagi. Ivan menggenggam penumbuknya. Kesabarannya benar-benar teruji oleh gadis itu.

                                *****

Hana mengangkat panggilan daripada Ivan.

"Dah tidur?" soal Ivan dengan nada perlahan.

"Belum lagi. Awak pun tak tidur lagi," balas Hana sambil melangkah ke luar balkoni biliknya. Ivan tersenyum hambar.

"Tak dapat tidur," balasnya. Hana terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

"Hana, saya pernah buat silap semasa bersama Nelly," sambung Ivan perlahan. Hana agak berdebar.

"Selagi tak beritahu awak, saya tak tenang. Lagipun saya tak nak awak dengar daripada mulut Nell. Saya pasti mesti Nell akan tambah nanti," kata Ivan lagi. Dia sebenarnya sangat takut untuk terus terang dengan gadis itu. Bagaimana jika Hana benar-benar meninggalkan dirinya?

"Apa dia?" soal Hana sambil menarik nafas panjang. Dia pasti apa yang akan diberitahu oleh Ivan ada kaitannya dengan peristiwa petang tadi.

"Saya pasti awak akan bencikan saya lepas ni. Apa pun keputusan awak lepas ni, saya terima. Saya tahu, saya tak sepatutnya tipu awak. Saya bukan lelaki baik Hana," kata Ivan dalam nada lirih. Dia tidak dapat membayangkan andai selepas ini dan Hana benar-benar berpisah.

"Cerita sahaja. Apa yang berlaku?" soal Hana mula tidak sabar.

"Malam tu yang dimaksudkan oleh Nell ialah bila I kiss her," beritahu Ivan sambil meraup wajahnya. Hana terdiam. Ivan mula resah apabila Hana hanya mendiamkan diri.

"Hana...,"

"Saya tak nak ambil tahu apa yang korang dah buat masa korang bersama. Tapi Iv, saya tak pasti kalau hubungan kita ni boleh bertahan lama Nell tak move on. Tell me Iv. Bagaimana dengan awak sendiri? Still in love with her? Are you benar-benar yakin bahawa saya adalah orang yang anda mahukan?" balas Hana separuh menyoal. Siapa yang tidak sakit hati mendengar pengakuan daripada orang yang tersayang? Hana merasa seperti orang bodoh. Adakah dia sudah menjadi penghalang antara kedua-duanya tanpa sedar?

"Tolong jangan cakap macam tu. Saya sayang Hana. Tolong...,"

"Just thinking about it Iv. Good night," pintas Hana sebelum menutup telefonnya. Dia mendegus geram.

                                *****

"Kau okay ke?" soal Juju dengan kening berkerut. Dia perasan hari ni Hana lebih banyak mendiamkan diri. Malah gadis itu tidak duduk dengan Ivan semasa dalam kelas.

"Gaduh dengan Iv?" soal Juju lagi separuh meneka. Hana memandang wajahnya pada cermin tandas.

"Hana. Aku tak cakap dengan patung," tegur Juju lagi. Hana menarik nafas berat. Dia membalas pandangan rakannya itu.

"Aku nak putus dengan Iv," katanya tenang. Bulat mata Juju terkejut dengan kata-kata Hana.

"Kenapa? Sebab ugutan Nelly?" soalnya ingin tahu. Hana mengangkat bahu.

"Boleh. Saya cuma tak yakin," balasnya.

"Kau sayangkan Ivan? Cintakan dia?" soal Juju dengan kening berkerut. Hana mengangguk perlahan.

"Dah tu kenapa masih nak ragu-ragu? Hana please. Jangan buat keputusan terburu-buru. Kau sendiri akan kecewa," nasihat Juju.

"Aku tak yakin mampu bertahan Ju. Aku sayangkan Iv tapi dalam masa yang sama aku juga tak mampu nak abaikan kehadiran Nelly. Aku rasa dah jadi penghalang antara mereka," balas Hana dengan perasaan sebak. Juju sakitkan kepalanya.

"Kau bukan perampas Hana. Nelly tu yang tak tahu malu. Kau tak bersalah. Jangan sebab simpati dengan perempuan tu, kau pula berkorban. Kau tak fikir perasaan kau? Perasaan Iv? Iv tu sayangkan kau. Nelly tu cuma masa lalunya. Kau kena dengar cakap aku. Aku tak nak kau menyesal," nasihat Juju lagi.

"Tak Ju. Baik aku berundur sebelum aku betul-betul tak boleh lepaskan Iv," balas Hana dengan nada tegas. Dia mencapai beg sandangnya.

"Jom. Aku ada kelas lagi lepas ni," ajaknya sambil berlalu. Juju mengeluh perlahan.

                             *****

Karl menahan langkah Hana.

"Hai," sapa Karl dengan senyuman. Hana hanya memandang lelaki itu tanpa senyuman.

"Saya baru aje selesai buat projek baru dengan kawan. Sorry sebab tak datang photoshoot minggu lepas," ucap Karl. Dia memamg benar-benar sibuk sejak akhir-akhir ini. Hana mengangguk.

"Saya pun tak masuk office . Saya cadang nak call awak tapi busy sangat," balas Hana dengan wajah serius. Karl hanya memandang wajah gadis itu.

"Awak okay?" soalnya agak risau.

"Saya harap awak datang photoshoot hujung minggu ni," balas Hana sebelum berlalu tanpa menjawab soalan lelaki itu. Karl mengeluh perlahan.

Awak selalu buat saya risau Hana.

                              *****

Puan Haryati memandang Hana yang sedang menarik kerusi di hadapannya.

"Lewat balik hari ni. Hana singgah office ke?" soalnya ingin tahu. Hana tersenyum tersenyum.

"Hujung minggu ni rehat ke turun office ?" soal Puan Haryati semula. Hana mencapai sudu.

"Hana kena turun office ma. Ada kerja sikit," jawab Hana sambil menikmati makan malam. Puan Haryati menarik nafas panjang.

"Mama risau ek?" soal Hana sambil tergelak kecil.

“Tahu tak apa,” balas Puan Haryati dengan kening berkerut.

"Hana okay ma. Don't worry," kata Hana dengan senyuman.

"So, macam mana dengan Ivan? Ada nak share apa-apa dengan mama?" soal Puan Haryati ingin tahu. Hana terdiam mendengar soalan tersebut.

"Ni kenapa tiba-tiba diam? Ada masalah?" soal Puan Haryati mula bimbang. Hana tergelak kecil.

"Kami okay. Macam biasa aje," balasnya tenang. Dia belum bersedia untuk berkongsi dengan mamanya. Masanya juga tidak sesuai. Puan Haryati mengangguk lega. Dia sebenarnya risau apabila perasan yang gadis itu kelihatan agak tertekan sejak akhir-akhir ini. Dalam diam Hana mengeluh berat.

Betul ke keputusan yang aku nak buat ni? Berpisah dengan Ivan? Tu ke yang aku nak?

                               *****

Keluar saja dari kereta wajah Ivan sudah memberikan pandangannya. Ivan menghampiri gadis itu.

"Hana tak jawab panggilan Iv. Mesej Iv pun tak berbalas," kata Ivan dengan nada perlahan. Hana hanya memandang wajah pucat lelaki itu. Kenapa Ivan kelihatan seperti orang sakit? Sakitkah lelaki itu?

Hana menarik nafas panjang.

"Sorry. But Iv, rasanya kita tak perlu lagi care each other. Saya nak berpisah dengan awak. Thanks for everything," balas Hana dengan nada tegas. Dia melangkah semula untuk berlalu. Ivan masih berdiri di tempatnya. Lututnya terasa longgar.

Aku salah dengar ke?

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.