Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,431
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11


“Apa khabar Cik Hana? Saya baru sampai semalam. Maaf tak sempat nak tanya perkembangan meeting hari tu,” kata Jason.

“Baik. Meeting hari tu okay aje. Macam mana dengan meeting klien dari China?” soal Hana ingin tahu. Jason tersenyum.

“Boleh tak Cik Hana masuk office esok? Saya akan beritahu secara terperinci,” balasnya separuh meminta. Hana memandang jadual kelasnya. Esok memang dia ada masa tapi sebelah petang.

“Petang okay ke?” soalnya pula.

“Boleh. Saya akan jemput Cik Hana,” kata Jason dengan senyuman.

“Baik. Jason, saya nak tanya sikit. Papa tu sakit ke?” soal Hana ingin tahu.

“Maksud Cik?” soal Jason pula agak keliru dengan soalan gadis itu.

“Saya tanya, papa tu sakit ke tak?” balas Hana dengan kening berkerut.  Sejak bertemu semula dengan Datuk Ismail, jujur dia mula risaukan orang tua itu. Mungkin sebab kini dia melihat papanya itu menggunakan kerusi roda. Sangat berbeza saat papanya masih cergas seperti dulu. Jason tersenyum.

“Jangan risau. Papa Cik Hana masih sihat. Cuma pergerakannya terbatas. Selepas kemalangan, Datuk lebih banyak menghabiskan masanya di rumah. Hampir semua projek saya hantar ke rumah untuk ditandatangani oleh Datuk,” jawabnya. Hana mengangguk. Dia agak lega mendengar kata-kata lelaki itu.

“Okay. Tak apa esok kita jumpa. Saya ada kelas lepas ni,” katanya.

“Baik Cik,” balas Jason sebelum menutup telefonnya. Hana mula mengemas alatan melukisnya.

“Hana,” tegur Kaira yang berdiri di tepi mejanya. Hana membalas pandangan gadis itu. Dia tidak sedar akan kehadiran Kaira.

“Saya tak nak awak dekat dengan Karl lagi,” kata Kaira dengan riak wajah serius. Hana menggigit bibir.

Ada juga yang kena dengan penampar aku ni!

“Dengar tak?” soal Kaira dengan kening berkerut. Sakit hatinya melihat gadis itu hanya diam membisu.

“Kami memang tak rapat. Awak jangan risau,” balas Hana sambil berdiri.

“Jangan nak...,”

“Saya tengah lapar ni. Jangan buat saya marah pula,” pintas Hana sebelum berlalu dengan pantas. Bulat mata Kaira memandang langkah gadis itu.

Kurang ajar!

                                 *****

Langkah Hana terhenti saat melihat Nelly yang berjalan seiringan dengan Ivan.

“Hai Hana,” sapa Ivan dengan senyuman lebar. Nelly hanya menjeling lelaki itu. Dia memandang Hana pula.

“Nak pergi mana?” soalnya tanpa senyuman.

“Cafe,” balas Hana juga dengan riak wajah serius. Dia berlalu tanpa mengendahkan kedua-duanya. Ivan mahu mengikut langkah Hana namun Nelly dengan pantas menarik lengannya.

“Nak pergi mana?” soal Nelly dengan kening berkerut. Ivan melepaskan pegangan gadis itu.

“Bukan urusan awak,” kata Ivan sebelum berlalu meninggalkan Nelly.

“Ivan!” panggil Nelly sambil mendengus geram.

                                 *****

Ivan tidak jadi menghampiri Hana apabila melihat gadis itu sedang berbual dengan Karl. Riak wajah Hana serius seperti memarahi Karl. Namun wajah Karl tetap tenang menatap Hana. Ivan mula tidak senang hati apabila melihat Karl memeluk bahu gadis itu. Hana pula kelihatan menolak tangan lelaki itu sambil menepuk bahunya. Saat ini Ivan melihat mereka seperti pasangan kekasih. Seorang merajuk, seorang lagi memujuk. Ivan mengambil keputusan untuk berlalu. Dia perlu menenangkan diri terlebih dahulu. Emosinya tiba-tiba tidak stabil.

                                  *****

“Buat apa kat sini?” soal Hana dengan kening berkerut apabila melihat Karl turut menarik kerusi di hadapannya. Rasa marahnya belum hilang pada lelaki itu.

“Tak apa. Lagipun ni kali pertama Karl ikut kita lunch,” celah Juju yang tersenyum lebar.

“Thanks Ju,” ucap Karl sambil membuka bekas makanan yang dibekalkan oleh ibunya. Hana hanya mendengus. Sakit hatinya pada Kaira dihamburkan pada lelaki itu. Kalau bukan sebab Karl, Kaira tidak akan mengganggunya.

“Salad? Jaga badan ke?” soal Juju saat melihat makanan lelaki itu. Karl tergelak kecil.

“Yes,” jawabnya sambil memandang Hana yang sedang menjamah makanannya. Dia tahu kali ini gadis itu memang benar-benar marah pada dirinya. Dia tidak salahkan Hana. Dia sendiri tidak  mampu menghalang Kaira. Juju tersenyum saat melihat Karl yang ralit merenung Hana.

“So, korang berdua dah ready ke? Next week, event tu kan?” soalnya.

“I’m ready. Jangan tak datang pula,” jawab Karl sambil memandang Hana semula.

“Jangan risau. Saya akan datang dengan Hana. Lagipun pameran Hana tu mula dulu sebelum pertunjukan Karl,” balas Juju dengan senyuman. Berkerut kening Hana memandang rakannya itu.

Pandai-pandai nak bawa aku.

“Karl? Jom lunch dengan saya,” ajak Kaira yang sudah berdiri di tepi meja mereka. Hana menjeling gadis itu. Juju hanya tersenyum melihat Kaira. Jika dilihat secara dekat memang gadis itu cantik.

Patutlah cepat sangat naik.

Getus hati Juju. Karl memandang Juju dan Hana silih berganti.

“Awak makanlah kat sini. Tak nampak Karl dah mula makan?” soal Hana tiba-tiba. Dia bukan hendak menghalang namun sikap gadis itu yang membuatnya sakit hati. Bulat mata Juju memandang Hana.

Biar betul kawan aku ni?

Karl tersenyum.

“Awak makan kat sini dengan saya. Tak apa kan?” katanya separuh memujuk. Kaira menggigit bibir. Ikutkan hati mahu saja dia menampar bibir Hana supaya tidak masuk campur dengan urusannya.

“Kaira,” panggil Karl lembut. Dia sedaya-upaya mencegah berlakunya pertengkaran antara kedua-dua gadis itu.

“Baik,” balas Kaira sambil meletakkan makanannya di atas meja. Dia menarik kerusi di sebelah lelaki itu. Hana memandang kedua-duanya dengan perasaan meluat. Juju menyentuh tangan gadis itu yang berada di bawah meja. Dia memberi isyarat supaya Hana bersabar. Hana menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan.

Eii! Geramnya aku!

                                  *****

Puan Haryati agak hairan melihat wajah Hana yang agak serius saat melangkah masuk ke dalam rumah.

“Hana, what’s wrong?” soalnya agak bimbang. Hana tersenyum hambar.

“Penat sikit,” kata Hana sambil menarik kerusi. Puan Haryati mula menghidangkan makan malam.

“Ada minum petang tak hari ni?” soalnya.

“Tadi Hana masuk office. Jason jemput kat kolej,” beritahu Hana. Puan Haryati mengangguk.

“Patutlah nampak penat sangat,” katanya. Hana hanya tersenyum hambar sambil berdiri menuju ke sinki. Sebenarnya yang paling membuatnya rasa penat adalah Kaira. Dia penat memikirkan sikap gadis itu. Tanpa sedar Hana mengeluh perlahan.

“Hana, kalau penat sangat esok tak payahlah pergi kolej,” kata Puan Haryati yang mula risau melihat keadaan gadis itu. Selepas mencuci tangan Hana menuju ke meja makan semula.

“Memang Hana rasa nak cuti. Tapi tunggulah mama. Lepas pameran memang ada cuti semester,” balasnya. Puan Haryati mengangguk tidak mahu memaksa gadis itu. Hana mula menjamah makanannya.

Macam mana aku nak mengelak daripada Kaira tu?

                                 *****

Jason membuka pintu kereta untuk Hana.

“Thanks. Tapi lepas ni please jangan ambil dan hantar saya lagi. Saya boleh naik bas,” kata Hana sambil keluar dari kereta. Jason tersenyum sambil menutup pintu kereta semula.

“Ni arahan daripada Datuk. Saya tak boleh tolak,” balasnya. Hana memandang sekeliling. Dia kurang senang apabila melihat beberapa orang pelajar memerhatinya yang dihantar dengan kereta mewah.

“Look, saya yang akan gantikan papa. So, maknanya awak akan bekerja di bawah arahan saya. Walaupun tak official lagi, tapi mula saat ni awak kena dengar cakap saya. Beritahu papa, Hana yang arah,” katanya dengan nada tegas.

“Baik Cik Hana,” balas Jason dengan senyuman. Hana mendengus perlahan.

“Hana. Kat luar awak kena panggil Hana aje. Faham?” katanya separuh menyoal. Jason mahu tergelak melihat telatah gadis itu namun dia menahannya.

“Faham ke tak?” soal Hana dengan kening berkerut. Jason sekali lagi mengangguk.

“Bye,” ucap Hana sebelum berlalu. Dia geram kerana apabila keluar sahaja di luar pagar rumah pagi ini, lelaki itu sudah terpacak menunggunya. Jason hanya memandang langkah gadis itu. Dia melihat seorang pemuda sedang menghampiri Hana.

“Morning,” sapa Ivan dengan senyuman. Hana tersenyum membalas. Entah mengapa melihat sahaja wajah lelaki itu, wajah Nelly turut menjelma.

“Jangan lupa temujanji kita esok,” ingat Ivan yang kelihatan agak teruja. Hana hanya tersenyum.

“Dah fikir nak pergi mana?” soal Ivan. Tangannya menahan langkah gadis itu. Langkah Hana terhenti. Dia memandang lelaki itu.

“Saya nak pergi pantai,” jawabnya. Ivan tersenyum.

“Okay,” balasnya.

“Ivan!” panggil seseorang dari jauh. Ivan dan Hana serentak menoleh. Kelihatan Nelly sedang melambai ke arah mereka. Ivan menarik tangan Hana lantas menggenggam erat. Bulat mata Hana melihat tingkah lelaki itu.

“Jom,” ajak Ivan sambil menarik tangan gadis itu. Hana menurut kerana tangannya saat ini digenggam erat oleh lelaki itu. Nelly yang melihat keadaan tersebut tidak jadi menghampiri mereka. Jamiel, Marqen dan Karl yang berdiri di belakang gadis itu hanya membisu. Mereka turut melihat adegan tersebut. Masing-masing tidak bersuara untuk mengelak daripada mengeruhkan lagi keadaan. Karl hanya melihat gadis itu berlalu. Tanpa sedar di mengeluh perlahan. Marqen yang sedar dengan telatah lelaki itu hanya memandangnya dengan tanda tanya.

                                 *****

“Malam ni balik awal. Hari ni rehat aje kat rumah,” nasihat Larry sambil meletakkan ubat di hadapan lelaki itu. Karl tersenyum hambar. Hari ini dia hanya sempat menghadiri satu kelas sebelum mengambil keputusan untuk melawat klinik papanya kerana merasa kurang sihat.

“Karl nak ke kolej sekejap then balik terus. Thanks dad,” ucapnya. Larry mengangguk.

“Esok ada kerja ke?” soalnya.

“Sabtu, yes. Why dad?” soal Karl.

“Jom memancing dengan dad. Dah lama kita tak pergi bersama,” ajak Larry. Karl terdiam sejenak. Esok jadualnya padat pada waktu pagi. Mungkin sebelah petang dia boleh menemani papanya.

“Boleh tapi sebelah petang. It’s that okay?” balasnya.

“Okay. Jumpa kat rumah,” kata Larry sambil menepuk bahu lelaki itu sebelum berlalu. Karl menarik nafas panjang. Dia mencapai ubat lantas turut berlalu.

                                 *****

“Jumpa petang nanti,” kata Juju sebelum berlalu. Hana hanya memandang langkah gadis itu sebelum melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Dia melangkah ke arah tempat yang selalu menjadi kegemarannya. Langkahnya terhenti saat melihat seseorang sedang tidur di meja tersebut.

Karl?

Hana mengambil keputusan untuk menghampiri. Dia menarik kerusi di hadapan lelaki itu. Ini kali pertama dia melihat lelaki itu tidur di dalam perpustakaan.

Di tempat kegemaran aku pula tu!

Hana mendengus perlahan. Matanya menangkap plastik yang berada di sebelah laptop lelaki itu.

Ubat?

Berkerut kening Hana memandang Karl.

Sakit pun nak datang kolej lagi? Kenapa tak balik rumah terus?

Karl mengangkat wajahnya. Hana terkedu saat bertemu pandang dengan lelaki itu. Karl menghulurkan tangannya. Hana hanya memandang tangan lelaki itu.

What?

“Please,” kata Karl dalam nada yang perlahan. Hana menyambut huluran lelaki itu. Karl menggenggam jari-jemari gadis itu sebelum tidur semula. Sekali lagi Hana terkedu. Dia serba salah mahu menarik tangannya apabila merasa jari-jemari lelaki itu panas.

“Awak patut balik,” cadangnya. Karl diam tidak membalas.

“Karl,” panggil Hana.

“Tak larat,” balas Karl perlahan tanpa memandang wajah gadis itu.

That’s not my problem!

Marah Hana dalam hati.

“Nak saya panggil Ivan ke?” soal Hana. Karl melepaskan genggamannya. Dia mula duduk tegak memandang gadis itu.

“It’s okay,” katanya sambil mula mengemas bukunya. Hana membantu lelaki itu. Tangan Karl terhenti saat melihat tingkah gadis itu.

“What?” soal Hana apabila perasan renungan lelaki itu.

“Kata tak larat,” sambungnya sambil menghulurkan bekas pensel pada lelaki itu. Karl menyambutnya lambat.

“Thanks,” ucapnya sambil mula berdiri.

“Take care,” pesannya lagi sebelum berlalu. Hana hanya mengangguk sambil melihat langkah lelaki itu berlalu.

Take care? Bukan saya tapi awak yang kena take care.

Hana menggelengkan kepalanya.

                              *****

“So, jadi ke kau jumpa Ivan esok?” soal Juju sambil memandang sahabatnya itu. Hana mengangguk.

“Nelly?” soal Juju lagi. Hana terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Hana, baik kau tanya Ivan sekali lagi pasal Nelly. Kalau jawapannya tetap sama maknanya kau tak perlu risau lagi lepas ni,” kata Juju separuh mencadangkan.

“Should I?” soal Hana semula.

“Yes. Untuk kebaikan kau juga,” balas Juju. Hana mengangguk setuju.

“Okay,” katanya.

“Aku tanya sikit pula pasal Karl dan Kaira. Mereka tu dah jadi ke? Kenapa hari tu Kaira macam tak senang aje bila kita makan bersama?” soal Juju lagi. Hana mengangkat bahu.

“Tak tahu. Aku malas nak ambil tahu,” balasnya. Dia memang tidak mahu mengulas apa-apa jika ia berkaitan dengan Kaira. Terangkat kening Juju memandang gadis itu.

“Tak apa. Next time aku tanya lagi soalan ni,” katanya selamba. Berkerut kening Hana mendengar kata-kata gadis itu.

“Aku balik dulu,” kata Juju apabila bas yang dinaikinya sampai. Hana hanya mengangguk. Dia lega apabila gadis itu berlalu. Banyak sangat soalannya.

 


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.