Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,403
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16


Kaira tersenyum menghampiri Hana yang sedang sibuk dengan lukisannya.

“Tahniah,” ucapnya. Hana menoleh ke arah gadis itu.

“Saya dengar awak dan Ivan dah jadi,” sambung Kaira. Hana sekadar mengangguk.

Lah, satu kolej dah tahu ke? Nasib baik Nelly tak datang hari ni.

“Saya lega. Tak lah saya risau pasal Karl lagi lepas ni,” kata Kaira lagi dengan senyuman. Berkerut kening Hana memandang gadis itu. Kaira berlalu selepas menepuk lembut bahu Hana. Hana meletakkan berus di tangannya. Sakit pula hatinya mendengar kata-kata gadis itu.

                                    *****

“What?” soal Nelly dengan kening berkerut. Jamiel mengangguk.

“Aku beritahu kau sebab tak nak kau terkejut tengok Ivan dan Hana esok,” katanya. Nelly terduduk di kerusinya.

“What should I do?” soalnya dengan perasaan sebak. Jamiel terdiam. Dia bukan tidak simpati pada gadis itu. Namun dia juga turut buntu.

“Saya nak jumpa Ivan,” putus Nelly sambil bangun dari kerusinya lantas berlalu masuk ke dalam rumah. Jamiel mengeluh perlahan.

                                 *****

Ivan agak terkejut menerima kedatangan gadis itu.

“Betul ke awak dan Hana?” soal Nelly sambil memandang tepat wajah lelaki itu. Ivan mengangguk tenang. Nelly tersenyum sinis.

“Why? Awak sengaja nak sakitkan hati saya?” soalnya.

“Kita dah tak ada apa-apa hubungan Nell. Awak tak berhak nak marah,” balas Ivan dengan riak wajah serius.

“Saya tahu. Tapi susah sangat ke awak nak beri saya peluang kedua? Lagipun kita berpisah secara baik. Kenapa buat saya macam ni Ivan?” soal Nelly lagi kini seiring dengan air matanya. Dia dan Ivan bercinta selama tiga tahun. Perpisahan mereka berlaku atas dasar persetujuan antara kedua-dua belah pihak. Berkerut kening Ivan memandang gadis itu

“Peluang kedua? You right. Kita berpisah secara baik. Tapi saya pernah minta awak fikir sebelum buat keputusan. Awak dah lupa? Yang nak berpisah bukan saya. Tapi awak. Saya tunaikan permintaan awak sebab saya sayangkan awak,” balasnya dengan nada agak keras. Dia masih ingat apa yang berlaku. Nelly sudah nekad. Dia turutkan kerana sayang. Nelly terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

“Cukuplah Nell. Saya nak ingatkan awak. Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan Hana terluka,” sambung Ivan dengan tegas.

“Saya nak tanya awak. Betul ke saya dah tak ada ruang dalam hati awak?” soal Nelly sambil menyapu air matanya. Ivan terdiam membalas pandangan gadis itu.

“Just go,” balasnya sebelum melangkah masuk semula ke dalam rumah. Nelly menggigit bibir.

Just go? Fine! But I never give up on you, Ivan!

                                   *****

Karl bersandar pada rak buku. Pandangannya menembusi buku-buku yang tersusun rapi di hadapannya.

“Karl?” soal Juju. Hana yang berdiri di sisinya turut memandang lelaki itu. Karl tersenyum hambar. Pandangannya terarah pada Hana yang sedang sibuk memilih buku tanpa mempedulikan kehadirannya. Juju tersenyum.

“Saya nak ke tandas,” katanya sebelum berlalu dengan pantas. Hana menggigit bibir. Dia faham benar dengan permainan sahabatnya itu.

“Hai,” sapa Karl sambil menghampiri gadis itu. Hana membalas pandangan Karl. Dia mengangguk tanpa senyuman. Karl masih merenung wajah Hana. Serba tidak kena Hana dibuatnya.

“What?” soal Hana yang agak rimas dengan renungan lelaki itu.

“Nak ucap tahniah juga?” soalnya lagi. Karl tersenyum.

“Tahniah,” ucapnya perlahan. Berkerut kening Hana memandang lelaki itu. Sepatutnya dia gembira dengan ucapan tersebut. Namun, mengapa dia rasa sakit hati pula?

“Tu aje?” soalnya agak geram.

What do you expect Hana?

Tanpa sedar Hana mengeluh perlahan. Karl menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Hana terkedu.

“I’m happy for you,” ucap Karl sambil melepaskan pelukannya semula.

“What...,”

“Jumpa lagi,” pintas Karl sebelum berlalu. Hana menggigit bibir. Dia berpaling memandang lelaki itu semula.

How dare you?!

                                   *****

Puan Haryati memandang Hana yang sedari tadi hanya membisu.

“Ada masalah ke?” soalnya agak risau dengan telatah gadis itu. Hana yang sedang menikmati makan malamnya hanya menggeleng.

“Hana,” panggil Puan Haryati yang agak tidak berpuas hati dengan jawapan gadis itu.

“Why bila someone said tahniah but kita tak rasa happy?” soal Hana perlahan.

“Girl or boy?” soal Puan Haryati pula. Hana terdiam.

“Cuba fikirkan sebab apa Hana tak happy? Kadangkala sebab  tu datang daripada orang tu. Boleh jadi juga berpunca daripada diri kita sendiri,” sambung Puan Haryati. Hana mengangguk lambat. Fikirannya terganggu disebabkan oleh Karl. Mengapa lelaki itu sentiasa membuatnya tidak tentu arah?

                                   *****

“Cik Hana dah buat keputusan?” soal Jason yang sedang berdiri memandang gadis itu. Hana bersandar pada kerusinya.

“Saya setuju,” balasnya. Sebenarnya dia agak berat hati namun dia tidak boleh mengikut kata hatinya sahaja. Honey memang memerlukan model hebat seperti Karl. Jason tersenyum sambil mengangguk.

“Saya akan sediakan dokumen dan buat temujanji dengan pengurus Karl,” balasnya. Hana mengangguk setuju.

“Bagaimana dengan Ivan? Cik Hana tak nak bekerjasama dengannya?” soal Jason pula. Hana terdiam mendengar soalan lelaki itu.

“Tak apa. Kita dahulukan Karl. Kalau selepas ni Hana nak bekerjasama dengan Ivan, saya akan uruskan,” kata Jason dengan senyuman. Hana mengangguk lagi.

“Saya keluar dulu. Nanti kalau nak apa-apa, Cik Hana boleh panggil saya,” kata Jason sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat Hana. Hana mengeluh perlahan. Minggu ini dia lebih banyak memikirkan Karl. Sikap lelaki itu membuatnya takut untuk bekerjasama dengannya.

Tapi apa yang aku takut sangat?

                                   *****

“Karl, semalam Jason dah call. Next week mereka nak jumpa,” beritahu Karen. Karl yang sedang duduk menonton televisyen menoleh ke arah wanita itu.

“Next week?” soalnya semula. Karen mengangguk. Karl terdiam. Terbayang wajah Hana. Minggu ini gadis itu seringkali mengelak daripadanya. Dia bukan tidak sedar akan telatah gadis itu.

“So?” soal Karen apabila melihat lelaki itu hanya membisu.

“Okay,” balas Karl perlahan.

“Macam tak excited aje. Karl dah tukar fikiran ke? Kalau Karl tak sanggup, mommy boleh batalkan temujanji tu,” kata Karen. Karl menggeleng.

“Karl memang nak bekerjasama dengan Honey,” balasnya kini dengan senyuman. Karen mengangguk. Entah apa yang mengganggu fikiran anaknya itu. Sejak tadi televisyen terpasang namun lelaki itu langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya matanya yang memandang, namun fikirannya entah hilang ke mana.

                                  *****

“Boleh mama tanya?” soal Irdina sambil duduk di hadapan Ivan yang sedang membaca buku. Ivan meletakkan bukunya.

“Yes mama?” soalnya dengan senyuman.

“Hana tu sekadar teman atau lebih daripada tu?” soal Irdina separuh mengusik. Ivan tergelak.

“Cuba mama teka,” balasnya.

“I can see. Ivan ambil berat pasal Hana,” kata Irdina. Ivan tersenyum.

“I like her. And now, dia dah jadi girlfriend Ivan,” beritahunya. Irdina tergelak.

“So, tak lama lagi dapatlah mama menantu,” usiknya. Ivan tersenyum malu.

“How about Nell? Mama tengok Nell asyik berkepit dengan Ivan masa majlis hari tu,” soal Irdina pula. Ivan tersenyum pahit.

“Kami dah lama putus ma,” jawabnya. Irdina mengangguk.

“I know. Tapi mama boleh nampak Nell masih sayangkan Ivan. Actually mama tak kisah siapa pilihan Ivan. Dua-dua mama suka. Mama cuma harap Ivan tak terluka lagi macam dulu. Elakkan perkara tu berulang semula,” balasnya separuh menasihati. Ivan tersenyum hambar.

“Thanks ma,” ucapnya. Dia sebenarnya agak risau apabila memikirkan Nelly. Dia sudah kenal lama dengan gadis itu. Nelly seorang yang tidak mudah putus asa apatah lagi jika ada sesuatu yang diinginkannya. Apabila berbincang secara baik dengan gadis itu tidak menjadi, dia akan memutuskan persahabatannya dengan Nelly jika benar-benar sudah tidak ada cara lain. Ivan mengeluh perlahan.

Mengapa susah sangat aku larikan diri daripada bayang-bayang Nell?

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.