Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,426
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Karl hanya memandang Hana dan Ivan dari jauh. Kedua-duanya sedang berbual di hadapan unggun api.

"Tak makan?" soal Marqen sambil mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Karl hanya tersenyum.

"Diet ke? Come on, bukan selalu datang sini," kata Marqen sambil menjamah makanannya.

“Aku tak lapar lagi,” balas Karl dengan nada perlahan. Dia memandang ke arah Jamiel yang sedang rancak berbual dengan kawan-kawan Juju.

“Kau macam tak happy aje datang sini,” komen Marqen tanpa memandang wajah temannya itu.

“Mana ada,” balas Karl dengan kening berkerut.

"Cuba beritahu aku. Kau anggap Hana tu apa?" soal Marqen kini memandang wajah Karl.

"Kenapa tanya soalan tu?" soal Karl kembali. Marqen tersenyum sinis.

"Kenapa kau tolak Kaira?" soalnya semula. Berkerut lagi kening Karl dengan soalan lelaki itu.

"Aku memang tak ada hati padanya," balasnya dengan nada tegas.

"Hana?" soal Marqen pula. Karl terdiam.

"Tak salah kau anggap Hana lebih daripada seorang kawan," sambung Marqen apabila melihat lelaki itu hanya membisu. Karl mengeluh perlahan.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soalnya.

"Sebab kau suka dia. Aku tahu Karl," balas Marqen tanpa memandang lelaki itu. Karl terdiam lagi.

"Kenapa? Rasa bersalah?" soal Marqen kini memandang semula wajah sahabatnya itu. Karl masih diam tidak membalas.

"Sorry, aku bukan nak sakitkan hati kau. Aku tahu kau rasa bersalah. Aku tak sokong kau dalam hal ni. Aku juga tak halang. Yang pasti aku tak salahkan kau. Perasaan ni memang sukar nak kawal," sambung Marqen. Kedengaran Karl mengeluh lagi.

"Kau memang selalu dapat baca fikiran aku," balasnya dalam nada rendah. Marqen tergelak kecil.

"So, kau nak buat apa?" soalnya. Karl memandang semula pasangan itu dari jauh.

"Kau rasa?" tanyanya pula. Marqen tergelak lagi.

"Hana tu masih boleh dikatakan bukan milik sesiapa lagi," balasnya. Karl hanya tersenyum.

"Dah lah. Aku nak masuk dulu. Ivan tak boleh tahu pasal ni," ingatnya. Marqen tergelak besar.

"Takut ke?" usiknya. Bulat mata Karl memandang lelaki itu.

“Okay faham,” kata Marqen akhirnya sambil tersengih. Dia hanya memandang langkah Karl berlalu. Marqen perlahan.

Aku nak simpati pada siapa sebenarnya?

                                 *****


"Hana," panggil Ivan apabila melihat gadis itu yang lebih banyak mendiamkan diri sedari tadi. Hana membalas pandangan lelaki itu.

"Kenapa ni?" soal Ivan agak risau.

"Tak suka saya ada kat sini ke?" soalnya lagi. Hana tersenyum.

“Jangan nak merepek,” balasnya.

"Dah tu? Kenapa diam aje?" soal Ivan dengan kening berkerut.

"Sorry," ucap Hana dengan perasaan bersalah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa bibirnya terlalu berat malam ini. Ivan menarik jari jemari gadis itu lalu menggenggamnya erat.

"Ada apa-apa nak cerita dengan Iv tak?" soalnya. Hana memandang wajah lelaki itu semula.

Perlu ke aku beritahu?

“Tak ada,” balas Hana akhirnya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Betul ni?" soal Ivan yang agak ragu-ragu dengan gadis itu. Dari riak wajah Hana sahaja sudah cukup untuk memberitahunya.

Apa yang awak cuba sembunyikan Hana?

"Sorry. Saya nak rehat dulu. Awak okay kalau saya tinggalkan seorang kat sini?" balas Hana separuh menyoal. Terangkat kening Ivan. Dia bukan tidak perasan sejak beberapa hari ini Hana kurang bercakap. Bukan itu saja, dia juga dapat merasakan yang Hana seperti mahu mengelak daripadanya.

“Saya okay,” balasnya dengan senyuman. Hana tersenyum lantas bangun. Dia berlalu dengan fikiran yang bercelaru.

"Nak ke mana?" tegur seseorang. Langkah Hana terhenti. Dia memandang Karl yang sedang berdiri di muka pintu.

"Bukan urusan awak," balas Hana sambil menyambung langkahnya semula. Karl hanya memandang gadis itu berlalu. Dia melepaskan keluhan perlahan.

                                  *****


Hana memandang buku di hadapannya dengan pandangan kosong. Wajah Karl terbayang semula.

Tak guna! Menyesal aku sain kontrak dengan lelaki tu.

Hana mendengus perlahan.

Apa sebab aku tak suka lelaki tu? Sebab Kaira?

Hana meraup wajahnya.

Kau buat hidup aku huru-hara Karl!

                                 *****


"Awal kau bangun. Semalam aku masuk bilik kau dah tidur," tegur Juju sambil menghampiri Hana yang sedang berdiri di beranda bilik. Gadis itu kelihatan leka memandang pemandangan sekeliling. Hana hanya memandang sekilas ke arah sahabatnya itu.

"Hana," panggil Juju. Hana menarik nafas panjang.

"Bila aku ajak kau ke sini, aku harap sangat kau dapat tenangkan diri. Tapi aku lihat kau semakin parah. Kenapa? Masih teringat dengan ugutan dua orang minah tu?" sambung Juju separuh menyoal. Hana tersenyum hambar.

"Kau tak rasa ke yang aku dah buat keputusan terburu-buru?" soalnya pula sambil memandang wajah gadis itu.

"Maksud kau?" soal Juju yang kurang faham.

"Kau tak rasa aku dan Ivan terlalu cepat?" tanya Hana lagi. Juju terdiam. Hana mengeluh.

"Jujur aku sendiri mula tak yakin bila teringat Nelly. Nelly tu cinta pertama Ivan. Cinta pertama...," katanya dengan nada perlahan. Juju menarik jemari gadis itu lantas menggenggamnya.

"Nelly memang cinta pertama Ivan. Tapi bukan yang terakhir. Kau kena yakin dengan Ivan. Aku sendiri boleh lihat yang Ivan tu serius dengan kau," balasnya cuba untuk yakinkan. Hana tersenyum hambar.

"Hana, dalam cinta tak ada namanya ragu-ragu. Aku bukan kat tempat kau. Aku tak rasa apa yang kau rasa. Apa yang aku boleh kata, kau kena yakin jika hati kau tu dah pilih Ivan," sambung Juju separuh menasihati. Hana hanya diam mendengar kata-kata gadis itu. Dia memandang semula pemandangan di hadapannya. Juju memeluk lengan gadis itu. Risau dia melihat keadaan Hana.

                                  *****


Marqen menghampiri Hana yang sedang memotong buah epal.

"Nak saya tolong?" soalnya dengan senyuman. Hana membalas senyuman lelaki itu.

"Tak apa. Tolong tengok aje," gurau Hana. Marqen tergelak kecil.

"Amboi," tegur Karl sambil mencapai buah epal yang belum dipotong. Hana hanya memandang lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Hatinya berdebar.

"Kenapa? Cemburu?" soal Marqen separuh mengusik.

"Tahu tak apa," balas Karl sambil merenung Hana yang masih leka dengan kerjanya. Marqen tergelak lagi mendengar jawapan Karl. Nampaknya sahabatnya itu semakin berani.

"Ni kenapa sibuk kat sini? Sayang, mereka kacau sayang ke?" soal Ivan yang baru muncul sambil menarik pisau dari tangan Hana.

"Tak apa, saya...,"

"Biar Iv buat," pintas Ivan sambil mula menyambung kerja Hana.

“Uhhhh, ni barulah gentleman,” usik Marqen.

"Mestilah. Girlfriend aku kot," balas Ivan dengan senyuman. Karl berlalu selepas mencapai sebiji lagi buah epal.

"Cepat sikit tau," usik Marqen sebelum mengikut langkah Karl. Hana hanya tersenyum.

"Dah okay?" soal Ivan sambil memandang wajah gadis itu.

"Saya okay," balas Hana dengan senyuman. Dia tahu lelaki itu risaukan dirinya. Ivan menarik nafas lega. Dia meletakkan pisau lantas menggenggam jemari gadis itu.

"I love you," ucapnya sambil menatap lembut wajah gadis kesayangannya itu. Hana membalas genggaman lelaki itu. Dia juga sayangkan Ivan. Namun entah mengapa bibirnya begitu berat untuk membalas.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.