Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,912
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh. Lyn Jasmine bersama Wafa bergegas ke bilik yang sebelum ini dihuni oleh Encik Anuar. Ketika masuk, Haris dan Leong sudah pun berada di dalam bilik tersebut, sedang berbincang sesuatu. Sebaik sahaja matanya menjamah wajah bos baru mereka, Lyn Jasmine terpana dan terkejut. Namun lelaki itu berlagak biasa sahaja. Ah, mungkin dia tidak perasan. Dia menepis rasa gentar yang mula berhimpun dalam dirinya.

Lelaki itu memandang Lyn Jasmine, Wafa, Haris dan Leong, kemudian berkata dengan nada serius, “Baiklah, memandangkan semua orang ada di sini, I akan memperkenalkan diri sekali lagi.”

Semua yang berada di situ menumpukan perhatian kepada lelaki tadi, termasuk Haris walaupun dia sudahpun berkenalan dengan bos barunya itu.

Dia berdiri tegak lalu berkata dengan penuh yakin. “My name is Muhammad Hussein Al-Bakri Bin Muhammad Fakharuddin. Forget about everything else, just call me Shen.” Lancar sekali, dalam satu nafas dia memperkenalkan diri. Tiada sekelumit senyum terbit dari wajah kacaknya yang serius.

Lyn Jasmine mengangguk, cuba mengingati nama yang begitu panjang. Betul kata empunya diri, dia tidak perlu mengingati nama itu sekarang. Dia hanya perlu mengingati ‘Shen’ sahaja. Takkan dia nak panggil ketuanya dengan nama Shen? Ketika dia sedang bersoal jawab di dalam hati, Lyn Jasmine tersentak apabila Shen memanggilnya.

So… you are Lyn Jasmine?” tanya Shen kepadanya. Suaranya yang besar dengan loghat Inggeris membuatnya rasa kerdil. Dia dapat rasakan satu aura yang tidak dapat dia tafsirkan.

Yes,” jawab Lyn Jasmine ringkas sambil mengangguk perlahan. Kenapa pula dia rasa gemuruh semacam? Kesemua mata memandangnya.

“You yang uruskan Projek Marina Bay?”

Lyn Jasmine mengangguk lagi. “Ya.”

I understand that you are very experienced in project financing and matters regarding to it?” Matanya fokus kepada Lyn. Mencari jawapan.

Dia terkedu sekejap. Lyn Jasmine tidak tahu apa yang perlu dikatakannya. Dia tertanya-tanya dari mana Shen mendapat maklumat sebegitu. Dia hanya bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada rakan-rakannya yang merupakan ahli bank yang berpengalaman. Dan terima kasih juga kepada Encik Anuar yang mempercayainya untuk menguruskan beberapa projek penting syarikat.

Shen menyambung tanpa menunggu jawapan daripadanya. “I perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menolong I dalam satu projek dan you telah dipilih. Details of the project, I will provide later.”

“Okey bos,” Lyn Jasmine menerima tugas baru dengan rasa bangga kerana antara semua orang, dia yang terpilih. Namun hatinya berdebar kerana dia belum diberitahu akan projek yang akan dikendalikan.

“Projeck Marina Bay, you dan Wafa uruskan seperti biasa. Yang lain, sambung dengan tugas masing-masing sehingga diberitahu kelak. Okey?”

Semua yang hadir mengangguk faham. Lyn Jasmine memandang Leong sekilas. Selalunya dia banyak cakap tetapi kali ini Leong hanya mengangguk.

Alright. I ada meeting sekejap lagi. You’re dismissed.” Selesai menuturkan ayat tersebut, Shen melangkah keluar. 

Tidak sampai tiga saat, Shen memberhentikan langkah dan berkata, “Oh ya, saya tak suka staf yang tak berdisiplin. Pastikan awak semua sampai tepat pada waktunya.”

Keempat-empat mereka berpandangan sesama sendiri. Tekak Lyn Jasmine terasa kelat. Lambat sangatkah dia hari ini? Rasanya dia hanya terlewat beberapa minit.


***

Nama penuh : Muhammad Hussein Al-Bakri Bin Muhammad Fakharuddin.

Nama panggilan : Shen

Tahap pendidikan : Msc in Finance, University of Melbourne; ACCA; University of Oxford.

Jawatan terakhir : General Manager, Pacific Group.

Umur : 31 tahun

Tinggi : 189 cm

Warna kulit : Cerah

Warna rambut : Hitam

Warna mata : Coklat muda

Berat : 75 kg

Status : Belum pernah berkahwin

Itu maklumat yang diterima daripada ‘Wafa and the gang’. Kata Wafa, bos baru itu bukan calang-calang orang. Selain daripada itu, banyak lagi maklumat lain yang didapati dari pelbagai sumber, panas dari oven. Dari gaya mereka bercakap, dia kedengaran seperti seorang yang sangat hebat. Dan sememangnya dia tampak hebat. Tetapi perkara yang paling penting ialah siapa bos barunya itu. Namanya memberitahu bahawa bos baru itu adalah anak Tuan Haji Fakharuddin, pemilik Nadine Group. Patutlah dia kelihatan sungguh yakin sekali. Semua persoalannya terjawab kini.

Selepas perjumpaan di bilik Shen pagi tadi, Haris telah memberitahunya sesuatu. Patutlah Wafa sedikit ‘berahsia’ apabila ditanya tentang ketua baru mereka. Rupa-rupanya sepanjang percutiannya, berlaku beberapa perubahan di dalam syarikat. Kata Haris, terdapat beberapa perubahan dalam struktur syarikat.

Finance Department telah distruktur semula.”

Reshuffling?”

“Ya. Kami semua telah diberi taklimat oleh bos berkenaan perkara ini. Oleh kerana minggu lepas you masih bercuti, I ditugaskan untuk brief you pasal ni,” kata Haris. Dia mengambil sehelai kertas bersaiz A4 yang tersadai di dalam intray dan menunjukkannya kepada Lyn.

Finance sahaja yang dirombak?”

Mostly, yes. Boleh I sambung?”

Lyn Jasmine mengangguk. Dia sudah bersedia untuk mendengar dengan hati terbuka.



Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.