Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,914
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 14

Lyn Jasmine memastikan dia tidak akan terlewat seperti semalam. Cepat-cepat dia menyarung kasut dan terburu-buru dia keluar dari apartmen. Dia akan pastikan dia sampai sebelum bos baru masuk ofis. Sekurang-kurangnya untuk beberapa hari ini dia perlu menunjukkan didiplin kerja yang tinggi.


Ketika dia sampai, jam menunjukkan pukul 8.50 pagi. Ada sepuluh minit sebelum waktu rasmi bekerja. Selalunya dia akan turun makan pagi bersama Wafa dan baru mula bekerja. Hari ini dia berkira-kira…


“Lyn, jom breakfast…” jerit Wafa ke arah Lyn Jasmine. Wafa dilihat sudah memegang dompet dan bersedia untuk ke kedai yang terletak di bangunan sebelah.

“Sempat ke hah?”

“Apa yang sempat?” tanya Wafa tidak faham.

“Sempat ke kita nak makan? Nanti lambat pula….”

“Selalu pun kita makan waktu macam ini kan… kenapa pula tak sempat?”

“You tak dengar ke, semalam bos dah ingatkan jangan datang lewat. Kena disiplin?”

“Owh, mestilah I dengar….” Wafa mengulangi kata-kata Shen semalam dengan suara yang sengaja dibesarkan. ‘Saya tak suka staff yang tak berdisiplin’.

Lyn Jasmine ketawa dengan gelagat Wafa yang masih selamba. Padahal, dia juga yang terlebih kecut perut dengan Shen.

Wafa ketawa mengekek. “Sempatlah. Kita makan cepat-cepat. Lagipun kita dah sampai sebelum time punch card. Nak kerja… mesti makan dulu. Kalau tak makan, mana nak dapat tenaga?” Wafa mula menceceh seperti mak nenek.

“Jomlah! I pun lapar ni. Serius kecut perut I semalam bila dia cakap macam tu.”

“Alah… biasalah. Bos baru, nak tunjuk kuasa!”

“Nak tunjuk kuasa atau tidak, dia memang berkuasa Wafa. Dia kan bos… bukan you tak tahu, dia dilantik sebagai Finance Director di Nadine Corp. Bukan calang-calang orang dapat pegang jawatan tu tau!”

Wafa mencebik. Kemudian dia membebel lagi. “Cerewet gila dia. Semua nak perfect! Titik noktah yang I tertinggal pun dia nampak.”

“Titik noktah?”

“Ya. ‘Full stop’ kat laporan yang I terpadam tu. Bukannya final draft pun. Dia suruh I baiki laporan tu dan siap pesan buat elok-elok. Apalagi dengan benda lain,” terang Wafa dengan lagak bosan. Tidak cukup dengan itu, bola matanya diputarkan, tanda protes. Sejak semalam, Wafa sudah tunjuk perasaan.

“I rasa… he’s just being meticulous. Perkara sebegitu perlu dijaga, Wafa. Bukan ke laporan tu nanti akan dihantar kepada Board members juga?” Dia tahu Wafa kadang-kadang kurang memberi perhatian tentang perkara sebegitu.

“I tahulah Lyn… tapi janganlah sarkastik sangat kalau nak tegur pun. Kalau dia cakap elok-elok I tak geram sangat. Ini, dia sindir I tau! You belum kena dengan dia bolehlah you cakap macam tu. Tengoklah sehari dua nanti.”

Kali ini Lyn Jasmine tidak membalas. Dia sedang befikir tentang apa yang diberitahu Wafa tentang bos baru mereka. Betulkah dia begitu cerewet? ‘Perfectionist’ kata mereka. Bos mereka yang kacak bergaya itu seorang yang mementingkan kesempurnaan? Kesempurnaan yang bagaimana?

*****

Usai makan pagi, mereka terus bergegas ke pejabat. Sepanjang peninggalannya, kerja-kerja semakin menimbun. Lyn Jasmine menghela nafas panjang sebelum memulakan kerja. Dia menjeling sekilas ke arah pintu pejabat Shen, kemudian ke meja Ana, setiausahanya. Selalunya pada waktu-waktu begini Ana masih lagi bersidai di tepi meja Kak Ros, kerani senior di situ, berbual-bual kosong sambil minium kopi. Kemudian dia lihat Ana keluar dari pejabat Shen. Nampaknya ketuanya sudah pun memulakan kerja. Lyn Jasmine mengembalikan perhatian kepada kerja di hadapannya.

“Lyn, Shen nak jumpa. Sekarang.” Pendek dan jitu arahan Ana kepadanya. Bunyinya pun semacam sahaja. Kenapa Ana tiba-tiba berlagak serius dengannya? Dia kena marahkah?

Melihatkan wajah serius Ana, Lyn Jasmine tidak jadi bertanya sebarang soalan. Dia mencapai buku nota, sebatang pen dan sebuah kalkulator lalu berjalan laju ke arah pejabat Shen. Lemah semangatnya. Kenapa dia dipanggil?

Morning.” Lyn Jasmine mengucapkan selamat pagi kepada Shen yang sedang mentelaah sesuatu di meja. Dia senyum tipis. Hatinya berdeba-debar sedikit tatkala berhadapan dengan ketua barunya yang sedang hangat diperkatakan oleh staf di situ.

Morning,” jawab Shen tanpa mengangkat muka dari fail yang sedang dibacanya. Suaranya, sejajar dengan mimik mukanya, begitu serius sekali.

Dia ni tak tahu nak senyum ke? Muka aje kacak tapi kedekut senyuman. Sekurang-kurangnya senyumlah sikit pagi-pagi macam ni. Senyumkan satu sedekah. Dia tak tahu ke? Gerutu Lyn Jasmine dalam hati.

Lyn Jasmine mengambil keputusan untuk berdiri sahaja di situ sehingga dipelawa duduk. Dia tidak berani memandai-mandai. Dengan pelbagai cerita yang didengarnya tentang Shen, dia harus tunggu dan lihat, kemudian baru bertindak. Hanya satu cerita tentang lelaki muda di hadapannya itu yang benar, malah dia setuju 200%. Dia terlalu kacak dan bergaya dan amat muda sekali untuk memegang jawatan itu. Tetapi dengan profilnya, itu tidak mustahil.

“You tak nak duduk ke?” tanya Shen seraya menutup fail tadi dan mencapai sesuatu di sebelahnya - dua helai kertas A4 yang dikepil bersama.

Hah? Dia tidak dijemput duduk pun, terus diterjah begitu. Terkejut, Lyn Jasmine terus menarik kerusi. Berhati-hati dia duduk di hadapan Shen. Jantungnya berdebar-debar. Dadanya berdebar sedikit. Takkan dia ada masalah disiplin pula disebabkan dia terlewat datang semalam. Okey, sebelum ini pun dia pernah terlambat tetapi Encik Anuar tidak pernah kisah asalkan kerjanya siap.

Lyn Jasmine… so you are Lyn Jasmine?”

Lyn Jasmine mengangguk. Dia memberanikan diri untuk bertanya, “Kenapa ya, Encik Shen?”

Just call me Shen. Tak perlu ber’encik-encik’,” katanya. Serius sahaja bunyinya. Wajahnya pun masam. ‘Cocky’ betul! Tahulah awak tu bos kat sini, anak bos besar pula tu tapi tak perlulah hendak berlagak sangat. Sempat Lyn Jasmine merungut.

Lyn Jasmine mengangguk tanda faham.

“Okey, I dapat ini dari HR pagi semalam,” ujar Shen, matanya terarah kepada kertas yang berada di tangannya. “Kata HR, mereka sedang mempertimbangkan you untuk kenaikan pangkat dan mereka memerlukan persetujuan daripada I selaku seorang ketua.” Shen menerangkan tujuan Lyn Jasmine dipanggil. Shen memandang dari arah kertas yang sedang dirujuknya.

Oh, hal kenaikan pangkat. Ingatkan apa tadi. Kecut perut dia apabila dipanggil menghadap bosnya pagi-pagi begitu secara tiba-tiba. Lyn Jasmine menegakkan badan. Dia berdebar menanti keputusan Shen.

“Hurm… macam ni.…” Matanya dikecilkan sedikit, raut wajahnya seperti dia sedang berfikir. Dengan rupa begitu pun dia masih kelihatan kacak. Lyn Jasmine tersengih dalam hati. Lyn… sudah! Jangan asyik berangan!

“Apa yang I akan buat ialah, I will put this on hold, we’ll see how you progress.”

Hah! Apa? Kenaikan pangkatnya ditangguhkan lagi? Bahunya jatuh serta merta. Gadis itu terasa semangatnya runtuh. Dia benar-benar berharap akan mendapatkan kenaikan pangkat itu pada tahun itu. Nampaknya durian belum mahu runtuh.

Riak wajah lelaki di hadapannya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau kasihan dan itu membuatkan Lyn Jasmine berasa begitu geram. Tidakkah dia ada sekelumit perasaan? Wajahnya yang bersahaja dan serius tetap kelihatan tenang. Tiada rasa bersalah. Tiada rasa kasihan. Sekurang-kurangnya jika dia berpura-pura kasihan, itu sudah memadai baginya. Seluruh mulutnya terasa berat. Dia ingin menuntut penjelasan yang wajar bagi keputusan tersebut, tetapi didiamkan sahaja.

Kemudian, Lyn Jasmine terdengar Shen berkata, “I akan sahkan kenaikan pangkat you selepas 6 bulan dengan syarat you lulus semua ujian. Assignment pertama ialah Projek Sydney. Projek ini merupakan projek pertama I di syarikat ini dan I nak ia berjaya. I nak you tolong I. Setuju?” Shen menghulur kepadanya satu fail sederhana tebal. Di hadapan fail tersebut tertulis dengan tulisan huruf besar PROJEK SYDNEY.

“Hmm… ini, Projek Sydney ni di Australia?”

“Ada tempat lain bernama Sydney di atas dunia ni?”

Ouch! Sinis sekali bunyinya.

“Tak… maksud I… kat sini, selalunya Leong yang uruskan projek di luar negara.” Lyn Jasmine berkata perlahan.

So?” Kening Shen terjongket. Entah kenapa dia tidak suka melihat riak wajah lelaki di hadapannya itu.

“Maksud I… kalau I yang handle projek ni, apa kata Leong? Sebab sebelum ini dia yang uruskan projek di luar negara.”

Well, from now on, it will change. I’m the boss.”

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.