Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,918
Kategori: Novel
Genre: Cinta

Sebenarnya, dia tidak kisah sangat untuk bekerja di mana-mana. Baginya kerja tetap kerja, di mana-mana pun sama. Tetapi arahan daddy yang tiba-tiba dan tindakan daddy mengganggu percutiannya tidak dapat dimaafkan. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Apa pilihan yang dia ada selain menurut kata daddy?

“Daddy mahu awak masuk tepat pada masanya. Ingat tu….”

“Okay dad,” kata Shen sepantas kilat, tanpa berfikir. Dia tidak betah berada di situ. Shen bingkas dari kerusi.

‘Awak nak ke mana tu?”

“Keluar.”

“Belum panas lagi punggung awak duduk di kerusi ni, dah nak keluar?” Daddy bertanya dalam nada yang tidak digemarinya. Kebelakangan ini daddy sering menegur akan cara hidupnya. Dahulu, daddy tidak pernah ambil tahu. Di mana daddy dikala dia memerlukannya? Dahulu, daddy tidak peduli dengan apa yang dilakukannya, tetapi sejak akhir-akhir ini, daddy mula campur tangan dalam hal peribadinya. Dia mula berasa rimas.

“Shen dah janji dengan kawan, daddy…” Shen beralasan. Dia berharap ayahnya berhenti bertanya dan menghalang. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan teman-temannya di Kuala Lumpur. Mana mungkin dia biarkan kawan-kawannya kecewa.

I suggest you slow down on your lifestyle,” tegas sekali kata-kata daddy. Nasihat yang berupa amaran daripada seorang ayah.

What is there to slow down? It is perfectly fine and I am still young.”

“Muda hanya sekali Hussein, and 31 years is no longer a young age.” Perlahan sahaja nada suara daddy namun kedengaran cukup serius sekali.

“Shen tau apa yang Shen buat….” Anak muda itu terus memanjat tangga rumah banglo tiga tingkat itu dan menghilang buat beberapa seketika. Tidak lama kemudian, dia turun dengan berpakainan baju-T putih dan bercelana jeans.

Don’t go overboard, young man!”

Shen tidak menghiraukan pesanan Tuan Fakharuddin. Ataupun, lebih tepat lagi, amaran daddy.

Bye mom. Don’t wait up.” Shen memesan kepada ibunya. Dia tidak bercadang untuk pulang awal pada malam itu.

Tuan Fakharuddin hanya melihat anak lelakinya itu dengan ekor mata. Mulutnya terkumat kamit perlahan, “Apa nak jadi dengan anak seorang ni….” Dia mengeluh. Kesal.

Honey, you are being too hard on him,” kata isterinya, Nadine Tan yang sebelum ini hanya membatu. Wanita berdarah Cina-Inggeris itu cuba memujuk si suami.

“Sekali-sekala kita kena berkeras juga. Jika tidak, dia buat ikut suka dia aje!” Tuan Fakharuddin memghela nafas perlahan-lahan. Dia sudah lega tentang satu perkara, tetapi masih risau tentang perkara yang lain.

Nadine menepuk tangannya lembut, cuba mententeramkannya. “Biarkanlah dia untuk kali ini. I yakin dia tidak akan kecewakan you. Trust me.” Isterinya memujuk.

Suaminya masih membatu. Wajahnya begitu serius. Mungkin betul kata-kata isterinya itu. Anak itu akan melakukan apa yang disuruhnya dengan bersungguh-sungguh. Cuma Hussein terlalu pandai hidup bergembira. Dalam diam dia memuji anaknya yang bijak mencari duit tetapi dia juga pandai menghabiskan duit!

Previous: BAB 8
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.